Sambal Ikan


Assalamualaikum ...

Memandangkan esok adalah hari Wesak , maka adalah yang akan bercuti kan . Berjimba - jimba dirumah dengan family . Mungkin juga ada yang membawa anak bersukaria diluar . 






Jadinya , hari ini QV nak kongsikan resepi saja lah . Manalah tahu korang boleh mencuba  nanti . Sebenarnya tak plan pun nak memasak sambal ikan nih . Cuma tetiba datang idea . Idea lah sangat kan ! 

Alkisahnya , ikan Cencaru aka ikan jaket panggang yang besarrr itu , tak habis dimakan . Ada berbaki lagi 2 separuh ekor . Hah ! Jangan korang pening dengan perkatan 2 separuh tu yer . Sebenarnya , seekor masih belum diusik dan seekor lagi dah terusik sikit lah . Maka otak berfikirlah nak buat apa dengan ikan nih .

Macam biasa , bila datang idea nak buat sambal ikan , terus jer buat . Haram ko jah nak pi usha resepi kat internet . Ikut suka hati QV jer lah membuatnya .




Cara membuatnya :

1. Keluarkan isi ikan , hancurkan . 
Guna garfu . Ala guna tangan pun tak apa . Sunnah tu . Tak usah nak geli - gelian segala .
2. Ambil cili padi dan bawang putih , tumbuk hingga mesra .
3. Ambil bawang besar , mayang .
4. Panaskan minyak , masukkan bawang besar . 

Bila dah layu , masukkan bahan yang ditumbuk ( 2 ) dan bahan perasa .


5. Bila bahan tumis dah garing , masukkan ikan . 
Kacaulah hingga garing si ikan tu yer .
* minyak untuk menggoreng perlu lebih sikit .


Rasanya sambal ikan ni menu turun temurun orang belah utara . QV pernah tengok program masak kat tv . Mereka tambah santan , kalau tak silap QV lah .

Resepi spontan ni kali pertama QV buat . Alhamdulillah menjadi . Bila makan macam serunding ikan pun ada . 
Makan dengan ubi rebus , pergh , korang lalu pun QV tak sudi nak memandang tau ... hahahaa





7 Sila komen:

  1. tengok rupa dia macam serunding..nampak sedap la..

    ReplyDelete
  2. Nampak macam kerabu ikan pun ada huhuu.. asalkan sedap kan :D

    ReplyDelete
  3. oo ingatkan serunding tadi.. rupanya bukan ek..

    ReplyDelete
  4. Ingatkan serunding daging tadi rupanya sambal ikan. Macam senang ajelah Vee tapi ikan jaket tu jarang bertandang kat rumah. Kalau ada, harus berbaki dan haruslah mencuba resepi yang ini kan!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...