Meriah


Assalamualaikum ...

Meriah | Dah berhari - hari den tak update di blog ni . Bukan tak ada cerita tapi kemalasan nak mengedit gambar . Alhamdulillah , hari ini den dah rajin doh . Terpaksa rajin bila tengok komen yang dah berderet tu .


Meiah

Macaroon



Macaroon | Bila den terpaksa dok rumah sensorang eidul adha lepas selama tiga hari , den pun merancang nak mencuba resepi kek dan makaroon . Tapi bila tiba harinya , Malas dan tak sempat nak buat pula .


Macaroon


Air Kelapa Rawat Penyakit


ASSALAMUALAIKUM ...


Air Kelapa Rawat Penyakit | Air kelapa adalah air semula jadi yang den pertama sekali minum selepas air tebu sejak den kenal dunia . Dah lahir kat kampung kan . Masa tu tak kenal jus dan kordial . Yang den kenal cuma sirap dan cendol selain air kelapa , air tebu , air teh , air kopi , air susu dan air kosong . Bagai syurga dok di kampung . Nak minum air kelapa , cuma perlu sabit je .


Air Kelapa Rawat Penyakit



Hati Kering


Hati Kering | Raya Haji tahun ini sama saja dengan raya puasa yang lepas . Eidul Adha kali ini , my kakak di kampung buat korban . Anak sulung my kakak lak bertunang .


Hati Kering

Gambar di atas tu adalah juadah raya sup kambing , rendang ayam dan nasi himpit yang my kakak tinggalkan sedikit untuk den dan selebihnya bawa balik kampung sebagai punjungan . Walapun nampak sikit , sampai la ni masih tak habis di makan . dah perut kecik kan . Itu pun masih ada hati nak buat kek lagi !



Kenangan Raya Haji 2012


ASSALAMUALAIKUM .......


Alhamdulillah ... walaupun tak semua dapat balik pada ketika itu , 
tapi suasana dah cukup meriah . Anak sedara yang ramai dan dah bujang serta anak dara , dah cukup wat rumah mak den macam nak meletop !

Kenangan Raya Haji 2012


Kenangan Raya Haji 2012


Salam Aidil Adha


Assalamualaikum ...

Salam Aidil Adha | Esok kita akan menyambut Aidil Adha . Ada antara korang yang mungkin dah sampai ke kampung halaman malah ada juga yang masih dalam perjalanan . Selebihnya , tak balik kampung .


Salam Aidil Adha



Raja's Biryani Dham


Assalamualaikum ...

Raja's Biryani Dham | Beberapa hari yang lepas , selepas man in the house pulang dari kerja , dia menyuruh my kakak perap dua ekor ayam yang dibelinya dan merendam beras basmathi serta sediakan beberapa bahan . Masa tu den tengok atas meja , penuh dengan bahan untuk memasak .


Raja's Biryani Dham


Cara Mudah Kempiskan Perut


ASSALAMUALAIKUM ...


Cara Mudah Kempiskan Perut | Sedih tul lah bila tengok perut nih . Ni lah kalau usia makin meningkat . Makan lebih sikit jer , memang confirm perut tu membukit .Tapi part yang best tu ,badan maintain slim you . Heh heh heh . Nampaknya kena la rajin wat semula exercise angkat badan hingga ke lutut kalau nak kempiskan perut . Ratah jer lauk pauk . Kalau teringin sangat makan nasi , baru la sentuh .... emmmmm . Tapi ada cara lain lah kalau korang nak tips Cara Mudah Kempiskan Perut .


Makanan Kempiskan Perut



Tricious Pizza


Assalamualaikum ...

Tricious Pizza | Dua hari lepas , kecoh my anak buah . Kecoh selepas man in the house balik . Maunya tak kecoh bila nampak man in the house balik dari AEON membawa beberapa kotak piza kegemaran mereka . 


Tricious Pizza



Ular


Assalamualaikum ...

Ular  | Beberapa hari lepas , berbunyilah siren yang membisingkan di kawasan perumahan ni . Bila den panjangkan leher , bomba rupanya . Ingatkan polis ataupun ambulance . Maka teringatlah den ketika den keseorangan di hari raya lepas .


Ular


Cara Mudah Rawat Kembong Perut


Assalamualaikum ...


Cara Mudah Rawat Kembong Perut | Seawal pagi lagi perut den dah semacam je . Tapi sakit tu datang macam biskut lah . Kejap ada , kejap tak ada . Tapi bila datang , memang sakit amatlah . Macam biasa , den pun mengadulah kat my kakak . Nasib baik dok dengan kakak kan ... heheheheeee


Cara Mudah Rawat Kembong Perut



Tonton Game Show Lari


Assalamualaikum ...

Tonton Game Show Lari | Malam tadi , sebab keboringan dengan program Astro , maka den suruh my anak buah yang pegang remote untuk melihat - lihat channel percuma tv1 , tv2 , tv3 dan tv9 . Maka terjumpalah satu program yang bernama ' Lari '


Tonton Game Show Lari



Renung Matahari Jadi Kurus


Renung Matahari Jadi Kurus | Sesiapa pun mahu dan ingin kurus . Yang dah kurus pula berusaha bertahan dengan segala macam diet . Korang cadanglah apa juga cara untuk kurus , mesti ramai yang nak cuba kurus kecuali yang dah sampai tahap menyerah sebab buat apa pun tak boleh kurus juga .


Renung Matahari Jadi Kurus


Tonton Drama Bercakap Dengan Jin


Tonton Drama Bercakap Dengan Jin | Satu masa dulu , masa den di bangku sekolah , buku Siri Bercakap Dengan Jin sangat popular . Malangnya , buku Siri Bercakap Dengan Jin itu kini tiada lagi walaupun setakat bayangnya ! Buku Siri Bercakap Dengan Jin ini kalau korang baca pada waktu malam , memang boleh meremang bulu roma tau .


Tonton Drama Bercakap Dengan Jin



Salah Siapa


Assalamualaikum ...

Semalam petang , rumah ini dikecohkan dengan insiden yang tak sanggup dilihat . Siapa yang kecoh ? Sudah tentulah my anak buah . Bagi mereka itu perkara menarik tapi bagi orang dewasa macam kami ini , ianya dah jadi satu beban !


Salah Siapa


Jeruk Madu Pak Ali


Assalamualaikum ...

Jeruk Madu Pak Ali | Den suka jeruk buah . Korang suka tak ? Rasanya ramai yang suka makan jeruk kan ! Den dengan my kakak , kalau menziarah rumah orang masa hari raya dan ada jeruk buah , memang habis lah den dengan my kakak melantak tanpa segan silu . Tapi , den lebih sukakan jeruk buah yang masam . Den paling suka dengan jeruk buah pala dan kelubi .


Jeruk Madu Pak Ali


Kerana Laksa


Assalamualaikum ...

Kerana Laksa | Sapa tak suka makan laksa angkat tangan . Ada seorang my in law dan suami niece yang tak suka makan laksa sebab ada bunga kantan . Bagi den lak , bunga kantan memang owesome . Den kalau balik kampung , memang rembat bunga kantan pastu tumis dengan cili padi bersama ikan bilis . pedas memang kaw - kaw punya . My uda suka sangat walapun setiap kali makan , dia akan usap telinganya sebab kepedasan !


Kerana Laksa


Laksa 


Ada pelbagai jenis laksa di Malaysia ni . Antaranya Laksa Penang , Laksa Sarawak , Laksa Johor dan di belah pantai timur mereka namakan Laksam . Antara semua jenis laksa ni , den suka amt dengan laksa penang walaupun den orang johor . Dari awal den kenal laksa , laksa penang lah yang den makan dan laksa penang juga yang kami selalu buat di ruma . bila dah besar baru tau wujudnya laksa johor tapi den tak berapa berkenan sebab guna santan sama macam laksam . Bab laksa sarawak lak , den tak pernah makan pun .


Resepi Asas 


Resepi asas laksa adalah ikan rebus , mee laksa , bunga kantan , daun kesum , cili kisar , dan timun , bawang besar , kacang panjang , daun selom , dan daun kesom  yang dicincang , telur rebus , sambal belacan dan limau kasturi .

Kuah

Bila sebut laksa je , automatik orang tahu kuahnya diperbuat daripada ikan rebus dan dicampur dengan air asam jawa , bawang besar , bawang putih , halia , lengkuas, udang kering yang dikisar halus juga cili boh dan garam , sebagai perasa . Macam - macam jenis ikan korang boleh guna . Yang selalu orang guna adalah jenis ikan kembong . Den pernah jumpa kuah laksa dari ikan sardin dan juga ikan masin . Rasanya , sedap juga .

Kuah ni kalau korang campurkan serbuk kari dan santan akan jadi Laksa Johor . Kalau korang campurkan dengan santan saja , akan jadi Laksam .




Kerana Laksa

Kerana Laksa


Ni den nak citer pasal video kat atas tu . Wajah mereka bertiga tu berbeza reaksinya kerana mereka merasa laksa . Kenapa jadi macam tu ? Korang tengoklah sendiri . Tak thrill lah kalau den ceritakan . 

Ni je lah entri ringkas den hari ni sebab den nak tukar template yang lebih mesra phone . Template yang den guna sekarang ni , webmaster tool den tak boleh nak baca ... sadis wooo . Sambil - sambil tu nak bayar hutang blogwalking .







Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa


Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa | Sempena bulan kelahiran den , den nak join beberapa giveaway . Kalau ada rezeki , boleh jadi ganjaran untuk diri sendiri serta menyambung ukhuwah sesama blogger .



Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa


Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa


Mdm Nissa dari blog wanhanisahwanmat.blogspot telah menganjurkan giveaway dengan menyediakan pelbagai hadiah . Tujuan beliau menganjurkan Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa adalah untuk menambahkan lagi kenalan sambil peserta boleh melakukan blogwalking ke blog peserta lainnya atas tujuan yang sama .

Tempoh


Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa ini bermula pada sabtu 5 September 2015 sehingga Selasa 29 September 2015 .


Hadiah



Ada terdapat 7 jenis hadiah yang ditawarkan Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa kepada ada sebagaimana imej dibawah untuk anda pilih 3 daripadanya . Selepas itu , pihak penganjur akan memilih hanya satu daripadanya untuk diberikan kepaa anda sekiranya anda menjadi pemenang .



Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa


Jenis hadiah :

  1. Shiseido Mask 5pcs
  2. OPK 5pcs
  3. Dark brown Purse
  4. 2x Bawal Satin Lembut Bercorak (2 Pemenang)
  5. Bawal Satin Lembut Plain
  6. Red Instant Shawl Magic Plain
  7. Kain Batik

Syarat - syarat Penyertaan


Untuk mengetahui tentang syarat - syarat penyertaan Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa , korang bolehlah klik banner di atas ya . 


Jom korang , kita join ramai ramai ... pilihan saya ialah 4,5, dan 6 .






Cara Mudah Merawat Lingkaran Hitam Disekeliling Mata


Assalamualaikum ...

Cara Mudah Merawat Lingkaran Hitam Disekeliling Mata | Apa pun pacaindera yang ada di wajah , ianya akan menjadi fokus utama bila orang pandang kita . Makanya , kalau ada yang tak kena pada wajah kita , sudah tentu kita akan rasa kurang keyakinan , malu dan sentiasa resah terutama pada mata dan pipi ( jerawat ) .


Cara Mudah Merawat Lingkaran Hitam Disekeliling Mata



Cara mudah Lipat Baju


Assalamualaikum ...

Cara mudah Lipat Baju | Dah jadi lumrah bila bebudak cepat je tangkap dan buat apa yang dia nampak tak kiralah perkara buruk atau baik . Yang den nak cerita ni benda baiklah . Sekejap dulu ramai blogger kongsikan cara mudah melipat baju dalam blog selain facebook .


Cara mudah Lipat Baju


Cara Mudah Lipat Baju


My anak buah si qistina pun bersemangat nak cuba melipat baju guna kertas kotak yang dibuka . Bukan dia saja , malah si abang pun join sama . Sejak dia tahu cara mudah lipat baju ni , maka terlebih rajinlah dia melipat segala jenis baju yang diangkat dari ampaian . My kakak pun tumpang seronoklah sebab dah mudahkan kerja dia .


Cara mudah Lipat Baju


Gangguan


Sejak kebelakangan ini , aktiviti melipat baju guna ketas kotak ni dah tak lancar macam dahulu . Bila qistina nak lipat baju je , adalah yang cuba meniru  nak melipat baju juga walaupun tak pandai . Meh lah layan keletah si baby ainul join qistina melipat baju ...


Cara mudah Lipat Baju


Cara mudah Lipat Baju


Cara mudah Lipat Baju


Suka benar kami tengok keletah si ainul ni belajar perkara baru . Tetapi jadi sebaliknya bagi qistina . Dia jadi marah bila baju - baju yang dah rapi berlipat jadi bersepah semula . Lagi qistina marah bila si baby ainul dok atas kertas yang dia nak guna . Kami yang memerhati cuma gelak je ... zalimkah ? ... hahahaaa ...




Tender


Assalamualaikum ...

Bila hujung minggu , menyidai baju le yang paling malas nak buat . Bukan den ya tapi my anak buah . Setiap hari mencuci baju tapi masih dok kat bakul pada kebanyakan masa . Kalau sruh sidai baju , mereka pi dok bersembang memanjang kat tempat menyidai baju . Tak tahu la apa yang tak bestnya nak menyidai baju . 


Tender


Dialog den sama je kat bebudak ni :

" kalau malas sidai baju , tak yah pakai baju . Tak pun pakai je baju yang sama setiap hari . "

Kalau bab cuci baju pun sama . Suruh si A , A kata B tak buat apa - apa kerja pun . Memasing nak tuntut hak yang sama . Sama - sama buat kerja . Dailog den lak :

" ko cuma kena masukkan baju kat mesin , curah sabun , tekan butang je . Pastu mesin tu yang cuci bukan ko yang cuci pun ! "

Mak usunya dulu , sebesar dia , cuci baju guna berus . Memberus sampai naik lenguh tangan . pastu mengelek lagi . Kalau baju sendiri tak pe lah . Tapi kena mencuci seluar jin yang berhelai - helai tu . Pastu lak air paip tak masuk lagi . Guna air perigi . Angkut guna baldi ! Abang lak garang macam rimau . Lambat buat kerja je , terus ambik rotan . Tak pun tali pinggang . Bila dapat anak , lebih malas dari den ... karma , karma ! ... heh heh heh .


Tender


Dah malas nak membebel kat anak buah yang dah besar panjang tu , jadinya den ambik tender . Oleh sebab den tak berapa suka nak mengemas dapur walaupun suka masak dan malas juga nak kemas ruang tamu yang sentiasa bersepah , maka den offerkan diri ambil tender sidai baju . Nasib baik den suka sidai baju ... heh heh heh .

Den pilih sidai baju sebab den tak perlu kotorkan tangan dan kerja pun mudah je . Kalau dah setiap hari sapu losyen kat tangan pastu kena buat kerja kat dapur , macam tak berbaloi je laburkan rm untuk haluskan tangan kan ... kalau dok umah sendiri macam mana ? hah , bab tu , fikir kemudian ya ... hehehee ... ala , sarung tangan kan ada !

Walaupun den yang sidai baju , angkat baju yang dah kering , kena buat sendiri juga . Setiap orang kena ambil baju sendiri . Kalau nak ambil baju kering sendiri pun malas , memang nak kena gantung astro lah jawabnya sebab astrolah punca mereka malas nak buat kerja . 

Petang tadi , my kakak merajuk dengan my anak buah . Dialognya :

" kalau mama ada banyak tangan , mama dah buat semuanya sendiri . Tak yah mintak tolong dengan anak - anak mama . "

Den yang dok sama memasak dengan my kakak di dapur pun bertanya :

" ma , ko rasakan , masa ko sebaya mereka , ko dubleg ( buat do no je ) macam mereka juga tak ? "

selamba je my kakak jawab :

" ntah , tak ingat . "

bhahahaaa ... den tak tahu sebab dia membesar dengan 3 orang my kakak yang lain macam mana . Yang den tau my kakak ni sentiasa jadi mangsa buli my kakak 3 orang tu sebab my kakak ni jenis yang tak tahu nak membantah . Masa den membesar lak , den cuma ada 2 orang abang bersama my abah dan my bonda je di rumah . 

Untung kan bebudak zaman sekarang  Kebanyakannya ibu mereka berdiplomasi dan mengalah dengan anak - anak . Kalau den ada anak , den pun tak tahu cara mana den didik mereka . Tu semua bergantung kepada sikap anak - anak kan ...







Ganjaran


Assalamualaikum ...

Dah beberapa hari den tak update blog kan . Den ni kan , pantang kalau tv tak ada orang tengok . Memang melekat le kat depan tv melayan astro dan tak kisah pun kat blog . Maklumlah , bukan selalu pun den ada peluang tengok tv ... heh heh heh . 

Cerita ? Den sebenarnya banyak je nak cerita . Gambar pun ada sekali . Tapi ikut giliran lah nak kongsi dengan korang ... heheheee . Tapi den malas sikit nak edit gambar . Membebel senang je . Asal ada idea kat otak , laju je den taip yooo . Ok , masuk terus kat cerita hari ini .

Hari ini sudah masuk 1 September . September adalah bulan kelahiran den . Jangan harap le ada orang bagi hadiah dan ingat tarikh itu kecuali den dah letak kat facebook ! Maka tunggulah saja ucapanyang datang dari mereka yang perasan dengan notification kat facebook tu .

Alkisahnya , hari sabtu lepas , my kakak nak pergi bayar bil yang masih berbaki . Kami pun beramai - ramai mengiringi my kakak ke aeon . Bayar bil kat pejabat pos dalam Aeon .

Masa cari parking , den dah nampak kat dalam Aeon ada sale . Sale sempena merdeka kot .Den lupa nak tanya kat adik jurujual kat Aeon tu .

Macam biasa , bila dah sampai kat dalam Aeon tu , kami buat haluan sendiri . My kakak dan anak buah pergi ke pejabat pos , den lak pergi ke Guardian . Den lebih suka ergi ke Guardian berbanding Watson sebab harga di Guardian lebih murah .

Sampai di Guardian , macam biasa , lain yang den nak beli , lain pula yang den terpikat . Pujuklah hati bahawasanya den bawak duit cukup - cukup je . Debit kad bun den tak bawak sebab den bawak handbeg khas untuk pi shopping .

Selepas den dah siap membeli barang keperlan di Guardian , den pergi lah ke pejabat pos mencari my kakak tapi nan hado . Of cozlah sebab den kalau dah masuk Guardian tu , memang tak ingat dunia . Boleh habis berjam cuma sebab menilik produk yang addi situ .

Maka den cuba lah cari kat Daiso sebelah pejabat pos tu tapi tak ada . Tengok kat kedai DIY depan pejabat pos pun nan hado . Jadinya , den bawa je lah langkah kaki masuk ke Aeon supermarket .


Ganjaran

Ganjaran

Target den adalah bahagian beg tangan . Den memang dah lama berhajat nak cari satu beg ni tapi tunggu ada sale lah . Masa CNY dan bulan puasa hari tu dah masuk tapi hati masih separuh separuh je . Maknanya sayang duit lah tu kan sebab beg tu bukan perlu sangat pun . 

Sabtu lepas , hajat den pun sama lah juga . Cuma sekadar nak buat survey je . Belek punya belek baru terperasan ada diskaun terpacak gagah nun di atas rak handbeg . Diskaun tu ada 20% , 50% dan 70% . Maka tangan den pun ligatlah membelek . Pastu den letak balik sebab RM dah memang tak cukup . 

Keluar dari Aeon , nampak my kakak kat tingkat atas . Join my kakak dan anak buah masuk kedai popular . Perghhh ... my anak buah pau buku kaw kaw punya ! Tapi sebab buku , my kakak layankan je la . Dalam pada tu den berfikir gak , nak beli ke idak beg tu . Kalau nak beli , den bleh je pinjam RM my kakak dulu . My kakak kata lak , 

" kalau tunggu sale krismas , beg yang tu dah tak ada , macam mana ? "

Maka den ambik je la RM my kakak dan masuk balik ke Aeon . Tetiba di sapa si adik jurujual :

" ada yang berkenan lah tu ya kak . "

Den sengih je . Rupanya adik tu perasan den ke hulu ke hilir belek beg . Maklumlah, orang pun tak ramai . Tapi kan , hati den berbelah bagi sebab den tetiba nampak beg kat atas tu .


Ganjaran


Nilah harga selepas diskaun untuk beg kat atas tu . Diskaun dibagi 50% . Den sebenarnya terpikat dengan beg tali rantai tu . Maka den pun bertafakurlah sekejap .  Akhirnya , beg kat bawah inilah yang den ambil .




Memang dah lama den hajatkan beg ni untuk sumbat semua gadget yang den ada termasuk juga telekung dan barang kosmetik bila den melakukan perjalanan . Beg ni ada diskaun 50% . Dah balik umah baru den teringat ada beg jenis ni yang kecil sedikit ... adeh . 

Tapi kan , den masih teringat beg tali rantai tu . Bukan tak boleh beli tapi tak perlu pun buat masa ni . Berjimat itu wajib ! ... heh heh heh . Den pujuk hati , bila sampai masa den nak beli , pasti den akan jumpa beg lebih cun dari itu . Ataupun mungkin tetiba ada orang hadiahkan ... ini berangan semata ya !

Jadinya , beg kat atas ni den jadikan ganjaran den sempen hari kelahiran den yang jatuh pada bulan ni ... heh heh heh . Jadilah kan . Kalau orang bagi belum tentu kena dengan citarasa den lak . 

Masa den nak keluar dari Aeon , adik jrujual tu kata ;

" nak datang beli lagi lah tu . "

den gelak je sebab adik tu nampak den dok pandang je beg tali berantai tu siap ambik gambar lagi .

Den kan sebenarnya tak ambik tau pun pasal trend beg terkini . Bagi den , design beg kat pasaran lebih kurang je bentuknya . Jadinya , den beli je lah mana - mana design yang den berkenan ... heh heh heh .

Bila fikir balik , ramai lagi orang kat uar sana yang tak dapat beli apa yang mereka nak . Jadi , den syukur sangat den memang selalunya dapat beli apa yang den nak ... muhasabah diri sih !