Penjagaan Untuk Semua Jenis Kulit .








ASSALAMUALAIKUM....

Tentu korang tak nak kulit korang nampak berjeragat , berjerawat , kering dan segala jenis masalah kulit kan !!! . Ish , rasa malu dan tak confident jer bila nak jumpa  / berhadapan dengan orang . Biasanaya orang perempuan lah yang rasa cam nih . 

Setiap orang miliki kulit yang hampir tak sama . Ada yang sensitif , alergik pada persekitaran , makan ikut sedap rasa , ada yang tak leh makan seafood , kacang , susu , daging dan macam - macam lah . Kat sini QV nak kongsi cara yang berkesan untuk dapatkan kulit cantik . Antaranya :


1. Mencuci tangan agar bersih sebelum menyentuh wajah . Tangan kita ni banyak bakteria tau .

2. Buat Cleansing kulit wajah pada waktu pagi dan malam walaupun korang tak pakai make - up .
   Waktu pagi kulit kita mengeluarkan lemak dan keluarkan kotoran pada malam hari .

3. Rajinkanlah diri tu wat rawatan kulit pada waktu malam untuk menstimulasi sirkulasi pertukaran 
    sel - sel pada kulit . Buat urutan lembut pada wajah boleh hilangkan keletihan dan beri kecerahan 
    kulit .

4. Lakukan dengan teratur dan disiplin terutama kalau korang selalu outstation sebab persekitaran 
   antara satu tempat dengan tempat yang lain berbeza 

5. Banyak minum air suam / kosong ( mineral pun bagus gak ) .


KULIT KERING
  • Gunakan produk rawatan yang sesuai dengan kulit untuk elakkan dari proses penuaan yang cepat terutama kedutan di persekitaran mata .
  • Hindari dari mandi dengan air panas .

KULIT SENSITIF
  • Ambil dahulu krim yang ingin disapukan dan lakukan rawatan kulit tanpa menggosok .
  • Gunakan jari jemari daripada kain ataupun tisu .
  • Basuh dengan menggunakan air suam atau air yang bersih .

KULIT YANG KURANG MATANG
  • Memilih produk rawatan kulit yang betul dan dapatkan produk mengikut kesesuaian kulit anda .
  • Sinaran matahari boleh menyebabkan kulit anda berkedut dan tanda penuaan juga akan kelihatan. 

KULIT BERMINYAK
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Mudah berjerawat . Korang tak digalakkan memicit jerawat kerana akan meninggalkan parut 
  • Buat rawatan wajah sekali hingga tiga kali seminggu 



Tips Untuk Elak Sayur Daripada Cepat Busuk


Assalamualaikum ...

Tips Untuk Elak Sayur Daripada Cepat Busuk  | 
Teman - teman suka tak dengan sawi pak choy .
QV memang sangat sukakannya .
Setiap kali balik daripada pasar basah , 
ada la makhluk nih .


Tips Untuk Elak Sayur Daripada Cepat Busuk

Kepulangan Yang Dinanti .

Assalamualaikum ...

Dah macam tajuk lagu raya pulak .
Ni kisah si jantan kesayangan yang bernama Jebat .
Masa kawan sebangsa dengannya dok sibuk cari bini
masa tu la dia pun membawa diri .
Bukan sebab merajuk tapi ...
jantan - jantan lain tu kacau dia
dan halau di pergi ...


Cantik tak belang saya ?


Pada October lepas , 
selepas lebih kurang 3 tahun menghilangkan diri ,
tetiba nampak kelibat dia di belakang rumah .
Mak aiii ... dah membesor sekali ganda .
Dulu masih budak , sekarang udah jantan rupanya ...


macho tak aku ???

Bawa masuk umah , 
tutup pintu tingkap tak bagi keluar .
My kakak rindu sangat kat jantan kesayangan nih .
Pujuk dia bagi makan segala .


semar insung matek aji semar ngiseng ... 

Menyalak lah dia kat pintu tuh .
Masa ni masih garang .
Bila nak pegang jer , mengaumlah dia .


rehat jap ... 
salah ke jampi aku nih ... tak buka pun pintu tu .


Buka la tingkap ... plzzzz



mengatoklah ... tidur dulu ... zzzz



berkelana , memang la badan kotor .
ish ! apa la manusia nih .

Sebelum lepaskan dia , 
anak buah pi mandikan dulu .

Petua orang tua nih ...
Sapukan muka dia dengan air paip rumah kita .
Selain tu boleh gak sapu ketiak busuk kita kat muka dia 
supaya dia ingat nak balik umah .

Sekarang ni dah kerap balik umah 
tapi jarang masuk .
Kalau masuk pun , 
masuk ikut pintu dapur terus jer keluar pintu depan .
Dah macam jalan short cut lak ...





Sabor Jer La ...


Assalamualaikum ...

Di petang hari ,
pi dapur nak buat air milo untuk bunda .
Bila buka tupperware ...
... aikkkk , cepatnya habis !



Tetiba lak my kakak ke dapur .
Tanyalah kat dia ... jawabnya ...
... ' baby aku nak makan ' .  
Sambil mengusap perutnya !
Aduhai , mama preggy nih .
Macam - macam jer la perangai dia !



Nasib baik dah ada satu packet satndby .
Dapat lah buat air milo untuk bonda .
Kat rumah ni ramai yang suka ' makan milo ' nih .
Jom tengok camna mereka makan .



Tadaaaaaaa ... sabor jer kan !
Ni si mama preggy yang buat .
Baby dalam perutnya yang nak sangat .
Bebudak pun dah menirunya ...
Suka hati korang ler .

Milo letak kat roti , pastu makan .
QV ada gak try buat .
Tapi bila mengunyah tu terasa la ketulan gula kat milo tuh .
QV lebih suka roti yang ditabur serbuk milo ni 
cecahkan kat air milo .

Gula memang lah tersangat banyak .
Kat Serbuk milo ada ,
kat air milo pun ada susu pekat manis .
Tak boleh buat selalu kalau tak nak kena kencing manis !

Kalau korang nak try , dipersilakanlah !




Kami Pun Raya Juga ...


Assalamualaikum ...

Bila cuti , masa dah tentu banyak lah kan .
Boleh la nak masak yang leceh - leceh kan .
Doh angin rajin datang ...
yang penting ramai crew beb !












Satu hari doh makan ni saja .
Senang ! Tak yah masak banyak kali .
Anak membesar memang kuat makan .
Mamanya lak meragam preggy ...

Layannnn ...