Macam - Macam Jenis Cinta




ASSALAMUALAIKUM ...

Kita selalu dengar ungkapan nih ... 
" BUKTIKAN ! KALAU AWAK BETUL CINTA PADA SAYA . " Kenapa ada ungakapan cam tu ? Kerana banyak sebab orang itu bercinta atau sayang kat seseorang . Nak tau lebih lanjut , baca kat bawah nih :

1. CINTA SAYANG

Cinta ni selalunya bermula dengan sahabat yang selalu bersama dan ambil berat , berkongsi susah dan senang . Bila dah rapat sangat , jadi susah nak berpisah dan wujudlah rindu . Cinta yang hadir tanpa sedar sebab lahir tiba - tiba . Kemudian mereka rasa serasi bersama .

2. CINTA BUTA

Ini mungkin wujud disebabkan orang tu cantik / hansem , berharta , terkenal , berkedudukan , berpangkat dan yang sewaktu dengannya . Tak nak ambil kisah atau nak tahu siapa sebenarnya orang tu , camna perangainya , keburukan dan kejahatan yang orang tu dah buat , orang tuanya membantah , tak sekufu , asalkan dapat bersama . Timbul perasaan cemburu bila orang tu tak hiraukannya atau mesra dengan orang disekelilingnya .

3. CINTA SIMPATI

Kesian dengan nasib seseorang , kisah hidupnya , menjadikan seseorang tu nekad nak melidunginya , bertanggungjawab padanya dan nak jadi penjaganya . Tujuannya cuma nak beri kebahagiaan dan keselesaan  atau juga nak melidungi aib seseorang . Selalunya tak de perasaan cinta atau sayang . Cuma tak nak sakiti hati dan bergaduh dengannya .

4. CINTA PARAS RUPA

Jatuh cinta dari mata turun ke hati . Tak kisah kalau orang tu materialistik , panas baran , selfish , kuat cemburu , suka kongkong asalkan nak bersama . Akan sentiasa kisah dengan penampilan pasangan dari segi luaran cam pakaian , solekan , penampilan dan lainnya . Cinta ni akan pudar bila jumpa yang lebih cantik / hansem dari pasangannya atau bila pasangannya dah berusia serta pudar kecantikannya .

5. CINTA ROMANTIK

Gabungan dari jalinan yang akrab dan kasih sayang . Menyintai setulus hati lahir dari jiwa yang murni tanpa dorongan nafsu . Dizahirkan melalui perbuatan dan sikap ambil berat . Cinta jadi unik sebab ia gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya .

6. CINTA NAFSU

Badan serta bibir seksi dan macho menjadi penyebab utama . Bila pasangan tu bertambah berat badan atau tak pakai yang seksi - seksi lagi , maka dia akan ditinggalkan . Cinta ni ada juga tujuan lain . Kalau tak dapat apa yang dimahukan atau dah jemu , maka akan cari pengganti . Senang nak kesan cinta ni . Bila dah berani meraba atau minta yang di luar pernikahan , maka itulah maknanya .

7. CINTA MATERIALISTIK

Ada duit you sayang , tak de duit you melayang . Nak tau cinta ni senang jer . Sentiasa meminta benda - benda yang branded / mahal bila keluar bersama . Nak makan pun kat tempat yang ada kelas jer . Bila kata tak de duit , maka akan cipta alasan tak nak jumpa .

8. CINTA BIASAN

Cinta ni boleh dikatakan cinta paksaan . Terpaksa suka dan tak boleh nak mesra dan akrab . Berlaku sebab paksa atau desakan dari orang sekeliling atau ahli keluarga . Bila bersama , masing - masing merana kerana tak serasi dan tak suka . Cinta ni jarang kekal .

9. CINTA KECUNDANG

Cinta yang tak de jalinan , tak mesra dan tak de nafsu . Tak nak faham pasangan dan tak de tolak ansur atau tak nak terima pasangan secara rasional . Macam orang asing . Asyik rasa tak puas hati saja pada pasangan .

10. CINTA SEMPURNA

Ada ker ? Ada tapi susah nak jumpa . Terlalu sempurna dalam menerima pasangannya . Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional , menghasilkan kesan cinta yang menarik . Insan ni bijak dalam membelai , menyanyangi , menghargai dan menghormati pasangannya . Cinta ni disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas .


Rasanya , korang punya cinta yang mana ya . Tepuk dada , tanya hati ... heh heh heh .





2 Sila komen:

  1. InsyaAllah, semoga cinta no 10 tu akan mnjadi milik sy... btw, cinta no 10 tu memang dah ada untuk kita, cuma kita je tak sedar.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...