Buat Sendiri Di Rumah : Petua Orang Cina Detok Kurus Dan Wajah Berseri


Buat Sendiri Di Rumah : Petua Orang Cina Detok Kurus Dan Wajah Berseri | Bukan orang melayu sahaja ada petua ya . Orang cina pun ada juga . Malah perubatan tradisional cina yang lebih dikenali dengan singsei ini telah mula bertapak sejak zaman pemerintahan beraja lagi di negeri China nun ! Perubatan tradisional yang banyak mengguanakan akar kayu , buah , daun dan pelbagai jenis herba lain itu ternyata berkesan dan terus diamalkan hingga kini .






Jadinya , malam ini sis kongsikan jus detox mudah untuk berseri bukan saja di luar malah di dalam juga dari orang cina . 
Tak yah susah2 beli jamu / detox atau herba apa2 yang kite tak tau entah bahan dari mana. Jadi cuba resepi traditional ni baik untuk luar dalam wanita.
cuma guna 3 jenis bahan semulajadi jer..
Cara penyediaan :
1. potong halus 3 bahan :-
- 3 biji lemon ( jgn buang kulit ) potong
- 3 labu bawang putih ( buang kulit ) potong
- 2-3 inci halia ( buang kulit ) potong
2. campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. rebus selama 6-8 jam ( slow cooker )
4. sejukkan dan blend ( akan jadi pekat macam pati )
5. tapis or tak terpulang. sy tak tapis 😅
6. lepastu dh boleh minum
Cara minum :

- setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu ambil pagi sebelum breakfast ( perut kosong ) dan malam sebelum tidur
- selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari
Kelebihan/khasiat :

Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam2 lagi khasiat


No comments:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...