Ku Redha Kan Juga


Assalamualaikum ...

Tahun 2014 sudah berpenghujung .
Banyak memori yang menjadi kenangan .
Sepanjang tahun ini juga banyak kedukaan yang melanda .
Ujian demi ujian bertamu dan terpaksa ku tempuh dan rempuh .
Syukurnya aku tak tersungkur ... alhamdulillah .


Ku Redha Kan Juga
Baby Ainul 4 bulan enjoy ride stroller , laju jer ... bye bye 2014 katanya !

Walau betapa payah , ku redha kan juga .
Siapa aku untuk menidakkan ujian - Mu .
Walau hati sakit , terluka dan hancur berderai ...
Senyuman ku tetap terukir di bibir ...
Demi ukhuwah yang perlu dipertahankan !

Tapi ... cukuplah .
Ya ... cukuplah setakat itu .
Selepas ini , pasti ... tak akan aku izinkannya lagi .
Tak akan ku biarkan diri diperlekehkan lagi .
Kau tahu itu ...
... aku bukan budak hingusan lagi .
... aku bukan aku yang dulu !


Ku Redha Kan Juga
koktail my kakak tapi kami yang kenduri ...

Kepada kamu , kamu dan kamu ...
ketahuilah ... kemafaan sudah lama kuberikan .
aku bukan pendendam ...
aku hanya hamba Allah yang hidup mencari redha - Nya .

Jangan kau harap ...
mesra aku bagai dulu ...
hati aku sudah patah ...
syukurlah ... aku masih bisa senyum seperti dulu .


Ku Redha Kan Juga
tomyam ku yang tak ada rasa tomyam ... ta pedas dan tak masam !

Sudah ku lontarkan ' trajedi '  itu ...
Sudah ku tutup semuanya ...
segala pengorbanan sehingga terkorban ...
biarlah berakhir di sini ... di tahun ini .

2015 adalah untuk diriku yang baru .
Hanya untuk diriku ...
Maaf , tiada ruang untuk yang lain .
Semoga Allah sentiasa ada di setiap langkahku ...
Semoga aku bersama Allah dalam setiap detikku ...


Ku Redha Kan Juga
penutup 2014 ... mainlah sepuasnya !


... 2015 , ku sahut dengan tekad baru !








Long Journey


Assalamualaikum ...

My anak buah 5 orang ini sangat excited 
nak memulakan sekolah .
Makanya hampir setiap hari 
bertanya kat mamanya bila nak shopping .
Macam biasa , mamanya suruh tunggu gaji masuk .
Orang gomen kan gaji cepat sikit sebab nak Krismas .

Oleh kerana tahun depan 5 orang masuk sekolah 
dari usia 7 tahun hingga 15 tahun , 
maka mamanya kena buat penjelasan .
Gaji kali ni cuma boleh beli baju dan tudung 
sehelai setiap orang 
selain dari sepasang kasut , beg dan peralatan sekolah .
Yang extra , bila mamanya dapat bonus baru beli .

Bab bonus ni , agaknya dapat ke orang gomen
sebab banjir pun dah banyak guna duit kan !
Ada baiknya juga kalau brim beri je kat mangsa banjir 
sebab mereka lebih memerlukan .
... ok , skip . 
ini keje gomen bukan keje kita nak fikir ya dok ?
... heh heh heh .

Maka bermulalah perjalanan kami .
mak usunya mengekor lah sekali ... heh heh heh .

mulanya vee cadangkan pi kat Kajang 
sebab ada blogger cadangkan tempat tu .
tapi driver lak dah buat keputusan nak gi 
grand union seri kembangan .
sampai kat grand union , my anak buah mengusik bila mak usunya dah tak bergerak tengok kasut .

" mak usu, kasut , kasut ... hahahaaa "

ya , vee memang suka dengan kasut . 
ada kasut yang vee tak pakai lagi aka dok dalam kotak .
ada juga yang baru pakai sekali masa raya 
sebab macam kasut pengantin jer designnya .
sudahnya , kena makan semut !
sedih la juga sebab mahal dan ada jenama ...

bila sampai jer kat port stationeries ,
masing - masing ambil bakul .
ambil pen , pensil , segala jenis bagai sesuka hati .
my kakak lak sebuk sembang dengan nonya salesgirl 
pasal baby dia .
mak usunya ini bila tengok my anak buah 
pakai rembat jer sesedap rasa tak tengok harga ,
dah nak sakit jantung you !

Long Journey


zaman vee dulu , kalau dalam pencil box / case 
ada sebatang pensil , pen , pemadam , pengorek , pembaris , 
dah cukup lengkaplah kiranya .
Tak ada jenama bagai ...
My anak buah , bila mak usunya cadangkan pencil , 
jawapnya ;

" nak pencil yang ada jenama ! "

melopong jap mak usunya .
maka berbisiklah kat my kakak .

" ma , pensil pun ada jenama ke ? "

my kakak cuma sengih jer .

si kecik ni memang suka mewarna .
dah umur pun 6 tahun kan .
Jadi mamanya dah tetapkan .
ambil satu jer dan kongsi guna sama - sama .

tiba masa memilih beg sekolah .
yang beg masih cantik lagi , tak yah beli .
jadinya cuma 3 orang jer yang sibuk memilih .
my anak buah tetapkan peraturan , 
beg tak boleh sama warna dan design .
maka masing - masing memunggah .
Si nabilah nak beg yang banyak zip dan warna pink .
dia ni memang girly tak amcam kakak - kakanya .
Nasib baik mak usunya sekali selak dah jumpa .
nak tunggu bebudak ni cari sendiri ,
kang habis berjam - jam kat situ jer kang .

Bulat mata my kakak bila tengok machine tu 
kena RM 300++ untuk beg dan stationeries saja .

Pergi tingkat bawah , tengok kasut .
Macam biasa , si hanani yang akan buat keputusan .

" mama , kasut kat sini tak cantik . tak best ! "

memang cerewet anak dara seorang ni
okey , kita gi giant je lah .

sampai kat giant , dah jadi one stop center .
dari casing my smartphone kakak , rice cooker ,
sampailah kasut dan baju sekolah my anak buah .
mak usunya dah round satu giant dah cuma nak habiskan masa 
dan buat survey barang yang dalam senarai nak beli .
tapi mereka 7 beranak masih tak selesai .
kat giant , habis RM800 ++ 
untuk kasut dan baju bebudak sahaja .

vee sempat gak merembat baju dan sandal .
ya sandal . 
terpaksa beli sebab kaki dah sakit .
kasut yang vee pakai tu tapaknya keras .
lepas bayar , terus je pakai .

merembat kat guardian , 
dapat lagi voucher RM 5 .

6.45 kami bergegas pi surau untuk solat asar .
dalam kul tujuh dah selesai .
masing - masing dah kelaparan 
sebab kami tak lunch pun sebelum kuar tadi .
tapi gundah gulana sama ada nak makan dulu 
atau nak solat maghrib dulu .
akhirnya decide nak makan dulu sebab dah lapar.

keluar dari lif , tukar fikiran lak .
ambil oredr je dah boleh ambik masa 30 minit .
pastu nak tunggu bebudak 5 orang ni makan 
belum tentu selesai cepat .
Patah balik ke suaru .

Dalam surau dah penuh orang solat .
Jadinya kami solat berganti - ganti .
selesai je vee solat , my anak buah cerita .

" mak usu , najwa tak ingat dia solat berapa rekaat . "

bila vee toleh , si najwa dah solat semula .
jadinya vee pandang je lah .
my kakak sempat cerita ,
dia dulu tak perasan solat 5 rakaat .
kawan kat belakang dia sempat mengira 
rakaat dia ...

maka terpandang lak si Nabila 
yang sembahyang tapi mata menjeling orang.
... hahahaaa
takut orang langgar dia lah tu .
vee beritahu lah kat my kakak .
sengih jer my kakak tengok .

Long Journey


selesai solat terus jer gi makan .
my anak buah order sendiri .
bukan main lagi order nak nasi portion besar .
sudahnya makan sikit pastu tinggal pi main .
ada playground kat situ .
maka si kakak berjemaah habiskan nasi goreng tu 
tapi tetap tak habis .
mak usunya yang kaki menghabiskan pun 
tak larat nak habiska mee sendiri .

dekat pukul 10 , kami pun keluar .
sampai kat keta , kami dok mengumpat keta sebelah .
my anak buah tanya ;

" nape tak ada nama iswara kat sini ? "

jawapan paling mudah dari mak usunya ;

" ntah . tengok , walaupun keta ni lama 
tapi lambang mercedes tu . "

tak terfikir lak nak ambil gambar masa tu .
tetiba my kakak beritahu bateri keta jam .
kat meter langsung tak ada lampu .
... erkkkk .

" rasanya aku dah off kan semuanya tadi ( lampu ) . "

maka journey pun bermula
vee suruh dia call man in d house ,
tapi dia berat hati ...
call my anak buah yang dok dekat - dekat situ ,
tak dapat lak .
selepas setengah jam ...

" la ... lampu tak off rupanya ! "

my sengih - sengih beritahu .
yes , itulah jawapan yang paling tepat !

lepas tu baru call man in d house .
biasalah , banyaklah soalan yang keluar .
cuma , my kakak tak bagitau sebabnya tak tutup lampu .
... heh heh heh . 
bajet takut kena marah tu .
korang rasa man in d house tak tahu ke ?
... cuma tak nak beri tekanan kat my kakak jer kan.


maka my anak buah pun cakap ;

" mama kalau bawak keta putih ni ke giant , mesti keta rosak . 
ada hantu tak ma kat giant ni . "

ceh ! ni la kalau banyak sangat tengok citer hantu .

" Ha ah , kan ! "

gajah merah masih dalam hospital ,
maka , redha je lah ye .

dengan sikit ilmu yang ada , ketuk - ketuk le bateri tu .
hidup lah sikit lampu bateri kat meter tu tapi masih lemah .
my anak buah sporting jer .
dok pergi main kejar - kejar adik beradik tu .
nasib baiklah orang masih ramai kat situ .
mungkin sebab nak krismas , giant tutup lewat .

dalam sejam , tetiba ada cina tegur ;

" nape keta ? rosak ka ? "

rupanya pemilik keta kat sebelah 
yang kami dok umpat tadi .
bila tengok dia ...

" dia kan yang jual avanza kat dalam ( giant ) ? "

moralnya , jangan pandang luaran ye !
keta buruk tapi ... 

" apa rosak ? "

dengan segeranya dia membantu .
terus cek enjin segala bagai .
sampai kami naik segan dengan dia .

" tak pa , saya tolong . "

mula - mula tolak keta .
panggil orang yang lalu lalang kat situ tolong .
last sekali , dia ambil bateri keta dia 
dan letak kat atas bateri keta my kakak .
bila enjin dah hidup , dia biarkan dalam 5 minit .
pastu banyaklah tips - tips yang dia beri kat my kakak .

pertama kalinya vee rasa jumpa orang yang sangat perihatin .
terus bantu masa tu juga dengan penuh semangat ,
ramah bertanya itu ini walaupun tak kenal ,
temankan kami untuk beberapa ketika 
sampai keta kami berlalu pergi 
dan bagi tips penjagaan keta lagi . 

dalam perjalanan balik my kakak berpesan ;

" jangan bagitu abah mama lupa tutup lampu keta tau . "

" ok mama ... hahahaaaa "

bila dah masuk jalan nak ke rumah ,
dari jauh dah nampak man in d house berdiri di tengah jalan .
my kakak , senyum - senyum kat hubbynya .
sampaikan pesan si cina tu 

" orang tu kata tadi suruh siram air panas kat bateri . "

terus je punggah barang dan lepak depan tv ramai - ramai
layan citer hantu tanpa bercerita pasal kereta .
man in d house terus je cek keretanya dan panaskan air .

dah jadi long journey satu hari tuh .
masing - masing sakit kaki sebab tolong tolak keta .
kecuali mak usunya sebab pegang baby .
lagipun mak usunya kurus kedeking , 
mana ada tenaga nak tolak .
... heh heh heh .










Kerabu Ulam


Assalamualaikum ...

Bila nampak ada menu kerabu pucuk ubi di atas meja ,
laju jer mulut ni bertanya ;

" kelapa parut ada lagi tak ? "

my kakak cuma mengangguk .
Maka berjalanlah projek yang dah sedia ada di hotak ni .
Yes , Vee nak buat kerabu ulam !


Kerabu Ulam

Ujian , Redha Je


Assalamualaikum ...

Pagi ni , alhamdulillah , matahari mengeluarkan cahayanya .
Walaupun sekejap cuma , diselangselikan dengan hujan ,
cukuplah untuk bumi disinari cahaya .

Ujian , Redha Je

Kan Dah Mati


Assalamualaikum ...

Budak - budak masa sekolah , 
tak sabar nak tunggu tiba hari cuti .
Bila dah cuti , tiap hari dok hadap tv .
Sampailah satu masa tu , 
mereka dah bosan dengan program kat tv .
Jadinya , mulalah buat macam - macam nak hilangkan boring .

Kalau kat kampung , banyaklah aktiviti boleh buat .
Kat bandar ni , apa lah sangat .
Selain main badminton , 
main kat taman dan
beri burung makan kat depan umah .



Kan Dah Mati


Satu hari tu , mereka sangatlah seronok tunjuk hasil mereka .
Korang namapk rama - rama dalam balang tu .
Tu lah hasil projek pertama mereka .
Memelihara ulat sampai jadi kepompong
dan jadi rama - rama .

Gambar kat atas tu , 
rama - rama baru keluar kepompong .
 Maka menjaga rama - rama lah mereka 
dari si meow yang berekor - ekor itu . 

Kemudian mereka pi cari ulat lagi .
Dah banyak pokok belaan kan ,
maka dapatlah 2 ekor .



Kan Dah Mati



Maka datanglah mereka kat mak usunya dan tanya :

" Mak usu , ulat ni makan daun apa ?
Dia tak nak makan lah mak usu . "

Maka membeleklah mak usunya tengok ulat tu .
Seekor ulat pokok limau .
Oklah bagi daun limau untuk makanannya .
Seekor lagi , vee tak tau lak ulat dari mana .
Maka bertanyalah mak usunya ;

" mana ko dapat ulat ni ?"

" Kat badan ( baju ) Qistina . "

" yaya ( qistina ) , ko pi main kat mana tadi ? "

Si kecik itu cuma geleng kepala je .
Maka semua pokok belaan vee sebut .
Semuanya dia geleng juga . 
Maka vee rujuklah kat my kakak .

" mama , ulat ni selalu dok mana ? "

sambil tunjuk kat depan muka dia .
Perghhh ... mengigallah kepala my kakak .
Nasib baik tak ditepisnya balang berisi ulat tu .
Maka menjeritlah my anak buah ;

" mak usu , mama kan takut ulat ! "

" hahahaaa , terlupalah mama ... "

Selalunya kalau vee jumpa ulat kat sayur ,
terus je tuntuk kat depan mata dia ...
... heh heh heh .
notty kan adik dia sorang ni .
Sebab my kakak baiklah si adik bungsunya ni jadi notty .

" ambik je la daun - daun rumput tu . 
Tengok ulat tu makan daun yang mana "

Sedang elok layan astro , dengar my kakak menjerit :

" kan dah mati ! "
Kan mama dah letak kat tepi ( tingkap ) tu .
Nape alihkan kat sini .
Kena panas memanglah mati .
Berdosa tau bela dia tapi tak jaga "

Maka my kakak yang berjiwa penyayang ni 
membebel sambil membelek lah ulat - ulat 
yang sudah meninggal itu
dengan wajah yang sangat terkilan .

My anak buah , 
walaupun dah nampak wajah mamanya yang sedih itu ,
selamba jer layan astro tanpa perasaan .
Dah namanya budak kan !

Maka tak adalah kisah ulat lagi lepas tu .
Biarlah ulat - ulat itu hidup pada habitatnya .
Vee memang tak kisah pun kalau ulat - ulat itu 
makan daun my pokok bunga .
Dah makanan dia kan . 
Janji bukan ulat bulu .

owh , sebut pasal ulat bulu , 
my kakak tadi ada mention ,
katanya kat pokok daun buas - buas ada banyak ulat bulu .
Maka ada potensi kena cantas tak lama lagi .
Biar tuan rumah yang membuatnya ...
... heh heh .




Esok sambung cuti lagi ya kengkawan ...









Mama , Potong Pakai Apa ?


Assalamualaikum ...

Dua minggu lepas rasanya , sepupu my anak buah 
aka biras my kakak di kampung buat kenduri berkhatan .
Maka datanglah surat undangan dari mereka .
Dan bermulalah berbualan kami tentang sunat menyunat ni .


Mama , Potong Pakai Apa ?


My anak buah si abang , satu - satunya bujang tunggal ini bertanya pada mamanya :

" mama , potong pakai apa
Pakai pisau ke ? "

Pisau yang si abang maksudkan ni adalah pisau dalam 
Maharaja Lawak Mega .
Kalau korang tengok ada satu episod tu 
kumpulan ekzos buat lawak berkhatan sambil asah pisau dapur .

Maka keluarlah pelbaga versi jawapan 
dari mak usunya , mamanya juga kakak - kakaknya .
My kakak selamba jer jawab .

" ha ah , pisau tu ler . "

si abang ni sengih - sengih jer 
macam tau mamanya sedang mengenakan dia .
Si akak pula dengan selambanya cakap ;

" Taklah , guna kapak . Ko punya kan dah besor . "

Si abang sengih lagi .
Maka mak usunya mencelah :

" Tak le doktor potong pun bird tu .
Cuma buang kulit kat bawah tu sikit jer . "

Si abang tanya lagi :

" Mama , sakit tak ? "

Jawab mamanya :

" Sakit sikit jer , macam kena gigit semut . "

Maka si kakak menambah :

" Ha ah , rasa macam semut api gigit . "

Si abang dah berkerut dahi .

" Semut api kan sakit mama . "

" Jom kita cari semut api bagi kat hanani . 
Bukan main lagi ko ye nak mengenakan orang . "

Geram pulak mak usunya .
Boleh mereka gelak lagi ... grrr .

" Tahun depan sunat ! "

My kakak dah plan dan buat keputusan .
Ikut je la si abang ni .

Ada seorang my anak buah yang lambat sunat .
Mamanya walaupun ustazah , dia tak nak paksa anaknya .
Masuk umur 12 tahun barulah dia mengofferkan diri untuk bersunat .
Tu pun sebab sepupu - sepupunya bersunat 
dan sepupu - sepupunya lebih muda daripada dia .
Malulah tu ... heh heh .

Selalu usik dia ;

" Apasal bila dah sunat ko jalan mengengkang ? "

Hahahaaa ... makcik - makcik yang notty nih .
Saja je tanya soalan cepu mas !

Rasanya korang ada tak peristiwa lucu pasal sunat ni .
Vee ada gak yang lucu pasal anak buah sunat ni .
Tapi rasa macam tak sesuai je nak kongsi kat sini .
Maklumlah ada 18sx kan ... heh heh



Selamat bercuti dari 









Getas Getas Rupanya


Assalamualaikum ...

Vee memang suka dengan kuih ni .
Sebabnya cuma satu ...
... sebab dibuat dari pulut .
Apa saja makanan yang berasaskan pulut ,
sila offer kat vee yer .
Confirm habis sepantas kilat .
eh ... macam terover pulak ...
... heh heh .


Getas Getas Rupanya


Getas Getas Rupanya


Hujung minggu lepas , 
my kakak buat kuih ni untuk breakfast .
Barulah Vee tau namanya getas getas rupanya .
Selama ni cuma tahu makan saja .
Tak pernah nak ambik tahu namanya .
Hidup punyalah dah berpuluh tahun !

Al kisah , senang jer membuatnya .
Cuma campurkan tepung pulut , kelapa parut , air dan gula .
Gaul sebati sesuka hati .
Pastu goreng kat minyak yang panas sampai gelembung .

Ada lagi satu kuih yang dibuat dari tepung pulut campur kelapa parut .
Pastu dibakar .
Kuih ni pun vee tak tahu namanya .
Tahu makan sajalah memanjang teman ni kan .

Esok hari krismas dah tentu cuti .
Sesapa yang terliur kuih ni ,
silalah buat sendiri ye .
Orang bujang kalau rajin pun sebelah mata jer siap .
Kalau malas , jadi jer cam Vee ...
... tetiba dah ada kat depan mata .
Tinggal buka mulut dan kunyah jer ...
... heh heh heh .



Selamat bercuti kengkawan ...







Dah Macam Dulu - Dulu


Assalamualaikum ...

Hujung minggu sudah tentu baju kotor menggunung .
Dan biasa cuci baju x join baju merekalah .
Tetiba lak , mesin basuh meragam .
... hilang semangat kejap .


Dah Macam Dulu - Dulu


Nampak tak kain baju kat atas tu .
Dah satu baldi tau .
Maka terpaksalah merajinkan diri 
cuci guna tangan .
Dah macam dulu - dulu lah pulak .
Gamaknya kena guna losyen tangan double nih !

Teringat zaman dulu - dulu masa masih kat kampung .
Mesin basuh memang tak ada lagi .
Abang yang ada kat umah ada dua orang .
Hobinya pakai seluar jean .

Bila nak mencuci ,
kumpul semua seluar jean mereka berdua je 
dah penuh satu besen .
Maka adik yang baik hati aka takut kena rmarah ni ,
terpaksalah cuci dengan memberus bagai .
Lenguh tangan tu memang biasa .

Masa tu kan macamlah tugas hakiki perempuan kat dapur ,
kemas rumah dan mencuci .
Si lelaki , selambe jer dok goyang kaki ,
baca suratkhabar , tengok tv , makan  bla bla bla ...
Redha je lah .
Bila dah berumahtangga , tau lak buat kerja rumah !
Terpaksa lah kan .
Dah sayang bini katanya ... heh heh .

Korang ada ke lalui zaman camtu .
Zaman yang menguji mental dan kesebaran .
Syukurlah , sekarang semua dah mesin yang buat .
aka mampu nak rasa teknologi moden .

Sesekali cerita gak kat anak buah .
Bukannya apa , 
cuma nak mereka hargai apa yang mereka ada sekarang ni .
Betapa mereka adalah sangat bertuah sebenarnya ...



Salam berhujung minggu ...









Lempeng Pizza


Assalamualaikum ...

Satu pagi di hujung minggu .
Mengacau my kakak memasak lempeng didapur .
Sebab nak cepat siap , dia guna dua dapur sekaligus .
My anak buah semua buat boo layan bila minta tolong .
... sabar je my kakak dan vee lah .
Nak bebel dah penat .

Sedang enjoy dengan lepmpeng - lempeng tu 
tetiba dapat ide bernas .
... bernas lah sangat kan .
Meh tengok apa jadi ...


Cara nak buat lempeng pizza , macam biasa ,


Lempeng Pizza 


Cara nak buat lempeng pizza , macam biasa ,
 tuang jer adunan lempeng tu atas kuali leper .
Taburkan lah bawang besar , sosej , cendawan .
Tuangkan telur 
( campurkan dengan sedikit garam , kacau ) .
Tutuplah shingga telur tersebut masak .
Angkat lempeng letakkan diatas pinggan .
Tuangkan sos dan taburkan hirisan daun salad.



Lempeng Pizza



Taraaaa ... siap satu lempeng pizza untuk di makan .
Alhamdulillah , kenyang makan satu keping ni ...

Jom lah try kalau korang dah tak ide nak buat sarapan .
Mesti anak korang suka nanti .
Bahan - bahannya boleh ubah ikut suka hati 


Selamat berhujung minggu .