Semput


Assalamualaikum ...

Dulu - dulu , fasa awal penulisan blog ,
ala belum lama pun dalam tahun 2012 gitu ,
setiap hari den macam syok sendiri .

Orang kata kalau kita nak blog kita dikomen orang ,
kita kena rajin jengah dan komen blog orang dulu .
Den pun buatlah macam tu .
Tapi yang rajin komen cuma seorang blogger je .
Blogger ni macam dah tak aktif je sejak berkahwin .
Den pun dah tak ingat nama blognya .

Yang lain , sombong gila .
Salah den gak lah kan .
Masa tu den cuma jumpa blog remaja je .
Mana nak layan blog remaja tua cam den ni kan .
Jadinya , memang frust la sebab tak ada orang komen .
Entry pun main cetak kat mana - mana majalah je .
Masih tak fikir sebab apa tulis blog masa tu .
Cuma yang pasti nak sibukkan diri untuk lupakan dia ...

Kalau korang nampak entry tips dan petua yang den publish tu ,
itulah entry di awal penulisan den dulu .
Den baik pulih dan republish sebab pageview tinggi aka
entry - entry tu lah yang jana trafik ke blog ni .

Bila den masuk blog Nora Karim dan Teratak Bunda ,
barulah banyak aktiviti komen mengomen ni masuk .
Sebab apa , sebab dalam blog tulah 
den jumpa blogger yang sama level dengan den .

Sekarang lak , bila dah banyak komen masuk ,
satu hari jer tak buat aktiviti blogwalking ,
maka pasti ...
hari berikutnya den akan SEMPUT nak balas kunjungan !
Walaupun seksa tapi seronok sebenarnya .

Seronok dapat kawan kat maya ni .
Boleh sembang bagai tanpa memandang darjat , kerjaya , serta segalanya .
Setiap hari rasa nak tambah kawan blogger baru .
Nak terjah blog baru ...

Kesimpulan kepada semua bebelen di atas ,
yang den nak cerita sebenarnya ...
... dari semalam sampai bawa ke pukul 12 tengah malam
sampai lah ke pagi ini ,
hutang blogwalking masih tak selesai .
Maklumlah , dah beberapa hari den tak dapat blogwalking 
sebab quota dah habis 
menjadikan banyak blog kena block dengan penaja .
Lappy ni lak , 
kenalah rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam sekali .

Nampaknya hari ini den akan SEMPUT lagi .
Tapi den kena settle kan juga .
Kalau tidak jadi hutang basi sudahnya nanti ...

Selamat berhujung minggu semua ...
Nah , layan sandwich bertingkek - tingkek ni ...


Semput




Pokok Buah Naga


Assalamualaikum ...

Dulu masa buah naga mula di ternak di Malaysia ,
banyaklah ladang dan selalulah juga keluar tentangnya di televisyen .
Masa tu buah naga mahal .
Sekarang pun sama juga kan .
Dapat rasa sebiji rasa dah best sangat .

Pokok Buah Naga

Makna Hari Lahir Perempuan Melaui Tajul Muluk


ASSALAMUALAIKUM ...


TAJUL MULUK ... astrologi zaman silam yang sangat popular dikalangan masyarakat jawa di Indonesia . Dr. Fadzillah Kamsah berkata : "Cuma boleh jadi panduan , bukan kepercayaan " sebab Allah itu yang lebih mengetahui dan maha berkuasa atas segala kejadian Nya .


Makna Hari Lahir Perempuan Melaui Tajul Muluk

Seksa


Assalamualaikum ...

Dah tiga hari den perasan internet den laju gila .
Mimpi apa lah agaknya telco den ni .
Tapi ... den tetap ada masalah juga . 
Masalah den , quota den dah habis 
walaupun den punya 8GB .

Bila quota den dah habis 
SEKSA lah den nak buat blogwalking .
mana - mana blog yang ' berat ' terutama yang gunakan .com
confirm telco den dah block dengan pesanan penajanya .
Kalau blog yang gambarnya besar dabak saiz x-large tu .
den cuma dapat baca skrip je dalam blog korang .
SEKSA tau SS , JM dan MKL .
... huhuhuuu sedeyyyy wooo !

walaupun den SEKSA nak berblog ,
den masih lagi boleh berfacebook lah .
Tapi lembap juga sebab banyak gambar kan .
dan masih lagi boleh melayari internet macam biasa .

Yang bestnya , bila internet den laju gila ni
den boleh melenjan youtube koooo .
Dan ... bila mato dah melekat kat youtube ,
makanya blog jadi terabai maaaaa .
... ngeeeeeeee .

Den musykil sebenarnya ni .
Telco ni saja je ke lajukan perkhidmatannya 
atau melunaskan janji pada kementerian komunikasi 
untuk menambah baik perkhidmatannya gara - gara GST ?
Kalau menyahut seruan , memang sangatlah bagusnya kan .

Korang punya line tenet macam mana ya .
Sama macam den juga ke ?

Owh , baru den teringat ,
den punya telco dah diambil alih TM .
TM dah beli saham dalam 40 ke 60 % kalau tak silap .
Dan TM dah janji dengan menteri komunikasi
nak upgrade jalur lebarnya pada hujng bulan ni .
Kalau tak betul , anggap je lah den merapu ya kawan - kawan .

Panjang lebar den citer pasal telco den ,
tapi den tak habaq apa jenama broadband den guna .
Oklah meh den habaq ya teman - teman ...
... den gunakan p1 .





Nah den belanja mee SEKSA .
SEKSA tak tengok kemerahannya ?
Den lagi SEKSA nak menelannya tau .
Apa ? Korang fikir den hirup habis ke kuah merah tu ?
Dok ehhh ... den makan mee nya je .
... heh heh heh .


Selamat berhujung minggu semua ...





Senaman Hilangkan Sakit Belakang Badan


ASSALAMUALAIKUM ...

Korang pernah rasa kan sakit -sakit belakang . Umur belum cecah 30 pun . Tapi wat keje sikit dah start sakit pinggang . Sesetengah perempuan lak dah nampak bongkok walaupun masih muda . Jadi penampilan pun dah tak menarik .


Senaman Hilangkan Sakit Belakang Badan


Ada senaman mudah untuk atasi masalah sakit belakang . Tak yah la bazir duit pi gym atau beli alatan senaman . Korang cuma perlu ambil sikit masa dalam satu hari dan buat secara teratur setiap hari . Yang penting semangat dan disiplin mesti ada .



Senaman Hilangkan Sakit Belakang Badan



1. Dalam posisi meniarap , dongakkan kepala sambil menarik nafas . Pastikan tangan berada dalam kedudukan tegak dan regangkan keseluruhan tubuh terutama pada bahagian tubuh .


Senaman Hilangkan Sakit Belakang Badan


2. Merangkak seperti aksi kucing dan regangkan keseluruhan tubuh . Anda dapat rasakan ketegangan pada bahagian belakang badan pinggang dan pinggul .


Senaman Hilangkan Sakit Belakang Badan


3. Tarik nafas perlahan - lahan sambil menolak tubuh ke bahagian atas dengan sekuat hati . Hembuskan nafas sambil kembali ke posisi asal .


Senaman Hilangkan Sakit Belakang Badan


4. Silangkan kedua tangan memegang lutut . Tarik nafas sedalam mungkin sambil meregangkan tubuh anda .


Senaman Hilangkan Sakit Belakang Badan


5. Duduk dalam posisi bersila dengan kedua belah kaki di hadapan tolak badan ke depan sambil menarik dan menghembus nafas .

Senaman Hilangkan Sakit Belakang Badan



6- Bersila dengan kedua belah kaki berada di bahagian hadapan . Tarik nafas sedalam mungkin dan hayunkan membentuk pusigan 360 darjah sambil meregangkan seluruh tubuh .


Senaman Hilangkan Sakit Belakang Badan

Mencuba Untuk Kesannya 


Tidak rugi korang mencuba . Berdasarkan komen yang den terima , senaman hilangkan sakit belakang badan ini memang berkesan . Alhamdulillah . Semoga entry ini dapat membantu ramai penghidap sakit belakang di luar sana .








Kejutan


Assalamualaikum ...

Hari ini hari jumaat .
Jumaat yang banyak kejutan .
Satu kisah gembira dan lainnya adalah ujian .

Perkara pertama yang berlaku 
bila my anak buah memberikan dua sampul surat .
Surat pertama dari cinta hati sapa lagi kalau bukan maybank .

Surat kedua pula sudah dijangka kedatangannya .
tapi dapat KEJUTAN bila tengok harga setem ... 80 sen !
ni lah dia suratnya ... jeng jeng jeng 


Kejutan


Terima kasih Jari Manis ( JM ) atas kiriman ini .
Buah tangan dari Korea gitu .
Siap menayang pada my kakak lagi .

Maaflah JM gambar tak berapa jelas .
Kamera buat hal .
Jadinya terpaksa guna kamera fonepad .
maka diataslah hasilnya .

Sedang terkedek - kedek membuka kiriman JM di atas ,
tetiba my kakak terjah bilik dengan keadaan yang terkejut
dan suara yang berbaur bimbang sambil berkata :

 " Yani ( my abang ) ada sms aku tadi .
Katanya F ( my anak buah aka anak long ) 
update kat facebook kata long meninggal .
Cuba ko buka facebook tengok betul tak .
Bateri phone aku  dah nak habis pulak . "

Den yang dengar lagi lah terkujat .
Tak de dengar sakit atau berita yang seumpamanya
tetiba kata my abang long meninggal !
KEJUTAN apakah ini ?

Den yang kelam kabut nak buka fcebook ni pun 
tanya kat my kakak :

" Dah call kampung ke belum ? "

" Aku call kak tina .
Dia tak dapat cakap dengan aku 
sebab dia tengah cakap dengan doktor .
Dia kat hospital JB .
Abang atan nak operate kepala sebab ada pendarahan .
Dia kata tak tahu pun pasal long . "

Oh my ... abang atan ? KEJUTAN lagi .

" aku call uda .
uda kata pun tak tahu . "

logiknya kalau betul berita tentang long tu ,
mestilah uda tahu .

" tak kan lah anak - anak dia langsung tak beritahu kita
kalau betul berita long tu .
Dan tentu kita adik beradiknya . "

den membebel kegeraman .

" cuba ko call M ( anak sulung long ) . "

Pastu den pi kejar my kaka yang dok kt ruang tamu .

" Bukan long tapi K yang meninggal . "

" owh , kalau K , K tu kan bapa angkat B ( anak kedua long ) "
Logiklah kalau B update kat facebooknya . "

" B lah yang update tu . "

" Bukan ko kata F ( anak ke tiga long ) ke tadi . "

Haish ... dah tentu den tak salah pendengaran !
Alhamdulillah ... syukur bukan long .
Maka perbualan tertumpu pada abang ipar pula .

" bila abang Atan masuk hospital ? "

" uda kata semalam .
dia sedar tapi tak boleh buat apa -apa .
keadaan dah lemah .
Bawa pergi hospital batu pahat .
Sampai batu pahat , dapat arahan pegi jb .
Naik ambulance . "

Nasib baiknya my kakak , kak lin keje kat hospital jb .
Jadinya prosedur jadi mudah . 
Tak yah tunggu pun ,
Sampai sana , doktor dah tunggu untuk tindakan lanjut .

Malam ni makan pun ala kadar je .
Teringatkan my kakak menghadapi situasi abang ipar di jb .
tak mampu rasanya nak bergembira .

Kami nak bekejar ke sana pun 
keadaan di sini tidak mengizinkan .
Esok saja my kakak kena buat ceramah
tentang penandaan PT3 .

masa makan malam ,
my anak buah lak mengadu :

" mak usu , hingus najwa warna kuning pekat lah mak usu . "

" Najwa , cuba tengok sini tisu tu . "

bila den tengok , 
warna itu bukan kuning pekat
tapi merah cair .

" ma , ni warna darah cair rasanya ni ma . "

pada masa ni my kakak lagilah dah tak boleh senyum .

" ko ada rasa sakit kepala tak ? "

najwa menggeleng saja .
den tengok matanya pun normal je .

" cuba jangan hembus hingus tu najwa .
biarkan je meleleh , mak usu nak tengok . "

sedang den cuci tangan di dapur ,
si akif panggil .

" mak usu , hingus najwa dah keluar . "

bila den tengok ,
ya , memang sah darah cair .

" ni darah cair ni najwa . "

KEJUTAN lagi . tapi kena bertenang .

" mak usu ni buat orang takut je la . "

nabila dah tersengih - sengih .
den selamba je menapak mendaki tangga 
menuju bilik my kakak .

" memang darah la ma yang meleleh kat hidung najwa . "

my kakak terus duduk . bertenang sekejap .
sebab perkara ni tak pernah berlaku .

" dah , ko kalau nak mandi , mandi cepat . 
pastu setelkan najwa tu . "

pastu den masuk bilik .
tetiba nabila panggil beritahu citer paranormal 3 dah mula .

den keluar tengok najwa ok je .
rupanya my kakak letak ais kat dahinya .
alhamdulillah ... darah tu dah berhenti meleleh .

Sekarang , kami masih terasa dengan KEJUTAN - KEJUTAN itu .
Cuma bersedia sahaja kalau dapat call dari kampung .
Kalau tak kerana berita long ,
pasti kami juga tak tahu pasal abang ipar .

Aturan Allah , kita terpaksa terima .
Berdoa yang terbaik selagi boleh .
Semoga Allah permudahkan urusan kami dan my kakak di jb .







9 Aura Seksi Wanita






ASSALAMUALAIKUM...


Aura adalah sesuatu yang digunakan atau dapat menarik perhatian seseorang atau orang yang berada di sekelilingnya . Aura terbahagi dalam dua jenis . Jenis pertama adalah aura semulajadi iaitu yang ada di dalam badan kita . Aura ni melibatkan kelebihan yang anda miliki tanpa sedar dan dijelaskan dalam bentuk warna . Untuk mengetahui lebih lanjut , anda perlulah merujuk pada yang pakar . Aura jenis kedua adalah aura yang anda cipta sendiri untuk menarik perhatian orang di sekeliling anda .


9  Aura Seksi Wanita



Wanita sebenarnya mempunyai banyak kelebihan . Antara kelebihan tersebut adalah mengenal pasti auranya dan menggunakan aura tersebut sebaik mungkin . Jika anda berniat mahu menggunakan aura anda untuk memikat lelaki , mungkin aura berikut dapat membantu anda merealisasikannya .


1. CARA BERJALAN 




Ada perempuan yang cara berjalan nya cam catwalk secara semula jadi . Itu yang berlaku pada kawan saya sampaikan dia naik rimas bila sentiasa menjadi perhatian lelaki walaupun berpakaian lengkap wanita muslim .

Ada lak yang saja wat jalan cam catwalk untuk tarik perhatian mata lelaki . Lelaki memang suka lihat gerak punggung perempuan .


2. SUARA 



Perempuan yang bersuara manja memang boleh buat hati lelaki cair dan nampak seksi . Tak kira lah suara tu semula jadi atau buatan . Asalkan boleh tarik perhatian lelaki sebab pompuan ni kan natijahnya lemah lembut .


3. RENUNGAN / PANDANGAN 




Kalau korang pandai pandang lelaki dengan mata yang seksi / melirik , korang memang dah cairkan hati mereka .


4. BAHASA TUBUH



Ada kalanya sukar bagi pompuan nak luahkan melalui perkataan . So , bahasa tubuh lah jadi pengganti kan ! Ala - ala menggoda gituh .


5. BERANI MENCUBA



Lakukan apa sahaja yang sesuai asalkan dapat mengubah diri korang . Tak kira la penampilan ker , cara jalan ker , suara ker . Ala - ala menggoda gituh . Lelaki akan jadi teruja , so tak la boring tengok benda yang sama jer .


6. MALU



Bila korang buat gaya malu - malu kucing , lelaki akan teruja dan lebih mendesak . Ia akan jadikan korang lebih seksi tau .


7. KETAWA



Korang tahu tak bahawa lelaki sebenarnya suka tengok perempuan ketawa . Lagi la kalau korang boleh buat ketawa manja / menggoda . Nampak seksi you !


8. BAU BADAN 



Sesetengah orang punya aura bau badan yang menggoda . Bukan bau perfum tapi bau badan semula jadi . Asalkan dapat cium bau baju kita , dia dah boleh terubat rindu kat kita tau . Kalau tanya suami , confirm tau ... heheheee


9. KOMUNIKASI



Sekiranya perempuan itu pandai memberi respon terhadap apa saja perkara yang sedang di perkatakan si  lelaki , maka itu satu anugerah yang paling seksi bagi lelaki . Mereka akan rasa seronok dan tak jemu bila bersama anda . Bukan saja seksi pada penampilan malah seksi pada pemikirannya juga .


Jangan Salah Guna


Sebaiknya , anda jangan salah guna kelebihan atau aura yang anda ada . Ditakuti ianya boleh membahayakan anda sendiri . Jika anda yakin dengan kemampuan anda , itu lebih baik . Pada masa yang sama , gunakanlah aura anda untuk tujaun yang baik pada sisi yang betul .





Sikit Sama Dirasa


Assalamualaikum ...

Di satu petang di hujung minggu
man in the house pulang membawa 2 bekas polisterin 
yang di dalamnya berisi nasi minyak 
untuk santapan anakanda 5 orang .

Korang rasa cukup tak ?
Bila di campur , tolak dan bahagi ,
kena lak selera kanak - kanak membesar bagai johan ni ,
comfirm lah kan ... tak cukup !


Sikit Sama Dirasa

macam biasa , kena masuk dalam dulang .
masih nampak sikit juga .
maka si kakak najwa tambah dengan nasi putih .
Barulah nasi tu nampak menggunung .


Sikit Sama Dirasa


longgok semua lauk pauk yang ada .
daging masak hitam dan ayam masak merah .
Ada empat ketul je .
jadinya kenalah pandai bahagi 
... SIKIT SAMA DIRASA .


Sikit Sama Dirasa


owh , ada lagi lauknya ... alhamdulillah .
dalca yang penuh sayuran .
Dalca ini pun kena tuang juga dalam dulang .
Bagi semua orang rasa .


Sikit Sama Dirasa


Itulah lima tangan yang dah tak sabar
nak memyuap hidangan ke mulut .
Makanlah dengan berselera ya anak - anak .

Korang rasa habis tak ?
uhhhh ... 
mak usu gak yang melicinkannya .
Tapi hanya nasi ...
den ok je bab licinkan pinggan diaorang ni .
Kalau makan kat luar pun , 
keje tu juga yang den buat 
sebab den tak suka pembaziran
lagilah kalau benda tu libatkan RM .

Dulu masa zaman den kecik 
den tak merasa nak makan dalam dulang dengan adik beradik  
kecuali kenduri .
Kenduri orang jawa kan makan nasi ambeng .
Tetiba rindu lak nasi ambeng ...

Nak masuk ramadhan ni ,
mesti ramai yang buat kenduri kan ...
Orang kampung memang selalu buat kenduri ni .
tetiba masuk bab kenduri lak .
Dah terkeluar tajuk ehhh ...







Cara Atasi Masalah Sakit Pinggang



ASSALAMUALAIKUM ...

Sakit pinggang selalunya menyerang pada orang yang berusia 30 ke atas . Selain itu  bila korang berjam - jam dok menghadap komputer . Tak kiralah korang hadap komputer kerana kerja atau bersosial juga melayari internet , yang pasti bila nak berdiri akan rasa sakit - sakit di bahagian pinggang dan belakang badan


Cara Atasi Masalah Sakit Pinggang


Cikgu


Assalamualaikum ...

Pukul lapan malam ,
saja je join my anak buah layan astro .
Dia orang tengah layan 
HD World Discovery Channel
Berkisar tentang tubuh manusia dan penyakit.

Baru  je den labuhkan punggung di sofa nan empuk itu
tetiba nabila bertanya ;

" mak usu , apa maksud obesiti ? "

hanani menyampuk ;

" orang yang lebih gemuk lah . "

" oh , mcm p*** , dia jalan macam ni mak usu . "

nabila menggayakan sambil berjalan .
erkkk ... ini dah masuk bab mengumpat ni .
den pun sambung :

" macam abam ( bocey ) tu , obes lah namanya . "

hanani tanya lagi :

" nape dia banyak makan tapi kurus ? "

sambil jarinya tunjuk pada nabila .
nabila memang banyak makan .
Selepas tambah nasi untuk kali ke 2 ,
dia masih boleh makan roti lagi .
dan dia boleh ulang makan dalam jarak tempoh 
yang hanya beberapa jam saja .

" sebab kadar metabolisma dia tinggi . "

den jawab spontan je aka malas nak fikir banyak .

" metabolisma tu apa mak usu ? "

den pun jawab :

" metabolisma tu bla bla bla ... "

kalau taip kat sini nanti ada yang tertidur lak membacanya .
tetiba mata ku ternampak sesuatu pada skrin tv .
maka terpantullah ayat dari mulut comel den ni :

" mak aiii ... takkanlah ! "

dengan volume suara yang mengejutkan semua orang .

"apa mak usu ? "

tetiba my kakak terpacul dari dapur dengan muka yang terkejut .
den pun beritahu dia dalam bahasa jawa 
supaya my anak buah tak faham .

" metu gambar manuk . "

sengih jer la my kakak bila dengar .
hah , apa bendanya ?
jeng jeng jeng ...
... alat sulit lelaki lorrrr .

hanani yang dok kat sebelah kiri den ni 
cepat je tangkapnya .

" gambar apa mak usu ? "

" ko budak2 tak boleh tau . "

" hahahaaa ... aku tau . "

maka yang lain sibuk bertanya :

" gambar apa ? gambar apa ? "

" tak ada apa . "

tapi hanani masih gelak panjang .
den lak automatik toleh kat abang yang ada kat sebelah kanan .
si abang tutup muka dengan bantal .
maknanya dia juga nampak .
sebab dia duduk betul - betul hadap depan tv .
hanani terus je tanya benda lain ;

" kenapa orang kurus pun kena semput . 
bukan orang gemuk je ke mak usu ? "

" semput bukan sebab gemuk atau kurus tapi bla bla bla ... "

tetiba den bangga sekejap jadi CIKGU .
... heh heh heh .

setengah jam je den layan my anak buah ni .
lepas tu semua kena halau dengan my kakak ,
naik solat isyak ...


Cikgu
selamat menjamu selera

kesimpulannya , 
apa yang program tu kisahkan pun kami tak tahu
sebab kami sebuk buat rencana sendiri .
walaupun setakat dua mulut yang bertanya 
yang lain cuma mencelah je 
tapi dah buat mak ususnya excited bercerita panjang lebar .

Zaman generasi y ni 
korang kena jadi ibu bapa berilmu .
Jangan sampai anak tanya 
korang jadi terpinga - pinga .
nanti mereka pandang rendah pula ...

kena tahu pasal gadget juga
walau setakat yang asas 
supaya tak kena tipu dengan anak .







Tips Elak Kaki Berbau


ASSALAMUALAIKUM....

Korang risau tak kalau kaki korang tu berbau ?  Rasanya tak ramai yang amik tau pasal kaki kan . Asalkan tak sakit dan boleh berjalan ...ok ler tuh . Tapi pompuan zaman la ni dah ramai yang wat rawatan kaki kat saloon . Kalau korang rajin , buatlah penjagaan yang umum kat umah cam kat bawah ni ...



Tips Elak Kaki Berbau