ASSALAMUALAIKUM .......
Kalau tak sempat nak gi pi beli panadol atau gi klinik , meh kita cuba guna tumbuhan yang ada kat sekeliling kita atau bahan masakan yang ada kat dapur .
1. ASAM JAWA
Ambil asam jawa + sedikit air , ramas hingga jadi jus pekat . Sapukan kat ubun - ubun / kulit . Biarkan hingga kering . Waktu malam , siang , semua pun boleh . Wat selalu sampai demam tu kebah .
2. TIMUN
Ambil 1/2 biji timun + sedikit air = bland . Nak sedap lagi , perahkan sebiji limau kasturi , masukkan sesudu madu . Timun ni siatnya sejuk , so bolehlah sejukkan badan korang yang panas tuh .
3. TEMBIKAI
Tembikai ni banyak vitamin C . Korang dapat demam sebab kurang makan / minum vitamin C
Tembikai ni sama la dengan timun , sejukkan badan . Rasanya dalam keadaan tekak korang yang pahit tuh , selain bubur nasi , tembikai jer yang sedap yooo .
4. KEMBANG SEMANGKUK + HALWA KUNDUR
Rendam kembang semangkuk + halwa kindur di dalam air mineral / air kosong selama 30 / 1 jam . Minum airnya .
5. PEGAGA
Ambil pegaga bersama akarnya , kisar . Boleh juga campuran dengan gula batu / madu dan limau kasturi untuk dapatkan rasa yang lebih sedap .
6. DAUN BUNGA RAYA
Ambil beberapa daun bunga raya , ramas hingga keluar lendir . Pastu sapukan kat kulit kepala . Biarkan kering . Kalau nak sapu satu badanpun boleh gak . Tapi cian la kat pokok tu , tak dak daun maaaa .
7. DAUN LIDAH BUAYA
Ambil daun lidah buaya , keluarkan lendirnya , pastu sapulah kat kulit kepala / satu badan . Buat berulang kali .
8. DAUN SETAWAR
Ambil daun setawar , ramas hingga keluar lendir , sapu pada kulit kepala / seluruh badan . Buat berulangkali hingga badan kebah .
9. DAUN DURIAN BELANDA
Ambil daun durian belanda , ramas hingga keluar lendir , sapu kat kepala / badan . Biarkan hingga kering .
Nak rawat demam untuk sapu kat luar badan cara tradisional ni senang jer .
- Korang pi cari pokok / daun pokok yang ada lendir kat dalam atau keluar lendir bila di ramas . Lendir ni fungsinya untuk sejukkan badan yang panas .
- Sapukan pada kulit kepala , bawah ketiak , leher , celah kelengkang , belakang badan dan tapak kaki . Lagi senang sapu jer kat seluruh badan .
- Biarkan kering . Pastu boleh sapu berulang - ulang selagi korang nak dan nak cepat sembuh .
Untuk rawatan dalam lak :
- Cari sayuran , buahan yang bersifat sejuk kat dalam badan .
- Banyakkan makan sayuran / buahan yang banyak vitamin C . Paling mudah limau kasturi lah . Makan banyak Vitamin C ni dapat elakkan kiat dari kena demam , selsema dan batuk .
- Kalau korang makan kat luar , pastikan air yang korang order tu ada vitamin C cam teh limau . Senang kan !
SELAMAT MENCUBA .......
0 Sila komen:
Post a Comment
Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...