Nostalgia Raya Ke-3


Assalamualaikum ...



Pada hari raya ke - 3 , 
dua orang abang saya baru dapat berhari raya bersama dengan kami .
Balik membawa bersama kepala lembu .
Maka , bergotong royonglah kami melapah  .



Ketupat kami buat lagi .
Untuk tambah meriahkan lagi suasana raya cam raya pertama .
Masa buat ketupat nih , 
semua orang dah mengantuk sebab dah habiskan setengah hari kat majlis family day .



Bonda cuba buat ketupat .
Hambo pun bantu sikit - sikit .
Sebab ingatannya dah berkurang , 
maka bonda tak dapat menyiapkannya !



Anak buah berganding bahu menyediakan bara untuk bbq .
Tapi sudahnya , daging - daging tersebut buat sup saja .
Lagi senang dan cepat !
sebab semua orang dah penat lah ...

Sebab dah jemu dengan ketupat dan nasi himpit ,
sudahnya dua makanan tu kami buat goreng saja untuk sarapan .
Itu pun masih tak ada yang nak habiskan ...






Segmen : Deno Short Giveaway #Part2


Assalamualaikum ...




Hadiahnya simple sahaja.. 
Topup RM5 untuk 4 orang pemenang 
^^ Nanti cabutan akan dibuat oleh si hero adam khaleef! :)

Cara penyertaan :
1- Buat entri bertajuk... *suka hati korang tajuk apa^^
2. Copy banner kat atas dan backlink ke sini
3. Entri segmen tu korang letak kat ruangan komen kat bawah ya... done ^_^






Bila Rumah Diserbu


Assalamualaikum ...

Hujung minggu lepas adalah hari yang sangat meletihkan .
Bayangkan kalau yang datang tu satu family seramai 10 orang !
Nasib baik kami dah bersedia awal .
Yang kelakarnya , lain yang ditunggu , lain lak yang datang .
Sudahnya , kena masak lagi untuk trip ke - dua lah .

Gembira , bila rumah dikunjungi sanak saudara .
Bermakna silaturrahim tu erat terjalin .
Mengenalkan anak - anak buah kepada saudara mara supaya lebih erat hubungan .
Hidup merantau ni , kita memang memerlukan saudara mara kat sisi .


Ni bukan tetamu kami . 
Dah tak terfikir lah nak snap gambar bila dah kelam kabut layan tetamu .
Imej kat atas tu , 
imej family day yang dijalankan pada syawal ke-3 .
Merupakan acara wajib setiap tahun .


Dalam keadaan keletihan sebab buat persiapan ,
tetamu lak masih selesa bersembang walaupaun jam dah tunjuk kul 12 .am ...
Huhuhuuu ... allah jer la yang tahu ...
Waktu siangnya lak ada lagi tetamu ...
Pastu , giliran kami lak pi beraya ...
Dan berterusan sehingga ahad malam kul 1.am !

Maka pada hari Isnin , jadilah kami burung belatuk dan kaki yang bagai tiada tulang ...
Tak cukup tidur , penat dan segala bagai ...
Tu yang tak dapat wat entry selama 4 hari ...
heheheeee ...

Hujung minggu ni pastinya ada lagi ...
Mungkin anak murid kakak dan juga rakan - rakannya ...
cuti umum kan !
Jadi , kakak akan sediakan stok mee bebanyak .
Harap - harap , yang nak bertandang ker atau jemputan open house tu alert lebih awal ...
Senang sikit nak adjust masa  dan budget ...
heh heh heh ...

Maka saya faham dan dapat rasakan keadaan rakan blogger yang kena serbu rumahnya tanpa henti .
Dah adat raya , tentu ada orang bertandang .
Tetamu datang bawa rezeki ...
Kita perlu juga gembirakan mereka .
Layan mereka supaya mereka rasa selesa ...



Kesah nya ... Masin


Assalamualaikum ...

Dalam beberapa hari nih , 
saya , kakak dan seorang anak buah membayar hutang puasa .
Jadi , masing - masing ada menu sendiri untuk berbuka puasa .
Maka , bermula lah ceritanya ...




Masuk jer waktu berbuka , 
kami terus jer amik ikan goreng tepung nih , 
cecah sos dan makan .
" Kakak ( anak buah ) , nape kakak goreng ikan nih MASIN ? "
Tak per lah . Kalau makan dengan nasi tak rasa sangat .
Tapi anak - anak buah selamba jer makan cecah sos .
Mungkin lidah mak usunya yang tak tahan masin !



Dah merasa ikan goreng tepung tuh , pi ke meja makan .
Akak pun cakap , " keladi ko MASIN " .
Yer ker ? Masa rebus tu letak garam tak ler banyak sangat .
Air rebusan pun banyak . 
Cuma tak terfikir bila air surut , keladi jadi masin .
heh heh heh ...
Walaupun masin , habis seketul gak abang ipar makan .
Tak de complain pun !
hahahaaaa ...
Keladi tu buah tangan dari kampung .
Tu yang tak sabar nak memakannya !



Pas tu hambo terpandang lak nasi goreng  yang tak habis dimakan .
Tanya kat akak , ' nasi goreng saper tuh ? "
" Yaya . " Jawabnya ringkas .
" Naper tak habis makan ? "
" MASIN ! "

hahahaaaaaaaaaa ...
Gelak beso ler hambo .
Akak hambo cuma senyum kambing jer .
Masak lepas berbuka pun boleh masin ? 

Sebelum buka , si kakak nak berbuka nasi goreng .
So , si mamanya pun buatlah tapi pedas .
Si kecik tak tahan dan merengek mintak yang baru ...
" Masa goreng tu rasanya letak garam sikit jer . "
Yer la tuh .

Dah jadi sejarah 3 orang yang berpuasa , 
memasak dengan menu yang berbeza tapi  rasa sama , 
MASIN !
Selalunya , orang puasa kalau masak sedap walaupun main campak - campak jer .

Orang dulu - dulu kata ,
orang perempuan kalau masak masin nih nak minta kahwin !
Tapi kalau mak budak tetiba masak masin apa cerita ?
wakakakaaaaa ....


Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2




Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. 
Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.


Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)

2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!





Klik imej untuk tau lebih lanjut ...





Apa Nama ?


Assalamualaikum ...




Cookies ni di buat oleh mak mertua abang .
Dia dok Behrang ( Perak ) sempadan selangor .
Besarkan !!!
Makan sebiji sudah kenyang ...




Dalamnya berintikan kelapa parut bersira gula melaka .
Dohnya rasa seakan - akan kuih bangkit tapi agak liat dimakan .

Kuih tradisi katanya .
Asal dari seberang , Indonesia .
Setiap raya dia mesti buat .
Saya tak tau apa namanya .
Ada sesapa tau tak ???



Den Nak Balik Juga


Assalamualaikum ...

Hari ni baru dapat berbelog semula selepas pulun raya lebih seminggu .
Ni lah kalau bujang sesorang .
Jadi penunggu rumah bila semua orang pi berziarah !

Dah jadi keje hambo meneman bonda .
Bila bonda dah kian uzur , ramai saudara mara mai ziarah .
Maka tak menang tangan lah di dapur .
Ambil tender cuci gelas dan buat air ...
heh heh heh ...




Balik kampung ... wo wo wo ... balik kampung ...
Tengoklah betapa santainya meow - meow hambo ...
menikmati panorama suasana malam di alam ciptaan Allah .



 " Sejuk la pulak .
Moh kita tido kat riba tuan kita .
Mereka kan sayang bebenor kat kita .
Nengok ado selimut gitu ...
alahaiii ... membelai lagi ... 
ngurrrr ... ngurrr ... ngurrr
eh heh , bunyi ni semulajadi tau ... "




 " Dapat gak kita nengok dunia lura yer ...
dok ler asik kat umah taman tu jerk ...
erkkk ... boring la gak kan kan kan ! "

Dah nak balik key ell doh !
moh la . 
Dah rindu bebenor dengan bau umah nun sana tu .
tilam kita , bantal kita ...

Babay kampung .
Panjang umur mai lagi .
Pas ni confirm rindu lak kat laman nan besor dan pokok mangga tempat kita climbing tuh .
huhuhuuuuuuuuuuuu ...





Phone + Tablet yang mungkin anda  cari 


Lebaran Kali Ini


Assalamualaikum ...

Esok lembaran menjelma sudah .
Maka bersuka ria lah seluruh alam .
Menyambut kemenangan melalui Ramadhan ...




Di kesempatan ini ,
kemaafan ku hulurkan ...
Andai ada komen yang mengguris rasa ,
Entry yang mengusik jiwa ...

Kita hanya insan biasa .
Hanya boleh mengharap hubungan ukhwah ini akan terus terjalin ...

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN YANG MULIA 
MOGA GEMBIRA DI HARI RAYA ...



Selera Si Kecik

Assalamualaikum ...

Macam biasa , bila si mama nak kuar , 
si kecik dan si abang pasti join sekali .
Kali ni mama pergi ke pasar borong .
Maka si kecik pun tunjuklah apa dia nak makan dan mamanya bayar .


Kalau Macam Ni Bila Boleh Siap ?


Assalamualaikum ...

Pada tika dan saat ini ,
pasti dah ramai yang berkemas .
Malah ada juga yang dah on the way .
Tentunya persiapan untuk se isi keluarga dah complete !

Tapi lain ceritanya dengan kakak hambo nih .
hari ni start cuti ,
hari nilah juga lah baru nak mula semuanya .



Dengan bersemangat nya , 
maka bermulah projek kakak hambo nih .
Menggunting kain untuk buat baju 3 anak dara suntinya .
tapi , datang lak gangguan yang dah dijangka sebenarnya ...



Ni lah makhluknya . 
Goyang sikit jer kain tuh , habislah diterkamnya .
Yang geramnya bila kain tuh jadi berkedut .
Tapi nak marah ... sayang ...
Kita campak , dia mai lagi .
Kalau 10 kali buat pun lagu tuh gak ,
tak jenuh ke mak jemah oiii ?


Nampak tak kat mulut dia ?
Tu la mainan yang kami buatkan untuk si comel nih .
Ambil kertas , kepal jadi bolat macam bola .
Baling jauh - jauh biar dia pun pi main jauh dan tak kacau .
Tapi sudahnya , dia amik bola tu bawak semula kat atas kain 
dan main golek - golek bagai ...


Tang kakak hambo sedang elok nak mengukur , 
datang lak sekor nih melanding kan diri .
Selesa jer gayanya ...
--- haishhhh ---

Mereka ni sebenarnya ada 5 beradik .
Nasib baik lah sekor jer yang jadi pengacau tegar .
Yang lain sedang layan tidor .
Kalau tidak , terus lipat kain jadi KIV ler jawapnya ...


Mana Satu Pilihan Hati


Assalamualaikum ...

Sementara nak tunggu waktu berbuka ,
saja - saja nak post imej nih .
Harap teman - teman tak terliur lah ya .
Tapi siap edit bila dah masuk waktu berbuka ...




Koktail ni pakai cebur - cebur jer  . 
Ada biji selasih , nata d' koko , nenas dalam tin .
Ikut taste anak buah ler .

Biasa la budak , 
bila berbuka , semua dia nak minum dan makan .
Jadi , kami layan jer la .
Bagi ganjaran sikit kat mereka .




Yang timbul tuh , limau barli .
Makan gitu jer macam tawar sangat .
Bila masukkan kat sirap limau ,
pun masih tak menyengat juga .




Ni lah limau barli kalau ada yang tak kenal .
... heheheeee ...

Dah namanya puasa , maka kedua - duanya hambo telan !
Sebelum terkilan , baik rembat jer dulu .
Tak sangka , dah tua pun tekak masih besar ...
hik hik hik ...

Sambil berbuka , sambil edit entry .
Bergaya tak ?
heh heh heh ... orang bujang camni lah ...

Selamat  Berbuka Puasa ...

Mood Ke Laut



Assalamualaikum ...


Hari ni dah masuk 7 likur .
Kalau balik kampung masa nih memang meriah .
Bukan setakat lampu pelita , malah mentol juga dipasang .
Mercun lak dah jadi perencah kemeriahan nya .

Pastinya masa nih , mood kerja teman - teman dah mula ke laut .
Masing - masing dah bercerita tentang raya .
Daripada baju , kuih , duit raya , cuti raya ,
pokoknya segala yang berkaitan raya !




Kakak hambo pun sedang berkira - kira 
bila nak settlekan umah sebelum balik kampung .
Baju anak belum berjahit .
Rumah belum berhias .
Kuih belum buat dan beli .

Mood anak - anak dah kat kampung !
Mercun dah  berdentam dentum di sini .
Yang berduit , firework yang colorful tuh jadi pilihan .
Tumpang anak jiran main mercun .
Cuma gerun bila ada mercun sesat tetiba sampai kat sebelah kita .
Saya ada pengalaman mercun sesat nih .
Saya akan kongsi nanti ...
Teman - teman boleh tengok kemeriahan raya kat rumah hambo tahun lepas kat ... SINI ...