Assalamualaikum ...
Beberapa hari ni , man in the house suka beli tauge kacang soya .
Kalau tengok drama korea ( peminat tegar katakan )
tauge kacang soya ni mereka masak sup bersama tauhu .
My kakak lak lebih suka masak tumis / goreng .
Dah tu jer yang dia masak 2/3 kali .
... heh heh .
Sila abaikan ekornya ya .
Dah banyak macam tu
memang tak de yang sanggup nak membuangnya .
Kecuali kalau memang dah tak de keje .
Tapi kalau dapat mak kertua susu cap junjung ( iklan ) ,
wajiblah ko buang kan !
... heh heh .
Vee tak pernah makan lagi tauge kacang soya ni
secara mentah aka ulam .
Macam tak sesuai jer .
Mungkin akan cuba juga nanti .
Bagi sesapa yang tak pernah lagi makan tauge kacang soya ni ,
kat tengah badannya ada urat .
Agak liat di kunyah sebab urat tu
berbanding tauge kacang hijau yang rangup tanpa urat .
Apa yang Vee suka sangat dengan tauge kacang soya ni
sebab kacang kat kepalanya .
Sedap jer mengunyah kacang tu .
Alahai Tauge kacang soya ,
nape la ko mudah meresap perasa ye ?
Jadi sesapa yang nak masak goreng ,
pastikan tak letak garam banyak sangat ya .
... sebab vee dah terkena .
... heeeee .