Macam - Macam Scenario Beb !


Assalamualaikum ...

Kehendak manusia ni memang macam - macam .
Senang cakap , kehendak tak terhad .
Selagi boleh update dan menjadi lebih canggih ,
semua nak layan beb !

Zaman la ni semua orang nak yang lebih mudah .
Boleh sembang dengan ramai orang dalam satu masa .
Alah , macam whatsapp , Wechat , Line ...
Tak caya ? 
Meh klik gambar kat bawah ni ...

^
^
^



Hah kan ! betul tak QV cakap ?
Tapi QV memang tak de segala jenis chat ni ... 
tak kisah lah klu orang kata QV ni dok dalam gua !
... hua hua hua .

Bukannya apa .
Kalau QV ada benda alah tu semua ,
confirm tak dapat nak buat keje lainnya .
Nak yengok running man pun tak sempat nanti .
Lum lagi nak tengok drama Korea feveret QV .

Tak per la . QV bagi can korang layan jer .

Ariossssss .......




Cencaru Masak Kerutub


Assalamualaikum ...

Bila balik dari pasar ,
ikan cencaru memang tak boleh blah .
Dah tu jer antara ikan yang paling murah .
Nak menghadap telur dan ayam jer tak larat lak .
Orang umah ni tak berapa nak suka daging .
Makanya , nak tak nak , ko hadap jer la ka, Cenca cencaru tu .

Cencaru Masak Kerutub


Ulam - Ulaman Segar


Assalamualaikum ...

Sejak my kakak preggy ,
dia cuma gemar makan ulam .
Ni la ulam yang memenuhi aisbox .













Sambal tempoyak yang tak boleh blah ... 
dah kamcing sesangat dengan teman dema kat atas tu .

Kalau terlebih rajin , 
blend jer ulam tu  dan minum ...



Eh ! Berbunga Rupanya .



Assalamualaikum ...


QV dah Biasa nampak kektus berbunga .
Tapi ini kali pertama QV nampak kaktus jenis ni berbunga . 
Maklumlah , kat kampung pun besar juga 
tapi QV tak pernah nampak dia berbunga .

Maka terkejut dan teruja la sangat nak melihat bunganya .
Maka QV snapkan gambar bunga ni 
start dari masih kuncup 
hinggalah ia betul - betul berkembang .













Oleh kerana dah perap lama gambar ni ,
QV pun dah tak ingat doh berapa lama bunga ni berkembang .
Kalau tak silap , tak sampai satu hari ...



Dulu Tak Suka Sekarang Sangat Suka .


Assalamualaikum ...

Tak ramai orang yang pandai makan peria .
Malah ramai juga yang tak suka .
Macam tu ler juga kakak QV .

Masa kakak QV bujang ,
dia memang tak makan peria .
Bukan tak suka tapi tekak dia tak boleh terima .
Ada satu masa tu , sambil makan sambil tengok tv .
Masa dia leka mengunyah sambil tengok tv tu ,
QV letak sayur peria kat atas pinggannya 
dan tutup dengan longgokan nasi .
Bila masuk dalam mulut dan dia merasa sayur peria tu ,
terus jer keluar segala jenis makanan dari mulutnya .



Bila dah berumahtangga , 
si husband lak suka sangat dengan peria .
Bila balik daripada pasar mesti ada sebatang peria .
Jadi , hidangan sayur peria tu dah wajib ada 
sekurang - kurangnya sekali seminggu .

Satu hari tu QV terperasan , 
dengan selamba jer kakak QV meratah sayur peria .
Dengan nada terkejut , tanyalah kat dia ;
Sejak bila pandai makan peria nih ?
Selamba jer dia jawab ;
masa mengandung hanani ( anak ke2 ) lah .
Aku tak perasan camna jadi ' doyan ' makan peria nih .
Owh ... rupanya !



Rupanya , baru QV tahu .
Anak dalam kandungan boleh merubah makanan kesukaan si ibu .
Mengandung yang ni lak , 
kakak saya suka makan coklat dan minum air milo .
Sedangkan sebelum ni 
kakak saya tak layan semua ni sebab manis .

Kali ni , masam - masam dah tak jalan lak .
Makin meloya teruk adalah !
Harap - harap tak lah jadi kencing manis 
pada si ibu dan anak lak nanti .




Konspirasi Terkantoi .


Assalamualaikum ...

Pergi ke Giant mencari keperluan .
Si anak buah lak nampak Subway .
Merengek saja , sudahnya layan jer la keinginan mereka tuh .


Inilah yang anak buah idam - idamkan .
Maka pejam mata jerlah si mama membayar .



Besar rupanya sandwich ni . 
QV dan bonda cuba boleh habis separuh jer .
Tak larat nak makan semuanya , kenyang !



Hahaaaa ... ada coklat rupanya !
Ni si mamanya yang mengidam coklat !
Satu paket ni kena kongsi berdua .
Besar , ya ... agak besar untuk seorang .
Sebab my bonda tak nak , 
maka mak usunya dapat ler makan sensorang ... 
heheheee



Pakej lengkap untuk hidangan kami .
Nasib baik QV berat hati jer nak memasak .
Kalau tidak , confirm membazir .

Dalam lebih kurang 12 malam ,
Si tiga lagi anak buah yang join abahnya pulang ke kampung ,
tetiba sudah berada di depan pagar rumah .
Sepatutnya mereka pulang pada malam esoknya .

Maka bulat lah mata 2 orang kakak nya .
Maka segeralah mereka  pi sorokkan coklat yang ada dalam aisbox tu .
Bila 3 beranak tu masuk ,
soalan pertama yang keluar daripada mulut si akak ;
" kenapa balik cepat sangat . "
Si adik yang terpinga - pinga tu menjawab ler dengan jujurnya ;
" Abah nak balik , balik jer lah . "

Tetiba si adik ni ternampak lak tisu Subway kat atas lantai .
Laju jer la mulutnya bertanya ...
... hahahaaa ... nak menangis si adik tak dapat merasa !
Nasib baik ada lagi baki separuh nenek punya .
Juga air botol yang belum habis diminum .
Berkongsilah si adik berdua .

Kerana ketidakcekapan si kakak menyimpan coklat ,
sudahnya , hanya beberapa minit saja , 
si adik sudah dapat mengesannya .
... hahahaaaa ...

Betullah bagai dikata , 
orang tamak selalunya RUGI ...



Tempias CNY


Assalamualaikum ...

Semalam pi pasar basah .
Nak membeli , garu - garu kepala dulu .
Berkira - kira dengan RM ...



RM 8 / kilo . 
Ok lagi lah sebab beli pun secekak jer .




RM 10 / kilo
Dah mula terkedu ... 




What ?????????  ... RM 50 / kilo .
Amik kau ... tengok jer la ....




RM 2 jer sebab CNY tak heran pun dengan makhluk ni .

Nampak gayanya , 
tak dapat la nak merasa adik beradik ikan nih .
Dah la musim tengkujuh .
Nak CNY lagi ... 
PM boleh kawal harga tak ?????

Makan ayam jer la .
Macam - macam resepi boleh buat .
Asal tak jadi macam ayam udah ler ...


Banyak Manfaat Timun Yang Kita Perlu Tahu .


Assalamualaikum ...

QV sangat suka dengan timun .
Kalau boleh nak makan sebiji timun setiap hari .
Tak rugi makan timun nih .
Sebab banyak sangat kebaikannya .

Manfaat timun untuk kecantikan ;


Boleh jadikan kita awet muda bila makan sebiji sehari Boleh menegangkan kulit . 
Boleh mencegah hidrasi pada kulit .
Boleh meremajakan kulit wajah . 
Boleh menggalakkan pengelupasan dalam epidermis 
Membantu meninggalkan kesan lembut serta halus pada kulit . 
Silika dalam timun adalah kolagen yang boleh mengusir dan mencegah munculnya kedutan . 
Memberi kelegaan pada kulit yang terdedah pada matahari . 
Timun juga sangat efektif menangkis radikal bebas yang boleh mempercepatkan penuaan .



Selalunya QV takkan potong timun sampai habis .
Bahagian hujung tu kan pahit . 
Sapa nak makan !
Tapi jangan dibuang , sebab ada kegunaannya .



QV akan ambil bahagian hujung yang pahit tu ,
 hiris nipis - nipis dan letak kat muka sebelum tidur semalaman .
Bangun tidur , terus jer kopek satu demi satu .
Kulit muka akan rasa tegang .
Jangan lupa letak sekali kat mata ya !



Kalau lebih rajin , 
bolehlah parut atau blend timun .Tapis airnya .

Campurkan timun tu dengan 

putih telur , lemon / yogurt dan madu .
Tepekkan kat muka , biarkan selama 30 minit hingga 1 jam .
Pastu , cuci muka dengan air suam .
Selepas lap muka , sapukan toner untuk tutup liang - liang pori .

Beberapa info menarik tentang timun ;

Kat Mesir , 
jus timun digunakan sebagai ubat penurun panas 
bukan saja untuk demam , tapi rasa ' terbakar ' dalam badan .

Timun sebenarnya mengandungi 95 % air .
Maka sangat bagus untuk turunkan berat badan 
sebab kalorinya rendah .

Mengamalkan makan timun boleh atasi masalah sembelit .

Sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun 
membantu mengurangkan paras kolesterol .

Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun 
membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata .

Jika mata letih dan bengkak , 
tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata .
Ini kerana timun mempunyai sifat anti - inflamasi .

Tahukah anda , timun juga dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat 
kerana ia mengandungi silikon dan sulfur .

Sumber ; Berita Harian .


Kangkung Masak Padprik


Assalamualaikum ...

Hari ni , QV buka fb je ,
ramai lak blogger update status tentang kangkung .
Kangkung ? Kenapa dengan kangkung ?
Rupanya ramai juga yang tertanya - tanya macam QV .


Kangkung Masak Padprik

Manfaat Daun Tenggek Burung


Assalamualaikum ...

Pernah tak korang dengar dan nampak daun tenggek burung ? QV tahu ada antara korang memang tak penah jumpa dan nampak duan tenggek burung ni kan . Nak makan nasi berulamkan daun tenggek burung , jauh sekali . Tapi sekarang ni , dah senang nak jumpa kat kedai makan . Cuma korang kenal ke tidak dengan daun tenggrk burung tu je . Adakalanya ada dijual di pasar . Berani cuba ?

Manfaat Daun Tenggek Burung

Bila Kari Jadi Kunyit


Assalamualaikum ...

Keluar dari bilik di pagi hari bersama bonda .
Breakfast dah siap my kakak buat .
maka dengarlah my kakak membebel 
suruh anak buah si Nabila menghabiskan mee  'ciptaannya ' !

Kisah bermula bila my kakak dah selesai menyediakan mee
untuk breakfast anak - anaknya .
Sebab my kakak ni sedang loya 
aka mengidam ikut tekak preggy nya , 
jadi dia menambah ler perasa kari dan sos kat mee nya tuh .

Maka terliurlah si anak buah ni .
Dengan excitednya dia pi ke dapur menambah perasa 
sama macam mamanya .
Taaaraaaa ...



Selepas merasa hasilnya , si anak buah kata ;
' nape rasa lain jer mama ? '
Maka gelaklah si mamanya selepas merasa sesudu .
" Tu la , lain kali tanya dulu . Jangan dok cebur jer . 
Yang kuning tu serbuk kunyit bukannya serbuk kari ! "
... hahahaaa .
Satu umah pi gelakannya .
Camna lak bau serbuk kari pun leh tak kenal nih !



Sayang lak kalau biar jer mee tu kan .
Jadi , mak usunya terpaksalah ubahsuai perasa mee tu .
Bila serbuk kunyit bertemu dengan sos ,
semacam lak rasanya kat tekak nih .

Cuci jer la mee tu , masak semula .
pastu masukkan hirisan salad dan cili padi serta perahan limau kasturi .
Jom makan !
Yang penting , jangan membazir .
Jangan jadi kawan syaitan !
Allah pun tak suka ...

Ikan Keli Lemak Cili Padi Segera


Assalamualaikum ...

Kisah di pagi hari pergi ke dapur membuat air .
Mata memandang sepi pada longgokan plastik dari pasar 
yang berisi barang kering juga basah .

Ikan Keli Lemak Cili Padi Segera

Sup Peria Bersama Ayam


Assalamualaikum .

Bila sudah tiba masa untuk turun dapur .
Memasak hidangan untuk bonda .
Yang ada hanyalah sayur peria dan labu 
juga ikan caru dan ayam yang siap dipotong .


 Sup Peria Bersama Ayam
Sup Peria Bersama Ayam 

Segmen : Ramaikan Follower , Raikan Ukhuwah ...


Assalamualaikum ...

Hari ni nak memeriahkan segmen daripada 
blogger Abak @ Lorongcinta.blogspot .



Sapa - sapa yang berminat , 
sila klik pada banner kat atas ni yer untuk ketahui syarat - syaratnya .

Jom join !



Misi Menyelamat


Assalamualaikum ...

Anak buah tetiba kecoh meredah bilik QV
Ingatkan apa la yang serius sangat .
Rupanya si mieow Megpie buat hal lagi .
Maka setiap kali tu ler QV jadi penyelamat .



Suka - suka dia jer pi pijak yer .



Nak lawan ker ? Aku pun leh buka mulut besar tau .



owhhh . saja jer libas aku cam bola yer !



Sesekali nak bermanja . Ok per .



Ni nak cium ker nak ngap aku ni .
( tetiba kepala mengkarung tu ada kat dalam mulut Megpie .
Tak pasal - pasal mulut Megpie ni kena cangak .
Satu nyawa harus diselamatkan . )



Tempat santai aku nih . Best tak ?



Tahun lepas QV jumpa mengkarung bersantai di sini .
Ni pokok buas - buas kat taman mini herba QV .



Tuan aku ni asyik ganggu jer aktiviti aku la .
Nak main sekejap jer pun tak boleh .
Hurmmmm ... bosan !

Daging Gulai Daun Kemangi


Assalamualaikum ...

Hari ni QV nak kongsi resepi daun kemangi .
Sebenarnya nak wat entry resepi ni semalam .
Tapi bimbang ada yang bertanya tentang daun kemangi .
Jadi QV buat le entry tentang daun kemangi dulu .
QV dah share manfaat dan kebaikan
makan daun kemangi ni di SINI .


Khasiat Daun Kemangi


Assalamualaikum ...


Kemangi ? Apa tu Kemangi ?
Ya , pokok Kemangi
Rasanya ada yang dah biasa dengan pokok kemangi ni .
Daun Kemangi ni boleh dimakan buat ulam 
juga boleh dicampur dalam masakan .

Khasiat Daun Kemangi