Assalamualaikum ...
Sedang Vee enak menjamu selera di malam hari
tetiba man in the house memanggi - manggil si abang .
Nada suara itu seperti marah .
Maka Vee dan hanani pun saling berpandangan .
Pastu sambung makan semula .
Selepas bersoal jawab dengan abahnya ,
si abang turun dengan sengih - sengih .
Pastu dia tanya :
" sapa main telefon abah ? "
" aku tak ada main . najwa dengan nabilah pun ada kat bawah .
( tengok tv bersama ) "
Abang ni memang suka main phone si abahnya .
Sebab dia rapat dengan abahnya .
Si kakak - kakak memang tak berani usik barang abahnya .
Walaupun dia suka berbohong sebab takut kena marah ,
tapi muka pada masa tu nampak polos .
Memang dia tak tipu .
Selepas hanani bagi jawapan tu ,
automatik kami memandang pada si kecik qistina
yang sedang bermain di sofa .
Tersengih - sengih dia .
Maka , itulah jawapannya !
Si abang terus je join kami makan .
Pastu si abahnya turun
sambil berjalan sambil membebel :
" Bila tanya , semua kata tak tahu . Sapa main ? "
Kami selamba je makan macam tak dengar apa - apa .
Walaupun kami dah tahu siapa pelakunya .
Si kecik tu , memang aktif tapi mudah sentap .
Jangankan kata tinggi suara , jengilkan mata je ,
dia dah meraung satu taman boleh dengar .
Maka , walaupun si hanani dan si abang dah tahu ,
si kecik qistina tu yang mengerjakan phone abahnya ,
mereka tetap buat - buat tak tahu .
Pandai tak adik beradik ni saling melindungi ?
Bubur nasi di hari Sabtu ... diet GST !
Mak usunya cool je .
Tak kuasanya den nak masuk campur .
Masalah keluarga mereka biarlah mereka yang selesaikannya .
Kena PUK je pun .
Den dulu lagi lah teruk .
Bila nak test my bluetooth ,
tetiba je dapat pesanan dari penaja
... rm anda dah habis !
Lepas tu den terus je pasang pin nombor .
Kalau my anak buah dapat pecah pin nombor ,
den akan pasang password lak .
My lappy pun ada dua password .
Password pertama untuk on lappy .
Password kedua untuk masuk windows lah .
Al kisahnya , petang jumaat tu
my anak buah nampak phone baru abahnya .
Jadinya , mereka ni nak ambil semula phone lama mamanya
yang digunkan abahnya .
Maka si kecik tu pun excited lah nak buka phone tu
untuk main game .
Maka jadilah masalah PUK .
Sebenarnya tablet game yang beru beli 3 bulan tu
dah terbakar !
Sebab si abang yang gila games tu main tak ingat dunia .
Main sampai bateri habis ,
main masa bateri sedang cas ,
melantak main walaupun tablet tu dah panas !
Nak kacau tablet mak usu ,
mak usunya dah pasang pin nombor .
Nak kacau phone mamanya ,
mamanya pun dah pasang pin juga .
Sebab tak nak jadi macam lappy mamanya
belum umur setahun dah kena hantar sepital !
Si kakak bertiga tu dah faham .
Tak bimbang rosak .
Tapi si abang dan si kecik qistina ni ,
dia main tekan je apa yang dia nampak .
... haru tau !
Ramai anak , macam -macam kerenahnya .
Tapi kerenah tu lah yang akan dirindui
bila mereka semua dah besar nanti ...