Projek 2 ; Kimchi Versi Hambo


Assalamualaikum ...

Bermula lah projek ke 2 untuk mangga hambo nih .
selak peti sejuk ,
ada lak bahan - bahan yang diperlukan .
Jom tengok step seterusnya ...

1- Masukkan udang kering dan cili padi ke dalam lesung , 
tumbuk hingga hamcur .
Sukatan ikut suka hati korang .
Dah tabiat hambo suka main campak - campak jer .


2- Ambil bawang putih , bawang merah , halia , 
parut asing - asing guna parut cam kat atas tuh .
Hambo parut sebab nak buat sikit jer .
Kalau nak wat banyak , bland jer .
Lagi mudah .



3- Ambil bahan nombor 1 , nombor 2 , 
pes cili ( korea guna serbuk cili )
dan garam .
Masukkan kat mengkuk cam kat atas tu ,
Pastu pi gaul mereka bagi mesra .
Jangan lupa rasa dulu , 
cukup ke tak perasanya .



4- Kat tengah tu , pes yang dah dicampur kat nombor 3.
Ambil sayuran .
Korea guna sawi yang di perap dengan garam selama 15 minit .
Ada juga Kimchi Korea guna lobak putih .
Rasanya macam tak lalu lak kat tekak nih .
Ikut suka korang nak sayur apa .
Hambo memang tak ikut seratus peratus sayur kimchi Korea .
heheheee ...

Hambo guna sayur yang ado dalam peti sejuk jer .
Sayur taugeh , kacang panjang , kobis , bawang besar dan
Mangga buah tangan kampung .
Hambo buat kimchi ni sebab teringin nak letak mangga .
Suka hati korang lah kalau nak kata macam kerabu .
Hambo tak kisah pun !


Sila abaikan bekas yang comot tu yer ...

5- Gaul semuanya hingga mesra .
Gunakan tangan lebih baik .
Kalau tangan tu tak nak panas , sila guna sarung !
Hambo tak guna pun .
Lepas selesai , trus jer cuci tangan .
Nasib baik tangan tak panas dek cili ...
hahahaaaa ...



Dah siap , boleh lah dihidangkan untuk dimakan sekeluarga .
Anak buah hambo cukup suka dengan makhluk ni .
Ni dah kali yang keberapa entah hambo buat .
Jenis sayur mentahnya memang tak sama .



Kat dalam mangkuk ni untuk disimpan kat dalam peti .
Kalau dah lapar sangat , 
Makan nasi dengan kimchi jer pun dah lazat !

Perasanya banyak versi .
Kalau kat korea , ada letak arak , pes udang , perahan lemon , cuka .
Pernah sekali tu mereka letak coke .

Saya pernah cuba letak cencalok .
Tak sedap langsung selain masin !
Bila masukkan budu , sedap !
Lidah hambo lah yer ...

Hambo nih suka bereksperimentasi .
Kalau tak cuba mana tau sedap ke idak .
Yer tak ?

SELAMAT MENCUBA !





Keburukan Jika Kurang Tidur


Assalamualaikum ...

Hari ni mato hambo berat jer ...
Kepala pun dah berdendang ... ting , tong
Sungguh malam tadi hambo tak leh tido !
Tak atau apa sebabnya ...
walaupun hujan yang turun itu memberikan udara yang sejuk !




Kita perlukan tidur yang cukup sekurang - kurangnya 6 jam .
supaya kita boleh dapat lebih energy pada fizikal dan mental .
Tapi dek kerana tuntutan / kehendak kehidupan ,
ramai yang jadi burung hantu termasuk hambo ...
Kalau dah hadap lappy dan buat bw , 
memang jejak 12 am ler jawabnya ...

Menurut kajian Universiti Warwick ,
orang yang tidur kurang 6 jam semalam ,
48 % berisiko menghidap atau meninggal dunia akibat serangan jantung .
15 % lagi berisisko menghidap atau meninggal dunia disebabkan angin ahmar ...
Untuk usia lebih 65 tahun lak , berisiko dapat darah tinggi ...
Juga  risiko dapat obesiti tu tinggi sebab nafsu nak makan tu meningkat !

Bila kurang tidur , 
maka berlaku tekanan pada tubuh .
Memaksa jantung berdegup lebih pantas !
Lebih tidur lak ( lebih 9 jam ) ,
boleh sebabkan penyakit kardiovaskular .

Dalam Islam , 
kalau kita nak bangkit malam , 
kita digalakkan tidur awal .
Seawal 10 malam dan bangkitlah pada 2/3 malam .

Aduhaiii matoooo ...
memang sungguh nak tidor nih ...

adakah ini kejutan ?
atau ada kejutan ?
hari ni bermula fasa baru dalam kehidupan ...
umur dah berkurang setahun ...
ermmmm ...




Tempat Tidur Baru ...


Assalamualaikum ...

Kisah di satu hari di bulan Ramadhan ...
... erkkk , dah lama tuh ! 
Ya , memang dah lama jadi pekasam .
Saja simpan untuk post bila tak de idea nak wat entry ...
heheheeeee ...

Masa kami bersahur , 
macam biasa lah , 
para kitty pun ikut bersahur gak .

Bila nak pi keje ...
tak nampak kitty aka meow ni walaupun seekor .
tetiba terfikir ...



Hah ! Comel tak kita ...

Di sinilah mereka berada .
Hambo taulah korang sejuk .
Dah satu malam hujan turun kan !
Tapi janganlah pi tidur kat dalam enjin kereta !
Nasib baik pi cek .
Kalau tak , masak la koma kat situ ...
huhuhuuuu

Tingkap tu buka sebab nak biar angin sejuk tu masuk .
Bukan nak suruh koma pi kuar dan masuk tidor kat enjin kereta !



Selamba jer dia kuar tanpa rasa bersalah !
Haish ... kami punya la urut dada bila nampak !

Selepas tu hingga kini ,
kalau tak nampak mereka ,
mesti pi cek enjin kereta .
Memang kat situ la mereka bertapa ...




Segmen: Bloglist Istimewa Ayuinsyirah Tahun 2013

Assalamualaikum ...

Banyak betul segmen yang hambo jumpa .
Maka hambo khaskan hari Ahad adalah hari untuk segmen .
Jom kita tengok segmen siapa yang saya join untuk hari ini ->




syarat-syaratnyer :

1. macam biasa mana yg belum jadi follower ayu ..
.
sudi2kan la jadi follower ayu yer...takde paksaan..

2. kalau nak like pages ayu pun di alu2kan..

3. macam biasa... letakkan banner diatas yer...
ayu suka sangat bunga ros..hehee..
nanti backlink kan ke entry ni yer..

4. buat tajuk " segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013 " 

5. dah siap...boleh hantar...hehehe....
letakkan link entry kawan2 kat ruangan komen dibawah yer...

hehehe...simple je kan.....
ayu buka segmen ni sebulan hingga 18/10/2013....
hehehe....jam 10 malam

Apa tunggu lagi ???
Meh kita sama - join dan memeriahkan segmen nih ...




Ralat Sambal Durian


Assalamualaikum ...


Bila ada durian , 
makhluk ni lah yang saya paling suka buat .
Lagi bagus kalau ada mangga ...

Step pertama ,
Cili padi + bawang putih + bawang merah + ikan bilis ,
tumbuk kasar .

Terlupa nak snap lah step nih ...
heheheee ... sorry



Kopek isinya dan masukkan ke dalam lesung batu .
Pastu pi la mesrakan guna sudu atau anak lesung .



Sambal yang dah di campurkan dengan durian .



Mangga kecil yang masam .
Masak sebab kena peram ...



Hiris - hiris mangga dan masukkan ke dalam lesung .



Gaul mesra guna sudu .
Boleh juga kalau nak guna anak lesung .




Inilah hasilnya ...
Makan dengan nasi panas , 
tak de lauk lain pun tak per .

Oh yer ... jangan lupa tambah bahan perasa !


Selamat mencuba ...




Projek Bermula



Assalamualaikum ...


Macam biasa ,
bila balik daripada kampung ,
dapat buah tangan ...



Hah ! tengok tuh ...
Banyak tak ?
Gebu jer kan .
Tapi masih mentah .



Besar tak ?
Dah nak sama besar dengan bekasnya .
Saiz semuanya lebih kurang sama .



Sudah kupas , 
potong - potong tak berapa tebal juga tak berapa nipis .



Masukkan dalam bekas .
Pastu pi tabur sikit garam dan gula ...



Tutup dan simpan dalam peti .
Insha Allah , esok dah boleh makan .

Inilah jeruk mempelam aka mangga buatan saya .
Ada yang terliur ker ?
Heh heh heh ... tengok jer yer ...



Durian Lah Pulak


Assalamualaikum ...
















Dah durian pun dia sibuk nak makan ...
tuan nya lak tak sempat nak makan ...
tengoklah mata dia tu ...
" jangan harap dapat ambik durian aku tau ... grrrr "



Kenapa Lelaki Selalu Happy ...



Assalamualaikum ...

Tetiba terfikir lak nak buat entry berkaitan lelaki .
Dah hampir tiap hari dok citer berkaitan perempuan .
Kesian lak kat follower lelaki ...



Commercial break jap .
heheheeee ...
Ni la keje abang ipar bila beli durian .
Kuarkan isi dan simpan dalam peti sejuk .
Jangan nak mimpi boleh wak creap durian .
Anak buah nampak ... licin !

Tak yah citer banyak , 
jom kita enjoy dengan  fakta ringkas ni ...

KENAPA LELAKI SENTIASA HAPPY ...

* sebab tak perlu mengandung .
tunggu jer 9 bulan , pas tu dah leh dapat baby .

* boleh kencing merata - rata .
walaupun tak sopan , saper nak kisah ?

* kerjanya sama , tapi gaji lebih
sebab dia kena tanggung keluarga ...

* Kedut dan boroi lambang kejantanan .
lagi kedut , lagi macho . Boroi , tak cerewet makan .

* Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka .
tak de yang menarik kat dada sebab tu butang terus ...

* berbual di telefon 30 saat jer .
cakap yang penting jer ...

* Boleh pakai baju dan seluar yang sama berhari - hari .
selagi tak bau busuk , boleh pakai lagi ...

* dipuji sebab dapat bagi idea ciput .
hebat bila dapat beri idea ...

* boleh pakai seluar dalam sekotak rm 9.90 .
kat dalam ,bukannya orang nampak ...

* boleh pakai baju yang berkedut .
tak de orang nak jeling dan sindir pun ...

* apa yang ada di muka semuanya ori .
kalau ada yang suntik tu , memang spesis lain ...

* stail rambut sama tak de orang yang kisah .
yang penting nampak kemas dan dia suka ...

* boleh pakai kasut dan setokin yang sama sampai koyak .
saper nak tengok kasut aku ?

* boleh pakai seluar pendak walaupun kaki tak mengancam .
alah , bukan seksi pun !

* misai , janggut / jambang berserabut ? ... no hal lah .
aweks tetap suka juga ... ngeh ngeh ngeh ...



" Segmen 1st Mama "


Assalamualaikum ...


 Jika anda berminat untuk menyertai segmen mama yang pertama ini, syaratnya agak mudah. 
Kita mulakan satu persatu ye. 



A) Mulakan dengan menepek gambar yang direka khas ini di entry anda. 
B) Linkkan terus ke blog mama lah.. 
seperti biasa anda selalu buat tu...
C) Jangan lupa follow mama, semuanya seperti biasa juga...
D) Nak buat entry atau tidak mama tak kisah... 
janji anda join cukup dah..
E) Letak tajuk " Segmen 1st Mama "
F) Like Facebook mama ye, sebelah tu je.. 
hihi (Takde fb pun takpe)
G) Tinggalkan URL blog anda diruang komen.

 Mama akan tutup segmen mama pada 30hb September 2013.




Akibat Makan Shashimi


Assalamualaikum ...

Shota Fujiwara , seorang warga Jepun yang berumur 80 tahun .
Beliau mengadu sakit kepala .
Malah sakit kepala yang luar biasa !
Selama 3 tahun beliau menderita .
Sehingga kehilangan kemampuan psikomotoricnya .

Selepas buat scan / x - ray ,
doktor yang merawatnya telah menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya .
Nasibnya baik sebab ulat tu masih berada diluar tempurung otaknya .



Ulat yang ada kat kepala Shota Fujiwara 
sebenarnya adalah parasit .
Parasit nih selalunya ada kat dalam badan ikan mentah , 
ikan laut dan ikan air tawar .
Ulat parasit dan telurnya hanya boleh mati dengan cara masak dan beku .
 Perlu digoreng , dipanggang atau direbus dengan kepanasan yang tinggi .
Boleh juga mati dengan cara pembekuan 10 hingga 20 darjah celsius .
Tapi kena bekukan lebih seminggu .

Sumber ; FB

Selepas umur 80 tahun baru terbongkar .
Bayangkan kalau dia makan sushi ni sejak umur 20an ,
parasit tu makan dan membiak sikit demi sedikit ,
tetiba jadi geli geleman lak bila membayangkannya !

Sebab tu Islam tak bagi kita makan makanan yang mentah ni .
Nasib baik sushi dan sashimi ni bukan makanan kita .
Yang jadi penggemar pun x ler makan selalu .

Ingat ! 
Makan seafood mentah banyak mudaratnya .




Nak Makan Juga ...


Assalamualaikum ...







My little Twiggy makan DODOL ...




Biji Kurma Bercambah


Assalamualaikum ...


Semalam , kaka hambo menunjukkan kerajinannya .
Membuang sampah yang bersepah .
Anak lima orang , camni ler .

Musim hujan nih , 
kalau sampah yang terperangkap kat longkang tak dibuang ,
boleh jadi macma - macam nanti ...
maka , kakak hambo pun selamber jer la mengaup sampah kat longkang tuh .



Maka terkejutlah dia bila nampak banyak batang putih macam taugeh .
Bila diselak , rupanya tumbuh daripada biji kurma !
Bilangannya sangat banyak lebih daripada 10 biji .



Malah ada yang dah tumbuh daun !
Tengoklah gambar kat atas tuh .
Ada geram tak ? ? ?



Boleh tengok lagi dekat pada yang tak puas hati ...
heheheeee ...
Sebenarnya , kat kampung dah hidup sepokok ,
Yang ini juga akan di bawa balik ke kampung hujung minggu nih .

Pada sesapa yang ada banyak tanah tu ,
ingin lak tanam pokok kurma ,
boleh lah cuba semai ya .

Kat longkang tempat pokok kurma ni hidup ,
penuh dengan sampah - sampah yang dah jadi kompos .
Malah tempat tu sentiasa lembap .
Mungkin sebab tu biji kurma tu lebih cepat bercambah ...



Review Blog 2.0



Assalamualaikum... 

Lamanya tak buat review blog. Ada sesiapa sudi nak direview? hahaha. Aku tengah free bulan ni. Sorry pasal banner tak awesome ni. hahaha.


sheila shahfiekry

Cer tengok apa yang korang perlu buat untuk direview oleh aku :-
1) Follow blog www.sheilashahfiekry.my [wajib]
2) Like fanpage Sheila Shahfiekry (klik dekat sidebar ye) [wajib]
3) Tinggalkan url blog dan juga nama facebook [wajib]

4) Kalau korang buat entri, [sebagai bonus] aku masukkan dalam bloglist 'Lovely Friends'. Jangan lupa buh sekali banner tak awesome aku tu. War-warkan kepada rakan semua yaa.

Sonang syaratnya? Review ni akan berlangsung sampailah satu tempoh yang tak pasti. hehehehe. Satu entri kemungkinan besar akan digabungkan 2 hingga 3 blog depends pada kemeriahan korang sudi nak join. Jom meriahkan aktiviti lapang aku ni. hahhahaa.  :)