DIA NI PANAS BARAN KER ...




ASSALAMUALAIKUM ...


Di mana - mana pun kita akan jumpa orang yang panas baran . 
Kat keliling den pun banyak yang panas baran .
Ish ... kekadang tuh malas nak layan . 
Kalau dah salah mengaku jer la . 
Ni tidak , nak baran lak . 
Aduhai ...

Ada gak orang yang pandai cover baran nih . 
Camna u olls rasa bila dah hidup sebumbung baru tau yang dia baran ?
Arghhh ... disaster tuh .

Pernah tak u olls date tak kira la dengan kawan ker , couple ker , ahli keluarga ker , bila u olls lambat sampai jer , mengamuk sakan orang tuh . 
" nak cepatlah , ada urusan lainlah , tak suka tunggulah " dan segala jenis sebab kuar dari mulut dia  
Tu dah masuk kategori panas baranlah .

Bila u olls suruh dia ajar sesuatu and u olls tak faham - faham apa yang dia ajar , dia trus jer melenting , menengking u olls .

Bagi la dia jaga baby sat . 
Pas tu tengoklah reaksi dia . 
Kalau dia pukul baby tuh ... atau tetiba baby tuh menangis , habis lah ...
Ada sesetengah orang memang tak reti nak cak ba kat baby ... heheheee

Bila perkara remeh jadikan dia cemburu , hah ... dah sah lah panas baran .
Lagi sakit bila dia boleh kaitkan semua perkara .
Siasat itu dan ini .
Sah boleh jadi gaduh besar .

Memang peninglah kalau berhadapan dengan orang yang panas baran nih .
Small matters pun boleh jadi disaster .
Perkara yang boleh settle dah jadi complicated 

Lebih baik buka langkah seribu dari melayan orang cam nih .
Buat hal sendiri ... pekakkan telinga , butakan mata ...
Buat apa nak susahkan diri , sakitkan hati melayan karenahnya .

Sekadar pandangan dari den . 
Lebih baik jangan libatkan diri .
Hati gembira .
Hidup pun bahagia ... heheheee


SELAMAT MALAM SEMUA ....










Keburukan Lampu





ASSALAMUALAIKUM ...

Dah nak dekat tengah malam baru dapat edit entry . 
Nak buek camno , inilah jer masa yang den ado .

Menaip dalam gelap sebab anak2 buah tengah dapatkan feel tengok cerita triller kat astro nun . 
Den pun sambil menaip sambil jeling - jeling kat astro tuh . 
Dah nasib den lah nih menaip berbantukan cahaya skrin lappy .

Sebenarnya tak elok menaip dalam gelap nih . 
Sama gak kalau tengok tv . 
Boleh sebabkan rabun mata lah . 

Ada lak kajian yang kata , 
lampu kalimantang nih kalau guna berterusan pun tak elok 
sebab cahaya nya yang sangat terang ada sinar UV 
yang boleh rosakkan kulit . 
Jadi kita digalakkan guna cahaya lampu yang samar - samar 
aka romatik gitu .

Bila tidur lak , kita tak digalakkan on lampu .
Prof. Russle Reiter dari Texas University kata , 
" sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit , otak segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun . "

Sesapa yang tidur dalam lampu menyala , 
akan berisiko menghidap leukimia .
Tubuh perlukan suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia untuk melawan kanser .
Bahan kimia tu juga diperlukan untuk mencegah kerosakan DNA .
Ketiadaan bahan melatonin akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya .

Harap u olls dapat manfaat dari info nih ...

Selamat Malam Bloggers 







Bahaya SUP KAMBING BERTEMU MINUMAN AIS


ASSALAMUALAIKUM ...

Selamat pagi ... kita berjumpa lagi di alam maya blogger .
Semalam hari yang membusykan . 
Alhamdulillah , hari nih awal pagi dah free . 
Boleh lah edit entry .




Ini fevret abang ipar . 
Sup gear box kambing. 
Selalunya dia beli tulang lembu . 

Makan sup nih memang sedap lah . 
Tambah nasi dan sambal kicap as usual .
Tapi den lebih suka perahkan limau kasturi dan hirisan cili padi .
Sebab limau boleh pecahkan lemak tepu kat sup tuh bila masuk kat perut .
Cecah roti pun ok juga . 

Ada pantang larang lah kalau u olls nak jantung yang sihat .
Tak digalakkan minum ais / air + ais selepas minum / makan sup nih .




Ini sup selepas dimasukkan ke dalam peti sejuk semalaman .
Macam ni lah juga dalam perut kita bila kita minum ais selepas makan sup .

Minyak beku tuh akan lambatkan proses penghadaman dalam perut .
Bila lemak - lemak ini terbentuk kat dalam usus dan segala jenis saluran , maka saluran jadi sempit .
Makin lama , makin banyak lah .
Maka jadilah istilah obesiti .
Bila sempitkan salur darah , timbullah masalah jantung .

Jadi , lebih baik u olls minum air suam selepas makan sup ya .
Den lebih suka minum teh limau selepas makan sup .

Sama ada nak sihat ke tak , pilihan kat tangan u olls lah .


Jumpa lagi ...













REAL PUNYA BURGER BAKOR


ASSALAMUALAIKUM ...



 



INI DIA REAL PUNYA BURGER BAKAR

AMEK KAW ....

HAHAHAAA









Cara Nak Setting Bila Terlupa Password




ASSALAMUALAIKUM ...

Selamat pagi semua . Alhamdulillah hari ni segalanya dah settle . Sedih sebab semalan tak dapat edit entry .

Hahahahaa ... gelak dulu sebab dah sendiri buat pasal .
Cerita bermula dengan selepas buat reformat kat lappy nih , tetiba lak on lappy tanpa lalui password .
Hanya dengan menekan guest icon jer dah boleh buka lappy .
OMG ... nih tak boleh jadi nih ...

Macam biasa la , gi CONTORL PANEL tu dan reset password .
Lappy den nih memang kena letak password sebab den ramai anak buah .
Nanti tak pasal - pasal kena hack lak ... heheheee

Tetiba lak perut nih lapar sesangat , so den pun pi lah lunch .
Lepas makan , den pun on la semula lappy tuh .
Cam biasa la , masukkan password ...

OMG ... tak boleh .
Eh ! Tak kan salah kot .
Cubalah banyak kali ... tak done gak
Apa lagi .... 
Waaaaaaaaaa
Den lum edit entry lagi ...


alt image tag


Maka terpaksalah den shutdown . 
Pastu on dan trus tekan kat F2
Akan kuar BIOS 

Pastikan tekan F2 sebelum jenama lappy u olls terpapar kat skrin .
Kalau tak , kena la shutdown pas tu on balik yer .


alt image tag


Pas tu klik kat security cam kat atas nih .
Ikutlah arahan kat bawah ni untuk clearkan password ya .

alt image tag


Alhamdulillah ... akhirnya berhasil .

Moral of the story ...
Kalau nak change password tu jangan lupa catat password baru yer .
Jangan rasa hebat sangat boleh hafal password cam den .
Heheheeee ...





GULA ... HILANGKAN PEDAS

ASSALAMUALAIKUM ...

Hari nih , blog sunyi jer . Sama gak degna fb lah . Ramai yang balik kampung dan ramai gak yang berehat bersama keluarga .

Sebab semuanya sunyi sepi , maka den pun godeh la internet nih . Carilah apa - apa yang den nak cari . Sedang syok mencari tetiba pening lak . Hah ! itu la tandanya dah tiba masa untuk lunch .

Pergi ke meja makan , akak , omak dan anak buah dah sedia nak makan .
Den nampak lak mee rebus breakfast yang masih berbaki .
Apa lagi , rembat jer la .



Oleh kerana tauge dan telur sudah habis , maka den tambah lah ikut selera den .

Den masukkan kacang panjang dan cili padi yang dihiris halus .
Tambah kicap .
Sebiji limau kasturi .

Sedaplah ikut selera den .
Tapi baru makan 3 sudu dah tak tahan pedas ... arghhhh ... 
Dah macam asap keluar dari hidung naga jer nih ... tolongggg

Pedas tu jangan tanya la tahap mana . Bibir den dah kebas dan rasa macam kembang jer .
Bukan banyak sangat pun cili padi tuh , 5 biji jer ... heheheeee

Tetiba terfikir lak nak makan menatang nih ...


Ini gula pasir yang berwarna perang .
Sangat mujarab untuk hilangkan pedas .
Ratah jer cara makannya . Tak susah kan ! 

Alhamdulillah , hilang doh pedas mulut den nih .
Inilah petua yang den amalkan untuk hilangkan pedas .

Kepada sesapa yang nak cuba , dipersilakan lah ...

Ariossss...








KENALI KULIT DAN PENJAGAANNYA





Bagaimana korang nak tau jenis kulit korang dengan lebih jelas . Ni den nak kongsi lah .

KULIT KERING 


Wajah mereka kusam dan liang roma kecil atau langsung tak ada dan muka tak berkilat . Kadang kala kulit mengelupas . Ada garis di tepi mata , mulut dan dahi . Tahap kelembapan kulit rendah . Apa yang perlu korang wat ialah gunakan pencuci muka yang berbuih . Biarkan sebentar , pastu sapu ngan kapas lembut . Ambil air sejuk , cuci . Last gunakan krim pelembab tahap tinggi .

 KULIT BERMINYAK 


Tandanya ialah liang roma besar , mudah dapat jerawat . Sapa yang rasa kulit wajah mereka jenis ini , kena la jaga dengan teliti ya . Lepas cuci muka , kena la guna  losyen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah .


KULIT BERMINYAK

Gabungan kulit normal , kering dan berminyak . Kulit nampak normal tapi kering pada pipi dan berminyak pada zon T . Liang roma besar di bahagian T dan mudah tumbuh jerawat . Korang digalakkan guna pencuci muka sebelah pagi dan guna krim pembersih sebelah petang untuk lembapkan bahagian muka yang kering . Korang dinasihatkan guna losyen penegang kulit pada bahagian kulit wajah berminyak dan krim penyegar di bahagian kering . Sapu krim pelembap pada muka dan di bahagian kering . 


Haaa ... dah tau kan kulit u olls kat kategori mana . So , senanglah korang nak settle problem kat muka pas ni yer .






Junkfood Atasi Kesedihan





ASSALAMUALAIKUM ...

Apa khabar semua . Dah tentu u olls sihat kan . hopefully lah . Dah dekat senja nih baru la ada can nak edit emtry . 

Today nak citer pasal makanan ringan . Banyak sangat keburukan makan makanan ringan nih . Antaranya :

Hasil kajian yang dibentangkan oleh pasukan penyelidik Universiti Penn State di Persidangan Persatuan Psikosomatik Amerika di Miami , mendapati orang yang makan makanan ringan masa sedang sedih , hanya akan meningkatkan kemurungan mereka. 

Den selalunya kalau sedih , den makan gula - gula atau coklat . Glukosa dalam dua benda ni boleh jadikan den okey sikit . Ini pun den dapat dari hasil pembacaan den lah . Tapi den x ingat dengan jelas macam mana glukosa tu berfungsi ... heheheeee

Tapi kalau u olls makan minyak Omega 3 yang ada dalam ikan salmon boleh bantu memerangi kemurungan . 

Dr. Jeniffer Landa , yang menulis untuk Fox News , berkata kerepek kentang yang digoreng dalam asid lemak Omega 6 sebenarnya membuat seseorang lebih gembira .

Den nih memang suka sangat dengan makanan ringan nih . Tak kira la kekacang ker , maruku ker , kerepek ker , potato chips dan segala sewaktu dengannya ... especially bila den tengah sedih . Dok depan tv , pastu makan ... lagi dan lagi ... huhuhuuuu

U olls lak camna yer ...






BILA ABAIKAN MAKAN ...




ASSALAMUALAIKUM ...

A seorang pekerja sosial berusia 31 tahun , menurunkan berat badannya sekitar 21 kg dengan cara menahan lapar dan bila makan , dia akan muntahkan apa saja yang di makan . Beberapa bulan kemudian , tabiat makan A mula mengawal kehidupannya . Dengan tinggi 5 kaki 5 inci , berat badannya turun ke paras 49 kg . Tubuh badannya sentiasa terasa lemah . tak lama lepas tu , A dikejarkan ke hospital sebab serangan jantung . 

Sebenarnya diet kat atas tu boleh bawa masalah kat perut , tekanan , denyutan jantung yang tidak teratur , ketidakseimbangan elektrolit , masalah haid , serangan sakit jantung malah kematian .

Senarai penyakit kat atas dah cukup bulu roma meremang . Banyak tuh . Confirm umur boleh pendek u .

Sebab nak langsing , ramai orang sanggup nak buat apa saja . Lebih teruk lagi bila usia dah jejak 30+ . Mudah sangat badan tuh naik ... huhuhuuu . Berdietlah secara sihat . Pastikan diet tuh tak mudaratkan diri sendiri .

Secebis kisah yang sangat berguna untuk jadi pengajaran kepada pendiet tegar . Harap u olls tak la dalam kategori tuh ya . 

U olls tak kan gemuk kalau u olls berhenti makan sebelum kenyang 

Rajinkanlah diri wat exercise cam keluarkan peluh tu dengan wat keje - keje umah , solat , turun naik tangga , banyakkan bergerak kat office , kat kampus atau apa saja yang boleh wat u olls berpeluh . 

Have a nice day ...




VITAMIN C DAN ANTIBODI ...




ASSALAMUALAIKUM ...



Selamat pagi semua . Harap u olls  sihat saja . Cuaca makin tak menentu sekarang nih . Rasa macam dah dekat kiamat jer . Bila petang jer , ribut turun bersama hujan .

Bila satu hati tuh ada hujan dan panas , maka senanglah nak demam , selsema dan batuk kan . Ni memang 3 sekawan yang paling akrab . 

Pada pandangan Den lah , kita perlu banyak minum / makan vitamin c untuk elak 3 sekawan kat atas tuh . Limau kasturi , orange , tembikai , strawberi dan segala buah yang ada rasa masam selalunya ada vitamin c . 

Kalau den diberi pilihan sama ada nak makan makanan yang ada vitamin c / guna sumber semula jadi / petua orang tua - tua  atau telan jer product dari hospital biar sakit tuh cepat kebah , den memang tolak ubat spital .

Bagi den ubat hospital nih bila dah banyak dalam badan , boleh ambil alih tempat antibodi semulajadi dalam badan . Bila antibodi badan tu dah jadi antibodi ubat , so kita mudah kena sakit . Pas tu makan ubat lagi untuk sembuh . Jadi perkara / proses sama terus berulang lah .

Ini cuma pandangan den jer . Kalau u olls rasa tak tepat , maaf lah yer . 


SALAM JUMAAT UNTUK SEMUA ...








MOOD DOWN LAH




ASSALAMUALAIKUM ...

Semalam tetiba lak , scrin lappy blank . Tak dapatlah nak mengedit semalam . Mood down sampai la hari ni . Nasib baik hari ni Wordless Wednesday ... so tag photo jer la ... lagi senag kan !






Sebab tak give up lah lappy nih dah ok ... menyettlekan malam tadi walaupun mata dah nak gugur dah ... huhuhuuu





KHASIAT MINUM AIR SECARA TERATUR


ASSALAMUALAIKUM ...

KHASIAT MINUM AIR SECARA TERATUR | Cuaca sekarang ni panas . Panas dan kering . Terasa sangat bahangnya . Sesiapa yang banyak wat aktiviti luar , memang kena banyak minum air kosong sebab air dalam badan cepat terhidrat . Tu sebab tekak kita cepat rasa haus . Kalau tetiba hujan , confirm leh demam .

KHASIAT MINUM AIR SECARA TERATUR

KENALI SENJATA WANITA





ASSALAMUALAIKUM ...

Wanita memang ada senjata . Senjata ni biasanya digunakan bila nak pujuk lelaki merajuk , ikut kemahuan , dengar cadangan , simpati  dan tertawan pada tertawan . Nak tau lebih lanjut , jom baca kat bawah nih .

AIRMATA .
Air mata wanita memang dahsyat auranya tau . Ini la senjata yang paling power untuk raih simpati , belas ihsan bila ditimpa susah atau nak minta sesuatu yang susah nak dapat .

SENYUMAN
Hanya dengan senyuman yang semanis tebu , tapi semut tak panjat , wanita boleh pikat , kuasai mana - mana lelaki yang dia suka . Senyuman seorang isteri dapat melembut hati seorang suami yang sedang keras atau marah .

TUTUR KATA
Wanita selalunya pandai pilih kata - kata manis kalau nak minta sesuatu yang dihajati . Isteri digalakkan menggunakan nya untuk menyenangkan hati dan memberi semangat kepada suami .

BERHIAS
Selalunya wanita berhias untuk menawan mata lelaki . Dengan penampilan yang menarik dan kecantikannya sudah cukup untuk buat dada lelaki berombak kencang dan tergila - gilakannya . Ada juga wanita wat cam ni sebab jadikan dia rasa confident .

BIJAK
Nak ambil hati lelaki , kenalah bijak . Bijak kawal keadaan , menangani masalah , bijak berfesyen , melontarkan pandangan serta pendapat , bijak bahagikan masa , bijak menawan hati , bijak memujuk dan bijak merayu lah .


Lelaki kena berhati - hati sebab wanita spesis playgirl biasanya gunakan kesemua senjata kat atas untuk pikat kamu ... heheeee sekadar peringatan jer .






KEK COKLAT LAVA.......




Bahan-bahannya:-

5 sudu besar butter tanpa garam (unsalted butter)
1 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar gula kastor
2 biji telor ayam + 1 biji kuning telor ayam size A 
1 cawan kecik dark coklat.
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam


Cara membuatnya :

1. Masukkan gula kedalam kuning telor.. pukul sampai gula tu hancur.. boleh guna mixer @ whisker aje..
2. campurkan dark coklat dgn unsalted butter td dlm satu mangkuk kecik, pastu masukkan dlm mikrowave..@ double boiler.sampai cair.
3. Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telor.. kacau dgn menggunakan whisker / spatula..@ senduk.
4. bila dah sebati, masukkan esen vanilla pulak
5. kemudian masukkan secubit garam
6. pastu baru masukkan serbuk koko.. (ayak dahulu)
7. Selepas tu baru masukkan tepung gandum..( ayak jugak..) 
8. Masukkan adunan ke dalam acuan yg dah di griss dgn butter terlebih dahulu..
9. simpan sekejap dlm peti ais selama 30 minit atau 5 minit kalau simpan dlm freezer..
10. Sebelum di bakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 celsius.. masukkan acuan kedalam loyang yg berisi air panas.. bila oven dah panas baru masukkan adunan..
12. Bakar selama 15-18 minit je.. jgn lebih..

Bila kek dah siap di bakar.. kuarkan dr loyang yg berisi air tersebut.. lekangkan acuan kek dgn menggunakan pisau di keliling kek tersebut sewaktu nak keluarkan kek dr acuan.. guna toothpick pun boleh.