Al Kisah Terung Susu Kambing


Assalamualaikum ...

Alkisah hari raya tahun lepas 
QV nampak pokok ni kat rumah abang long .
Dek kerana bateri fone yang dah habis ,
tak dapatlah nak merakam banyak gambarnya .


 Al Kisah Terung Susu Kambing

Buah Cempedak Diluar Pagar


Assalamualaikum ...

Masa kita di sekolah rendah ,
sangat popular ketika mata pelajaran bahasa Melayu ...

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar 
Kalau salah tolong tunjukkan ...

Buah tangan dari kampung masa cuti raya ...

 Buah Cempedak Di Luar Pagar

 Buah Cempedak Di Luar Pagar

 Buah Cempedak Diluar Pagar

 Buah Cempedak Di Luar Pagar

Kalau beli di gerai , berapa rm la kena bayar ni ...
Alhamdulillah , rezeki dapat free .






Tutup Telinga Lah Pulak


Assalamualaikum ...

Apabila berkumpul pada hari raya ke 3 ,
maka my anak buah pun mainlah mercun .
Alkisah , my anak buah seorang ini masih takut dengan bunyi mercun .
Walaupun badan besar ( baju pink ) ,
dia tetap tutup telinga lah pulak bila main mercun .

 Tutup Telinga Lah Pulak

My anak buah ni ada sejarah masa kecil .
Mercun meletop sebab tak sengaja .
Terus terkejut dan pucat lah dia .
Trauma sampai sekarang masih lagi .
Tak boleh lawan si kecik berbaju merah itu ... perghhhh .

Meh kita layan gambar my anak buah main bunga api ...

 Tutup Telinga Lah Pulak

 Tutup Telinga Lah Pulak

 Tutup Telinga Lah Pulak

Seeloknya , elakkan meletupkan mercun disebelah kanak - kanak .
Trauma mereka kita tidak akan dapat jangkakan bagaimana .
Kalau terkena anak sendiri , lagi haru kan ...





Perancangan Allah


Assalamualaikum ...

Dah seminggu puas beraya , 
maka hari ini hari untuk bekerja pula .
Banyak udah blog citer pasal raya .
Raya QV simple jer .

Dalam pada plan beraya di KL ,
akhirnya dengan perancangan Allah ,
QV beraya di kampung juga .
Kisahnya panjang ...
Ringkasnya ... yeyyy , dapat beraya di kampung !



Melayan anak buah main mercun .
Hari raya ke 3 kami berkumpul .
Anak - anak buah pun ramai .
Maka bapak - bapak budak ni pun pi la beli mercun kat pekan .
Penjual mercun kat pekan tu sangat tegar .
Tegar sungguh bila jual mercun depan balai polis .
... polis pun main marcun ma ... heh heh .


Seronok sungguh QV bila tengok orkid kampung ini berbunga dengan meriahnya .
Kebetulan berbunga dekat nak raya .
Maka jadilah hiasan hari raya ...


Bila nampak belimbng ni , suka sungguh .
Selain nak buat jeruk , nak juga try sambal hitam .
Tak sampai lak hajat bila man in da house dah buang masa dia kemas dapur semalam 
... banyak yang busuk rasannya .


Pokok kurma kesayangan kami yang semakin membesar .
Ada orang kata pokok kurma perlu pasangan .
Kalau tidak , tak mahunya dia berbuah .
Apa pun , tunggu sahaja hingga dia membesar ...


Selamat Hari Raya ...