Tak Sempat Nak Raya Haji


Assalamualaikum ...

Seminggu cuti sekolah , macam - macam yang berlaku .
Ni kisah masa cuti sekolah 12 september lah .
My kakak selain sibuk dengan baby , 
sibuk juga menanda kertas peperiksaan .
Jadi dia tak ambil port apa anak-anaknya buat .
Memasak , 3 anak dara tu yang buat .
Cuma perlu turunkan arahan saja ... senang .

Tetiba di kala maghrib itu Vee terpandang ...


 Tak Sempat Nak Raya Haji



 Tak Sempat Nak Raya Haji



 Tak Sempat Nak Raya Haji

Komen my kakak ;
 " Tak sempat nak raya haji dah tak cantik umah mama . "

Abaikan cotengan kat dinding tu .
dah tak larat nak marah dan psiko mereka .
Lantaklah , janji rumah tak runtuh .
Nilah hasilnya membesarkan anak 5 orang .
Betul tak JR .
Macam mana MD , hebat tak ?
Mau mengaum sepanjang zaman MD klu ada 5 .
... hik hik hik .

Ke - enam masih baby .
Next year baru boleh join lah .

Rumah my kakak memang sentiasa happening / meriah .
Kalau senyap maknanya mereka tidurlah .
Bila mereka tak ada , rasa sepilah pula 
walaupun memang aman dan damai sekali 
... heh heh heh .
Boleh tengok Astro tanpa berebut remote u !





Dah Naik Harga Rupanya


Assalamualaikum ...

Macam biasa , bila time birthday saja , vee akan renew lesen keta .
Sepatutnya hari sabtu tapi terlupa lah pulak .
Jadi , Hari ini baru dapat buat lah .


 Dah Naik Harga Rupanya


Terkejut badak lah sekejap bila dengar feenya .
Tahun lepas cuma rm 30 + rm 2 = rm 32 jer .
Tahun ni dah bertambah sekali ganda lah pulak .
Tak ada lak yang khabor .
RM 62 ... Ok lagi sebab masih di tahap mampu bayar .
GST belum bermula tapi tempias dah terasa nih .


 Dah Naik Harga Rupanya

Sebagaimana maklum , 
lesen memandu sudah bertukar wajah .
Kad pengenalan juga sama .
Sekarang kedua - dua kad yang lama hanya menjadi kenangan .

Kalau korang boleh teropong tahun vee buat lesen memandu ,
dapatlah agak umur vee .
Awal 20an masa tu .

Hari birthday , tak de yang menarik .
Sehari berlalu tanpa apa - apa acara .
Kecuali kena jaga baby sebab my akak ada event di sekolah .

My anak buah yang sulong tu dah 14 tahun .
Bila baby menangis , 
nak tanggal pintu bilik vee kena gegarnya .
Sabor je la kan ...

Sebenarnya pagi tu vee dah teman baby tidor .
bila nampak baby buka mata jer ,
vee pegi buka pintu bilik kakaknya 
yang sambung tidor lepas solat subuh .
Bila baby menangis , 
kelam kabut si kakak - kakaknya dapatkan baby .
Bawa turun ... ehhh mama tak ada !
bhahahaaa ... 
Alarm yang paling berkesan bila matahari dah tinggi !

Part yang best , malam tu vee mimpi kuda lagi .
Putih gebus dan ekornya cantik mengembang .

" Ya Allah , kiranya itu petanda baik , 
KAU permudahkanlah untukku ... aaamin . "






Bendi Masak Asam Rebus


Assalamualaikum ...

Selalunya kacang bendi korang suka masak apa ye ?
Vee selalu masak kacag bendi goreng pedas dengan ikan bilis , 
 kacang bendi masak asam rebus 
dan kacang bendi masak kari dengan ikan jer .

 Bendi Masak Asam Rebus
Kurang letak pes cili . Tu yang nampak pucat belaka .


Al Kisah Puzzle


Assalamualaikum ...

Hari tu vee ada citer pasal si kecik melalak minta mainan .
Selain mamanya belikan set  minuman untuk dia ,
ada juga untuk si kakak - kakak dan abangnya .
Inilah dia makhluknya ...


 Al Kisah Puzzle

Puzzle ... memang kegilaan anak buah .
Kalau ikutkan , dah banyak puzzle mamanya beli .
Dah nama budak , bila dah bosan , sepah merata .
Sudahnya dikoyak - koyak jer puzzle tu .


Al Kisah Puzzle


Apa yang korang nampak kat gambar atas ni ...
Perasan tak ada nombor - nombor pada puzzle tu .
Sel - sel otak anak buah sudah berhubung !

Vee ; " mana aci tulis nombor . 
Klu mcm ni sape pun boleh cepat siap . "
" Ada gak nombor ni tetiba hilang dari pandangan . "

Anak buah ; " Mak usu nak padam ke ? "

Vee : " Kalau tetiba nombor tu ghaib , maknanya mak usu padamlah . "

Anak buah ; " Padamlah , aku dah hafal mak usu . "

Laju jer dia menjawabnya .
Kami dah ada pengalaman pasang puzzle 
yang ambil masa berminggu nak selesai .
Puzzle ni sangat besar dan kami framekan 
untuk sangkut di dinding .
Masa tu , kami memang terpaksa tulis nombor nak matchkan .
Bila dah siap pasang , memang tak berani nak buka balik .


 Al Kisah Puzzle


Inilah dia puzzle tu yang kami dah framekan dan gantung .
Saiz nya tak kecik tau .
Besar , memang besar saiznya !
Cukup besar bagi orang yang nak hilangkan kebosanan 
dan nak test kecekapan IQ nya.
Sebenarnya ada 2 keping puzzle yang hilang di situ .
Sampai sekarang tak dapat kesan di mana .

Seronok sebenarnya pasang puzzle nih .
Selalunya kalau baru beli memang berebut nak menyiapkannya .
Bila dah pasang and expert ,
tak ada dah yang sudi waima nak pandang pun !




Dia Suka Aku


Assalamualaikum ...

Sedang elok merehatkan badan di petang hari .
Macmam biasa , bilik diterjah tanpa mengetuk pintu .
My anak buah bagai tak sabar untuk bercerita .

" Mak usu , ada budak lelaki suka najwa . 
Betul mak usu . Ada bukti . "

" Apa buktinya ? "

" Tadi Toyib pijak kaki najwa . "
" Pastu ada budak lelaki ni cakap ; ' ko kacau najwa lagi , aku tumbuk kau ! ' "

" Romantiknya budak lelaki tu mak usu . "

" Budak lelaki tu cakap macam tu bukan bermakna dia suka najwa . "
" Dia cuma nak takutkan toyib supaya jangan buli najwa lagi . "


 Dia Suka Saya
Nasi kerabu ... sedap tapi sambal sikit lah pulak .


Vee perlu beri kefahaman kepada anak buah .
Ikut pengalaman masa muda dulu , 
dari benda macam tu lah akan timbul bibit - bibit cinta monyet .
Ada bimbang sikit kat situlah .
Hati remaja perempuan ni mudah terusik .
Lagi bahaya bila cinta monyet zaman sekarang sudah ' upgrade ' !

Toyib ni memang suka buli my anak buah . 
Sebelum ni dia dah hempas calculator my anak buah yang baru beberapa hari  dibeli .
Pihak sekolah dah ambil tindakan pada Toyib ni .
Tapi kalau dah keturunan 'awang hitam' ... ermmm .
Dah Macam - macam hal dia buat kat sekolah .
Yang kelakarnya dia cerita kat kawan - kawannya ,
ayahnya jadi lecturer kat bukit bintang !

Setakat ni tak ada lagi kisah pasal budak lelaki tu .
My kakak masih cool jer .
Si najwa ni jenis budak selamba tapi naif .
Yang eloknya , si adik , hanani yang lagak gangster tu 
pandai ' jaga ' kakaknya ... alhamdulillah .







Sanggup Melalak


Assalamualaikum ...

Pada hari rabu si kecik melalak sampai malam .
Alkisahnya , ikut mamanya pi sekolah pastu minta mainan .
Agenda wajib bila ikut mamanya keluar .
Kali ini mamanya tak dapat nak beli untuk dia .
Budget hujung bulan takut terbabas .

Hari jumaat , ikut lagi .
Macam biasa , dia ingat mainan nya .
Kali ini mamanya mengalah .


Sanggup Melalak


Set minuman ni jadi kegilaan dia 
bila kawannya di tadika bawa ke sekolah .
Sebelum ni dah belikan set yang hampir sama .
Baru beberap hari guna dah sepah - sepah .
Udah jemu lah tu .
Kali ini mamanya dah sound suruh jaga dan simpan elok-elok .

Mak usu senang jer .
" kalau mak usu nampak bersepah ,
mak usu tak simpan dalam beg tau .
Mak usu simpan dalam tong sampah "

Harap dapat disiplinkan dia .
Setakat ni ok lagi .
Maklumlah baru beberapa hari .
Esok lusa , tak tau lah .

Si abang lah jadi mangsa main dia .
Nak tak nak kena layan .
Siap pelawa mak usu minum lagi .
Air milo dalam cawan .
Dah gaya macam orang cina minum teh gamaknya .

" mak usu tak nak cawan .
mak usu nak jug ke teko ke barulah best . "
Saja je mak usunya nak menyakat .
Kalau minum yang kat jug tu barulah hilang dahaga .
... heh heh heh .





Tentang Kahwin


Assalamualaikum ...

 "Nabila , masak air . "
Arahan dari mama yang sibuk dok jaga baby 
plus menanda  kertas periksa.
Maka si nabila pun mengeluarkan air dalam cerek masuk ke jug .
Vee dok perati jer .

Sedang vee menikmati air yang sejuk jer lalu kat tekak ni ,
tetiba si anak buah 13 tahun bersuara ;

" malasnya nak sekolah . " kata si kakak .
" kalau tak nak sekolah, berhenti jer pastu kawin . " kata nabila .

Si nabila 10 tahun tu selamba jer menegur si kakaknya .
Maka booolatlah mato si mak usunya yang dok depan jug air nih .
Ayat nabila ni sama jer dengan ayat mak kita dulu - dulu .
... adehhh .

" nabila , ko rasa senang ker kawin ? "
" baru jaga Ainul ( baby ) sekejap jer dah tak nak ."

Maka tersengih-sengih lah my anak buah .
Cukuplah sekadar itu nak bagi bebudak faham .




Dari teguran Nabila itu jelas ,
bagi budak - budak , 
kahwin itu ada suami jaga dan dapat anak .

Masalah yang lain memang tak masuk lagi kat otak mereka .
Sebab itulah bebudak sekarang , 
baru sekolah rendah lagi dah belajar main cinta .
dan dah tahu cerita pasal tuuut ...
Nasib baik my anak buah ,
alergik dengan bab cinta - cinta ni .

Bebudak zaman ini sangat mudah dan cepat jadi dewasa
sebab maklumat yg mudah mereka dapat hanya dihujung jari ,
kaca tv juga pengaruh sekeliling .

Vee walaupun belum kahwin ,
rasa gerun pula nak membesarkan anak suatu hari nanti .
Tapi dek dah jadi lumrah kehidupan ,
Kena lah hadapi juga .







Peria Masak Sambal Jawa


Assalamualaikum ...

Teman - teman suka peria ?
Confirm ramai yang tak suka kan .
Sebab rasa maungnya yang susah tekak nak layan .
Tapi orang cina anggap sebagai ubat .
Orang cina suka masak sup ayam dengan peria .

Vee pernah kongsikan juga 
resipi masak sup peria bersama ayam di sini .
Korang boleh jer klik kalau nak try .

Kali ni my kakak cuba peria masak sambal jawa lah pulak .
Sedap kat tekak vee sebab ada ikan bilis dan pedas berlemak .
Sesapa nak cuba , bolehlah ikut resepi ini .


 Peria Masak Sambal Jawa


Peria Masak Sambal Jawa


Panaskan minyak .
Masukkan hirisan cili padi / cili besar, bawang besar dan bawang putih .
Tumis agak layu , masukkan ikan bilis hitam ( besar ). 
Kacau sebentar .
Masukkan santan , kacau jangan sampai pecah .
Bila mendidih , masukkanlah peria .
Bila peria tukar warna , tutup api .
Sedia untuk dihidang .

Sambal jawa ni my bonda selalu buat untuk jadi 
pencecah pucuk ubi .
Masa zaman kecik - kecik dulu ,
kalau celur pucuk ubi ,
sambal jawalah pencecahnya .
Tak de nya sambal belacan 
atau sambal asam .

Tetiba rasa rindu pulak dengan sambal jawa 
air tangan bonda ...




Buffalo Chicken Crescent Ring


Assalamualaikum ...

Hari cuti ni , rasanya lebih selesa up entry resepi .
Sebab selalunya para ibu akan pening nak masak apa .
Lagi lah time cuti sekolah gini kan !
Jom kita try buat donat buffalo chisken crescent ring .

Buffalo Chicken Crescent Ring


Donat Hari Malaysia


Assalamualaikum ...

Hari ini cuti Hari Malaysia .
Kebetulan pula cuti sekolah .
Pasti ramai yang buat aktiviti bersama anak - anak .
Kami sambut dengan donat Hari Malaysia.

 Donat Hari Malaysia

Kisah Nasi Kerabu


Assalamualaikum ...

Kisah semalam harap belum basi untuk diceritakan .
Tak ada lah apa yang menarik sangat .
Cuma bila hari cuti dan tidak ada apa - apa aktiviti ,
dok menghadap lappy je la memanjang .

 Kisah Nasi Kerabu

Nampak Kuda


Assalamualaikum ...

Hari ni nak cerita tentang kuda . 
Bukan nak menunggang kuda apatah lagi nak memelihara kuda .
Berpolo kuda jauh sekali  .
Kuda ni kan maintenance nya tinggi .
Orang tak kaya ni jangan berangan !




Cantik tak kuda ni .
Haruslah kan . Ciptaan Allah tu .
Salah satu exercise yang disukai Rasulullah adalah 
menunggang kuda .
Tapi kalau macam vee yang tak pernah tunggang kuda ni ,
confirm sakit pinggang seminggu !

Alkisahnya , malam semalam vee bermimpi nampak kuda .
Corak dan warnanya sama macam gambar kat atas tu .
Besar segedabak kat depan mata .
Apasal lah cantik sangat !
Bila terjaga jer , dok fikir jap ;
" apasal lak tetiba mimpi nampak kuda ni ? "

Maka gatallah tangan ni cari kat google .
Tafsir mimpi ni baik ke idak .
Alhamdulillah , petanda baik jer .
Itu yang penting !

Malam tadi lak mimpi nampak sepupu .
Sepupu vee yang handsome cam datuk k .
Badan six pack dan muka jambu cam 20's tau .
Tua beberapa tahun dari vee dan still available you .
Apa ? No gosip - gosip please !

Kami selalu kena soalan cepu mas 
kat majlis kahwin saudara mara .
Maklumlah dah terlebih umur .
... heh heh heh .

Adakah sekadar mimpi atau ada realiti ?
Jawapannya hanya pada Allah .
Tak perlu fikir .
Kita tak kan bisa mendahului perancangan Allah .
Itu pasti beb !






Kelebihan Pisang Yang Diabaikan


Assalamualaikum ...


Di hari minggu ni , vee nak kongsikan khasiat pisang yang sangat baik untuk kesihatan kita bersama teman - teman . Jom kita layan jer article kat bawah ni . Baca tau . Banyak faedahnya .

 Kelebihan Pisang Yang Diabaikan

Kerabu Kobis Merah


Assalamualaikum ...

Esok adalah hari sabtu.
Hari yang ramai orang tak sabar nak tunggu .
Confirm teman - teman pun camtu juga kan!
Jadinya , vee buat je la entry makan - makan .
Manalah tahu ada yang nak cuba di hari cuti .

 Kerabu Kobis Merah

Jatuh Cinta Mama Mia


Assalamualaikum ...

Dah jadi habit vee akan on tv selepas pukul 11 malam .
Maklumlah beri laluan pada man in d' house .
Sejak tv vee menjadi arwah , 
belum ada hajat nak menukarnya .
Lagipun sibuk memanjang jer dengan blog selepas isyak.

Pada malam ahad lepas,
terjumpa lak movie kat rtm 2 nih .
Filem muzikal , kisahnya ... mama mia .
Ni lah first time vee menonton mama mia sebenarnya .
Apa ? gelak lah , gelak ... dah agak doh !
Teman - teman mesti dah tak heran kan !


 Jatuh Cinta Mama Mia


Bila menonton ni , jujurnya vee jatuh cinta .
Nak sangat tonton lagi nanti .
Tapi ... ada tapi tu .
... vee nak tontonnya dengan seseorang .
Siapa seseorang tu ?
... jeng jeng jeng .
Of coz insan bergelar suami yang non hado lagi .

Movie tu sangat romatik bagi vee .
Himpunan lagu - lagunya sangat menarik hati .
Boleh ikut menyanyi sambil menonton tau .
Jalan cerita yang menghiburkan .
Ehem ... ada hero james bond lagi u !

Menonton tv sebelum tidur ni cara vee hiburkan hati .
kalau boleh sebelum tidur tu ,
tak ada perkara sedih dalam fikiran .
Bila pejam mata tu , berzikir pula dalam hati sampai terlelap .
Itulah rutin vee supaya mudah tidur setiap malam .
Maklumlah , belum ada bantal peluk .
... heh heh .





Bahana Sebulan


Assalamualaikum ...

Alhamdulillah, 
ada juga yang sedar vee dah tak bersiaran selama sebulan. 
Maknanya ada juga pembaca setia yang sukakan kisah - kisah yang vee paparkan .
Kerana sebulan inilah , vee lupa password google+ 
makanya tak dapat buka blog
... adehhh .
Malas nak fikir lama , 
tukar jer dengan yang baru.


 Bahana Sebulan


Sebenarnya banyak trajedi yang vee lalui sepanjang syawal lepas.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga .
Satu demi satu ujian Allah datang menerjah.

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan vee ketika itu.
Hampir setiap hari vee mengalirkan air mata .
Walau apa pun yang vee lakukan kesedihan tetap menjelma.

Tak tau pada siapa hendak mengadu .
Vee dengan kakak berada di kapal yang sama.
Jadi, kami hanya boleh saling memandang dan membisu sahaja.
My kakak pula masih dalam pantang.

Pada ketika itu vee berfikir,
alangkah baiknya jika ada bahu yang boleh vee sandarkan
untuk melepaskan segala yang  mebebankan.
Ada suara lembut yang memujuk serta memberi kata semangat.

Ujian itu membuatkan vee banyak berfikir,
mungkin kerana vee masih bujang ,
walaupun usia vee bukanlah muda lagi ,
jadi si pelaku membuli vee sesuka hatinya .
Rasanya keadaan akan jadi berbeza sekiranya vee bersuami.

 Bahana Sebulan


Hanya pada DIA vee mengadu,
semoga DIA beri kegembiraan pada hari esok,
semoga si pelaku mendapat pengajaran,
semoga hati ini terus tabah untuk mengharungi liku-liku dihadapan .
Biarlah DIA yang membalas perbuatannya.

Bukan mudah untuk mencari ketabahan.
Bukan mudah untuk memujuk hati.
Walaupun cuba memujuk dengan perkataan 'ujian Allah'.

Alhamdulillah, 
kini vee dah boleh senyum seperti selalu walaupun seadanya.
Walau sehebat mana ujian Allah, 
kita tetap perlu teruskan kehidupan ...





Riuh Di Pagi Hari


Assalamualaikum ...

Semalam, sedang khusyuk mengetuk keyboard, terdengar bebelan di dapur . 
Tak cukup dengan bebelan, bunyi juga kelentang kelentung !
Nak bagitau yang dia masak air ... heh heh .

" Alah, tak ada air panas . Orang dah lapar nak buat milo ! "

" Ehem ... anak dara oiii . Kul 9 baru turun ada hati nak bebel ? "
" Mak Usu selalu masak air , tak bebel pun ! "
Selamba jer Vee menyampuk di balik celah pintu .
Gelak tengok muka duck face dia .
... wakakakaaa
Nyesal tak tangkap gambar ... ceh .




Tu lah my anak buah 13 tahun . 
Tetiba berangin sakan sebab tak ada air panas .
Kalau adik - adik dia lak lebih suka buat milo dengan air batu !

Selang beberapa minit , bunyi lagi di dapur .
Kali ini dengan adik dia lak prepare buat breakfast .
Memasak gaya orang kelaparan ... bhahahaaa .

Hobi dia buat nasi goreng .
Bila mengacau nasi , suka ketuk sudip kat kuali ala chef restoran .
Satu taman boleh dengar .

Tiba - tiba terjah bilik mak ususnya ...
" Mak Usu rasa. Sedap tak ? "

" Letak garam tak ? "

" Letak. "

" Lemak jer , tak de rasa masin pun . Tambah garam . "

Sungguh my anak buah memang x letak garam !
Tetiba terfikir ... alamak !
Terus jer QV pergi ke dapur .

" Ko ambil garam kat mana ? "
Kang tak pasal - pasal satu umah juling biji mato makan nasi goreng ' lemak ' !

Teringat beberapa hari lepas ,
QV masukkan 2 sudu perasa ke dalam sayur bening .
Nasib baik masa masuk kali ke dua tu perasan ...
... heh heh !
Maka terpaksalah buang kuah sayur tu sampai habis .
Tak pasal - pasal anak buah kata mak ususnya berangan .

Nampak gayanya terpaksalah letak garam dan bahan perasa dalam bekas yang tak sama bentuk.
Kalau tidak , rasa lemak memanjang jer la bila anak buah masak !
Salah sapa lah agaknya ni kan ...
... ha ha tak tau !