Mak Usu Makan Ulat


Assalamualaikum ...

Abang ipar balik dari kampung .
Membawa 3 plastik berisi buah pelam juga ubi kayu dan pisang .
Sudah tentulah buah pelam itu masih mentah . 
Jadi , kalau nak pelam tu masak , kenalah peram .
QV ambil beberapa biji buat jeruk .


alt image tag


Bila picit pelam tu dah rasa lembut , 
maknanya dah masak lah kan
Maka bersemangatlah nak makan .
Potong sikt , makan .
Perghhh ... manis beb . 

Maka anak buah pun berkumpul lah nak tumpang sekaki .
Potong lagi , dan lagi ... opsss ... 
" apa tu mak usu ? "
" ulat buah . "

Maka berlarilah my anak buah pi sinki mencuci mulut .
wek , wek ... bunyinya .
... hahahaaa
Bukan muntah , saja jer nak tunjuk kegeliannya .

Maka berpesta makan mempelam lah QV dan my kakak .
" Eeee , mak usu makan ulat . "
" Yang ada ulat , tak yah la makan . "
Selamba jer QV menjawab sambil mengunyah dengan bergayanya .
... heh heh heh .
Seronok tu . Makan tanpa gangguan !
Ini kisah mempelam saiz kecik .


alt image tag


Mempelam saiz besar lak , masam rasanya .
Mungkin belum masak , jadi QV peram lagi .
Selepas 2 hari , kupas , makan ...
... perghhh . berkerut muka tahan masam u .

Tetiba dapat idea buat jus .
Macam biasa , tambah la gula bagi manis sikit .
Adeh ... masam juga .
Tambah lagi gula ... masam masih tetap menyegat !
Sudahnya nak minum , kena tambah air kosong lagi dek kerana terlebih manis .
Agaknya mempelam ni memang spesis masam kot .




11 Sila komen:

  1. Kalau tak silap saya (kalau salah sila betulkan) mengikut Islam boleh makan ulat buah yang ada di dalam buah, tapi ulat yang sengaja diceraikan dari dalam buah adalah haram dimakan...wallahualam....

    ReplyDelete
  2. ish2 dah peram pun rasa masam lag..
    nasib baik ada idea buat jus he..he

    ReplyDelete
  3. saya pun bawak balik mempelam dari kampung..sampai penuh peti sejuk..kalau letak kat luar takut buruk pulak.sebab dah masak..rasa manis je..tak payah harum manis pun tak pe la..heheh

    ReplyDelete
  4. aduhaii..teringin pulak nak makan pelam..hehehe...

    ReplyDelete
  5. Terkenyit2 mata KN tahan masam. Tu baru tengok gambar... haha

    ReplyDelete
  6. mempelam masam yg muda buat sambal tumbuk2 campur ikan goreng n cili padi sedap juga mkn dgn nasi..

    ReplyDelete
  7. Alahai, kalau manis janganlah beritahu, terliur saya :) Vee kata masam, saya pun berkerut muka membaca perkataan masam tu. Suka tak boleh blah ler expression bila membaca bersungguh-sungguh ni!

    Kesian kat kita, baru je beli ubi dengan keledek. Nak dapat free kat KL ni memang tidaklah nampaknya :(

    ReplyDelete
  8. hehehe...over masam lepas tu manis pulak..

    ReplyDelete
  9. byk pokok ye mempelam ni. Ada yg manis ada yg masam. Jeruknya dah buat ke belum?

    ReplyDelete
  10. huhu...ada masam ada manis..nasib la kena yg masam atau manis..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...