Bila Kita Ambil Mudah


Assalamualaikum ...

Di satu pagi yang dingin ...
Kalau dapat secawan teh pun ok gak .
Maka ke dapurlah hambo .

Macam biasa , mestilah kena letak gula .
Dah tinggal sikit lak dalam balang yer .
Semuakan jer lah , bukan banyak pun .
Emmm ... kena topup nanti ni .
Hah , ada pun sebungkus ...



Sedang santai menonton tv di petang hari ...
Tetiba akak terjah masuk bilik bersama sebalang gula .
" Ko masukkan garam kat dalam ni yer ? "
Tersentap bila dengor kakak hambo cakap !
Hahahaaaa ... ya , hambo gelak gila !
Selamber jer hambo kata ;
" Masa topup tu memang tak tengok pun kat paket tu tulis garam ke gula . "
" Sebab confident dah memang gula . "




" Aku dah masukkan satu sudu kat sambal tumis . "
Kakak hambo kata dengan tersengih .
" heheheee ... wat pes cili jer ok per ."
Hambo bagi cadangan .
Nasib baik lum masukkan bawang besar .
Wahai kekanda , maafkanlah dinda yer ...
Nasib baik akak hambo sengih jer .

Tak sangka hambo leh wat citer kelako hari tu .
Mesti akak hambo fikir kepala hambo ke laut masa tu .
heh heh heh ...

Ada kalanya kita ambil mudah sesetengah perkara yang boleh menyusahkan orang lain .



Jambunya lah Dia


Assalamualaikum ...












Rawatan Kesihatan Yang Pelik


Assalamualaikum ...



Ini bukan saja - saja relaks kat landasan yer .
Masa keretapi lalu ler warga Indonesia wat gaya ni .
Mereka percaya getaran dan kepanasan rel tu 
dapat beri kebaikan pada tubuh mereka .
Tak perlu habiskan Rupiah kat spa
Ada sesapa yang berani nak wat kat sini ?



Kat Israel utara , Spa gunakan ular dari jenis 
California King , Florida King , ular jagung dan ular susu 
untuk wat rawatan mengurut .
Sentuhan antara kulit ular dan kulit manusia 
dapat menenangkan otot dan memberi pengalaman yang mendamaikan katanya .



Spa dan klinik kecantikan kat Amerika dan Korea Selatan , 
gunakan siput babi untuk rawatan urutan .
Mereka percaya lendir siput dapat dapat melindungi kulit
daripada luka , bakteria dan sinaran matahari yang terik .
Malah mereka berpendapat lendir itu dapat
menghapuskan sel kulit mati dan menjana semula sel baru .

Di Krasnoyarsk , Siberia Russia pula ,
salun kecantikan mereka meletakkan 
berpuluh - puluh siput babi kat atas muka pelanggan .
Teknik ni diambil daripada 
petua Greece purba Hippocrates
yang menghancurkan siput babi dan dicampurkan susu masam 
untuk merawat radang kulit .

Kat kampung banyak aka kat pokok depan umah hambo pun ado .
Haish ... tengok jer la siput yekkk ...

Urutan tradisional Cina ni tinggalkan kesan merah pada badan .
Teknik tanduk kerbau ni dikatakan dapat buang toksin dalam badan
dan kekalkan kesihatan .


Urutan yang semakin popular kat China .
Teknik urut guna pisau .
Korang kena yakin , berani dan semanggat tinggi !
Bila hormon positif ada dalam badan ,
aura dalamn bergabung ,
maka proses urutan berjalan lancar .

Kat Malaysia , kalau ada urutan ni ,
korang berani cuba tak ?





Gigih Melancarkan Misi


Assalamualaikum ...





















Akhirnya ...
mini akuarium itu jatuh .
Bukan Twiggy yang jatuhkan ,
tapi anak buah yang ambil Twiggy .

Maka kelam kabutlah nak selamatkan si ikan .
Alhamdulillah , tak ada yang tertindih batu .
Tapi , keesokan  harinya ...
seekor telah meninggalkan dunia ...
Heart Attack agaknya ...


Bahaya Bawang


Assalamualaikum ...


Hambo tak pernah ambik kisah sebelum nih .
Perkara biasa la 
bila ada lebih bawang merah lepas masak ,
pi simpan dalam peti sejuk .

Satu ketika masa cuti kat kampung ,
kakak hambo ada cakap ,
tak elok guna bawang yang disimpan dalam peti sejuk .
Boleh sebabkan penyakit .
Masa tu dia tak dapat jelaskan kesannya 
secara detail lah .
Maka hambo pun ambil mudah jer .



Beberapa hari lepas , 
hambo terjumpa artikel berkaitan bawang nih .
Terkejut lah  juga .
Maka haruslah hambo kongsikan ...

Bawang jadi sangat beracun 
walaupun sekadar disimpan untuk satu malam saja .

Bawang yang disimpan dalam peti sejuk
akan menghasilkan  satu bakteria bertoksik .
Bila masuk dalam perut 
akan berlaku jangkitan perut
seterusnya menyebabkan perut meragam aka sakit .
Ini disebabkan oleh rembesan hempedu yang berlebihan 
Malah akan menyebabkan keracunan makanan .

Hah !  
Banyak sebenarnya penyumbang kepada 
keracunan makanan dan
penyakit dalam perut .
Selalunya kita akan salahkan 
makanan yang kita makan .
Tapi sebenarnya bawang ni lah antara penyebabnya .

Maka , teman - teman ,
kalau nak guna bawang tu , 
sekadar cukup untuk memasak jer .
Tak lah nanti terpaksa simpan dalam peti .
Nak buang dah membazir lak kan !

Elakkan tu lebih baik daripada duduk hospital !


Skill Yang Tercabar



Assalamualaikum ...


Tiba - tiba terfikir nak bertanya .
Maka ke dapurlah mencari kakak . 
Baru nak mukadimah ,
Si kakak dah membebel ...




" Nabila kata ; mama , sedaplah ayam mak ngah masak .
Mama tak pandai masak ker . "
" Ko , nak tau apa yang angah masak ? "
 " Ni ler , ayam kari campur santan ! "
" Ada ke patut , nabila kata aku tak reti masak ? "
Dengan nada suara yang sangat geram ....

Hahahaaaa ... yer ! 
Hambo pi gelakkan dia dulu .
Ni ler dialog hambo ;
" Dah ko pi masak kari tak letak santan ."
" Haruslah anak ko tak merasa ! "
" Tak kan lah dengan budak 10 tahun pun ko nak terasa hati . "
" Budak ni cakap daripada hati .
Tak de berkias - kias pun . "
heheheeee ...

Kerana tercabar skil memasaknya itulah 
kakak hambo telah memasak kari seekor ayam 
dalam satu periuk besar !

Alhamdulillah ! 
Kari kakak hambo memang terbaik !
Jadi , selepas ni , 
kalau nak puji kesedapan masakan orang lain kat mak kita , 
perlu fikir dulu .
Kecil hati ke tidak mak kita tu nanti nya ...


Nasi Himpit Tumis Sos


Assalamualaikum ...

Bila perut lapar ,
mula lah bongkar peti sejuk .
cari apa yang boleh dimakan .
Maka jumpa lah nasi himpit raya haji yang masih berbaki .
Confirm dah ... jadi satu resepi ...



Nasi himpit potong dadu .



Carrot , tomato , capsicum , batang saderi , daging / ayam , steak .



Bawang putih , merah , halia dan cili .
Tumbuk kasar .



1 sudu besar planta .



Masukkan bahan tumbuk .



Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan .



Masukkan daging / ayam .



Tumis daging / ayam hingga tukar warna kepada putih .



Masukkan sayur / bahan campur .
Tumis agak - agak layu .



Masukkan sos .
( sos cili , kicap manis , pes serai , sos tiram , sos lada hitam ) 



Gaul sebati .



Masukkan nasi himpit .



Gaul bagi mesra .



Harus ada hirisan timun !
Jom Makan ...



Pemutih Gigi Dari Dapur


Assalamualaikum ...

Orang zaman dulu , 
banyak gunakan barangan yang ada di dapur 
untuk kelihatan sihat dan cantik .


Cantik tak ?
Tapi buka gigi saya .
heh heh heh ...
Meh hambo kongsi camna nak putihkan gigi 
daripada dapur .



Ambik sikit halia dan garam .
Pastu tumbuk kasar yer .
Masukkan ke dalam gelas ,
masukkan air , kacau bagi sebati .
Kumur lah sebelum tidur .


Kalau teman - teman suka makan keju dan strawberi ,
dua makhluk ni pun boleh putihkan gigi .
Tak ler drastik .
Kalau rajin makan ,
lama kelamaan akan jadi  putih ler gigi tu .


Kaedah ni juga boleh kuatkan gigi 
selain membunuh bakteria kat mulut .

Malah , kalau ubat gigi habis ,
boleh gunakan air garam sebagai pengganti .
Berkumur - kumur dengan air garam 
selama 30 saat setiap hari
boleh legakan kerongkong daripada batuk .

malam ni buat , esok ...
Kadang ingat , kadang lupa ...
heh heh heh ...


Aidil Adha Ado Lagi


Assalamualaikum ...









Selamat Menyambut Aidil Adha ...



Bila Gas Tak Hado


Assalamualaikum ...

Sedang seronok memasak sambil bersantai menonton astro ,
hati tergerak lak nak tengok apa dah jadi di dapur ,
tetiba , mak aiii ... gas habih ker ???
hurmmm ...

Pilihan yang ado cuma guna oven .
Ada telur , ada tepung , ada mentega ...
ya ... kek lah jadinya ...



satu lagi pilihan ...
ada cheese , ada yis , ada tepung , ada bahan garnishing ...
campur kerajinan nak buat step by step ...
ni lah hasilnya ...




Anak buah hambo bab buat menatang ni ,
" senang jer tuh "
sebab mereka hantu pizza ...
jadi mereka bergotong royong lah 
menghasilkan dengan gigihnya ...

udah mamanya malas nak kuar beli gas ,
ko makan jer la nak apo yang ado .
Masak jer , trus licin ...

Maka dialog hambo kat kakak ...
" mama ni besarkan anak ke buaya ... "
heh heh heh ...
lapar tahap gaban tuh ...
5 orang beb ...

Ini cerita minggu lepas .
Bukan cerita nak raya haji .
simpan lama sangat ekkk ...
heheheee ....


Malam Aidil Adha ni , juadah mesti kaw - kaw kan !
Selamat menjamu selera ...


Pelembap Kulit Yang Mudah


Assalamualaikum ...

Korang mandi suka guna sabun apa ekk .
Suka yang cecair atau buku ?
Jenama apa yang jadi pilihan ?


Adakah yang jenis berbuku cam ni ?
Yang keluar harumannya bila selesai mandi 
atau 



Yang jenis cecair seperti ini 
Hambo tak pilih kedua - duanya .

Hambo ada baca artikel satu masa dulu yang mengatakan 
kedua-dua jenis sabun mandi kat atas tu ,
membuatkan kulit kita kering .
Akan jadi lebih kering kalau guna yang liquid ( imej 2 )

Ada juga orang kata jenama Dove tu 
melembutkan kulit .
tapi hambo tak cuba pun sebab 
dia adalah daripada 2 keluarga kat atas tu .

Kisahnya bermula
Satu hari tu hambo cuba sabun daripada susu kambing
sebab terpengaruh dengan promotion yang hangat masa tu .
Tapi product importlah .
Tempatan tak da lagi ...



Inilah product tempatan yang jadi buah hati hambo sekarang .
Hambo gunakannya untuk mandi ,
bukan cuci muka ya teman- teman .
Jangan bimbang , tak de bau kambing !

Hasilnya , kulit hambo lembap dan lembut .
Beza sangat bila guna sabun mandi biasa .
Tu yang buat hambo jadi jatuh cinta !

Susu kambing ni kaya dengan protein dan vitamin A .
2 nutrien terbaik untuk kulit .
Rasulullah pun suka susu kambing  ...