Jam


Assalamualaikum ...

Jam | Dalam bulan Ramadhan ini selalunya den terjaga seawal lebih kurang pukul 4 pagi . Pagi ini , first time dalam bulan Ramadhan mencipta sejarah bila my kakak kejutkan den pagi tadi . Dalam keadaan nyenyak tidur , tiba - tiba dengar bunyi pintu bilik dibuka bersama suara my kakak :

" tak nak sahur ke ? dah nak pukul 5 setengah dah . "

Terus je den bangun dan cuci muka . Tengok jam dinding dan pergi ke meja makan dan berkata :

" bukan nak pukul 5 setengah tu , memang dah pukul 5 setengah pun ! "

Sambil ambil nasi dan pinggan sambil jeling pinggan my kakak dan man in the house . Alkisahnya , mereka pun baru nak makan . Erkkk ... apa dah jadi ni ?

" cepat makan , dah nak habis waktu tu . "

My kakak turunkan arahan pada my anak buah . Confirm bebudak tu pun baru turun makan .

" tu mama bangun pukul 4 setengah . Kalau mama bangun pukul 5 ? "

My anak buah selambe jer makan . Den pun join my anak buah berjemaah makan dok kat sofa sambil layan tv . Tetiba si baby ainul yang sedang tidur sebelah den bangun , berdiri dan buku mulut .

" nak mamam juga ke ? "

Makanya , sambil den makan sambil menyuap baby ainul .

Bila jarum jam tunjuk pukul 5.41 , hanani terus je tukar astro oasis . Masa tu astro oasis sedang menayangkan orang mengambil wuduk . 

" Hah , dah nak azan ! "

Maka kelam kabutlah my kakak habiskan makan dan minum . Seleps itu hanani tengok pula info waktu imsak di channel tu . Pukul 5.44 masuk waktu imsak bagi kawasan kuala lumpur . Masa ni my kakak dah duduk kat sofa . 

Selepas habis orang mengambil wuduk , digantikan pula dengan alunan berselawat . 

" Apasal tak azan lagi ? Kelam kabut mama minum tadi tau . "

" azan pukul 5.44 mama . "

den pun menyampuk sambil jeling jam . Jam masa tu dah tunjuk pukul 5.45 pagi tapi masih tak azan lagi . Si abang lak cepat - sepat pi topup air segelas lagi .

Bila azan berkumandang , den jeling jam . Jarum jam kat dinding itu menunjukkan pukul 5.49 pagi . Ermmm ... ni memang perangai my kakak dari dulu .

Dah sah my kakak cepatkan jam 5 minit !

Kerana JAM itu lah , kami hampir tercekik sebab minum air cepat - cepat termasuk den ! 

My kakak sengih je ... sabar je lah .


Jam


Meh le layan soto sup tulang ni . Sesapa yang nak kan resepinya , boleh klik SINI lah ya .




Terkilan


Assalamualaikum ...

Terkilan | Beberapa tahun dahulu , beberapa hari menjelang raya , semua orang sibuk membuat persiapan termasuklah kami . Pada masa itu , my kakak belum buat keputusan bila nak balik kampung . Kami dah biasa balik kampung konvoi . My kakak , den dan my abang akan pulang bersama . 

Persiapan Raya


Oleh kerana cuti sebelum raya yang my kakak dapat , sangat dekat dengan hari raya , maka my kakak buat keputusan untuk membuat persiapan dirumahnya dahulu sebelum pulang ke kampung halaman . Mengemas  apa yang perlu dan menghias rumah sebelum pulang ke kampung . Malah my kakak berhasrat untuk masak juadah raya dahulu sebagai punjungan untuk my bonda di kampung . 

Punjungan ni sebenarnya adat orang Jawa . Ia merupakan juadah raya termasuk kuih muih yang diletakkan di dalam mangkuk tingkat dan diberikan kepada ibu bapa , keluarga mentua , jiran tetangga dan saudara mara .

Sebenarnya pada masa itu , my kakak belum lagi membeli belah persiapan raya untuk dia sekeluarga . Jadinya kami habiskan masa satu hari untuk mendapatkan semua keperluan raya . Hari berikutnya pula mengemas rumah . Dari membersihkan segala yang perlu hinggalah menghias / mencantikkan rumah . Hari terakhir iaitu sehari sebelum menjelang raya , barulah kami sibuk di dapur memasak juadah untuk di bawa pulang ke kampung halaman .


Terkilan


Terkilan


Malam menjelang raya , selepas Isyak , barulah kami berangkat pulang . Perjalanan pada awalnya lancar sebab kami menggunakan jalan dalam melalui Putrajaya , Salak Tinggi dan masuk lebuhraya melalui Nilai . Apabila sampai di Seremban , jalan jem sehinggalah Air Keroh . Kerana jem itulah , kami sampai di kampung halaman pada pukul 2 pagi .

Apabila sampai sahaja di depan rumah bonda , den terkejut . Terkejut bila melihat tiada langsir ditingkap , tiada lampu pelita . Yang ada hanyalah suasana sayu dan suram .

Melangkah masuk ke dalam rumah bunda , tiada apa yang berubah . Tiada sarung kusyen baru , tiada jambangan bunga , lantai bersepah dengan daun kelapa dan ketupat separa siap .

Menjenguk dapur pula , hanya ada ayam masak ungkep di dalam kuali . Tiada juadah raya di atas meja makan apalagi kuih raya . Yang ada hanyalah beberapa juadah punjungan dari jiran tetangga .

Pada ketika itu , tak sanggup mahu melihat raut wajah bonda yang sayu , sedih suram tapi masih mampu melemparkan senyuman . Hanya dia seorang di rumah . Tiada cucu juga abang dan kakak den yang lainnya walaupun rumah mereka dekat saja . Hampir menitis air mata melihatnya .

Den tau , dalam hati my bonda sangat sedih walaupun dia tak tunjuk . Pada ketika itu , pertama kali bonda sambut aidil fitri tanpa arwah abah . Sudah tentu ada rasa hiba di hati bonda . Sungguh , kalau den tau akan jadi begitu , den dah balik kampung seawal mungkin !

Melihat keadaan itu , den sangat TERKILAN ! Terkilan sebab tak balik lebih awal , Terkilan sebab my anak buah di kampung tak tolong my bunda buat persiapan raya , terkilan sebab tiada sesiapa yang beritahu bahawa tiada siapa di rumah my bonda menjelang malam raya dan terkilan sebab adik beradik den yang lain tidak ada di situ .

Ala Kadar


Walaupun setelah den tiba , my bonda suruh rehat terlebih dulu sebab dah awal pagi dan ada yang sambung tidur , tapi den masa tu memang dah tak tenang di jiwa . Geram , sakit hati , marah dan rasa bersalah pada bonda , semuanya ada . Den cuba lelapkan mata tapi tak boleh .Hanya dalam pukul 5 pagi baru terlelap .

Selepas selesai solat sunat aidilfitri , den terus memulakan projek mengemas dan menghias . My kakak pula ambil tugas di dapur . Masak apa yang ada ketika itu . Kuih muih memang tiada lagi . Persiapan yang kami buat ala kadar saja .  Pada tengahari barulah adik beradik dan anak buah yang berdekatan sampai .  Kerana kesibukan melayan mereka merangkap sebagai tuan rumah , lewat petang baru selesai menghias rumah dengan sempurna .

Bila mengenang semula keadaan itu , menitis air mata . Den membayangkan jika den berada di tempat bonda , sudah bengkak mata den menangis . Merajuk dan jauh hati dengan anak - anak . Mau den tak buka pintu bila anak - anak balik . Tapi my bonda tak begitu . Walau hatinya terluka dan sedih , dia tetap senyum walaupun tawar .

Raya tahun ini , my bonda dah terlalu uzur . Semoga my bonda masih dapat merasai suasana raya dengan caranya sendiri ...


Maafkan kami ... BONDA .








Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015


Assalamualaikum ...

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015 | Hari ini den nak sertai raya giveaway yang dianjurkan oleh Nile.com.my . Sebenarnya den dah tunggu raya giveaway : jualan meletop raya 2015 ni . Masa Chinese New Year hari tu , Nile.com.my ada buat juga tapi den tak bernasib baik . Jadi den andaikan raya ni pun mesti ada juga . Finally , berlansung juga raya giveaway : jualan meletop raya 2015 yang den tunggu - tunggu tu . Apalagi , den memang akan rebut peluang ni . Manalah tahu ada rezeki di sini . 

Nile.com.my


Den suka dengan product Nile.com.my ni sebab selain berkualiti , fashionnya banyak ala Korea gitu . Jadinya  perasaan nak anggun macam pelakon Korea tu memang tak menahan . Eh , den kan hantu drama korea ... heh heh heh .


raya giveaway : jualan meletop raya 2015


Raya Giveaway : Jualan Meletop Raya 2015 


Cara nak sertai Raya Giveaway : Jualan Meletop Raya 2015 ini , korang boleh rujuk ke blog Lyssa Faizureen . Di situ , diajar langkah demi langkah macam mana nak sertai giveaway raya ni . 

5 Produk Pilihan


Korang kena pilih 5 produk raya giveaway yang korang suka dari semua produk yang di sediakan di SINI . Kat bawah ni pula 5 produk  raya giveaway pilihan den . Jom layan .

1- Bohemia Chiffon Long Dress

 Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Price Meletop: RM19.90
Date: 29/06/2015
Time: start 3.00pm 
Quantity: 100 pieces

 2- Haniya Podka Dotted Blouse

 Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 11.00am 
Quantity: 150 pieces

3- Travel Durable Backpack Malaysia 

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm 
Quantity: 60 units


4- Multipurpose Wallet/Handbag

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015


Product: Multipurpose Wallet/Handbag
Price Meletop: RM6.90
Date: 10/07/2015
Time start: 11.00am 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 200 units


5- Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag

 Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Product: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 200 pieces


Meriahkan Giveaway Nile.com


Korang teruja tak tengok pilihan den ni . Kalau teruja , terjah je nile.com . Di situ ada banyak lagi pilihan yang mungkin kena dengan selera korang . Lepas tu bolehlah sertai  dan meriahkan Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015 ini ya .



TARIKH TAMAT :
14 Julai 2015

MASA TAMAT :
11.59pm

LINK UNTUK SERTAI :






Chopstick


Assalamualaikum ...

Chopstick | Berpuluh tahun dulu ,
masa den masih muda remaja ,
den hebat bab guna chopstick .
Masa tu asyik nak tunjuk lagak kehebatan ,
menghadap makanan je mesti nak guna chopstick .

Satu hari tu den balik kampung .
Kat kampung pun den guna chopstick juga .
Tapi bukan yang official lah .
Den cuma guna lidi satay je .
Maka my arwah abah kata :

" Kalau ko nak tahu ko tu handal ke tak guna penyepit , 
cuba ambik kacang . "

Masa tu den dengan my kakak pun apa lagi ,
masing - masing pun nak tunjuk hebat 
tapi sampai ke sudah tak dapat gak nak ambik kacang guna penyepit .
My arwah abah sengih je pandang kami .

Kalau korang ada tengok running man ,
ada satu episod tu mereka kena ambik kacang guna penyepit .
... perghhh , memang seksa tau .


Chopstick


My anak buah sekarang ni tengah eksyen dengan chopstciknya .
Makan mee masa berbuka pun nak guna chopstick juga .
Den selambe je kata :

" makan mee sup guna chopstick tu nikmat ke ? "

" boleh je mak usu . Nak rasa kuah guna je sudu . "

My anak buah bab bagi jawapan memang pandai je .

Sebenarnya dah beberapa tahun my anak buah 
kemaruk guna chopstick untuk ambil makanan .
Boleh lagi dengan selambanya hanani tanya den :

" mak usu pndai guna chopstick tak ? "

" What ? Bukan mak usu ke yang ajar korang ? "

Ya , memang den yang kenalkan chopstick
 pada mereka bertahun dulu .
Ni kot yang dikatakan orang melayu mudah lupa ?
... agaknya lah kan !

Sejak den tahu yang jari jemari kita ni ada 6 enzim ,
kalau masuk mulut boleh menjadi ubat kepada penyakit
dan membantu memudahkan proses penghadaman ,
den dah tak heran dengan chopstick .

Bila kaitkan dengan Islam ,
kenapa Allah bagi kita tangan 
kalau bukan untuk masukkan makanan ke dalam mulut ?

Sejak itu den rasa lebih nikmat makan guna tangan .
Kalau kat restoran tu ada sinki ,
den memang guna tangan .
Kenapa nak malu ?
Kan kita orang melayu , malaysia !

Tapi kalau makan kat hotel tu ,
kena ikut rentak lah .
Ikut protokol .
Jangan nak selamba je malukan diri sendiri lak ya .

Kalau kat rumah , 
den makan mee goreng pun guna tangan .
Rasa nikmat sungguh .
Kalau mee berkuah , dah tentulah guna sudu 
Sebab nak rasa sekali nikmat kuah tu .

Kalau masuk KFC ,
den memang prefer makan guna tangan .
Tak le macam seorang hamba Allah tu 
nak juga guna pisau dan garfu ,
akhirnya ayamnya telah melantun ke meja jiran .
... bhahahaaa .
Hikayat malang si leha namanya tu !

Beberapa hari lepas ,
my kakak masak mee goreng untuk berbuka puasa .
Den pun cubalah guna chopstick 
yang dah lama den tinggalkan tu .
... erkkk , tak terangkat - angkat mee tu .
hahahaaa ... 
nasib baik my anak buah tak nampak .
Kalau tak , memang memungut ego 
yang jatuh bertaburan lah jawabnya !










Maggie


Assalamualaikum ...

Di kawasan perumahan den ni majoritinya melayu .
Sebaris dengan rumah my kakak ada satu cina dua india .
Belah belakang , ada satu India .

My jiran india dan cina ni ,
bila masuk bulan Ramadhan ,
mereka tak memasak pada waktu tengahari .
Aunty cina dah biasa makan di kedai .
Aunty india lak lebih suka membeli di bazar ramadhan .
Jadinya , tak adalah bau masakan yang boleh menggoda iman .

Tapi , di satu hari minggu yang tenang ,
di tengahari terik ,
tetiba datang bau harum MAGGIE !
... adeh .
Dari celah mana lah datangnya bau keharuman itu .

Dah tentu bau itu datangnya dari orang islam yang tak puasa !
tak de maknanya aunty india dan cina nak masak maggie !
Klau kat office , boleh je berpura - pura puasa walaupun tak puasa ,
kenapa kat umah nak bagitahu yang korang tak puasa ?
Dah kalau ABC atau memang kaki tak puasa ,
tutuplah maruah tu dengan makan apa saja yang ada .
Tak yah la memasak bagai .
Minum saja pun dah cukup .
Tak kan pengsan pun sampai petang !

Den ok je tapi bebuak yang bau tu  , kesian tau .
My anak buah cool je .
Tapi orang lain ?
Jiran tetangga tu kan ramai .
Tak kan lah jiran sebelah dapur tu tak dapat hidu .
Agaknya orang zaman ni memang dah tebal muka kan .

Kalau yang sebaris dengan rumah my kakak ni ,
memang ada family yang hidup gaya moden aka ' orang putih ' .
ni tak boleh cita banyak .
Nanti den kena minta maaf lak kat dia .

Sebenarnya bau maggie di bulan Ramadhan ,
dah berlaku setiap tahun .
Bila perkara tu terjadi , 
den lak yang malu dengan jiran cina dan india .
.... ermmm


Maggie


Ini hidangan sahur pagi tadi .
My kakak dah kehilangan idea nak masak apa .
jadinya , dia masak je magie satu periuk .
Makanlah maggie ni dengan nasi .
Tapi my anak buah lebih suka makan gitu je .
Pas tu topup lak dengan koko krunch .

Den masa ni tengah ceret beret .
Malam tadi den meratah daging masak cili padi ,
ada juga ayam masak kari dan ikan masak asam pedas .
Orang bangun sahur tapi den lak dok dalam bilik termenung .
Sampai ke siang masih terasa sakit perutnya .
... adeh .

sudahnya , den cuma makan pisang goreng malam 
yang masih berbaki dan minum air milo .









Nangis


Assalamualaikum ...

My kakak paling tak suka
kalau kena siang binatang masih hidup .
Apa lagi kalau bukan ikan keli dan siput .
NANGES lah jawabnya .
My kakak ni jiwa tisu .

Dulu masa my bonda masih bela banyak ayam ,
kalau my arwah abah sembelih ayam ,
my kakak ini akan sumbat telinga rapat - rapat .
Dia tak sanggup nak dengar ayam menggelupur kena sembelih .
Kalau dia dengar ,
confirm nangis dan tak nak sentuh pun daging ayam tu .
... kesian katanya .


Nangis


Di satu petang yang tenang ,
man in the house balik dari pasar 
membawa batang keladi dan siput 
Ini lagilah NANGIS !

Batang keladi tu banyak getah .
Kalau tak pakai sarung tangan ,
mau coklat kehitaman kat hujung jari tu .
Susah nak hilang wooo .

Bab siput tu , den boleh je kerjakan .
Den ok je walaupun siput tu masih hidup .
Dah memang makanan kita kan .

Batang keladi lak ...
... NANGIS den nak korbankan jari .
Biarlah my kakak , isteri mithali tu buat .
... heh heh heh .

Batang keladi dan siput ni
selain masak lemak cili padi / lemak kuning ,
sedap juga masak asam pedas .
Masa kecik den , 
selalu gak my bonda masak tumis batang keladi ni 
dengan ikan bilis .
tapi tak lah campur siput .
Masa tu dah jadi makanan feveret tau .

Den lak , 
bab batang keladi ni memang kalah .
Walau korang makan ok jer ,
bila sampai kat mulut den , mesti gatal .
... NANGIS !
Kadang tu dah teringin , 
makan juga sesuap dua .

Dulu den makan batang keladi ni ok je .
Ntah sejak bila lak my mulut ni mengada - ngada .

Petua batang keladi my bonda ,
jemur dulu batang keladi tu sampai layu .
Kadang tu berhari - hari .
Tujuannya untuk hilangkan getah
dan kurangkan gatal .

Tapi bab siput tu ,
selalunya memang denlah yang meratah sampai habis .
My anak buah tak berapa teruja .
Makan juga cuma tak feveret lah .

Gambar kat atas tu gambar lama ya .
Jangan ada lak kata tak musim siput kat tempatnya ...








Tengok


Assalamualaikum ...

Dengar my anak buah bersembang malam tadi .
Si Nabila kata :

" mama , esok balik pukul 12.25 tengahari . "

hanani kata :

" aku balik pukul 1.50 petang . "

mama kata :

" 1.50 lah baru mama ambik . "

mak usu kata :

" ko pi lah duduk kat surau dulu . "

hanani kata :

 " masuklah bilik komputer . "

nabila kata :

" tak boleh . 
cikgu dah tak bagi sebab ada pengawas 
masuk situ TENGOK video lucah . 
kena tangkap . 
nama tulis dalam buku .
Ayah dia cikgu sekolah ko . "

hanani tanya :

" sapa nama ayah dia ? "

" ntah . "

mak usu tanya ;

" budak tahun berapa  "

nabila kata ;

" tahun lima . "

terkesima sekejap den dengar .
budak seusia tu akal masih pendek .
kalau teringin mau dia terkam adik dia kang ... adeh .

my kakak kata :

" anak murid aku ngadu , 

' kenapa susah sangat nak masuk kepala bila nak belajar ? '

aku tembak je terus
Ko tengok video tu kan ?
lepas tu aku dengar kawan dia lak kata ;

' tu la ko , kan aku dah cakap , ko baru je tengok . '

Sebab ko suka tengok video tu lah kau tak pandai belajor . '

Tu budak kelas pandai tu , 
kalau yang kelas belakang lagilah tak payah tanya . "

my kakak bebel lagi :

" Budak kalau ada fone pastu ada kredit ,
memang benda tu lah yang dia orang tengok .
sebab tu kementerian tak benarkan bawa ke sekolah .
nanti jadi macam - macam .
budak kalau jumpa geng , ada fone kat tangan ... 
... dengan cikgu sekali glamer satu dunia masuk  utube . 
tak ada fone pun dah hampir setiap hari berperang dengan budak ,
kalau ada fone , dah berjuta dah masuk utube . "

fone sebenarnya boleh je bawa ke sekolah .
tapi kalau kena tangkap , fone akan dirampas .
mak bapak kena ambik kat sekolah lah .
licik tak ? 
Yang pasti taktik tu menjadi 
sebab budak tak bawak fone pun ke sekolah .

Tu lah hakikat sebenar .
Memang cabaran membesarkan anak 
dalam dunia tanpa sempadan ni .
Jadi ibu bapa kena pandai didik anak - anak .
Kalau iman mereka kuat ,
walaupun tengok , mereka tak akan praktikkannya .


Tengok


kat atas ni nasi ulam .
kalau ada sesapa yang teringin nak buat ,
yang nak diet ke 
boleh la cari resepi di SINI









Persiapan Riang Ria Raya Bersama Lazada


Assalamualaikum ...

Persiapan Riang Ria Raya Bersama Lazada | Lazada merupakan gedung membeli belah online yang popular di Malaysia . Segala jenis produk dari banyak jenama ada di Lazada . Dari harga yang murah sampailah yang mencecah ribuan . Pilih saja ikut citarasa dan kemampuan korang . Penghantaran pun cepat . Yang paling penting bagi den , ada COD ( cash on delivery ) .



Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015 dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 

Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :


Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada! 



Persiapan Riang Ria Raya Bersama Lazada


Persiapan Riang Ria Raya Bersama Lazada


Bila diberi kesempatan untuk menyambut raya bersama Lazada , maka den memang tak nak lepaskan peluang ini . Bukan susah pun . Cuma buat entry dan masukkan barangan yang kita nak untuk persiapan riang ria raya bersama Lazada .

5 Barangan Pilihan


Sebenarnya terlalu banyak barang yang boleh dibeli di Lazada sempena raya ni . Dah jadi rambang mata nak memilih . Jadinya , den memilih ikut keperluan untuk raya sahaja . Maka , lima barang di bawah ini lah yang tepilih .

1- Pineng PN-999 20000mAH Powerbank White


Persiapan Riang Ria Raya Bersama Lazada
RM 56.00

Den pilih powerbank ni sebab den memang tak ada power bank . Power bank ni untuk memudahkan den menziarahi rumah saudara mara tanpa risau bateri telefon habis . 

2- 3 Layer Multifunctional Electric Stainless Steel Lunch Box With Free Stainless Steel Chopstick And Spoon with Mini Bear Recycle Bag (Black)  


Persiapan Riang Ria Raya Bersama Lazada
RM 69.00

Den perlukan periuk pelbagai guna ni supaya mudah kalau tiba - tiba ada suadara mara , sahabat handai nak bertandang dalam kumpulan yang ramai .

3- BlueLans Rose Gold Daisies Flower Bracelet Wrist Watch White  


Persiapan Riang Ria Raya Bersama Lazada

RM 12.60

Den perlukan jam ini untuk menambah gaya penampilan den di hari raya nanti .

4- TRIPLE STEMCELLl™ MIRACLE INTENSE ESSENCE (1 BOTTLE X 100ML) 


Persiapan Riang Ria Raya Bersama Lazada

RM 54.00

Den nak kelihatan cantik dihari raya dengan kulit yang super mulus tanpa jerawat dan parut jerawat .

5- ZADA Dewi Jubah Royal Blue  


Persiapan Riang Ria Raya Bersama Lazada

RM 100.00

Tema den tahun ini adalah simple dan berwarna biru . Jubah ini memang sesuai dengan tema yang den dah tetapkan .


Tempoh Tamat


Kepada sesiapa yan nak join kempen ni , sayaiday telah berbesar hati melanjutkannya kepada 30 Jun ini . Jadi , ada dua hari lagi untuk anda menyertainya . Jom kita meriahkan !



                                                            ------------------------------------------------------------------

Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaiday. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke blog sayaiday dengan ke link ini : LINK CONTEST  


Senarai Hadiah : 

Tempat Pertama  : Gopro 4
Tempat Kedua      : Duit Raya Cash RM150
Tempat Ketiga      : Duit Raya Cash RM100
3 x Duit Raya Cash RM50