Mana - Mana Pun Boleh


Assalamualaikum ...

Kitty cat cuma seekor . 
Tapi yang sayang dia ramai . 
Bukan setakat tuan - tuan dia 
tapi mummy - mummy nya juga ...








Beruntung si snoopy ni dapat dua ibu .
Boleh menyusu di mana - mana .
Bila stok ibu sini habis , boleh ambil stok ibu sana .

Si ibu angkatnya ada anak tapi meninggal kesemuanya .
Rasa - rasanya , mana satu ibu Snoopy ni ?






Kita Bertemu Lagi


Assalamualaikum ...

Dah lebih semingguQV menyepi . bukan sesaja menyepi tapi sebab kouta yang dah habis . Daripada hati menjeruk rasa , lebih baik QV ' berehat ' seketika sehingga tiba masa membayar bill .

Kini , bersiaran sekali lagi dengan wajah baru . Dua hari juga QV menyiapkan . Dan namanya baru belajar , haruslah teraba - raba mencari . Ini pun masih ada yang belum settle lagi . Kalau sebelum ini , copy jer template yang dah sedia ada , kali ni QV cabar diri untuk hasilkan sendiri .  

alt image tag
Template lama jadi kenangan .

Berahi Wanita Bermula Dalam Fikiran




ASSALAMUALAIKUM ...


Kajian mengatakan bahawa wanita dibesarkan untuk lebih banyak bercakap . Anak lelaki lak dibesarkan untuk pikul tanggung jawab dan bertanggungjawab . Wanita belajar merasai melalui minda  , terangsang melalui pemikiran berbanding lelaki yang melalui pandangan dan sentuhan . Korang setuju tak ? 

WANITA TAK SUKA GOPOH

Dalam rumahtangga lak , isteri suka dibelai perasaannya dengan kata - kata manja dari si suami ketika "bersama". 

  • wanita ambil masa yang lama untuk bangkitkan nafsunya .
  • wanita lebih suka kepada belaian dan gurau senda
  • wanita akan hilang mood bila anda nak menyudahkannya dengan cepat .

PERASAAN WANITA MESTI RASA SELAMAT

Wanita punya perasaan yang sangat halus dan mudah tersentuh dan akan hilang romantis malah keinginannya untuk bersama suami akan tertutup bila :
  • ada wanita lain dalam fikiran suami
  • suami sibuk fikirkan hal kerja 
  • suami tak de mood sebab stress 
  • suami sedang alami  masalah


ISTERI RASA TERDEDAH

Suami kena la beri sepenuhnya cinta dan kasih sayang sebagai tanda penghargaan sebab dia membenarkan anda masuk ke dalam dirinya 

  • sebelum hubungan - > beri salam dulu , tunggu isteri izinkan dulu .
  • semasa hubungan - > lakukan secara sopan dan perlahan - lahan supaya isteri menikmati kehadiran suami dengan penuh kasih sayang .
  • selepas hubungan - > suami perlu menemaninya dengan memeluknya , beri kata pujian .

WANITA PERLU PENGHARGAAN DAN PERHATIAN 

Suami kena la tahu camna nak puji dan beri penghargaan padanya . Kalu tak alamatnya memang tak menjadi la bila bersama . Haru tak ? hahahaaa


Kalau suami nak rasa hubungan korang jadi hebat , suami perlu sensitif dengan keperluan , kehendak isteri suapaya dapat jalankan tanggungjawab bersama - sama dengan jayanya .





Mencari Titik Selamat Dalam Sebuah Cinta




ASSALAMUALAIKUM ...


Ada tak sesiapa yang bosan bila cakap pasal cinta ? Rasanya lebih ramai yang suka daripada benci kan ! Persoalan cinta memang sentiasa seronok dibicarakan sebab lahir jer ke dunia , kita dah kenal cinta . Bila remaja , suka lelaki jer dah jatuh cinta . Bila dewasa lak , jatuh cinta jer terus nak kahwin . Bila tua lak , kita dapat cinta dari anak - anak dan cucu .



Ada orang kata , bila cinta kita okey , hidup kita pun okey juga . Tapi sebenarnya bila cinta kita okey , pelajaran akan terabai terutama kat sekolah menengah la , kerjaya terbarai hingga produktiviti menurun . Mana tak ya nya , kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan dan memenuhi kehendak si dia walaupun sibuk dan memang tak de masa + penat lagi kan  .



Sebenarnya bila kita bercinta , kita kena letak di pertengahan . So kalau tak menjadi , tak lah membenci dan hati taklah sakit sangat . Jadi kita terselamat dari menzalimi diri sendiri .



CINTA boleh dibahagikan kepada 5 cabang :



1. Cinta pada Allah



Orang yang bercinta kerana Allah , akan mengambil keputusan sebagai hamba Allah berdasarkan hukum  dan nilai - nilai yang ditetapkan melalui Quran . Bila timbul masalah , mereka kan serahkan kepada Allah , pasrah , redha dan mengharapkan Allah membantunya meneguhkan iman dalam mengharungi cabaran cintanya. Maka dia akan cemerlang dalam cintanya . Sekurang - kurangnya tak la jadi gila ... heheheee



2. Cinta pada Nabi .



Menjadikan sunnah Rasulullah dan hadis nabi sebagai sandaran dan juga panduan dalam melalui ranjau percintaaan demi membina sebuah perkahwinan yang bahagia . Kehidupan Baginda bersama para isterinya adalah sebaik - baik contoh dan rujukan .



3. Cinta pada Ilmu



Bila korang berilmu , korang dapat selesaikan masalah percintaan dengan lebih bijak . Tak kira lah guna kaedah psikologi , al - Quran dan hadith . Bijak mencari punca dan kaedah penyelesaian , pandai berdiplomasi , bertolak ansur . Wujudkan komunikasi yang berkesan untuk handle perbincangan . Bijak kawal emosi dan tahu bila perlu mengalah dan bertegas dengan keputusan yang di buat . Yang penting jangan pentingkan diri sendir dan panas baran ... emmm memang hancur lah semuanya nanti .



4. Cinta pada Ibubapa



Ibubapa boleh menjadi penasihat yang baik berdasarkan pengalaman hidup mereka . Mereka juga ada petua dan tips camna nak kekalkan cinta nih . Apa tanggungjawab suami / isteri dalam sesebuah rumahtangga . Malah Islam menggalakan mereka menjadi perunding bila perkahwinan anaknya menghadapi masalah .



5. Cinta pada Sesama Makhluk .



Kalau kita boleh sayangkan binatang , maka kita adalah pencinta yang agung . Berkongsi makanan  / rezeki dengan yang lebih memerlukan bermakna dalam diri kita penuh rasa cinta . Mereka ini tidakakan bunuh diri kerana cinta . Kerana dia berkongsi cintanya dengan makhluk lain .


Cinta yang betul akan semarakkan lagi kerjaya , cinta yang songsang akan terpengaruh dengan pelbagai agenda syaitan . Ramai yang hilang masa depan kerana cinta . Bila ada masalah , unsur - unsur di atas akan menyumbang dalam mengembalikan kestabilannya . 


Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan dan bercintalah sepenuhnya bila sudah berkahwin . Cinta itu untuk dinikmati bukan ditangisi . Adanya cinta , perkara yang mustahil akan jadi mungkin .





Warna Melambangkan Personaliti



ASSALAMUALAIKUM ...

Kenapa korang suka sangat pada satu warna ? Jarang ada orang yang suka gila kat banyak warna . Sebenranya personaliti korang dapat dibaca melalui warna yang korang paling suka . 

MAKNA WARNA PADA PERSONALITI 

1. MERAH
Korang seorang yang berani , gagah , berkeyakinan , tabah , ekstrovert dan spontan . 

Merah digunakan bila korang perlu berhadapan dengan hari yang mencabar atau korang rasa tak ada tenaga .

2. OREN
Korang seorang yang gembira , konstruktif , suka bergaul dan bersedia menerima risiko . 

Oren membawa keceriaan pada hari kerja dan menguatkan selera hidup kita ! Oren merupakan perangsang emosi . Warna yang baik untuk mengembalikan korang ke hidup biasa pada hari bosan dan pudar .

3. KUNING
Korang seorang yang optimistik , praktikal , intelektual dan lucu .

Kuning memberikan kita kejelasan fikiran , meningkatkan kesedaran dan merangsang minat serta perasaan ingin tahu . Kuning dikaitkan dengan kebolehan untuk mengerti dan memahami . Ia adalah baik untuk memori  , belajar ketika peperiksaan dan membina keyakinan .

4. HIJAU
Korang seorang yang memahami , cepat menyesuaikan diri , baik hati , rendah diri , pengasih dan bersimpati .
Hijau membantu mengendurkan otot , saraf dan fikiran . Sangat sesuai untuk orang yang stress , tension dan menghadapi tekanan . Membersih dan mengimbangi tenaga kita untuk beri perasaan baru , ketenangan dan harmoni . Sangat baik bila korang rasa lemah dari segi emosi .

5. BIRU
Korang seorang yang setia , bijaksana , berinspirasi , inventif dan penyayang .

Warna yang dapat menenangkan secara mental . Ideal bagi korang yang susah nak tidur dan kanak - kanak hiperaktif . Memberi korang kebijaksanaan dan kejelasan , mengukuhkan komunikasi dan gaya percakapan .

6. UNGU
Korang seorang pemimpin yang berinspirasi , bermatlamat , kreatif , adil dan pengorbanan diri .

Warna ini menyucikan pemikiran dan perasaan . Memberikan inspirasi kepada korang dalam segala tugasan . Tenaga ungu menyumbang ke arah spiritual kita , membawa panduan , kebijaksanaan dan kekuatan dalaman . Mengukuhkan kebolehan artistik  dan kreativiti .

So , sekarang nih senangla korang nak baca perangai orang lain ikut warna . Boleh ker ? Hahaaaa ... 

*Tips : Wanita yang ingin memikat lelaki patut memakai pakaian merah terutamanya merah - oren terang . Warna ini akan merangsang rantaian kimia dalam diri lelaki  yang membuatkannya bertindak balas secara positif . 

Ketika melihat warna merah , otak akan menghantar isyarat kepada badan untuk merembeskan epinephrine , sejenis hormon yang menyebabkan jantung berdenyut cepat dan meningkatkan suhu badan !





Memilih Cup Yang Selesa


alt image tag



ASSALAMUALAIKUM ...


Ramai yang tak tahu guna coli dengan betul sama ada salah saiz atau cara pakai yang salah . Kita pakai coli ni gunanya untuk membentuk , menyokong dan mencantikkan payudara . Kalau tak pakai coli , jadilah can Paris Hilton punya tuh , panjang jer . Cantik ker ? Dah macam anak 10 tau !


TIPS PILIH COLI YANG SELESA .



1. Ikut kesesuaian . 


Pilih coli ikut kesesuaian badan dan bentuk payu dara korang . Pilih cup yang tepat .

2. Sokongan cup yang tepat .


Cup yang lebih besar akan sebabkan payu dara korang jadi kendur . Cup yang kecil sangat lak akan sebabkan tali terpaksa pikul beban yang berat sekaligus menyekat peredaran darah .

3. Selesa di bahagian bawah payu dara ( Chestband )


Bahagian bawah cup mestilah selesa dan tidak mencengkam 

4. Dawai sokongan yang selesa .


Pastikan dawai tidak mencucuk daging di bawah ketiak . Jika ini terjadi , mungkin kerana kelim sisi cup terlalu jauh ke hadapan atau terlalu ke dalam kerana cup bersaiz kecil .

5. Bahagian tengah coli berposisi tepat .


Pastikan bahagian tengah coli berada rata antara payu dara dan tidak terkeluar dari posisi tulang dada . Ia mesti menyokong payu dara dengan selesa tanpa menarik , mencucuk atau menekan payu dara anda sehingga berbekas .











Bagaimana Membina Jati Diri


ASSALAMUALAIKUM ...

Bagaimana Membina Jati Diri | Korang tahu tak apa itu jati diri ? Identiti ler . Mesti korang dah dapat fikirkan apa itu identiti kan ! Kalau belum ada identiti , kat bawah ni den nak ajor macam mana nak bina identity .



1. KEYAKINAN YANG TINGGI


Korang tak mudah terpengaruh terhadap apa yang ada kat keliling korang . "Ada wawasan " kata Awie dalam scene Zombie Kampung Pisang , heheheee ... dan berpandangan jauh . Korang ada idea yang  kritis . Korang sentiasa bersedia menerima sesuatu dalam sebarang keadaan malah bersedia menunaikan  kewajipan .


2. LATIHAN BERDIKARI 


Korang tidak bergantung pada orang lain , berani ambil risiko , berani ke hadapan dan sanggup bekerja keras .


3. SABAR DAN TABAH


Apa yang korang buat , sentiasa bergantung pada kuasa Allah , mudah menerima nasihat , bertolak ansur dan tidak mudah berputus asa .

4. TANAMKAN SEMANGAT KERJASAMA


Korang tak pentingkan diri sendiri , bersatu hati bekerja dalam satu kumpulan , meletakkan ketua dan pengikut dengan fungsi masing - masing dan bertolak ansur dalam hal remeh temeh .


5. TETAP PENDIRIAN



Korang perlu ada hujah dan idea yang bernas , tegas dengan keputusan , bertanggungjawab atas tindakan dan bijak membuat keputusan .


6. BINA SEMANGAT JUANG



Korang mesti berani dan berdaya saing , bersungguh - sungguh dan tekun , sanggup berkorban dan aktif dalam setiap aktiviti .


Orang yang berjaya di dunia dan akhirat ialah individu cemerlang yang dilahirkan dengan memiliki jati diri yang tinggi .








Rangsang Saraf Dengan Mengurut Telinga




ASSALAMUALAIKUM ...

Merangsang kumpulan saraf pada daun telinga dengan urutan ringan boleh jadikan korang rasa tenang . Wajah juga nampak lebih segar , tidak tegang . 

Apa yang korang perlu buat ialah dengan menemukan titik - titik tertentu di kawasan daun telinga yang berfungsi melancarkan peredaran darah sekaligus membuatkan saraf - saraf tadi memberi gerakan tindak balas dengan lebih baik .

Tekniknya seperti berikut :

1. Kepit hujung atas daun telinga dengan ibu jari dan telunjuk yang disapu dengan minyak bayi . 

2. Tekan perlahan - perlahan hingga 10 x . 

3. Setelah itu pijatlah dengan gerakan melingkar ke arah luar .

4. Sambil terus mengurut , gerakan ke dua jari anda ke arah bawah menyusuri tepian daun telinga .

5. Kembali ke atas , tarik daun telinga anda perlahan - lahan ke arah luar .

6. Lakukan step di atas ke arah bawah pula . 

7. Tariklah daun telinga anda secara perlahan dan lembut . Tahan selama 7 saat dan lepaskan .

8. Gunakan jari tengah untuk urutan daun telinga sebelah lagi .

9. Tekan - tekanlah bahagian tulang telinga secara perlahan . Kombinasikan dengan urutan melingkar .

10. Lipat kedua - dua daun telinga anda ke arah depan hingga mnutupi lubangnya . Tahan selama 5 saat dan lepaskan . 

Lakukan sebanyak 2 / 3 kali . Setelah selesai urut , jangan lupa untuk membersihkan telinga anda dari sisa minyak bayi .





Makna Gerakan Pada Tubuh




ASSALAMUALAIKUM ...

Korang tentu pernah mengalami kedutan pada salah satu bahagian tubuh korang . Menurut ilmu kedoktoran , kedutan adalah gangguan urat saraf pada otot tertentu sehingga bahagian tersebut bergerak - gerak secara tiba - tiba . Tapi banyak orang yang percaya bahawa kedutan merupakan tanda anda telah memasuki usia tua . 

Beberapa makna kedutan yang dipercayai :

1. Kedutan pada seluruh tubuh - Akan menghadapi banyak urusan .

2. Kedutan di kepala sebelah kiri - Akan mendapat rezeki yang besar .

3. Kedutan di kepala sebelah kanak - Akan mendapat pujian ramai orang .

4. Kedutan pada alis di sebelah kiri - Akan bertemu dengan orang yang dicintai sama ada keluarga ataupun orang lain .

5. Kedutan di kening - Akan mendapat wang dan kebahagiaan .

6. Kedutan pada alis di sebelah kanan - Akan bertemu kekasih .

7. Kedutan pada mata di sebelah kiri - Akan bertemu dengan orang - orang tua yang dicintai .

8. Kedutan pada mata sebelah kanan - Anda akan menangis kerana adanya kejadian yang menyakitkan .

9. Kedutan pada daun telinga sebelah kiri - Akan mendapat kesusahan atau kejadian yang menyakitkan .

10. Kedutan pada daun telinga sebelah kanan - Akan mendapat wang atau keuntungan yang tidak di duga .

11. Kedutan pada pipi sebelah kanan - Akan mendapat pekerjaan yang menyenangkan .

12. Kedutan pada pipi sebelah kiri - akan mendapat kesenangan dan pujian daripada masyarakat .

13. Kedutan pada siku sebelah kanan - Akan merasakan jatuh cinta .

14. Kedutan pada siku sebelah kiri - Akan bertemu saudara jauh .

15. Kedutan pada tapak tangan sebelah kanan - Akan mendapat wang yang tidak di duga dalam waktu dekat .

16. Kedutan pada tapak tangan sebelah kiri - Akan mendapat kesenangan .

17. Kedutan pada kaki sebelah kanan - Akan merantau jauh dari tanah air . 

18. Kedutan pada kaki sebelah kiri - Akan mendapat kesusahan .

19. Kedutan pada jari manis - Akan ada orang yang mengajak bertukar cincin .






Meranti Menggoda Selera


Assalamualaikum ...

Bukan mudah nak jumpa pucuk meranti di pasar borong kat sini .
Bila nampak jer , memang terus grab lah .
Seperti orang mengidan gayanya .

alt image tag




Cucur Daging Burger


Assalamualaikum ...

Cucur Daging Burger |
Bila ais box dah meragam , 
maka banyak lah benda yang kena selamatkan .
Sebelum menjadi busuk , 
operasi menyelamatkan harus dilakukan .

alt image tag

Inilah Takdirnya


Assalamualaikum ...

Bila ada sang meow kat rumah , 
maka banyak binatang lah yang akan menjadi korban .


alt image tag

Ini selamat ... 
Anak buah tergopoh gapah menyelamatkan makhluk ni 
yang gatal asyik nak melompat - lompat saja .
Tapi dia jinak .
Kami siap usik - usik lagi .


alt image tag

Yang ini dah meninggal .
Bukannya di makan . 
Cuma sekadar ditimang - timang .
Tu pun QV berebut dengan meow baru dapat !

Nasib baik tuannya ni cepat alert .
Almaklumlah , binatang - binatang tu pun nak hidup juga .




Tips Sediakan Steak Dengan Mudah


alt image tag




ASSALAMUALAIKUM ...


Korang tentu tau kan steak tu cam na . Emmm 


  • STEAK = Sepotong daging fillet + minyak + herba + garam + papper 
  • HIDANG = Steak + sos papper / putih / coklat + mentega ( sapukan ) + kentang ( lecek / panggang ) + sayur campur 
  • Nak sedap , makan semasa panas .
  • Tak digalakkan makan bersama sos cili / tomato sebab boleh rosakkan rasa aslinya .

Tips mudah mengolah steak untuk majlis BBQ

1. Pilih daging Lembu di bahagian tenderloin , sirloin atai T - bone

2. Pilih daging yang sedikit berlemak .

3. Hindari membeli yang potongannya terlalu nipis kerana daging akan menjadi terlalu kering sesudah di masak .

4. Biarkan daging beberapa saat ( menghampiri suhu ruang ) selepas dikeluarkan dari peti sejuk sebelum di perap .

5. Jangan perap daging dalam sos terlalu lama . Masa yang dicadangkan hanya selama 30 - 60 minit sahaja .

6. Pastikan tempat pembakar betul - betul panas sebelum meletakkan daging .

7. Sesekali sapukan sos perapan , minyak dan mentega ketika steak sedang di bakar . Rasanya pasti enak .


SELAMAT MENCUBA !!!




Sejuk Jer Hati Ni .


Assalamualaikum ...

Suatu hari dipagi hari , sedang tekun bermain dengan lappy .
Masuk anak buah membawa titipan ...

alt image tag

Makna Cinta


Makna Cinta | Semua orang nak bercinta dan suka bercinta . Tapi adakah semua orang itu tahu makna sebenar cinta ? Selalunya , cinta mereka ini ikut perasaan . Hakikatnya , cinta ini adalah soal hati dan kita tak boleh paksa orang untuk mencintai kita .

Makna Cinta

Khasiat Air Liur Lintah


alt image tag



ASSALAMUALAIKUM ...

Dari sudut rawatan tradisional atau alternatif , bekam lintah ni digunakan untuk tarik keluar darah kotor dalam badan .


Keistimewaan lintah terdapat pada air liurnya yang mengandungi 17 unsur penting . Antara unsur penting ialah :


1. Hirudin

Berfungsi bagi menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah .

2. Ekstrak Hormon Pheromone 

Berfungsi untuk merangsang pengeluaran bau tubuh dan sangat berguna dalam mengatasi masalah hubungan seksual .

3. Ekstrak Histamine 

Bertindak membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah .

4. Ekstark Nitri Oxide

Membantu mempercepatkan peredaran darah .





Lintah akan menghisap darah kotor pada bahagian kepala yang mengalami masalah MIGRAIN 




Bekam lintah pada kaki membantu pesakit yang menghidap GOUT .




Lintah diletak pada bahagian pinggang untuk mengurangkan sakit SENGGUGUT .  


Dari sudut perubatan moden pula , lintah dapat membantu merawat penyakit jantung , darah tinggi , migrain , sakit kepala dan lainnya .




Bila Rasa Mee Jadi Spagetti


Assalamualaikum ...

Niat di pagi hari nak buat breakfast . 
Dalam kepala cuma terfikir nak masak mee kuning . Maka bermulalah projek QV didapur .

alt image tag


Macam biasa , QV bermula dengan 
menyediakan bahan - bahan sampingan .
Sekeping daging burger dihancurkan .
Sebatang fish cake yang dihiris .
Sebiji tomato dibelah enam dan
Dua pokok sawi yang di potong - potong .

Sesudah itu QV mula panaskan kuali .
Masukkan sedikit minyak .
1/2 sudu pes bawang putih .
1/2 sudu pes bawang merah .
Sesudu serbuk kari .
Sesudu sos cili .
Sesudu kicap perasa lemak manis .
Sedikit serbuk secukup rasa .
Kacau mereka ni sampai mesra .

QV nak buat mi goreng basah .
Jadi QV masukkan  2 cawan air .
Bila air mendidih , 
masukkan sebungkus mee kuning dan gaul mesra .
Bila kuah dah agak meresap , tutup api .
Selepas tutup api , 
barulah QV masukkan sedikit garam .


alt image tag
* sudu yang QV guna sebagai penyukat

Sampailah masa untuk merasa .
Alamak ! Masin lah pulak .
Maka ligatlah kepala otak ni fikir 
camna nak kurangkan masin tu .
Masa tu otak cuma terfikir mayonis " thousand island " .
Ambil sesudu , ceburkan kat mee dan gaul mesra .

Alamak ! rasa masam lah pulak .
Mesti anak buah tak nak makan nanti .
Daripada membazir , 
QV masukkanlah sesudu lagi kicap lemak manis .
Lepas tu nekad jer , lantak lah kalau korang tak nak makan !

Ambil sepinggan suap kat my bonda .
Tetiba lak my anak buah kata :
" mak usu , sedaplah , macam rasa spagetti ! "
Erkkk ... alhamdulillah .

Ambil sikit mee , letak kat pinggan dan snap untuk wat entry .
Simpanlah dulu , petang sikit baru makan .
Bila sampai masa nak makan ... adehhh .
Buuuulat mataku melihat adegan yang sedang berlangsung !
Selamba jer my abang ipar meratah dengan lazatnya .
Maka QV telan air liur je lah gamaknya 
melihat mee ku yang licin !
... malang pak kaduk di petang hari jadinya .
Tak dapatlah QV nak merasa ! 






Mangga Turunkan Berat Badan

alt image tag

ASSALAMUALAIKUM ...

Berdasarkan satu kajian di Australia yang diketuai oelh Prof . Mike Gidley dari Queensland Alliance of Agriculture and Food Innovation , kulit dua jenis mangga yang dikenali sebagai mangga Irwin dan Nam Dok Mai dapat melambatkan pengumpulan lemak pada sel - sel manusia kerana mengandungi bahan bioaktif .

Komposisi fitokimia pada mangga berkesan menghalang proses Adipogenesis ( proses yang berperanan penting yang mewujudkan obesiti ) . Kulit mangga adalah sumber nutrisi yang bermanfaat bagi sel ( Counselheal.com ) . Mangga memiliki kandungan gizi yang sangat baik .

Seperti yang korang tahu , obesiti berkaitan dengan banyak penyakit kronik seperti diabetes , penyakit jantung koroner , kanser payudara dan usus besar . Ada banyak bukti yang menunjukkan bahan kimia semula jadi dalam buah boleh menghalang proses pengumpulan sel lemak dan menghalang obesiti .

Buah epal dan pear juga perlu dimakan bersama kulitnya untuk mendapatkan manfaat khasiatnya . Kita juga boleh melakukan exercise , tidak mengambil makanan berlemak untuk mengelak obesiti .





Dah Tak Larat Dah


Assalamualaikum ...

Bukan main lagi sibuk dan kecohnya anak buah QV
Berlari masuk ke dalam bilik QV minta kamera .
Rupanya , inilah kisahnya ...

alt image tag


alt image tag


alt image tag


alt image tag


Maka tidurlah dia dengan nyenyaknya .
Kalau dah mengantuk , kat mana - mana pun ok jer .