Mentafsir Bahagia




ASSALAMUALAIKUM...

Orang zaman dahulu sering mengaitkan perkahwinan laksana sebuah kapal yang sedang berlayar . Perjalanan jauh . Kadang kala laut tenang dan kadang kala bergelombang . Disebabkan ketidaktentuan ini , kebijaksanaan dari nakhoda dan anak kapal amat diperlukan . Suami yang menjadi nakhoda , isteri yang menjadi anak kapal perlu saling membantu dan bekerjasama untuk memastikan pelayaran menuju destinasi gemilang .

Setiap orang yang mahu berkahwin akan begitu idealis mengenai perkahwinan yang hanya menggambarkan yang indah - indah sahaja . Sebenarnya perkahwinan adalah satu destinasi dan hanya perlu merasakan kebahagiaan abadi .

Namun ternyata perkahwinan bukanlah seperti yang digambarkan . Pada 3 bulan pertama akan berlaku kejutan budaya . Walaupun si suami adalah pilihan hati , tetapi akan ada perbezaan dan perselisihan yang memanaskan hati . Maka ketika itulah terdapat lintasan - lintasan hati bahawa perkahwinan sebenarnya hanya menyakitkan dan melemaskan .

Kadang - kadang berendam air mata bila kemahuan diri tidak dapat ditunaikan oleh suami . Ini biasanya berlaku bila tak dapat balik beraya di kampung kerana suami tak dapat cuti . Masa tu terfikir lebih baik hidup bujang sebab tak perlu terikat pada sesiapa .

Orang - orang yang berkahwin sememangnya perlu mempunyai keimanan / kesabaran yang tinggi . Sekiranya berkocak rumahtangga , pengenalan kepada agama , dosa pahala ternyata dapat menenangkan semula . 

Kalau dengan adik beradik yang hidup bersama sejak lahir pun bergaduh , apatah lagi dengan suami yang hanya dikenali sekadar beberapa tahun sahaja .Sudah tentu banyak perilaku dan tabiat yang perlu difahamkan dan diterima secara beransur - ansur dan seadanya .

Mungkin banyak kesilapan berlaku disebabkan harapan yang terlalu tinggi terhadap suami . mengharapkan suami sebagai " mutual companion " - saling bersetuju , sentiasa memahami , tidak pernah berselisih faham , tempat mengadu - segala - galanya ! Cukup sempurna ! .

Suami hanyalah manusia biasa , yang sering melakukan kesilapan , yang kadang - kadang ' anginnya ' baik , kadang - kadang tidak . yang mungkin tidak berharta , yang mungkin tidak berpangkat tinggi seperti suami orang lain . Dimanakah kita mahu mencari kesempurnaan dalam diri manusia kalau dia sendiri adalah makhluk yang diciptakan bukan pencipta ???

Kita tidak boleh terlalu mengharapkan pasangan kita bertukar menjadi seorang yang sempurna serba - serbi ( bijak , kaya , banyak harta , segalanya ) . Impian ini boleh memerangkap diri sendiri . Kita perlu redha dengan ujian Allah . Pada masa yang sama , kita perlu terus berusaha bersama untuk memperbaiki taraf hidup keluarga . Maka tidak akan timbullah soal tidak puas hati , ungkit mengungkit dan sebagainya .

Perkahwinan memang destinasi mengecap kebahagiaan walaupun ianya hanyalah tidak lebih dari satu persinggahan dan perjalanan panjang yang penuh lorong - lorong beranjau . Kita sememangnya perlu melalui lorong - lorong ini dengan penuh bijaksana dan berhati - hati untuk memastikan kebahagiaan yang kita kecapi nanti adalah kebahagiaan yang hakiki .