Jantung Pisang Lemak Cekur dan Khasiatnya


Assalamualaikum ...

Jantung pisang nampak biasa jer . 
Malah , bonda hambo dulu tak do pun inform khasiatnya .
Cuma bonda kata , boleh makan .




Makan jantung pisang ni boleh buat kita rasa kenyang 
untuk masa yang lama berbanding nasi .
Jadi , sangat sesuai untuk diet .
Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu pencernaan .

Ia juga dapat mengelakkan kita daripada serangan angin ahmar 
malah membantu melancarkan perjalanan darah .
Maka risiko terkena serangan jantung dapat dielakkan .

Jantung pisang juga sangat bermanfaat 
untuk penghidap kencing manis dan diabetes .



Bahan - bahan yang diperlukan untuk menumis ;

Serai , cekur , halia , kunyit , cili padi ,
bawang putih , bawang merah , 
dan ikan bilis ditumbuk kasar .

* kunyit dan ikan bilis saya masukkan kemudian 
sebab terlupa . heh heh heh ...

Panaskan minyak ,

masukkan semua bahan tumbuk di atas .



Bila bahan tumis dah kekuningan ,

masukkan jantung pisang yang sudah di mayang .


Kacau hingga mereka mesra .

Masukkan pula santan pekat , hirisan daun cekur dan perasa .



Taaa ra ... sudah siap untuk dimakan .

Selamat Mencuba ...




Stew Daging Pedas


Assalamualaikum ...

Hambo ni peminat tegar drama / filem korea .
Maka hambo selalu terliur bila tengok masakan korea kat dramanya .
Walaupun tak dapat buat real kimchi korea ,
dapat seakan - akan pun jadilah .

Kali ni hambo nak cuba stew pedasnya .
Tapi masak cara orang Melayu lah .
Hah ! dah lidah melayu kan !
Yang pasti tak de kimchi .
Sebab hambo masak guna bahan yang ado dalam esbox jer .


Masukkan minyak 
( kalau dapat guna planta lagi harum ), 
bila dah panas masukkan 
kayu manis , buah pelaga dan bunga lawang .



Masukkan bahan yang ditumbuk 
( cili padi , bawang putih , bawang merah , halia , lengkuas , serai , biji ketumbar ) .
Bila dah agak garing , 
masukkan cili boh dan serbuk rempah sup.
Bila dah  pecah minyak , 
masukkan air asam jawa  .



Bila dah mendidih , 
masukkan daging yang dah direbus 
dan perasa .

Bila rasa dah meresap kat daging ,
masukkan tomato ,bawang besar , capsicum
batang saleri , dan carrot .
Hambo masukkan juga soohoon .

Bila bahan dah agak layu , 
soohoon pun dah kembang ,
masukkan sedikit tepung gandum 
yang sudah dibancuh dengan air .
Kacau sebati hingga kuah agak pekat ,
bolehlah tutup api .



Hambo tak masukkan tomato puri 
sebab tomato cuma sebiji jer dalam esbox .
huhuhuuuu ...

Selamat mencuba di hari cuti ...



Sangat Effective Untuk Sembelit


Assalamualaikum ...

Kalau permulaan hari dah menghadap nasi ,
haruslah perut tu membuncit kan !
Dah budaya orang Malaysia .
Dari kecik sampai la ni , dah jadi kebiasaan .
Paling tidak , sehari sekali mesti nak makan nasi jugak !


Boleh Join ?


Assalamualaikum ...




Ada jer yang nak tumpang sekaki .
Bagus juga . Hangat sikit badan aku .



Boleh aku join tak ?



Tak boleh la .
Sempit nih . 
Ko memang tak boleh masuk !



Aku tak kira . Nak jugak !



Putus asa jer la .



Eh ! Jangan tinggalkan daku ....




Bahaya Cacing Lipas


Assalamualaikum ...

Kat umah hambo memang banyak makhluk ni .
Tak tau nak wat camno .
Masalah nya kat mieow hambo .




Bila malam jer , 
kucing hambo masuk umah 
sambil menyongel lipas kat mulut .
Pastu pi sorok kat sebelah kita orang lah .
Tak pun , pi timang sampai la lipas tu naik pengsan !

Anak buah hambo po laie , 
melompat lah semuanya .
Siap dengan jeritan yang mesra tau !


Teman - teman tau tak ,
Kalau lipas ni boleh datangkan bahaya pada kita .
Jangan sesekali ada terlintas nak bantai sampai terbarai perut !

Nanti akan keluar cacing halus / lembut yang boleh hidup 
walaupun tanpa perut lipas !
Bayangkan bila cacing ni cari rumah baru .
Sapa yang akan jadi perumah seterusnya ?
Kalau bukan penghuni rumah tu kan .




Cacing ni boleh masuk melalui liang - liang roma kulit 
juga luka yang terdapat pada kaki kita .
Cacing ni cuma boleh kita nampak 
pada jarak 10 - 20 cm jer tau .

Kalau dah masuk kat badan ,
maka jdilah macam - macam penyakit . 
Maka berhati - hatilah .
Jangan sampai anak kita bermain dengan makhluk nih !




Jamu Untuk Langsing


Assalamualaikum ...

Beberapa hari hambo dah cuti .
Rindu teramat nak merapu dengan teman - teman .
Ha ah kan ! 

Jamu Untuk Langsing
Pokok temu lawak macam pokok kunyit .

Cara Makan Daun Kaduk Dan Khasiatnya


Assalamualaikum ...

Kat belakang umah banyak pokok daun kaduk .
Bila makan , mesti ada ulam .
Malah hambo lebih suka makan sayur mentah daripada masak .


Cara Makan Daun Kaduk Dan Hasiatnya

Buah Katak Puru Dan Khasiatnya


Assalamualaikum ...

Entri hari ni , 
den nak memenuhi permintaan teman - teman den 
dengan bercerita sedikit tentang kisah dan khasiat buah nam-nam.
Mungkin sebab fizikalnya yang menggerutu  
ada orang panggil buah ni dengan nama buah katak puru .

Buah Katak Puru Dan Khasiatnya

Cam Sama Jer


Assalamualaikum ...






Ala la la la ... comelnya ...





Serak Tenggelam Timbul



Assalamualaikum ...


Hari ni suara dah garau bercampur serak .
Kalau nyanyi boleh la lawan Ramli Sarip .
Untung tak nasib trus sunyi sepi melodinya ...
hahahaaa ...

Kiriman daripada kampung .
Biras hantar kat umah .
thanks sangat .



Durian ni , jangan berangan nak buat creape yer .
Anak buah makan sekali jalan jer .
Trus licin .



Pulasan dan manggis .



Ini rambutan , jiran yang sedekah .
Terima kasih la sangat .
Jarang bersembang dan umah pun jauh sikit .
Tapi tuan rumah dan ayahnya 
yang sekali sekala bertandang pun murah hati juga .

Ada sesapa yang ada petua 
untuk kembalikan suara
ke tahap normal ? 
Ni klu jawap phone pun kena gelak dek orang jer .


Dalam pada dah tak de suara ,
masih ada selera nak makan buah nam nam nih .
Buah ni daripada kampung hambo .
Ada beberapa pokok kat kampung .
Tapi orang kampung dah tak dhoyan .
Jadi , hambo ngan kakak hambo le yang perabih .






Cara Mudah Cuci Mata


Assalamualaikum ...

Hari nak bagi tips mudah nak cuci mata .
Setiap hari mata kita ni menadah habuk .
Eyemore tu yang moden .
Tradisionalnya , guna jer daun sirih .



Ambil beberapa helai daun sirih ,
letak sikit garam ,
ramas sepuas - puasnya . 
masukkan air suam ,
ramas lagi sampai hancur .

Pastu tapis kan  dan 
masukkan air kat mangkuk besar .
Masukkan muka kat air tu 
sambil mata terbuka 
selama setengah jam .
Pastikan air tu sentiasa hangat ya .

Mula - mula tu mata rasa pedih ,
bila dah biasa , 
ok jer ...

Ambil la nafas sedikit ya .
Kang meninggal lak anak orang .
heheheee ...

Selepas setengah jam , cuba tengok 
apa ada kat air tu ...

Kata P.Ramlee ,
kalau tak nampak tandanya pendek unur .
heheheee ...


Selamat mencuba ...






Pi London

Assalamualaikum ...

Kisah semalam ...
Melihat si kecik merengek kat mamanya .
Maka hambo pun bertanya ...

Naper nih ...
" Nak pi London " , 
jawab mamanya sambil tersengih - sengih .
Dialog seterusnya dalam bab pujuk memujuk ...
" mama kan tak pernah naik kapal terbang . "
hahahaaaa ...


Kisah London ni bermula ,
bila seorang anak buah bertandang menjenguk bonda ,
maka dia bercerita tentang ayah kepada kawannya ,
yang sudah alzimer .
Hanya ingat perkara yang berlaku pada 30 tahun lepas .
Dah tentu pada zaman mudanya .

Satu hari si anak balik lewat daripada kerja .
Si ayah bertanya ;
" Lambat balik . Ko kerja kat mana ? "
Si anak menjawab ; " London . "
Dengan nada terkejut , 
si ayah berkata ; " Jauh tu . "

Jus wajib setiap pagi ...

Sejak dengar cerita tu hingga hari ni ,
kami selalu jadikannya gurauan .
Kalau hambo tanya ; " mama mana ? "
Jawapan ringkas daripada anak buah ;
" London . " 
Maknanya mereka tak tahu mana mamanya pergi .
heheheeee ...

Sama juga kalau anak buah tanya ;
" mak usu nak gi mana ? "
" London . " jawab hambo .
Maknanya hambo tak nak bagitau mana hambo nak pi la .
hahahaaaaa ....




Khasiat Ubi Garot


Assalamualaikum ...


Ramai yang bertanya tentang Deodorant DIY .
Sebenarnya hambo dapatkan resepi tu kat google .
Hambo lum wat experimen pun .

Jadi , hari ni hambo nak kongsi maklumat
yang hambo dapat bila hambo google tentang 
ARROWROOT POWDER .
Powder ni salah satu ramuan nak hasilkan deodarant .




Arrowroot Powder ni dibuat daripada ibu garut .
Sebenarnya ni kali pertama hambo dengar nama ni .
Bila hambo tengok gambar ubi garut ni ,
mak oiiii ... 
ubi ni pernah hambo makan masa kecik dulu !



Selalunya bonda hambo rebus jer ubi tu .
Bila dah lembut , makan lah gitu jer .
Rasanya ada manis sikit macam carrot
tapi ubi garut ni sangat berkanji !

Kalau kat umah bonda hambo masih ado lagi pokok ni ,
hambo nak wat experimen untuk cipta resepi .
Mudah - mudahan menjadi .



Ni la pokok nya teman - teman .
Tingginya cam pokok kunyit jer .
Bila dah tinggi ni , cabut pasti ada ubinya .

Dinamakan arrowroot sebab orang Hindia Barat 
gunakan serbuknya untuk keluarkan toksin
daripada luka sebab racun anak panah .
Juga boleh rawat luka ulser .





Boleh jadikan serbuk dengan cara 
parut atau sagat ubi garut ,
perah guna kain maslin ,
hampasnya keringkan .
Bila dah kering , 
boleh lah dikisar menjadi serbuk juga tepung .


Tepung ubi garut boleh dijadikan
bedak , gam dan sabun 
malah juga untuk pekatkan 
sup , sos , puding , gula - gula , manisan juga ais skrim .

Kelebihan dalam merawat penyakit ;

Bertindak sebagai anti radang , anti diarea , demulsen ( ejen pelega yang melindungi membrane mukus dan melegakan iritasi ) dan penyejuk .Boleh dijadikan makanan berkhasiat tinggi untuk kanak - kanak dan orang tuayang berada dalam proses penyembuhan daripada penyakit serta mereka yang mengalami masalah gastroenteritis .
Dapat merawat masalah usus dan perut juga penyakit salur air kencing ,serta air kencing tak lawasdengan cara merebus dan diminum airnya.Malah airnya rebusannya juga boleh digunakan sebagai losyen pencuci mata .
Dimakan mentah
dapat merawat masalah pundidan saluran kencing .
Serbuk / tepung ubi garut dicampurkan air dan gula kemudian diminum dapat merawat penyakit disenteri ataujangkitan trek usus yang menyebabkan cirit birit teruk .
Tepung ubi garut dapat sembuhkanradang kulit sebab terdedah lama pada matahari ,bintik - bintik merah pada kulit yang timbul sebab demam,penyakit kulit dan sengatan tebuan .Anda hanya perlu sapukan pada tempat yang sakit  .
Tumbuk akarnya lumat - lumatdan tampal pada luka , bekas sengatan dan patukan haiwan berbisa .Boleh juga jadikan minuman sebagai penawar bisa dalam makanan dan minuman .
Parut isi ubi garut dan perahkannya .Gunakan airnya untuk disapupada parut dan tempat yang terasa miang .

Amaran !
cecair atau isi daun dan batangnya boleh
sebabkan gatal - gatal atau tadang kulit
terutama pada kulit yang sensitif .




Kek Orange Sunquick


Assalamualaikum ...

Lepas solat subuh , perut rasa lapar tu lumrah .
Sebab dah masanya untuk di isi setiap pagi .
Bila buka gas ... jeng jeng jeng !
Alamak !

Kek Orange Sunquick

Dah Berjimba Seminggu


Assalamualaikum ...

Hari ni hari terakhir sekolah .
Ibu bapa pun dah banyak plan cuti - cuti Malaysia .
Ada juga yang sedang berkira - kira untuk tukar status cik kepada puan .
Tahniah lah pada mereka .




Anak buah hambo dah berjimba seminggu awal .
Bila buku teks dah pulang , 
tak de la aktiviti belajar .
Maka masing - masing malas nak pi sekolah .
Bohsan ! katanya ...

Kakak hambo tu cikgu .
Tapi dia tak kesah pun anak dia ponteng .
Selamba jer dia lenggang kangkong 
pi sekolah awal pagi tanpa anak - anak .
Heheheeee ...




Kepada ibu bapa , 
selamat menikmati percutian keluarga .
Pada blogger yang mula bercuti esok ,
jangan membuta jer ya .
Kepada yang nak membina rumahtangga ,
semoga Allah permudahkan segala urusan .

psssst ... 
musim hujan ni memang best membuta .
Tapi agak - agak la yer ...
Kang mandi air satu baldi dengan omak ekau ...
hahahaaaa ....




Deodorent Buat Sendiri


Assalamualaikum ...

Kebanyakan daripada kita ,
dah terbiasa kalau nak keluar 
mesti nak sapu deodorant .
Kalau tak sapu , spray jer dengan pewangi .


Kalau tak wat cam tu ,
confirm " harum " ler bau kan !
Lagi lah kalau baju tu tak berlengan 
atau pun jenis kain yang buat kita mudah berpeluh 
dan tak serap peluh .



Ada juga yang kata ,
deodorant ni leh sebabkan kanser
terutamanya kanser buah dada .
Tapi pengeluar deodorant lak menafikan !

Sebenarnya , ada cara mudah untuk kita buat sendiri .
Jom kita tengok apa dia bahan 
juga cara membuatnya ...



Bahan - bahan ;

1/4 cawan baking soda
1/4 cawan arrowroot starch powder
4 sudu kecil minyak kelapa
1/4 sudu minyak teh hijau 
atau boleh guna minyak pati pilihan anda



Caranya ;

Campurkan semua bahan di dalam mangkuk .
Kacau sebati .
Maka jadilah cecair yang likat .




Dah tentulah tak selesa kalau nak apply kat ketiak kan .
Simpan dulu dalam peti sejuk .
Bila dah beku , keluarkan .
Tunggu beberapa minit , 
barulah guna jari yang bersih 
calit dan sapu pada ketiak .




Saya tak tahu lah 
kat pasaraya ada jual ke tak .
Mungkin juga ada kan !

Selamat Mencuba ...