Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1


Assalamualakum ...

Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1 | Dah jadi habit den lak , bila update entry pagi je , nak join giveaway sebab entry giveaway ni mudah je nak buat ... heh heh heh .


Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1


Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1


Cik Yani pemilik kepada impiancikyaanie.blogspot.my telah menganjurkan mini giveaway . Cik Yanie ni ada insta shop . Giveaway ni adalah salah satu usaha nak kenalkan instashop serta produk yang dijualnya .

Syarat - syarat 


1. Follow belog IMPIANA CIK YANIE *WAJIB!*

2. Follow instagram [ yanieninie] & [impiana_cikyanie] *TAK WAJIB PUN*

3. Buat entri tajuk "Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1" and copy banner kat atas serta BACKLINK kat entri original ni.

4. LETAK link entri korang kat kotak komen di bawah! 




GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com


Assalaualaikum ...

GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com | Den tengah kemaruk nak sertai giveaway ni . moh lah layan je ya . Sapa berhajat nak join , klik je banner kat bawah ni .


GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com


GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com dianjurkan oleh blogger  sempena ulangtahun pertama blognya .

Syarat - Syarat Penyertaan 


1. . Follow Page FB BloggerUtara (WAJIB) :
BloggerUtara

2. Follow BLOG semua PENAJA (WAJIB) :

3. Follow IG semua PENAJA (bagi yang ada) :

4. Follow Page FB (bagi yang ada) 
Mrs.Secretary Blog | Hikayat Budak Pening | SitiPrudentialWealthPlanner

5. Buat ENTRY bertajuk :
GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

6. Copy & Paste BANNER GA & Backlink ke entry ini

7. Tinggalkan LINK entry GA dalam komen entry ini

Hadiah


Hadiah (dengan kerjasama para para PENAJA dari GROUP #bloggerutara)
30 PEMENANG dicari :

1. aryshafayyadh aroma (2nos~man&woman) x 3pemenang
2. Monopod x 1pemenang
3. Tote bag x 1pemenang
4. Top Up RM10.00 x 3pemenang 
5. Starter Kit vitC Shaklee x 1pemenang
6.Top Up RM5.00 x 1pemenang
7. Tudung AdiJuma x 1pemenang
8. Key Chain x 5pemenang
9. RM10.00 x 3pemenang
10. Tudung x 1pemenang
11. Shawl x 1pemenang
12. Chopstick From Japan x 2pemenang
13. Key Chain from Taiwan x 3pemenang
13. Hadiah Misteri x 4pemenang

Psssttt : Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah tangan my Boboboy naaaaaaa :)

Tempoh Penyertaan :


Giveaway ini berlangsung dari 28 Ogos sehingga 10 September 2015 .




Giveaway 1.0 by ENA


Assalamualaikum ...

Giveaway 1.0 by ENA  | Entry ringkas hari ini , den nak join  Giveaway 1.0 by ENA . Sambil - sambil memeriahkan  Giveaway 1.0 by ENA , sambil beramah mesra dengan peserta lainnya . Pada sesiapa yang nak join , klik je banner di bawah ni ya .


 Giveaway 1.0 by ENA


 Giveaway 1.0 by ENA 




Blogger Aeinna Musa pemilik kepada blog aeinnamusa.com telah julung kalinya menganjurkan  Giveaway 1.0 by ENA sempena sambutan ulangtahun perkahwinannya yang ke-5 pada 23 Ogos yang lalu .

Syarat Penyertaan

Berikut adalah syarat - syarat penyertaan yang blogger Aeinna Musa tetapkan untuk anda :

 1) follow BLOG ENA



3) like FB PAGE ENA

4) Copy Banner di atas dan buat satu ENTRY bertajuk Giveaway 1.0 by ENA  


5) Back link ke entry ini.


6) Tinggalkan  LINK URL  tersebut di komen entry ini sebagai bukti penyertaan anda

Hadiah Ditawarkan


Pemenang akan dipilih oleh pihak penganjur secara undian . Berikut adalah senarai hadiah :

1 PEMENANG untuk menerima hadiah misteri dari ena ( ena akan poslajukan)

 3 PEMENANG dari senarai peserta untuk ena review BLOG secara PERCUMA ;)

6 PEMENANG untuk disenaraikan dalam BLOGLIST SEPTEMBER DAN NOVEMBER diwww.aeinnamusa.com ;)

Tempoh Giveaway


Giveaway ni akan berlangsung dari 28 Ogos sehingga 8 September 2015 . Kepada sesiapa yang berhasrat nak sertainya , apa tunggu kagi , marilah kita memeriahkannya .







GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI


Assalamualaikum ...

Oleh kerana masa tak banyak nak membebel panjang kat sini , jadi den join je giveaway anjuran Ainul mustafa . Kepada sesiapa yang blum mengenalinya , boleh je klik di SINI


GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI


GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI


Sempena menyambut merdeka pada 31 Ogos ni , blogger Ainul Mustafa telah menganjurkan 
GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI

Hadiah


Hadiah untuk Giveaway ini adalah

1 x Voucher RM50 dari Emel Melinda Looi  & Wang Tunai RM20 + Product from Crabtree and Evelyn

Syarat - syarat :


Untuk menyertai GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI ni
ada beberapa syarat yang anda perlu patuhi seperti ;

1.  Follow blog AinulMustafa

2. Tulis entry GiveAway ini di Blog Anda. 

Masukkan Gambar Giveaway ini dan Tag kawan kawan join contest ini

3 . Like Page AinulMustafa

4. Follow Instagram AinulMustafa

5. Komen di entry ini
Komen DONE dan letak link blog, IG anda. Saya akan follow back


Tarikh Tutup


GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI ini 
akan berakhir pada 31 Ogos jam 11.59 malam .




Kepada sesiapa yang nak join , boleh klik banner di atas .







Khemah Castle


Assalamualaikum ...

Khemah Castle | Hari yang ditunggu - tunggu para penjawat awam telah pun sampai termasuk my kakak . Macam biasa , bila hari gaji , memang my kakak akan balik lewat sedikit . Selain membeli keperluan , sudah tentu ada barang mainan untuk my anak buah aka kena pau !


Khemah Castle

Gaji


Den kalau dapat gaji , perkara pertama yang den buat adalah bayar bil dulu . Selebihnya barulah keperluan diri . My kakak bila dah kena pau dengan anak - anaknya , maka inilah dialog pertama dia bila dok sebelah den :

" bayar bil , bayar bil ... "

itu maknanya my kakak mengingatkan diri sendiri sebelum rm tetiba menyusut tanpa sedar ... heh heh heh .


Khemah Castle


Khemah Castle


Tersengih - sengih my anak buah menunjukkan barangan yang mereka bawa . Mak usunya ini dah mengagak mesti ada sesuatu yang mereka pau dari gaji mamanya . Mereka mengepau khemah castle !

" Ainul punya lah mak usu . "

Yo lah tu . Petang itu , dengan gigihnya si abang dan hanani memasang khemah castle . Si baby Ainul selamba je nene dengan mamanya . Ayat pertama yang keluar dari mulut mak usunya bila melihat khemah ini :

" mama , ko rasa kan , sapa yang dok dalam khemah castle ni nanti ? "

My kakak cuma tersengih saja . Yang pasti kami memng dah tau siapa yang akan guna khemah castle tu .

Spesifikasi:•      Material: nilon yang tahan air
•      Diameter: 105cm
•      Tinggi: 135cm
•      Warna: Biru atau Merah Jambu
Ciri-ciri:
•      Ringan dan mudah untuk diseliakan.
•      Sesuai untuk berkelah atau dipasang di luar rumah pada yang cerah
•      Hanya 1 minit untuk dicabut dan dileraikan!


Khemah Castle

Macam yang di duga , selambe je my kucing bersantai di dalam khemah castle ni dengan selesanya . Selebihnya , selepas itu sudah tentu si abang dan si qistina pula . Bercekrama berdua di dalam tu sampaikan my kakak sergah :

" hoi , mana boleh berdua dok dalam tu . berkhalwat tau . "

kena gelak ramai - ramai . sesaja je nak usik mereka itu . Sudah pasti hujung mingu nanti khemah castle itu akan berada di halaman rumah . Bukan ainul tapi si kakak - kakak yang teruja nak mengeksploitasi khemah castle tu .

Seronok kan anak ramai macam ni ...  meriah . Den kalau Allah izinkan je lah baru bolwh dapat anak ... redha kalau itu takdirnya ...







Drama Korea 3 Days


Assalamualaikum ...

Seminggu ini , astro beri peluang pada pelanggannya untuk menonton hampir semua channelnya. Maka sehingga hari merdekalah dapat melenjan channel korea 394 dan 395 .

Ok gak channel korea 394 dan 395 ni . Cumanya , pada hari minggu lebih banyak berbentuk hiburan macam game show dan realiti tv lah . Kalau nak tengok drama , kena lah redha bila drama bersiri tu dah berjalan di tengah - tengah episod .


Melenjan

Sesapa yang nak tengok klik SINI 

Jakun PVR Astro


Assalamualaikum ...

Jakun PVR Astro | Orang yang dah lama langgan PVRAstro ni mesti senyum . Bagi den dan anak buah yang baru ada PVR Astro ni , menjadi jakun sekejap . Bukan jakun apa , jakun nak merekod program yang kami tak dapat tengok .
.

Jakun PVR Astro


Tonton Drama Plan Cinta Tak Jadi


Assalamualaikum ...

Tonton Drama Plan Cinta Tak Jadi | Drama plan cinta tak jadi ni den pu tak pasti dah masuk episod ke berapa sebab den tak dapat tengok pun kat astro nun . Jadinya , den kenalah rajin rekod lepas ni tapi . Kan den dah ada PVR . Tu yang jadi jakun banyak tu ... heh heh heh .


Tonton Drama Plan Cinta Tak Jadi



Pakej ASTRO


Assalamualaikum ...

Bila cerita tentang astro ni mesti korang dah cop stesen juara program berulang - ulang . Kalau korang kerja , belah malam boleh lah tengok program ulangan tu . Kalau tak dapat tengok malam lak , boleh je marathon di hujung minggu .

Pakej ASTRO


Apa sebenarnya yang den nak membebel pasal pakej ASTRO ni sebenarnya ? Sebenarnya beberapa hari lepas , sedang den khusyuk menonton tv berjemaah bersama my anak buah , tetiba my kakak yg dok sebelah den bersuara :

" cuba tengok HBO ? "

Automatik den tengok muka my kakak .

" boleh ke ? astro ada on ke ? "

my kakak menggangguk . Otak den pun mula fikir lah .

" tak nampak promo pun astro bagi tengok free ... "

sambil bersoal jawab , sambil jari den menekan nombor 430 . Owh boleh la pulak . Lepas tu galak lah my jari menekan semua channel movie . owh , memang on pun . My kakak berusara lagi ...

" aku tukar pakej . pakej baru ni sama je dengan pakej lama tapi tambah movies . Kena tambah bayar rm 2 je kalau tak salah . tapi aku risau bebudak ni le ... "

Risau bebudak tu ada 2 maksud lah . maksud pertama melenjan tengok tv tak ingat nak study dan satu lagi ada adegan 18sx kat movies tu . Kalau bab bebudak melenjan tengok tv tu , tak de astro pun liat nak buka buku ... heh heh heh . Cuma malam bila man in the house tengok tv , bebudak terus je masuk bilik buat hal masing - masing . tak pun masuk bilik mamanya , lepak sana ramai - ramai . Abah bebudak ni kalau tengok tv , sukan dan berita je dia layan . memanglah kami boring weyyy .

Kalau tak silap den , sebelum ni my kakak ambik pakej family , pastu tambah mustika .

" dah lama dah diaorang pujuk aku tukar pakej tapi aku malas nak layan . nanti mereka datang tukar decoder free . Boleh pasang PVR . "

Sudahnya my kakak termakan pujukan juga lah ni . Maklumlah cuma kena tambah dalam RM2 je gitu . Ada PVR , memang merakam le my anak buah ni nanti .

Maka bersukaria lah my anak buah sebab dapat tengok movie . Den cuma suka sebab dapat tengok channel tayangan hebat box office 130 je . Masuk hari kedua , tengok semua channel movies , filem yang sama gak dan kebanyakan filem tu dah tengok kat channel lain ... macam tak de makna je kan !

Malam tadi , saja nak join bebudak tengok tv sementara man in the house masih belum turun , my anak buah tengok animax . Den pun terkejutlah . Animax pun termasuk juga ke ? Maka otak den pun ligat berikir lagi . Betul ke kena tambah bayar RM 2 je ni ... jeng jeng jeng . Bila tanya my kakak pakej apa , dia dah lupa lah pulak . 

" tak pe lah mama , tengok je lah bill yang datang nanti ... "

Bila dah nampak animax pun on maka den pun tengoklah channel yang berjiran dengannya . sampai je kat star world channel , si hanani bersuara :

" mak usu jangan tengok cerita ni . dia cerita pasal sex mak usu . tadi ada keluar gambar tu tapi gambar blurr . Aqif ko nampak tak ? "

Bila Aqif sengih maknanya dia nampak juga . Den yang dah tua ni kena ingatkan dengan anak buah lah pulak . Channel tu memang programnya untuk golongan dewasa je . Maka den pun selamba je . My anak buah ni hati mereka masih bersih lagi . Kalau ada adegan cium tu , kalau sempat mereka tukar channel , kalau tak sempat , mereka alihkan mata ke lain . 

Setakat ni , my anak buah banyak layan cerita kartun . Selebihnya kat pakej mustika lah aka program melayu . Owh , mereka suka tengok dokumentari juga kat national geografi dan channel yang berjiran dengannya . Mak usunya je yang melenjan channel 7++ ni bila dah habis tengok drama korea .

Sejak astro tau mereka bakal ada pesaing ( mytv - tv rtm dari analog nak tukar ke digital dah siap sepenuhnya pada 2017 ) maka astro dah mula pasang strategi . Tapi kan , walau hebat macam mana pun tawaran astro , jika program - program yang ada masih diulang tayang , orang tetap akan pergi juga meninggalkan astro nanti . Mana taknya kalau pesaing dia nanti tawarkan 80 channel free dan cuma kena bayar rm400 klu tak silap untuk harga decoder dan sekali bayar je ! 

My kakak pun dah decide . Bila tv digital rtm tu dilancarkan nanti , dia nak tutup je akaun astro ni . Bagi den lak yang gila drama korea ni , sebab bersiri maka berulang pun tak pe sebab kadang ada siri yang termiss tengok . Nasib baik cuma dua channel . Kadang tu nak tengok hujung minggu pun kena fight dengan bebudak . Bapak budak jangan ceritalah . Confirm kena undur diri dengan rela ... heh heh heh .


Apasal lah my kakak tak ambik sekali untuk channel drama korea ... waaaaaaaaa





" Open Door "


Assalamualaikum ...

Ahad lepas rumah my kakak dah jadi ' Open Door ' . Orang sibuk beropen house , kami beropen door je . itu pun dah cukup membusykan kami sepanjang hari . Minggu lepas pintu umah my kakak tutup sebab balik kampung . Tiba - tiba dapat perkhabaran birasnya eksiden . Patah kaki , tulang siku terkeluar , patah tulang tengkuk , mata sebelah tak berapa nampak . Masa my kakak pergi ziarah , scan di kepala x buat lagi . semoga isterinya tabah menerima ujian itu .

Seawal pagi , kami dapat perkhabaran ada tetamu nak datang . Jadinya , my kakak mengerah seluruh bala tentera untuk mengemas rumah yang dah tonggang langgang . Langsir pun tak tukar lagi . Ingatkan tak ada tetamu nak berziarah raya ni . Nasib baik kuih raya masih ada stok .

" mama , saudara mama ramai ke kat KL ni ? "

Hanani bertanya .

" kalau mama jemput semua , mama kena buka 2 khemah . "

" hanani , kan semalam mak usu dah kata , esok ada satu hari lagi tapi ko perabih kerepek pisang ! "

Itu cuma belah my kakak lah . Kalau campur belah man in the house , mau berkhemah - khemah lagi lah jawabnya . Walaupun sekadar sepupu dan anak buah , ada juga pakcik , tapi mereka tu ada yang dah bercucu cicit .  Soerang my sepupu ,bukan sekadar dah bercicit , malah beristeri 2 . Kalau datang berziarah , memang sat batalion ramainya !


" Open Door "


Dalam pada kecoh mengemas rumah , den lak sedang bakar kek , tiba - tiba dengar orang memberi salam dan my kakak berkata :

" tak kan dah sampai , awalnya . "

Dengan muka yang tak bersedia tu , kelam kabut cari kunci yang menyorok entah di mana . Rancangan nak memasak untuk tetamu pun tak sempat lagi . Rupanya yang datang my angah n family nun dari bagan datok perak . Pergi jemputan majlis kawin katanya . 

My angah datang sekejap je . Tak rezeki my angah lah . Dapat makan biskut raya saja . Selepas my angah balik , secepat kilat my kakak bersilat di dapur . Lepas tu , man in the house balik bawak macam - macam lak . 

Bila den nampak ada kek pisang , den suruh lah my anak buah pi potong . Lepas tu den tanya :

" mana kek yang mak usu buat ? "

" dalam saji mak usu . "

Bila den tengok , kek dah berbaki separuh dibaham my anak buah . Urut dada sekejap mak usunya tau ! Sedang kecoh menyediakan juadah , tetamu yang di tunggu pun tiba . 


Open Door


Lepas tetamu balik , den dengan anak buah yang kelaparan pun serbu meja . Tang den buka je saji , my kakak kata :

" ada lagi satu tetamu nak datang . "

Maka angkat kening lah den mendengarnya . Nasib baik datang ikut giliran . Kalau serentak , mana nak cekau gelas yang limited je jumlahnya tu ... adeh .

" boleh makan ke idak ni ? "

" makan le , nanti aku masak lagi . "

Maka selamba saja lah kami melantak ramai - ramai . Gambar kat atas tu baki hidangan untuk tetamu . Ada asam pedas ayam yang kebetulan den masak pagi tadi sebab teringin  My kakak masak asam pedas kepala ikan merah , park choy masak sos tiram dan sambal belacan .


Open Door


Sambil makan sambil bersembang . Masa den dan anak buah makan semua yang di atas itu , my kakak bersilt lagi di dapur memasak mee siam goreng . Kemudan my kakak yang keletihan , join sekali sebelah kami lalu berkata :

" hanani , habis makan tolong mama cuci pinggan . "

Selesai je my kakak cakap , dengar orang beri salam . Maka kelam kabutlah kami habiskan makanan dan kemas meja makan .

" najwa , potong tembikai . ko dah cuci ke belum gelas kat depan tu ? "

Najwa cuma mengangguk je . Maklumlah gelas kami ni limited je jumlahnya . Den macam biasa , bila tetamu dari belah man in the house datang , den memang dok dalam bilik je . Pemalu ... heh heh heh . Tu sebab tak de gambar mereka .

Dalam jam 6.30 petang , baru kami bebas tetamu . Masa tu , dapur dah tunggang langgang ! Masing - masing tak ada nafsu nak mengemas . Jadinya kami sekeluarga dok depan tv menghabiskan mee siam goreng beramai - ramai .





Ulangtahun


Assalamualaikum ...

Ulangtahun | Hari Khamis lepas adalah hari ulang tahun Qistina aka si kecik yaya yang ke-7 . Den dah rancang dari awal nak buat apa sempena sambutan ulang tahu  si kecik ni . Seawal malam lagi den dah buat persedian . Si kakak dan abang langsung tak ingat tarikh ulang tahun si kecik ni . Tapi si kecik taulah sebab kat sekolah cikgu dia dah tulis hari tu birthday dia kat papan putih ... ermmm tak surprise ler .

Ayam Percik Madu Berempah


Masa Ramadhan yang lepas , den sebenarnya teringin nak makan ayam percik . Kalau nak beli ayam percik di bazar ramadhan , lebih mahal berbanding buat sendiri yang lebih menjimatkan . Beli lak kena lah dalam jumlah yang banyak . Den bukannya jenis makan sorok - sorok dalam bilik . Agak - agak lah kan . Kekadang buat juga ... heh heh heh .


Ulangtahun



Selepas mengoogle resepi ayam percik , den decide nak buat ayam percik madu berempah . Resepi ayam percik madu yang den tokok tambah ikut suka hati supaya puas hati ! My anak buah puji sedap ... ngeh , ngeh , ngeh . Kalau ada sesapa yang nak mencuba resepi ayam percik madu berempah den ni , klik je nama resepi kat bawah gambar tu ya . * Kuah tu sepatutnya pekat tapi den saja je buat cair sebab my anak buah suka makan nasi banjir denga kuah .


Ulangtahun



Nasi Minyak Serai


Niat asal nak buat nasi minyak je . Tapi sebab den nampak stok serai yang banyak , maka den cuba masukkan serai lebih siki ke dalam nasi minyak den untuk dapatkan kelainan dan kesedapan . Kalau korang nak tahu , apa rasanya nasi minyak serai ni , kenalah cuba sendiri resepi nasi minyak serai den ni ya .


Ulangtahun


Kek Keju Mudah Sukatan Cawan


Satu hari di bulan ramadhan , den terjumpa resepi kek keju jepun di dalam FB page . Oleh kerana gambar kek keju jepun tu sangat gebu , maka den terujalah nak cuba untuk sambut ulangtahun si kecik nanti .

Maka gigih la den cari kaedah sukatan gram ke cawan . Dengan lebih kurang , timbang tara sesuka hati , akhirnya naik gebu juga kek keju den dengan jayanya . Mau resepi ? Klik aja nama kek keju di atas .


Ulangtahun

Jagung


Dalam pada den sibuk nak siapkan kek , my kakak lak selamba je pi rebus jagung kat periuk tekanan .

" mana ko beli jagung tu ? "

" kat sekolah aku kan banyak kedai . Ada orang datang jual . tak sampai hati lak tak beli . "

Jagungnya memang manis . Puas hatilah membeli dan memakannya . My anak buah memang suka gila dengan jagung ni . Panas - panas pun mereka tak sabar nak membahamnya .


Ulangtahun


Roti Jala

Apa mimpi la my kakak ni rajin bebenor . Tak cukup dengan jagung , dia pi buat roti jala lagi . Dah rezeki si kecik la ni sambut ulangtahun ada macam - macam hidangan . Bukan sepinggan tau my kakak buat roti jala , tapi se talam aka dulang kecil . Dah macam tepung satu kilo je dia membuatnya .

Kari Ayam

Dah ada roti jala , haruslah kena buat cecah untuk lawannya . My kakak masak ayam masak kari je . Lagi senang kan . Campak - campak je dah siap .

Malam tu , kami makan semua benda kat atas tu lah sampaikan si kecik qistina tu tak larat nak potong kek . Sudahnya kek tu Qistina potong pada petang jumaat .

Bulan depan lak giliran den . Ada ke yang nak sambut ulangtahun den ni . rasanya my anak buah pun tak tau tarikhnya . sedang fikir apa nak buat ... jeng jeng jeng .








"Rania Turn's 1 GiveAway!"


Assalamualaikum ...

"Rania Turn's 1 GiveAway!" | Oleh sebab dah lewat malam , mato den pun dah mengantuk ni , jadinya , den join sajalah giveaway yang dianjurkan oleh blogger Qasihnya Rania sempena ulangtahun pertama anaknya , Rania .

 "Rania Turn's 1 GiveAway!"



"Rania Turn's 1 GiveAway!"


Giveaway ini meletakkan syarat yang mudah sahaja dan boleh disertai oleh mana - mana blogger yang berminat . Kalau nak tahu apa hadiahnya dan berhajat nak join , klik sahaja banner di atas ya .

Hari ini sebenarnya den sebok menyediakan juadah dan kek untuk si kecik Qistina sempena hari lahirnya . Apa juadah dan keknya , den up esok sajalah , insha Allah .








KFC


Assalamualaikum ...

KFC | Alkisahnya , den ada menang satu kontest sebelum puasa hari tu , Jadi den niat nak belanja my anak buah pada bulan puasa . Maka den duruh mereka pilih antara ayam penyet , ayam percik dan KFC . Laju jer mereka minta KFC . Sebenarnya banyak lagi giveaway yang den sertai , den menjadi salah seorang pemenangnya . Alhamdulillah .

KFC


KFC


Selepas shopping raya kat Bangi Gateaway dan Giant , den ajak my kakak pergi KFC . Oleh kerana dah tak larat nak melayan kerenah bebudak ni , My kakak decide beli saja dan berbuka di rumah . Pada masa kejadian , den suruh je my kakak dan bebudak pergi beli sebab si baby ainul tidur kat riba den .

Setelah beberapa minit tunggu , si Hanani berlari masuk keta . Den tanya :

" Kenapa ko lari ke sini ? "

" Tak tahan bau la mak usu . "

" hahahaa ... meleleh la air liur tu . "

" ambik perasa apa ? "

" KFC rasa kicap lah mak usu yang ada iklan kat tv tu . "

Memang kuat betul pengaruh iklan pada bebudak kan ? Ikut je lah tekak mereka dah katanya nak belanja .

Tak lama lepas tu my kakak muncul . Baru masuk keta je dah merungut :

" aku ambik family kombo . Dulu dengan harga yang sama dapat 20 ketul . Lepas GST cuma 15 ketul je ! "

Dah warga dalam umah ada 9 orang , haruslah beli yang banyak kan . Tapi redha je lah dengan GST tu kan walaupun harga ayam tak naik . Banyak lah juga 15 ketul tu .


KFC


Puas gak lah mereka melenjan berbuka dengan KFC tu . Ok gak KFC perasa kicap ni . Yang paling best ada rasa pedas . Den pun makan berketul - ketul . Sampai lah sahur masih menghadap lagi .


KFC


Gift Set Sudu KFC


Dua hari lepas tu , den nampak my anak buah makan guna sudu yang tak pernah den nampak kewujudannya . Den tanyalah :

" mana dapat sudu tu ? "

" hadiah KFC tu lah . Bebudak ni yang jumpa dalam plastik . Aku pun tak perasan . "

My kakak menjawab sambil mengunyah ... Apalagi , den pun ambil dan belek . Cantik gak gift set sudu KFC tu . Stainless steel yang agak tebal . Terus je den cakap kat anak buah :

" mak usu ambik ya . "

Den ni memang suka simpan gift macam ni . Dulu kan den suka kumpul gelas free dari sanquick sebab designnya yang unik tapi gelas tu banyak yang pecah . Daam simpanan den cuma tinggal satu je . Sekarang ni sanquick macam dah tak ada buat lagi gift bila bulan ramadhan rasanya .


KFC


Den tak tahulah sekarang ni masih ada lagi gift set sudu KFC tu ke tidak  . Kalau korang berkenan , serbu je lah KFC tu ya .