15 Tahun Sudah


Assalamualaikum ...


Di petang Ahad seminggu yang lepas 
my kakak beli bahan untuk memasak dan membuat kek .
Maka Hanani pun berbisik kat mak usunya ketika di dapur :

" mak usu , esok harijadi najwa . "

maka spontan je lah mak usunya jawab :

" tu sebab mama beli semua bahan tu . 
Birthday korang semua mak usu hafal tau . "

Yang kurang seronoknya tu bila birthday najwa 
jatuh pada hari Isnin .
Maka kelam kabut sikitlah nak membuatnya .
Kalau setakat masak nasi dan ayam 
di kala senja tu dah biasa .
Nak membuat kek tu yang kena ambil masa sikit .

15 Tahun Sudah


Najwa dilahirkan pada 23 Febuari 2000
15 tahun sudah umurnya .
My bonda 15 tahun dah dapat anak satu !
... hohohohoo
Sudah dara sunti kata orang zaman dulu - dulu .

Sambutan harijadi ke dua untuk bulan ini selepas Nabila .
Jom tengok apa hidangan yang vee sediakan untuk najwa .


15 Tahun Sudah

Nasi Tomato


Pertama kali vee buat nasi tomato .
Selalunya cuma tau makan je .
Maklumlah , kalau hari raya buat nasi tomato 
aka bab dok dapur ni 
selalunya dikuasai oleh my kakak - kakak lah .

Bila cek resepi nasi tomato ,
owh , rupanya lebih kurang sama je dengan nasi hujan panas .
Bezanya cuma gantika 3 warna tu dengan 
tomato puri atau sos tomato 
dan masukkan tomato yang dipotong dadu .


15 Tahun Sudah

Ayam Masak Masam Manis


Oleh kerana nasi tu dah guna tomato , sos tomato , tomato puri ,
maka gunakanlah lebihannya untuk masak ayam pula .
Kan dah jimat !
Serampang dua mata namanya .

Mesti korang pelik tengok kuah yang banyak tu kan .
Walaupun kuah aka sos ayam masak masam manis tu banyak 
tapi ianya pekat ya . 
Kat umah ni kuah / sos kena buat banyak .
Kalau tidak ada gak yang melalak sebab tak dapat kuah .
My anak buah kalau makan mesti melimpah kuah dalam pinggan .



15 Tahun Sudah

Acar Timun


Vee pilih untuk buat acar timun sebab 
lebih sesuai dimakan dengan nasi berempah .
Kemasaman cuka pada acar dapat kurangkan rasa muak .

Timun dan lobak merah vee sagat je .
Cepat dan senang nak kunyah .
Maklumlah ada yang dah kurang gigi .
... heh heh heh .


15 Tahun Sudah

Kek Ais Krim Red Velvet


Sebelum cari resepi kek red velvey
kat internet , vee tanya kat my kakak :

" camna nak buat kek red velvet yang fames tu ? "

" sama je macam kek biasa tu cuma letak warna merah . "

selamba je my kakak menerangkan .
kawan my kakak ada yang buka kedai kek .
jadi tak peliklah bila my kakak jawab macam tu .

Lepas tu , vee pi lah cari kat mr. google .
resepi pertama yang vee jumpa ,
memang hampir sama dengan resepi coklat moist .
bezanya cuma serbuk coklat digantikan dengan warna merah .
( maka betul lah my kakak kata )
Tapi ada penambahan iaitu sedikit cuka .

Korang perasan tak apa yang menarik pada kek tu ?
Ha ah , betullah !
vee dekor kek tu guna photo editor .
... bhahahaaaa .

Bila my anak buah tengok gambar kek tu ,
hanani kata :

" mak usu tipu . "

selamba je ku jawab :

" ni maknanya sel - sel otak mak usu sedang berhubung . 
bukan tipu cuma cantikkan guna photo editor je . "

... ayat tak boleh blah aka tak mau mengalah !
suka - suka den je lah kan .
... heh heh heh .

Sebenarnya tak lah susah mana nak dekor kek ni .
Cuma kena ada bahannya .
Dah kedekut nak beli bahan ,
maka guna je lah apa yang ada ye .
Janji kek tu sedap dimakan .

Oleh kerana malam 23 tu mak usunya dah letih banget 
maka kek itu dipotong dan dimakan pada esok petangnya .
Tu sebab dekonya ringkas sahaja .

Untuk resepi kek ais krim red velvet ,
kena tunggu tak de idea nak buat entry 
baru up kan resepinya ... 













Meriahnya Bunga Api


Assalamualaikum ...

Dalam pukul lapan malam ,
dengar bunyi dung cer dung cer ...
... apa lagi kalau bukan tarian singa .

My anak buah excited je nak tengok .
Apa kan daya , 
cuma kat belah depan dan belakang saja .
My next door masih berkabung .
Jadinya CNY kali ni tak ada mercun juga singa ya .

Tak lama lepas tu , 
meriah lak dengan bunyi letupan mercun 
dari depan dan belakang umah .
Meh tengok hasil tangkapan dari kamera kompak 
yang dah sedikit uzur .
... kita dah tekan button , 
sesuka dia je lelambat tangkap gambar .
Jadi , kenalah puas hati dengan apa yang ada .

Meriahnya Bunga Api


Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api

Meriahnya Bunga Api


Masa letupan kali pertama guna digital .
Hasilnya seperti di atas .
Letupan yang seterusnya , guna lak fonepad .
... alamak , gambar lagi lah tak cantik
walaupun boleh snap lebih 5 kali sekali gus .
sedey tau !

sedarlah sikit cik akak woi !
dah guna digital mana boleh nak dapat cantik macam DSLR !
tapi kalau ada DSLR , 
confirm koner baring feel ambik gambar ni .
... heh heh heh .
Macamlah ko ada ilmu DSLR !

Mesti gelak guling - guling SS tengok gambar ni .
Malu den ahhhh .
Dah namanya bkn pro guna kamera digital ,
maka inilah hasil tangkapan .

Dalam meriahnya percikan bunga api yang sangat awesome tu , 
tu je lah hasil tercantik dari kamera yang dah uzur tu ...
... lebih baik ado dari tak do... kan !!!











Terliur Biskut Kacang


Assalamualaikum ...

Gara - gara tengok abang ipar 
bawa balik sebalang biskut kacang ,
maka tetiba terliur biskut kacang tu pulak .
Bukan tak boleh nak makan yang kat balang tu 
cuma rasa tak puas .
Maklumlah , bila my anak buah menghadap ,
memang habis licin lah jawapnya .



Terliur Biskut Kacang


Maka untuk hilangkan kes terliur biskut kacang ni ,
Vee belilah sebalang biskut kacang ni .
Murah je harganya .
Sebalang cuma RM 6.49 jer .

Masuk bilik ,
makan sensorang ... boleh ke ?
... heh heh heh .




Biskut ni lebih kurang sama 
dengan biskut kacang juga biskut mazola 
yang selalu orang buat masa nak raya .

Yang tak samanya , ada rasa masin - masin manja .
Tu yang buat biskut ni rasa sedap je bila dikunyah .
Macam mana ek dia letak garam .
Tang mana dia letak garam .
Dah macam garam ni resepi rahsialah pulak .

Kalau tengok pada bahan - bahannya ,
biasa je .
Ada sesapa yang tahu macam mana resepi aslinya tak ?
Nak gak try buat sendiri nanti .






Biskut Raya Sendu


Assalamualaikum ...

Sedih je den hari ni .
Dah le kat umah teman kucing nan 9 ekor ni bersama ikan ,
pepagi lagi kucing kesayangan 
dah jatuhkan my lampu side table .
Bercerai kepala dengan kakinya , 
berderai sekali mentolnya .
maka bergelaplah bilik den ini malam .
... huhuhuuuu .


Biskut Raya Sendu


Petang ni lak ,
sedang seronok layan astro lak ,
tetiba lak tv padam .
pagi tadi dah bunyi meletop 2 kali sebenarnya .
Tapi skrin ok jer on .
masa tu dah rasa semacam je .
Memang dah sampai masa nak meninggalkan dunia .
Redha je lah .

Manusia ni bila dah biasa ada kemudahan ,
kena tarik sikit je dah tak best .
Agaknya , inilah rasanya kalau gadget tak de kan !

Eh heh ... Tak juga lah .
vee membesar dengan tv hitam putih 
sampailah gadget canggih .
ok je kalau tak ada gadget sebab vee tak de whatsapp .
Cuma ada game je .
... heh heh heh

Harap - harap lappy nan satu ni ok je .
tapi ... ada tapinya tu .
Quota dah habis .
Nasib baik masih diberi kebenaran layan youtube .
Itu pun ada movie yang laju , 
ada lak yang menyiput loadingnya !

Tak pe lah . 
Esok boleh je pusing - pusing cari lampu .
Itupun kalau rajin .
... heh eh heh

Kalau tv tu , biarlah tuan rumah yang cari .
Tapi rasanya pasaraya je yang buka .
Kalau pegi kedai , 
boleh gak dapat limau dan angpau .
lagilah kalau kita ni pelanggan pertama .
... kan kan kan !


Biskut Raya Sendu

Biskut Raya Sendu


Kat Malaysia ni , kalau bangsa lain raya , 
bangsa kita pun raya juga .
Buktinya , masing - masing pulun ambil cuti .
Bersama - sama menyesakkan highway yang ada kat Malysia ni .
Itulah meriahnya cuti - cuti Malaysia !

Gatal tangan sambil melayan hati .
sambil tunggu youtube loading .
Kengkonon nak try resepi .
buat punya buat , 
jadilah biskut kat atas tu .

Biskut raya sendu .
biskut yang dihasilkan di kala sendu .
boleh lah makan sambil layan youtube .
resepi boleh dapatkan di SINI .

Selamat bercuti semua ...







Thai Cuisine Di Restoran Pla Pla Seafood


Assalamualaikum ...

Satu hari semasa join my kakak dan anak buah shopping .
Masa tu dah melepasi tengahari .
Makanya  udah lapar , apa lagi carilah restoran .

Restauran Pla Pla Seafood

Ayam Golek Berempah


Assalamualaikum ...

Cuti CNY sudah bermula .
Dah tentu ada antara korang yang nak buat majlis .
Majlis bertunang , kahwin , harijadi dan mungkin juga kenduri .
Kalau tak diri sendiri , 
mungkin ahli keluarga juga saudara terdekat .
Jadinya vee nak buat entry tentang masakan .


Ayam Golek Berempah


Mini GA by Nina + Anies


Assalamualaikum ...

Hari ini vee nak memeriahkan giveaway 
yang dianjurkan blogger anis dan nina


Mini GA by Nina + Anies

 . 


Mini GA by Nina + Anies

Syarat - Syarat Penyertaan ;


1. Follow blog Nina dan Anies

2. Buat SATU ENTRY dengan title "Mini GA by Nina + Anies".

3. Masukkan BANNER Mini GA ke dalam entry dan backlink ke blog Nina atau ke blog Anies.

4. Letakkan LINK ENTRY di ruangan komen (sama ada di blog Nina atau blog Anies)

5. TAG 2 orang blogger untuk join Mini GA ini.

4. Pemenang dipilih menerusi RANDOM.COM

5. Mini GA ini berlangsung dari 16 Februari 2015 hingga 28 Februari 2015. 



Hadiah Yang Disediakan ;


6 FRIDGE MAGNET x 6 PEMENANG

4 HEADER BLOG + FAVICON x 4 PEMENANG 

TAG ;
1- Zumal
2- Mar Mansor

Jom kita pakat - pakat join ...






Terima Kash Daun Keladi


Assalamualaikum ...

Alhamulillah , 
hari ini dapat bersiaran cepat sedikit berbanding selalu .
Hari ini juga banyak walimatulurus kan .
Tu sebab sepi je blog ni dari komen .
eh heh ... dah blog x berapa popular , camni lah .
Harus ku terima jua hakikat itu .


Terima Kash Daun Keladi

Terima Kasih Daun Keladi 


Jumaat lepas vee dapat kiriman posto .
Terima kasih JM atas pemberian itu .
Tak sangka sebenarnya JM nak bagi 
sebab menjawab lokasi percutiannya di Thailand .

Rasanya macam jawab tak semuanya betul 
terutama Watt tu ... den dah poning cari nama lokasi tu .
Sudahnya den taram aje lah kan .
Kot - kot betul jawapannya .

Terima kasih daun keladi JM
Manalah tahu dapat jawab lagi selepas ni .
Muka tak tau malu nih mintak hadiah lagi .
... heeeee .

Kepada blogger yang belum kenal JM , 
klik jer kat SINI .
JM ni blogger kaki travel .
Sape - sape yang ada plann nak travel ,
cari je tips - tips dalam blog JM ni .


Selamat berhujung minggu !












Bila Mama Tak Ada


Assalamualaikum ...

Pagi ni , dalam pukul 9.30 keluar bilik .
Alkisahnya my kakak tak ada kat rumah .
Kena attend kursus katanya .

Semalam tanya dia , 
katanya hari ni tak ada tuition Nabilah .
Maka dengan senang hati mak usunya ni 
pagi ini dok dendiam dalam bilik .

Bila dah tau my kakak tak ada tu ,
maka segeralah cek breakfast dah buat ke belum .
Owh , dah settle rupanya .
My kakak panaskan mee rebus jawa yang tak habis malam tadi .

Pergi ruang tamu , alahai ...
tengok baby sedang tidur 
di dada kakak najwa dengan nyenyaknya .
geram pulak tengok kecomelannya .

Bebudak ni lak , nampak je mak usunya ,
terus je suruh take over baby ya ...
... tunggu baby ainul bangun dulu ye kakak - kakak .

Bila Mama Tak Ada


bila mama tak ada , mestilah kena sama - sama buat kerja kan .
Meh tengok , apa mak usu dera mereka hari ini ...


Bila Mama Tak Ada

kakak najwa kena mandikan baby ainul .
awww ... seksinya si baby girl ni .
orang suruh dia mandi , 
dia dok geram tengok camera kat tangan mak usunya .
pastu pi main air tak ingat dunia .
sabar je la si kakak najwa ya ...


Bila Mama Tak Ada

kentang ni untuk baby ainul makan .
si kakak nabila yang masak .
sebab masa tu dah hampir kul 10 ,
dah tak sempat dah nak masak bubur nasi atau rebus kentang .
rebus je lah fun fries tu .
bila dah masak , baru masukkan telur 
dan kacau hingga sebati .
bila - bila masa je baby ainul akan bangun .



Bila Mama Tak Ada

si abang sedang meriba semangkuk fun fries rebus
untuk mamam baby ainul .
si abang kena lecek funfries tu sampai hancur .



Bila Mama Tak Ada

si kakak hanani sedang suap makan ainul .
baju pun tak pakai lagi tu kakak .
pakai selur je ainul ni tau .
... dah lapar sangat.

* sila abaikan props di belakang tu ye .


Bila mak usunya buka je saji ,

" nape mamam ainul tak habis ? "

" ainul makan main - main mak usu . "

" baby makan memang macam tu . "

maka hanani ambil semula mamam tu 
dan suap ainul sampai habis .



Bila Mama Tak Ada

susu ni mak usu yang buat .
si najwa dah boring jaga baby ,
selamba je dia hantar kat mak usunya .
maka , merajinkan dirilah buat susu .


Semua kena buat kerja bila mama tak ada .
mak usu ni walaupun suka turunkan arahan ,
kerja pun buat juga tau .
kesian lak kat mereka kalau nak curi tulang .
... heh heh heh .










Note Merah


Assalamualaikum ...

Si kecik mengadu duitnya hilang di sekolah .
Maka masing - masing bertanya di mana dia letakkan duit itu .
Katanya di dalam beg duit .
Dan beg duit itu di dalam beg .

Note Merah


Bila fikirkan , tak mungkinlah budak kelas lain 
masuk dalam kelas
dan selongkar beg untuk ambil duitnya .
Dan kalau rakan sekelas yang melakukannya ...
... baru 7 tahun tu .

Tak ada ibu bapa yang menyangka anaknya 
yang baik di depan mata
boleh mengambil duit rakannya di sekolah .

Rasanya budak yang mengambil tu dah nampak 
my anak buah ada note merah .
Budak 7 tahun , 
manalah tahu kalau ada orang nak ambil duitnya kan .
Malah tak fikir pun bab simpan duit serapi mungkin 
elak kena curi .
... halalkan je lah .

Solusinya , kami katakan padanya 
lain kali beg duit itu masukkan terus ke poket bajunya .
Jangan masuk ke dalam beg .
Sebab banyak mata yang memerhati .

My kakak pula bercerita tentang anak muridnya .
Satu hari tu , selepas my kakak beri tugas pada anak muridnya ,
dia perasan satu pelajar lelaki tu duk murug saja .
maka my kakak pun bertanya ;

" ko kenapa ? "

" duit dia hilang , cikgu . " kawannya menyampuk .

" ko letak mana duit tu ? "

Kesnya sama dengan my anak buah di atas .
Duitnya juga note merah .

Tiba - tiba dia menangis .
Tak lah teresak - esak tapi adalah air mata yang menitis .
My kakak yang tak sampai hati ni 
hulurlah kat dia RM .
Si pelajar lelaki ni ambil dan ucap terim kasih .
Lepas tu my kakak  spontan je cakap ;

" dah , siapkan kerja tu . "

sepantas kilat dia melakukannya dengan tekun .

Yang kelakarnya pelajar tu umur 17 tahun .
My anak buah 7 tahun pun tak menangis .
Budak tu sedih kehilangan note 10 nya .
My kakak lak pi senyum - senyum je .
Senyum bukan sebab note 10 tapi sebab umur yang dah 17 tahun .

Mungkin note merah itu dia nak beli sesuatu yang penting .
Mungkin juga perbelanjaan untuk beberapa hari .
Mungkin juga ibu bapanya tegas tak akan ganti sebab dia cuai ...
... sebab itu dia sedih dan menangis .

Korang kalau hilang sekeping note merah juga akan terkedu .
Tak ada sapa pun yang sanggup kata idak kan .
Walaupun nilainya kecil ,
tapi boleh selamatkan perbelanjaan korang .

Tapi , bila sebut pasal duit ni ,
kalau dah hilang tu , 
niat sedekah je lah .
Dah tentu ada sebab Allah ambil duit kita .


Note Merah

nah ! belanja my anak buah masak ayam .
Ayam masak kicap singapore katanya .
orang jawa panggil masak semur .

Den sesaja tanya kat my kakak ;

" apa bezanya dengan masak kicap biasa ? "

" namanya yang beza . "

macam glamor je gitu ... adehhh 









Merajuk Panjang


Assalamualaikum ...

Semalam petang my kakak masak mee .
Memasing tak sabar nak makan .
Tiba waktu maghrib , 
giliran den lak membasahkan tekak untuk batalkan puasa .
Ada semangkuk mee di depan mata .


Merajuk Panjang



Merajuk Panjang 


Tetiba my kakak berkata ;

" hanani merajuk lagi ke ? "

" ha ah mama , dia kat bilik , tidur . "

kata si abang sebelum mendaki tangga dan mengetuk bilik kakaknya .

" merajuk kenapa ? " saja je den nak tau .

" tadi dia kata lapar , aku suruh la dia masak .

macam biasalah . selepas balik memasing penat .
bebudak penat dengan sekolah .
mak budak lak sibuk nak melayan baby .

Selalunya kalau lapar tau je dia nak cari makan
dan masak sendiri .
apa hal hari ni tetiba merajuk .
nak kata ABC tak juga .

Sedang minum , den terpandang roti .

" roti ada tu . dah tak selera ke ? "

malam tu , dok layan astro ,
tanya kat anak buah ;

" hanani buat apa ? tak lapar lagi ke ? "

" dia buat homework la mak usu . "

sampai lahj jam tunjuk kul 10.30 malam ,
dia masih tak turun lagi .
my kakak lak merajinkan diri masak nasi dan lauk pauk .

Pagi ni , ada lagi mee semangkuk itu .
tak tau la dia makan ke idak malam tadi 
walaupun mamanya memasak 
di masa babynya bising nak tidur .
Anggap je la dia puasa malam .
... ok per . heh heh heh .


Merajuk Panjang
aiskrim tekak orang puasa .

Aiskrim Nenas


den cuma buat air bali 
dan perahkan sebiki limau kasturi 
pastu masukkan hirisan nenas  
dan bekukan .

Masa den sebaya dia dulu ,
tak berani nak merajuk dan meragam macam tu .
Bukan kena marah ,
confirm tak ada yang sudi melayan .
My bunda jangan harap nak memujuk 
dan masak bagai nak mabil hati kan.
Makan je lah ko apa yang hado ...