CARA NAK SEMAI CINTA SUCI




ASSALAMUALAIKUM ...

LELAKI jangan EGO .


Kenapa ada sesetengah lelaki rasa dia perlu ego . Kalau tak bukan lelaki namanya . Dia rasa macam tak JANTAN lak kalau tak de ego . Lelaki jenis ni den anggap masih konservatif bila nak selesaikan masalah dengan perempuan . Apa saja keputusan tak boleh bantah walaupun perempuan cukup bertoleransi . Kadang - kadang jadi susah nak faham lelaki yang ego tak bertempat nih . Dia tak kisah pun kalau perempuan tu nak menangis air mata darah , nak mengalah tidak sekali - kali . Walaupun terpaksa berpisah

PEREMPUAN jangan EMOSI .

Perempuan memang suka bermain dengan emosi . Boleh dikatakan emosi nih senjata utamalah . Tapi ramai gak perempuan yang cukup kental mengharungi apa saja pada abad nih . Terpaksa kalau nak bersaing dengan lelaki dan untuk teruskan hidup . Betul tak ? Hakikatnya , walau seteguh atau sekeras mana hati tuh , air mata tetap mengalir gak cuma tak tunjuk kat orang lain . 

LELAKI dan PEREMPUAN perlu TOLERANSI

Apa pun masalah dan keadaannya , tetap boleh selesai asalkan ada perbincangan , persetujuan , tolak ansur dan berpijak di bumi nyata . Lelaki kena lah ego bertempat . Tak salah kalau nak kurangkan ego tuh atau letak tepi wat sementara supaya masalah tu boleh selesai . Fikirkan keburukan dan kebaikan yang korang akan dapat bila wat keputusan . Tapi pada masa yang sama , maruah tu jangan lak biarkan di pijak orang . Nanti tak macho lak ... heh heh heh ...

Perempuan lak janganlah jadikan air mata tuh untuk menang . Tak adillah . Tapi kalau lelaki tu terus cair hati , rezeki lah . Hahahaaaa ... Perempuan sebenarnya banyak senjata nak cairkan lelaki selain air mata  kan ! Perempuan boleh bersolek , menggoda , memasak , merayu ..... banyak tuh . It kelebihan Allah bagi . Lelaki janganlah marah yer .

Apa yang lebih penting , selagi CINTA itu masih ada , Insya Allah segalanya boleh selesai . Alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ... betul tak ? Tak manusia yang sanggup melukai hati insan yang dicintai . Kalau masa mula bercinta , LAUTAN API SANGGUP DIRENANGI , takkan kerana sedikit salah faham , masing - masing hilang rasa cinta ! Rasanya takmungkin kan ! 

CINTA SUCI tu perlu disemai oleh kedua belah pihak . Bertepuk sebelah tangan takkan menjadi kan ! So , TEPUK DADA , TANYALAH HATI ... sayang si DIA tak ?




0 Sila komen:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...