Meriah 7 Likur Dulu - Dulu




Assalamualaikum ...










Sulur Keladi Masak Asam Pedas Rebus


Assalamualaikum ...

Hujung minggu lepas , 
kakak hambo pi pasar borong cari barang dapur .
Cerita dia ; ' ramainya orang kat pasar borong . 
Dah macam esok nak raya ! '

Sulur Keladi Masak Asam Pedas Rebus

Bila Pisang Bertemu Telur

Assalamualaikum ...

Anak buah hambo nih suka banget dengan pisang goreng .
Jadi hujung minggu lepas , abahnya balik bawa 3 sikat pisang .
Maka seronoklah mereka .
Sudah pasti akan buat juadah berbuka .

Maka bersemangatlah si dua orang kakak nak menggoreng pisang tuh .
Tetiba si kakak datang kepada mamanya yang sedang beristirehat diruang tamu .
" mama , tepung dah habis la mama . "
Alamak ! tengok muka kakak hambo pun dah tau yang dia terlupa tentang tu .

" Tak per , celup jer pisang tu kat air yang dah campur garam . "
Pas tu tetiba berlari dari dapur dan bertanya ;
" mama , tak boleh letak gula ker " .
" Hishhh ... letak garam jer . '' kata mamanya .



Maka dah settle lah masalah tu .
Tetiba hambo teringat lak nak buat jus pegaga + kurma .
Bila tiba jer kat dapur , kuar lah dialog nih dari mulut comel hambo ;
" ko celup itu pisang ke dalam ini telur kah ? "
Jawabnya ; " saja jer . Ala , tak per la mak usu . "
" Ni kalau mak mertua tengok , bulat biji mato tau . "

Bila dah berbuka , hambo tanya lah kat kakak ;
" Apa rasa ? " 
" Rasa pisang dan rasa telur . " jawabnya dengan senyum .
Ok gak rasanya bila cecah dengan sos .

Betullah tu jawapannya  !
Yang penting ada crew kat dapur .
Hahahaaaaa ...



Mengalah Jer La

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah , hari nih kita dah melepasi nuzul Quran .
Maknanya aidil fitri makin menghampiri .
Dan persiapan pun makin rancak .
Hari nih nak cerita kesinambungan kisah semalam .

Tiga hari lepas , hambo memang malas nak simpan sikit juadah berbuka .
Tengok mee siam goreng yang kakak hambo buat banyak lagi .
Makanya , tak mungkin akan habis cepat lah .

Selepas solat maghrib , pi amik pinggan .
Bila nak amik mee , 
mak aiii ... cukup untuk sepinggan jer !
Sedang elok nak menyenduk mee ,
turunlah si kecik dengan pinggan kosongnya dan berkata ;
' mak usu nak makan mee tak ? '
Bila tengok muka comel dia yang sangat bersemangat berpuasa ,
maka mak usunya pun menjawab ;
'Awak nak mee lagi ker ? '
Si kecik pun mengangguk .
'Ambiklah ' jawab hambo sepontan . 
sebab hati dah cair tengok kecomelannya !


Kenapa hambo sanggup lepaskan mee yang tinggal sepinggan untuk hambo jer kat si kecik tu ?
Sebab hambo ado pilihan lain yang memang jadi feveret hambo bila berbuka .
Wak dadih ler makhluknya .
Oleh kerana kamera masih menyorok ,
jadi hambo credit jer dari wak google lah .

Hambo rasa bila makan makhluk nih , 
tekak rasa sejuk jer .
sesuai juga untuk perut yang dah kosong sehari .
Dadih nih mudah perut nak hadam .
Cuma , cepat lapar dan mungkin tak mengenyangkan untuk sesetengah orang lah .

Sekarang nih , mudah benor hambo mengalah .
Terutama kat anak buah .
Budak nak membesar nih memang semangat makan .
Kita nih yang dah makin tambah usia , dah makan macam - macam .
Jadi , tak usah lah nak berebut dengan mereka .
Buruk jer nampak perangai tuh .
Heheheee ...



Simpan Pun Tak Der Makna



Assalamualaikum ...


Selepas sahur , tak leh tidur walaupun hari ni cuti Nuzul Quran .
Hari ni lah al -Quran diturunkan .
Ada juga yang katam al - Quran pada Nuzul Quran nih .
Alhmadulillah ... 

Pada first Ramadhan hambo ada cerita sikit pasal nak berbuka lepas solat maghrib ,
tapi dah licin semu dek kena bedal anak buah 5 orang tuh . 
Teman - teman boleh rujuk SINI

Sebenarnya citer nih ada kesinambungannya .
Cuma hari nih baru tefrikir nak buat entry selepas semalam ada lagi peristiwa yang berkaitan dengannya .
... heheheee ...

Ramadhan ke dua , hambo dah set kat mind nih ;
' mesti simpan sikit klu tak , tak dopek lah nak berbuka nanti . '
Macam biasa , lepas makan kurma dan minum segelas air , hambo pi solat maghrib dulu .
Hambo selesa camnih sebab perut tuh selesa bila wat solat .

Selepas solat maghrib ,
berkobar sungguh nak berbuka .
Bila buka jer tudung saji ...
hati pun berkata ;
' rasanya aku simpan kat sini tadi . '

Automatik hambo terfikir sesuatu .
Maka hambo pun mengatur langkah menapak ke upstairs .
Buka jer bilik kakak ,
... ta daaaaa ...
tu lah jawapannya ...
Sepinggan nasi gorengku sedang di ratah oleh si kecil dengan lazatnya sambil tengok kartun kat lappy mamanya .



Maka dialog yang muncul kat mulut mak usunya ;
' dahsyat tul budak baru belajar posa nih . 
Tak cukup sepinggan '
Kakak den pun tanya ;
Ko punya ker ?
'... hahahaaa redha jer la ...'
Yo lah , redha dalam terpaksa .
Maka terpaksalah buka peti sejuk , tengok la apa yang ado .

Si kecil nih memang semangat berpuasa walaupun baru first time dan umur baru jer 5 tahun .
Lagi dahsyat , kalau main cam orang tak posa .
Bila buka , tak padan ngan badan kecik tu , semua di pulunnya ...
Alhamdulillah , senang nak ajar dia puasa .
Tak paksa dia pun ...


Kembalikan Tenaga Dalaman Ketika Berpuasa

Assalamualaikum ...

Perkara biasa la kan bila masuk kul 2 pm jer , 
kita dah mula rasa letih kan .
Sikit masa dulu , hambo pun rasa cam tu .
Sekarang ... alhamdulillah , 
hambo bertenaga jer macam orang tak berpuasa .
Sebenarnya senang jer .
Perkara yang asas , teman - teman pun tau .



No Marah - Marah Ok !


Assalamualaikum ...








Kehilangan


Assalamualaikum ...

Dah dua hari sebenarnya hambo kehilangan .
Sudah mencari merata juga .
Tapi masih belum ku temu ...
Ujian Ramadhan daripada Allah pastinya !

Duhai hati , sabarlah ...
masih ada lagi masa untuk mencari ...
passtt ... nak sedapkan hati sendiri ... 
huhuhuuuu ... 
monolog sekejap .

Cerita bermula pada petang jumaat bila anak buah sibuk tanya camera sebab nak snap gelagat kucing .
Lepas tu tah mana pi letak gamaknya ...
Dah puas hari sabtu dan ahad , gotong royong mencari .
Se isi rumah !



Waaaa ... mana dia pergi ... 
Hambo dah biasa snap photo untuk imej entry aka jadikan bahan cerita entry ...
Dah macam mati akal jap ...

Wat masa nih terpaksa credit mr google la jawabnya .
Handphone camera ? 
... ada . Ya ada . Memang ada .

Tapi tetap sayang dengan camera nih .
Harap - harap dia muncullah dari tempat sembunyiannya .
Walaupun bukan DSLR , tapi tetap camera juga ...


... ku tahu , kau masih ada di sini ...


Tell us your story of change and win up to RM12,000!





Sambal Goreng Faveret


Assalamualaikum ...

Hari nih mood nak share sambal feveret kami sekeluarga .
Kalau kakak hambo dah buat sambal nih ,
tak de lauk lain pun tak per .



Proses pertama , teman - teman perlulah 
potong cili kering .
Pas tu cuci untuk buang habuknya .
Potong bawang putih ,
bawang merah dan
belah ikan bilis .

Masukkan semua bahan di atas 
dan tumbuk sampai halus .



Panaskan kuali , 
masukkan minyak masak .
Bila dah panas , masukkan
 hirisan bawang putih , dan bawang merah .
Boleh masukkan ikan bilis jika mahu .
Bila bawang dah layu ,
masukkan sedikit garam Serbuk Pasti Sedap .
Kacau hingga mesra .
Masukkan bahan yang ditumbuk dalam lesung batu .
Goreng hingga garing .

Pastikan minyak tu banyak sedikit supaya cili tu dapat digoreng dengan garing .

Bila dah cukup garing , 
tutup api dan tolak sikit sambal goreng tu ke atas untuk pisahkannya dengan minyak .
Bila pasti semua minyak tu dah turun , 
barulah ambil sambal goreng untuk dihidang .




Sangat menyelerakan makan dengan nasi panas 
berserta ulam - ulaman .
Boleh juga makan dengan bubur nasi .
Ringkas dan cepat bagi yang dah lapar sangat .
Mudah disediakan bagi yang malas / tak cukup masa .
Sangat sesuai bila barang dapur dah habis kecuali wak cili kering !
... hehehehee ...

SELAMAT MENCUBA 
DAN 
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA .






Tak Sangka Terpilih


Assalamualaikum ...

Alhamdulillah , selepas sahur , buka blog .
Nampak ada comment awaiting .
Macam biasa , buka dan baca comment dulu .
Eh ! Hasrul Hassan beri komen !
Kembang jap hati nih .
Nampak benor kalau tak de blogger otai sudi jengah blog hambo nih ...
heheheeee ...
Pas tu ternampak lak segmen 
Blogwalking Singgah Sahur Part 7 .
Maka saya pun terjah ler .
Semalam tengok gak kot - kot ada part 6 .
tetiba hari nih dah part 7 .
Sah le dah terlepas ...




Bila nampak jer header hambo tersadai kat situ , 
kembang lak tang hidung ...
malah berganda - ganda lagi u ...
Alhamdulillah , ada juga yang sudi jengok blog hambo yang masih picisan nih .
Terima kasih la sangat pada bro Hasrul kerana sudi letak header blog hambo nih .


Setelah genap setahun sebulan yang lepas ,
hambo cuba ubah cara penulisan biar lebih santai dan relax .
Tapi masih ada elemen - elemen knowledge , info dan petua .

Walaupun dah setahun , tapi jumlah follower baru bergerak lebih tahun nih .
Sebab tahun lepas masih tercari - cari cara nak promote aka kurang rajin nak melawat blog orang lain .
Tahun nih tetiba ada semangat dan keseronokan lak .

Harapan hambo moga hubungan yang dibina melalui maya ni dapat lebih mengeratkan lagi ukhwah antara teman blogger .
Saling menegur dan mengingati bila ada yang tersasar atau inginkan panduan dan nasihat .
Hambo nih sebenarnya bukan muda lagi ...
Dah tahap matang dah pun ...
Cuma JODOH hambo masih menjadi RAHSIA ALLAH .

Selamat berhujung minggu ...






Kerenah Anak Bungsu


Assalamualaikum ...

Sedang rancak menyediakan juadah berbuka beramai - ramai ,
tetiba lak si kecik melalak .
' Naper nih ? ' ; tanya hambo pada mamanya .
' Mintak colouring book . '
Dah dekat nak berbuka , maka mamanya malas nak melayan lah .

masa mak usunya nak snap photo , dia berhenti menangis .
pastu sambung lagi ...

Bila bunyi jer azan , 
maka semua rakyat kat umah nih pun berbuka .
Si kecik ni pun posa gak .
Maka si mamanya suruh si kakak amik si kecik kat upstairs tuh .
Bila dah sampai bawah , si berlari semula ke atas sambil melalak .

Maka sepontan ler mak Usunya berkata ;
" Kalau ko nak tau , tu la perangai anak bungsu . 
Kalau dia nak , mesti jam ni gak ada kat depan mata . "

Maka anak buah pun bertanya kat mamanya ;
" Mama , mak Usu dulu camtu gak ker ? "
ALAMAK ! CAMNA LAK HAMBO LEH LUPA YANG HAMBO NIH ANAK BUNGU GAK ?
Cis ! tak pasal - pasal pecah rahsia .

Spontan hambo berkata ; ' mama , tak yah buat dosa kering yer . mak tak cakap apa - apa pun ! '
( nak cover malu kat anak buah ... heh heh heh )
Bonda selamba jer menikmati juadah berbukanya tanpa sebarang respon pun !

Tak pasal - pasal hambo kena gelakkan anak buah 4 orang tuh .
Ceh ! Songeh jer ler ...
Dah memang hambo anak bungsu pun !

Seronok dok umah akak nih .
Hampir setiap hari ada jer kerenah anak buah yang hambo leh buat entry .
Walaupun sebenarnya dah banyak babak yang terlepas aka tak terfikir nak buat entry .
Pas tu tepuk dahi dan rasa terkilan lah sesangat .

Teringat permintaan anak buah nak cup cakes .
Semalam lak abang ipar beli telur 2 tray ...
Ini dah cukup bagus ...

Selamat berbuka kepada semua teman blogger ...


Tangan Sejuk


Assalamualaikum ...

Anak buah hambo ada hobi . 
Suka sangat tabur biji benih kat mana mereka suka.
Tak kira la buah apa .
Maka inilah hasilnya ...


Hambo sebenarnya tak tahu ini pokok apa .
Sekali tengok macam pokok labu .
Tapi anak buah kata , mereka tabur biji tembikai susu .
Pokok ni tumbuh di tengah halaman ...
... hahahaaa ... amek kawww


Dah berbunga pun .
Tapi kecil jer bunganya  kalau nak compare dengan bunga pokok labu .



Setiap kali Chinese New Year , jiran next door bagi limau satu kotak .
Jadi anak buah tabur jer biji tuh kat mana dia suka .
Bila tumbuh , hambo lah yang alihkan .
Dah hidup lebih daripada 3 tahun .
Tapi masih tinggi tang tu lagi .



Pokok betik nih lak tak sama dengan pokok betik yang selalu tumbuh tu .
Tingginya baru jer setinggi pagar rumah .
Tapi dah berbunga dan berbuah .
Tak tau betik jenis apa .

Mungkin kami nih jenerasi tangan sejuk .
Alhamdulillah , setakat nih , tabur ker atau tanam jer , leh hidup .
Cuma perlu rajin siramlah .
Tak de baja pun .
Bebas daripada racun tu lebih baik .
Hidup kita pun lebih sihat ...








Bazar Vs Bazir


Assalamualaikum ...










Sehari Jadi Nanny ...


Assalamualaikum ...

Kakak Hambo nih cikgu .
Tapi sibuk dan banyak kejer dah macam YB .
" Banyak urusan negara nak kena selesai " ...
Hahahaaa ... hambo selalu usik dia lagu tuh .

Hari Sabtu , kekadang dia berada di sekolah atau menghadiri kursus .
Hari esok jer , di sekolahnya ada sukan .
Maka hambo lah yang menghadap kerenah anak buah nih .
Mereka nih " meriah " .


Si kecik nih , tak tau mana dia dapat idea ride wheel chair dan kayuh guna kaki .
Hah ! ada nampak kaki dia kat atas roda ?



Si abang bila nampak , terus jer join .
2 orang nih memang rapat sebab umur dekat jer .



Siap buat akrobatik lagi ko .
Haish ... mulut Mak usunya dok kata ; 
" jangan ! nanti jatuh ... "
Teman - teman rasa mereka nih dengar ker ???




Sila abaikan props di belakang tuh ya ...
Masuk lagi seorang .
Tak tahan bila tengok 2 adiknya dok sorong tarik wheel chair nenek nya nih .
Si kecik seronok jer .
Kalau kita tentu kata ;
" dah kena buli si kecik nih dengan 2 besar "
hahahaaa ...






Pasu Bunga Rebah


Assalamualaikum ...

Petang semalam , pi laman depan umah .
Nak snap beberapa picture lah .
Tetiba nampak lak makhluk nih ...



Pasu nih besar sebenarnya .
Kalau nak angkat perlu dua orang tenaga .
Bila tergolek camni , baru lah teringat apa terjadi pada petang sabtu .

Hari sabtu tuh hujan ribut yang sangat cuma belum sampai tahap ada benda yang terbang lah .
Masa tu kami satu umah cuma dok pandang dari dalam umah jer .
Ngeri la memang tengok ribut masa tuh .

Bersyukur bila ramadhan kali ni cuaca banyak hujan daripada panas .
Tapi bimbang bila ada ribut semasa hujan .
Lagi bimbang bila ada satutus kat fb kata ada gegaran kat office mereka .

Ya Allah , semoga kami dapat jalani ibadah puasa sehingga akhirnya dengan selesa .
Sekiranya apa yang belaku adalah ujian dari - Mu , 
kami REDHA .




Cucur Bayam Ramadhan


Assalamualaikum ...

Hari ini hambo nak kongsikan resepi original dari minda yang kreatif .
Yo la ... kreatif la sesangat ya .
Dok eh , saja jer nak sedapkan hati .



Ujian


Assalamualaikum ...

Masuk 3 ramadhan , ada ujian yang tiba .
Ada nikmat yang telah ditarik sedikit tetiba .
huhuhuwaaa ... lagu jiwa

Ramadhan , macam - macam makanan ada .
Yang kita tak pernah dengar dan nampak pun tersedia .
Tapi hambo hanya boleh tengok jer ...




Inilah makhluk yang mengganggu jiwa ...
Ulser mulut namanya ...
harap tak makin melarat lah ia .
kerana bisa meragut selera ...

Duhai jiwa ... sabarlah ya !
kerana ini adalah ujian dari - Nya .
menarik sedikit nikmat untuk yang lebih misteri mungkinnya .

Selamat berpuasa semua .
Semuga lebih barakah hari ini .
Hari Jumaat , Penghulu segala hari ..


Segmen Singgah Sahur


Assalamualaikum ...

Dah tentunya pada ketika dan saat ini , anda semua sudah bersahur ? 
Marilah kita bina ukhwah dan tambah kenalan melalui segmen bro Hasrul Hassan ;



Tarikh tutup ; 15 July 2013

Anda hanya perlu klik banner kat atas nih atau kat bawah untuk mengetahui syarat lebih lanjut .




Selamat berpuasa kepada para blogger . 
Semoga kita semua beroleh kemenangan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna .






Starter


Assalamualaikum ...

Semalam hari pertama berbuka .
Apa agaknya teman - teman makan ya ?
Selalunya , kalau first day ni , selera dah macam orang kebulur .
... ader ker ??? 
ker hambo sorang jer fikir ...




Inilah pembuka iftar semalam .
Jus pegaga yang dah sebati dengan hambo .
Simple jer buatnya .
Cuma perlu kisar pegaga dengan sikit air .
pastu masukkan ke dalam cawan , 
perahkan sebiji limua kasturi dan sesudu madu , kacau sebati .




Takkan nak minum jus jer kan .
Macam biasa , kurma ikut sunnah .
Untuk kurangkan rasa lapar sebelum pi solat maghrib .




Lepas solat maghrib , cuma ni jer la yang tinggal .
Kuih muih , nasi ayam dah licin .
Redha jer la .
Lain kali pi simpan sikit dulu .
Baru pi solat ... heheheee

Maklumlah anak buah tahap membesar .
Makan selagi boleh .
Malah ulang lagi kul 10 malam .
Mengalah jer la .
Hambo pun dah puas jumpa macam - macam makanan selama hidup nih .
... ayat merajuk gitu ... 
heheheee ...