Tipas Ringkas Tambat Hati Suami



ASSALAMUALAIKUM .......


1. Selalu berdoa agar suami menyayangi anda .

2. Bila suami balik kerja , layan / manjakan suami sebelum wat keje lain .

3. Cuba berkongsi cerita tentang apa yang berlaku pada hari tersebut dengannya .

4. Menjadi pendengar yang baik bila dia cuba kongsi masalahnya .

5. Peruntukkan masa yang khusus sekurang - kurangnya 30 minit sehari .

6. Tanya keluarga mentua / orang yang rapat dengannya tentang apa yang disukainya ( hadiah , makanan , warna dll ) .

7. Beri pujian padanya ( wajah , pakaian , rambut dll ) 

8. Cepat pujuk bila korang perasan dia merjuk atau marah .

9. Selesaikan segala perkara berbangkit sebelum masuk tidur .

10. Minta bantuan pada suami jika sesuai , bergantung pada masa , tempat dan jenis professionnya .

11. Elakkan suami tunggu terlalu lama terutama apabila bersiap .

12. Apabila suami telefon memberitahu dia pulang lewat , ucapkan terima kasih kerana tak biarkan korang menunggu .

13. Apabila suami meminta bantuan , buatlah dengan serta merta dengan perasaan ikhlas dan gembira .

14. Jangan sekali - kali membebel dan mengungkit bantuan / pemberian korang padanya .

15. Ucapkanlah kata - kata romantik sekurang - kurangnya 2 kali sehari .

16. Senaraikan barang yang hendak di beli supaya suami tidak perlu berulang - alik ke kedai.

17. Jangan sekali - kali ganggu suami bila dia sedang berehat atau tidur .

18. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari .

19. Telefon suami di tempat kerja jika ada keperluan / kecemasan .

20. Jangan ganggu suami ketika dia sedang khusyuk menghabiskan kerja .

21. Minta bantuan suami melakukan kerja rumah dengan penuh diplomasi .

22. Pastikan korang anggun , kemas dan wangi sebelum masuk tidur .

23. Jangan marah suami di khalayak ramai sebab dia pun ada maruah .

24. Jangan tunjuk korang bijak walaupun korang memeang lebih bijak dari dia .

25. Jangan tukar program tzv yang sedang dia tengok. Sertailah dan sporting walaupun korang tak suka .

26. Biarkan dia membuat keputusan sesuai dengan haknya sebagai suami walaupun korang tak suka . Ubah keputusan tu di belakangnya dengan alasan yang munasabah .

27. Sesekali pergilah berdating atau berbulan madu untuk meraikan sesuatu tanpa anak - anak .

28. Jika suami lakukan kesilapan , jangan sesekali menemplak atau pulang paku buah keras .

29. Manjakan suami dengan lakukan urutan ketika bersantai bersama suami .

30. Bila bangun tidur , perkara pertama perlu korang buat ialah peluk dan cium suami .







1 Sila komen:

  1. Hehehe...bagus perkongsian ni! Tapikan bila dah lama kahwin, kadang tu ada gak yang susah nak diamalkan :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...