Kena Bom Dengan MD


Assalamualaikum ...

Malam tadi barulah berkesempatan nak jenguk blog ni .
Bukannya sibuk sangat pun .
Eh , yer ke ?
... heh heh .

Bila tengok awaiting komen yang banyak tu ,
maka tergerak lah hati nak melihatnya 
walaupun selalunya vee buat new entry dulu .
Bila buka , ramai lak pembaca baru , alhamdulillah .
Pastu scrool bawah nampak lah ni .



Kommen dari MD pemilik blog My Little Amazing World .
Biasalah kalau MD ni komen banyak tu .
Past vee scroll lagi ...
meh tengok apa jadi --- >





Banyak kan ! Kena bom dengan MD nih .
Terima kasih lah pada MD kerana sudi baca entry - entry lama vee .
Tetiba rasa segan lah pulak .
Vee kalau pi blog kengkawan selalunya akan baca maksima 3 entry sahaja .
Sebab banyak blog nak kena buat BW .

Lagi vee malu kat MD ni sebab pada masa MD komen ni vee cuma ada satu entry baru .
... adehhh .
Insha Allah , vee akan cuba up lebih entry pada masa akan datang .

Sebenarnya 2 hari vee tak menulis sebarang entry 
sebab vee beri perhatian pada blog satu lagi .
Vee ada 2 blog sebenarnya .
Tentu ada antara kengkawan yang dah biasa melawat blog
Tu lah blog kedua vee .
Blog tu vee wujudkan untuk post entry yang berilmiah .
Untuk tatapan family juga rakan FB .


Blog sulong ni lak adalah blog personal .
Untuk perkongsian sesama blogger sahaja .
Vee wujudkan dulu sebab nak meluahkan perasaan 
yang masa tu sedang frust cinta .
jadi vee gunakan blog ni untuk isi masa vee dari memikirkan dia .
Tak yah la korang pi korek isi blog ni ya 
sebab vee dah delete kebanyakan entry .
Tetiba rasa segan lak nak bagi orang baca ...

Bila sampai hujung bulan ni ,
biasalah , kuota pun dah habis awal .
Bila kuota habis loading pun lambat .
Sebab tu cuma boleh buka satu blog sahaja .

Blog cetusan minda dan blog ini akauannya berbeza .
Konon nak elak daripada dikesan 
tapi dia dapat juga mengesan akhirnya .
... heeeee .
Okeh , stop citer bab dia , tak sesuai . 
Nanti jadi hikayat 1001 malam lak .
Korang jangan nak korek pulak ya ...

Apa pun , terima kasih MD sebab rindukan entry veee .
cheh ... kasi perasan sikit .
Semoga persahabatan maya kita berterusan .
Begitu juga dengan kengkawan semua yang masih sudi singgah sini .

Kepada kengkawan yang belum mengenali MD ,
jomlah terjah My Little Amazing World .
Korang tak kan bosan baca celotehnya .
Tapi , korang kena sediakan air dan keropok sekali yer .
Sebab MD boleh membebel sampai berkajang - kajang tau .
... heh heh heh .
Jangan marah ya MD . 
Nanti cepat tua lah pulak ...
peace yooo ...





Satu Taman Dengar


Assalamualaikum ...

Satu petang yang mendamaikan .
Damai lah kan kalau dalam bilik sendiri .
Bebas dari gangguan .
... owhhh bilikku syurgaku .
Damai itu terganggu tiba - tiba ...

" woi !  sakitlah ! "

Si dak nani menjerit di dapur .
My kakak di ruang tamu bersama baby pun bersuara ...

" woi ! satu taman dengar woi !

" najwa ni mama , dia campak cendawan kat minyak ! "
" kaki aku kena minyak panas ! "


 Satu Taman Dengar


Apa macam ? 
Meriah tak gelagat my anak buah bila kat dapur .
Mereka ni sedang menggoreng cendawan tempura .
Alah , cendawan salut tepung tu .

Man in the house kalau beli cendawan tiram memang banyak .
Cendawan tiram ni tak boleh simpan lama dalam peti nanti jadi berkulat .
Sebab tu , kami selalunya akan goreng tempura jer cendawan tiram ni .
Vee suka makan gitu jer buat kudapan .
My anak buah pun macam tu .
Kalau masak sup , mereka tak berapa nak makan .

" Tak pe la mama . Kan meriah satu taman dengar . "
" Orang lain tak balik rumah lagi mama . 
Sebab tu mereka senyap jer . "

Ni lah bahananya kalau anak dah makin bijak .
Bijak menjawab dan petah bercakap .
Suka hati korang lah .






Roti Pisang Nutella


Assalamualaikum ...

Vee pasti ramai kengkawan kat sini yang suka dan pandai membuat roti .
Vee pun perasan ramai blogger yang up entri roti .
Korang nak cuba resepi baru dan mencari kelainan ?
Apa kata korang cuba resepi roti pisang nutella ini .


 Roti Pisang Nutella

Aku Juga Yang Kena Buat


Assalamualaikum ...

Bila ada perata segera , my anak buah memang semangat makan .
Kalau setakat 2 paket tu , satu hari satu malam dah licin .
Macam - macam gaya mereka makan .

Ada yang buat ala sandwich ,
( letak timun , tomato , telur , sos dan gulung )
adakalanya makan cecah sambal ikan bilis ,
ada masanya letak jer susu pekat manis .


 Aku Juga Yang Kena Buat


Mak usunya ni teringat lah resepi perata bakar yang PB up kat blog tu .
Pi lah ajar my anak step by step cara membuatnya .
Habis jer dari berceloteh panjang berjela tu ,
my anak buah pun beri respon ;

" mak usu buat lah . "

Mak aiii ... aku juga ke yang kena buat ?
Jawapan segera yang keluar dari bibir mungil ku ;

" mak usu buat , mak usu makan sendiri ! "

Salah time ajar mereka sebenarnya .
My anak buah tengah lapar masa tu .
Jadi mereka just panaskan perata dan makan cecah jer dengan sambal .

Makanya, next time lah kalau nak mencuba resepi itu .
... huhuhuuu








Hijrah Biar Berbaloi


Assalamualaikum ...

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua pembaca .
Semoga tahun ini akan memberi lebih banyak kebaikkan , kegembiraan dan rezeki yang melimpah .

 Hijrah Biar Berbaloi

Hijrah Biar Berbaloi


Apa azam korang tahun ni agaknya ya .
Vee tak ada azam tahun baru .
Azam vee pada bila - bila masa yang diperlukan .
Kalau nak tunggu tahun baru , rugilah .
Banyak nanti peluang baik yang terlepas .

Kita sebenarnya kena berhijrah mengikut keadaan .
Tak perlu menunggu waktu atau hari - hari tertentu .
Tak perlu tunggu masalah tiba .
Tak perlu tunggu sesiapa suruh .
Kerana masa tak pernah menunggu kita !
Apatah lagi ajal ...

Jika kita nak berhijrah, 
berhijrahlah ikhlas kerana Allah .
Kerana di situ banyak ganjarannya .
Kerana di situ segalanya akan dipermudahkan oleh - Nya 
... insha Allah .
Barulah penghijrahan yang kita lakukan itu berbaloi .

Ingatlah , 
Jika kita berhijrah kerana manusia , manusia akan mati .
Jika berhijrah kerana harta , harta akan hilang .

Tanyalah pada diri sendiri , 
apa yang kita mahu dalam hidup sebenarnya .


Salam Maal Hijrah 








Soo Hoon Sup Ketam Pedas


Assalamualaikum ...

Sambungan entry tragedi ketam namanya , pada hari semalam .
Kali ni giliran vee pulak masak ketam versi vee .
Nak tahu apa resepi ketam yang vee teringin nak makan ,
jom layan jer citer seterusnya ...

Oleh kerana malam tu sup ketam my kakak ada banyak baki kuahnya ,
Maka vee simpan baki sup ketam dalam peti sejuk .
Esok petangnya , bermulalah projek vee dengan wak ketam ni .


 Soo Hoon Sup Ketam Pedas

Dia Buat Hal Lagi


Assalamualaikum ...

Ahad lepas , sedang menaip entry ,
my anak buah ketuk pintu .
" mak usu , nak ikut pi shopping tak ? "
Dah macam orang mengantuk disorongkan bantal ,
terus jer setuju .
Memang banyak benda nak beli sebenarnya .

" cepatlah mak usu . "
dah sabar bebnor my anak buah ni .

" ko tu yang lambat bersiap . "

Kami dah standby kat bawah ,
si anak dara sulong masih menggosok baju di atas .
 Mak usunya tak rajin pun nak gosok baju !

 11.30 am baru gerak pi ronda - ronda sakitkan kaki .
Masing - masing dah tak ingat nak breakfast doh .
Punyalah excited kan !
Memang heaven bebudak ni klu dapat berjalan - jalan time weekend .
Vee cuma minum air se mug air milo bersama biskut 3 keping !


 Dia Buat Hal Lagi


Plan asal my kakak nak pi AEON .
Tapi pi Giant dulu untuk urusan vee lah .

Sampai giant , terus jer atur langkah kaki .
Tak tunggu my kakak yang sedang sibuk keluarkan stroller baby .
Bimbang terlambat dengan urusan .
Sampai tempat tu tutup lah pulak .
Mungkin sebab hari Ahad .

 Plan seterusnya pi guardian .
Tempat wajib untuk mencari keperluan dari hujung rambut sampai hujung kaki .

Sedang membelek barang - barang kat guardian ,
tergerak pula nak angkat muka .
depan muka vee , berderet anak buah .

" hai mak usu ... "

Dengan cerianya my anak buah melambai bagai .
mau tak cerianya kalau dah berdiri di depan kiosk lenovo .
Owhhh ... ni lah point my kakak nak pi shopping rupanya .

Lepas buat bayaran di kaunter , pi terjah my kakak .
Mereka sedang membelek hand fone lenovo .
Handphone samsung my kakak dah tak boleh baca data .
Tu lah jadinya bila hand fone mama , hand fone anak - anak jua .
Setiap hari berebut main game !


 Dia Buat Hal Lagi
Inilah hasil tangkapan my kakak di kiosk lenovo .

Tengok my kakak masih lagi sembang dengan tauke kiosk tu ,
vee pergilah giant seorang diri .
mencari keperluan wanita .
... apasal lah guy cina ni dok teman wife dia .
... ishhh , segan wei .
Dia macam perasan vee segan so dia palingkan badan .
... heh heh heh .
Nak membayar kat kaunter pun cari cashier perempuan .
Nasib baik hari tu tak ramai orang .


 Dia Buat Hal Lagi

Keluar dari giant , my kakak masih di kiosk lenovo .
Al kisahnya si teruna nan seorang kat atas ni , 
dia buat hal lagi !
Ini bukan kali pertama .
Setiap kali pi shopping , 
kalau tak abang , pasti si kecik yang buat hal .

Si abang dok atas kerusi tak berganjak .
Sebab nak lenovo cam mama dia juga .
maka jadilah drama sebabak ...
Dia tak menangis tapi dia tak nak bangkit dari kerusi selagi tak dapat gadget tu .
perghhh ... mamanya pujuk lembut jer tapi tak jalan .
Mak usunya degree kat kepala dah naik doh !
angkat jer turunkan dia .
Tarik tangan dan bagitau dia boleh main game kat lenovo mama .
sama gak kan ! 
bezanya bukan dia punya sendiri tapi kena kongsi .

Tak jalan juga .
maka beri jer lenovo tu bagi dia pegang dan main .
pun masih tak jalan .
Maka si mamanya pi belanja aiskrim .
muka masa tu masih sedih juga .
fahamlah macam mana rasa terkilan bila tak dapat kan !

Kat kiosk tu vee sempat sambar satu bluetooth .
Hajat nak beli earphone sebenarnya .
Tetiba tersetuju lak dengan bluetooth yang dicadangkan tauke tu 
sebab nak sesuaikan dengan gadget vee lah .


Pas tu pi layan 3 dara tu pi cari baju .
Punyalah banyak stall baju , 
banyak juga yang cantik - cantik .
Selamba jer kata ;

" not my taste la mama ! "
" aku kan ganaz ! "

Sabar jer mak usunya dengar nih ...
si mamanya layankan je la .
Mereka ni remaja yang mula kenal fesyen .
Kalau setakat blouse tu tak pandang .
Mereka lebih suka t - shirt dan jeans .
Mamanya bagi jer RM suruh mereka cari sendiri .

Mak usu dan mamanya rehat sekejap .
sambil tengok baby yang sangat baik tak meragam .
Masih tido dengan nyenyaknya tanpa berganjak !
Sambil - sambil tu bersembang dengan my kakak .

" ni baru 3 orang . yang 2 tu belum tahu lagi . "
Sat gi bersedialah peningkan kepala dengan 5 remaja ya mama .
... heh heh .

Selesai tangkapan mereka , tapi dua orang jer .
seorang anak dara ni masih tak jumpa taste dia .
Lantak le ... dah malas nak melayan .
Kami pi AEON lah pulak .

My anak buah si hanani nak cari hadiah .
Ada annual dinner kelasnya pada bulan depan .
Semua orang kena ada satu hadiah untuk dijadikan cabutan bertuah katanya .
Kelasnya lah sekolah ko yer .
Siap annual dinner bagai walaupun baru tingkatan satu !
... perghhh

Sampai di AEON , macam biasa vee buat haluan sendiri .
masuk supermarket AEON nak cari kasut .
Tapi termasuk bahagian keperluan keluarga lah pulak .
Nampak eskalator , naik saja lah .
Bila sampai atas ....
... ehemm , rupanya terus ke pintu keluar .
maka dengan selambanya pi turun balik dengan harapan tak de orang di belakang .
vee senyum sensorang masa ni ... heh heh heh .
... korang ketawa ke ?  ishhh , tak baik tau ...
macam mana leh terlupa yang tadi vee masuk AEON trus jer naik tingkat atas .


 Dia Buat Hal Lagi
Kasut hasil tangkapan vee .


Keluar dari supermarket AEON trus je masuk kedai kasut .
masa tu kaki dah terasa sakit lah pulak 
sebab tapak kasut tu keras .
Macam biasa buat survey dulu .
Ada berkenan satu kat Bata tapi tinggalkan dulu .
rasanya lebih 3 kedai kot vee masuk.
sampai satu kedai ni ada lak buat sales .
sempena deepavali kot .
nampak lak satu kasut yang sangat berkenan di hati .

comel tak kasut kat atas tu .
Saiz kaki vee ni 4 jer ye kengkawan .
Tinggi pun budget shiela majid je vee ni .
My anak buah 10 tahun tu pun dah lebih tinggi dari mak usu dan mamanya .
... ermmm .

Dah dapat kasut , pi kat gajah merah .
Mak aiii ... mereka tak done shopping lagi rupanya !
masuk balik AEON sebab nak sejuk .
Duduk kat bangku rehatkan kaki .
Buka kotak kasut dan tukar kasut .
perghhhh ... 
selesanya kasut baru dengan tapak yang lembut .

Pandang tingkat atas , 
nampak my kakak dan family baru nak gerak turun .
selepas beberapa minit , apasal tak sampai lagi .
rupanya mereka masuk kedai popular .

Tetiba rasa nak berselfie dengan lenovo baru my kakak .
pergi dapatkan mereka .
Owh ... 
si abang dah tersenyum - senyum bermain dengan lenovo .
Kan ! budak ni senang jer pujuknya .
... heh heh heh .

Tetiba kaki terpeleot nak jatuh .
my anak buah gelakkan ...
kasut baru tumit tinggi sangat katanya .
.... cehhh , nasib baik tak jatuh .
Kalau tidak , mak jemah femes sekejap masuk fb hari tu ...
... jadi nangka busuk jatuh di depan ramai orang wehhh !

" mama lapar . "
korang ingat korang jer yang lapar ?
semua orang dah lapar .
Tengok jam dah 3.20 pm.

" lapar jer yg korang ingat ."
" belum solat zuhur lagi tau . "

Tunggu anak buah bayar tiket kat mesin lambat lah pulak .
 Dalam 15 minit , sampai lah rumah .
Dekat , ya memang dekat !

Sampai rumah , lantai dah berkilat .
Man in the house dah kemas rumah .
... heh heh .
Jengok dapur ... alamak tak masak lagi rupanya.
Masak nasi jap sebelum pi solat .



 Dia Buat Hal Lagi

hasil tangkapan untuk si kecik .

Si kecik tak tahu mamanya dah belikan dia baju .
Bila mamanya tunjuk , terus jer dia pakai weh .
Pas tu dengar le kakak - kakaknya sedang menerai baju yang di beli sambil puji cantik .

Tetiba dengar orang didapur .
Teringat tadi vee masak nasi .
alamak ... apa jadi dengan nasi tu ?
Pi kuar bilik , nampak man in the house sudah makan .
Rupanya bukan kami seorang yang kelaparan !
... adehhhh

Hari ni mood baik tulis entry panjang lebar .
Tapi masih tak dapat lawan MD nih .
Tak sangak entry ni ambil masa lebih 30 minit !
Tabik la kat MD yang boleh menaip berjela tuh ...






Mini Piza Perata Segera


Assalamualaikum ...

Kalau korang beli perata segera , 
selalunya korang cuma panaskan dan makan dengan kuah kari / dalca / sambal kan !
Apa kata kali ni cuba buat mini piza lah pulak .
Caranya mudah saja kengkawan ...





Mini Piza Perata Segera


Cara membuatnya mudah saja ya kengkawan .

Step1 ;

Ambil tin sardin / susu , terapkan ke atas prata segera .

step 2 ;

Letakkan prata segera yang sudah diterap  di atas tray muffin .

Step 3 ;

Sapukan sos tomato / cili keatas prata segera .

Step 4 ;

Taburkan parutan keju .

Step 5 :

Taburkan hirisan sosej atau apa sahaja bahan yang anda suka .

Step 6 ;

Masukkan dalam oven , bakar .


Memandangkan hari ini cuti Deepavali 
dan bersambung hingga sabtu bagi kebanyakan sekolah ,
apa kata kengkawan buat projek mini piza perata segera dengan anak - anak .
Mereka sudah tentu gembira dan teruja .


Selamat Bercuti kengkawan ...







Tragedi Ketam Namanya


Assalamualaikum ...

Kisah minggu lepas bila man in da house beli ketam . 
Bersorak gembiralah my anak buah .
My kakak sibuk dengan baby nya .
Maka dia turunkan arahan untuk my anak buah untuk memasak makan malam .

 Tragedi Ketam Namanya


Maka bunyi riuhlah si anak - anak dara berbincang ketam nak masak apa .
Lepas tu dengar bunyi gorengan .
Dah sah la mereka pi masak ketam goreng tepung .
Goreng tepung ni memang feveret my anak buah .
Tak kiralah ayam ke , cendawan tiram ke , ikan ke ,
kalau suruh mereka masak , 
memang bantai goreng tepung la jawabnya .

Tetiba si nani masuk bilik dengan dialog ;

" mak usu nak ? "

Kaki ketam yang besar ku rembat saja dari tangannya .
Buat BW sambil meratah kaki ketam you .
Tetiba si kecik masuk bilik dan bersuara ;

" nape bagi mak usu kaki ketam ? "

wahahahaaa ... si kecik sudah jeles gitu .
Nak ambik kaki ketam goreng takut si kakak marah .
Tetiba mak usu meratah lak ya ...

Sedang menunggu solat Isyak ,
tetiba dengar orang memasak di dapur .
Hati pun berkata ; ' apalah yang tak selesai lagi tuh .
Rasanya bebudak dah siap memasak sebelum maghrib ! '


 Tragedi Ketam Namanya


Sedang syok teramat dengan blog ni ,
tetiba rasa lapar lah pulak .
Masa tu dengar orang memasak lagi di dapur .
Sape pulak gerangannya ni .
Tengok jam dah masuk kul 10 malam .
Tinggalkan lappy pi keluar nak isi perut .
Sampai kat ruang tamu , 
nampak my kakak sedang meratah sup ketam .
Makan ketam macam orang mengidam !
Owh , dia lah yang memasak di dapur tadi .


 Tragedi Ketam Namanya


Pergi ke meja makan , pi selak tudung saji .
Nampak kuah lemak cili padi .
Confirm lepas maghrib tadi , 
man in the house masak ketam lemak cili padi !

Tengok ketam goreng tepung dalam pinggan ada baki lagi 4 ketul .
Ambil , bawak dok depan tv .
Sambil layan tv sambil ratah ketam .
Tetiba terfikir ...
Menu bebudak , ketam goreng bersalut tepung .
Man in the house lak nak makan ketam lemak cili padi .
Si mamanya mengidam sup ketam .
.... whahahaaa targedi ketam namanya .
Tu yang jadi memasing masak sendiri !
Nasib baik bebudak tak masak semua ketam - ketam itu .

Selesai makan , tengok sup ketam banyak lagi .
Buka peti sejuk , stok ketam ada lagi .
Esok , resepi ketam versi vee lak . 
Nak tahu ? Tunggu entry esok ya ...






Khasiat Sayur Pucuk Manis


Assalamualaikum ...

Pucuk manis ni vee suka masak lemak dengan labu . Itu je la resepi yang vee tahu berkenaan pucuk manis ni . Disebalik pucuk manis yang vee suka makan , ada banyak khasiat sayur pucuk manis yang vee tak tahu rupanya . Tahukah pembaca bahawa pucuk manis boleh tambah susu ibu ? Mari kita cari jawapannya .

 Khasiat Sayur Pucuk Manis

Merah Tempias Korea





Assalamualaikum ...

Vee ni addict chanel Korea . 
Kalau buka tv , direct ke chanel 392 ataupun 393 .
Kalau tak best , pi lak ke 729 .

Bila dah selalu sangat tengok program dari Korea ,
segala yg di datangkan dari Korea pun jadi teruja .
Bila tonton drama atau movie Korea ,
mesti akan ada masakannya kan .
Vee perasan satu benda kat masakan korea ni .
Mereka suka letak serbuk cili dalam masakan .


Merah Tempias Korea

Merah Tempias Korea 


Bila nampak orang Korea buat stew berkaler merah ,
Vee pun nak buat kaler merah juga pada mee 
macam gambar kat atas tu.
Mee sup yang merah youuu !
Puas hati lah sebab pedas maveles .

Vee gantikan serbuk cili dengan pes cili yang dibuat sendiri .
Dalam pes cili tu ada 
cili kering , serai , halia , bawang merah dan bawah putih dikisar .
Pastu masak hingga pekat dan simpan dalam peti .
Nak buat asam pedas ke , tom yam ke , sambal nasi lemak ke , 
senang .

Merah tempias Korea ni dah menular ke makanan lain .
Asal berkuah jer , masuklah pes cili .
Vee lak memang suka sokmo dengan pedas ni .
Tak pedas bukan orang melayu namanya , kot ... kot !

Kata orang , masa muda ni semua boleh belasah .
Bila dah berusia nanti , 
pedas sikit dah tak tahan .
Vee harap dapat makan pedas sampailah akhir hayat .
Tapi kalau tetiba memudaratkan kesihatan waktu tu ,
kenalah berhenti .
Derita kena tanggung sendiri !








Daging Bulgogi Ala Melayu


Assalamualaikum ...

Bila dapat banyak daging Qurban , 
kenalah pelbagaikan cara memasaknya .
Kalau tidak jenuh nak menghadap resepi yang sama .
Tak kan nak merendang juga kot .

 Daging Bulgogi Ala Melayu

Kena Buat Perjanjian Ke ?


Assalamualaikum ...

My anak buah sudah ada akaun FB .
Mereka sedang merasa keseronokan berFB .
Jadinya , memujuk mamanya untuk buka lappy ,
tapi mamanya tak layan .
Sebab lappy tu dah kerap masu hospital sebab tangan - tangan lima orang itu .
Jadi mereka pun memujuk mak usunya lah pulak .


 Kena Buat Perjanjian Ke ?


Kena buat Perjanjian Ke ?


Nampak gambar kat atas tu ?
Tu kain basuhan yang belum di jemur .
Dari hari sabtu sampailah hari ahad masih lagu tu .
Maka mak usunya dapat idea .
Kena Buat perjanjian ni .

" Korang berlima nak main FB kan ?
Korang kena basuh semua baju kotor sampai habis .
Pastu pi jemur .
Tak boleh tertinggal satu pun !
Dah siap nanti baru boleh main FB . "

" Ok . "

Akhirnya , baju sebakul di atas siap dijemur .
Maka mak usunya haruslah menunaikan janjinya .
Apply mobile internet kat tablet untuk seminggu .
Tapi dengan syarat .
Boleh layan FB sahaja dan tak boleh berebut .
Kena ikut giliran .
Kalau berebut , mak usu pasang password ,

Dapatlah korang layan FB untuk seminggu .
Aman lappy mak usu tak kena kacau .
Orang rumah ni memang semuanya tak rajin jemur baju .
... heh heh heh .