Nostalgia Raya Ke-3


Assalamualaikum ...



Pada hari raya ke - 3 , 
dua orang abang saya baru dapat berhari raya bersama dengan kami .
Balik membawa bersama kepala lembu .
Maka , bergotong royonglah kami melapah  .



Ketupat kami buat lagi .
Untuk tambah meriahkan lagi suasana raya cam raya pertama .
Masa buat ketupat nih , 
semua orang dah mengantuk sebab dah habiskan setengah hari kat majlis family day .



Bonda cuba buat ketupat .
Hambo pun bantu sikit - sikit .
Sebab ingatannya dah berkurang , 
maka bonda tak dapat menyiapkannya !



Anak buah berganding bahu menyediakan bara untuk bbq .
Tapi sudahnya , daging - daging tersebut buat sup saja .
Lagi senang dan cepat !
sebab semua orang dah penat lah ...

Sebab dah jemu dengan ketupat dan nasi himpit ,
sudahnya dua makanan tu kami buat goreng saja untuk sarapan .
Itu pun masih tak ada yang nak habiskan ...






5 Sila komen:

  1. Tranformasi dari Bbq ke Sup memang keputusan yang bijak dan sebelum anak2 buah berganding bahu menyediakan bara untuk Bbq lagi Idea Tranformasi tu pasti dah ada kan. Kepakaran Kaum Hawa diakui dalam situasi mcm ni.

    ReplyDelete
  2. walaupun reti anyam ketupat tp salu je nk ngelat dr anyam ketupat hehe.

    hai kak vee :D

    ReplyDelete
  3. Wah!!! Raya ketiga masih meriah lagi...seronoknya..

    ReplyDelete
  4. Bestkan vee bila kumpul ramai-ramai..raya baru ni kita orang buat satay sendiri..punyalh cerewet. Tapi sebab ramai cepat je siap..habis pun cepat...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...