Kek Buah Naga




Assalamualaikum ...

Petang nih tak tau nak buat apo .
So , nak berceritalah sikit tentang buah kat atas tuh .
Satu hari kakak hambo balik dari sekolah  bawa 4 biji buah naga pemberian kawan cinanya .
Kakak hambo kalau dapat buah tangan daripada Hong Kong from next door mesti pass kat kawan cina ni lah .
Maklum lah , status halal tu diragukan !
Jadi , kawan cina nya nih kira balas balik lah pemberian tuh .


Bila buah naga nih sangat berguna untuk orang yang nak berdiet tau .
Kandungan mineral dan serat yang tinggi dapat membantu mengurangkan kandungan lemak yang berlebihan , melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit .

Kepada penghidap diabetes
buah naga merah ni dapat menurunkan  tahap glukosa darah dalam tubuh .
Penyelidik juga menasihatkan mereka makan bauh naga secara rutin .

Malah , penurunan kolesterol dalam darah dapat membantu melancarkan peredaran darah seterusnya membantu jantung menjalankan aktivitinya dengan lebih berkesan .

Untuk sesapa yang nak awet muda
anti - oksid dalam buah naga dapat membuang racun dalam tubuh secara efektif  sama mcam buah epal .
Anti - oksidanya juga dapat menghalang sel kanser daripada tumbuh .

Kandungan Vitamin C yang tinggi dapat elak daripada mudah demam , selsema dan batuk .
Beta karoten yang terkandung dalam buah naga dapat membantu mata jadi lebih sihat
Ia nya juga dapat menguatkan tulang dan gigi anak
Dapat juga tambah selera kepada yang tak de selera untuk makan .

Bagi ibu yang sedang mengandung , 
makan buah naga dikatakan dapat elak daripada mendapat anak cacat .

Al kisahnya , buah naga nih berbaki sebiji jer .
 Nak makan , dah tentu tak cukup untuk jerung 5 orang nih .
Hahahaaaa ...
Maka dapat lah idea untuk buat kek dan dipersetujui oleh semua ahli jerung ... 
selamba jer ko bagi istilah tu kat anak orang yer ...
Ada gak yang kena kick out nih ...



Kat atas nih adunan 4 biji telur bersama 1 cawan gula kastor .


Pukul hingga jadi kembang dan putih gebu cam kat atas nih .


Ayak 2 cawan tepung gandum bersama 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder .
Pas tu masukkan 1 sudu kecil garam .
Gaul sebati .


Masukkan 1 cawan tepung kat atas , ke dalam  adunan telur .
Masukkan sedikit demi sedikit .
Gaul sebati guna spatula ya bukan mixer .


1 biji buah naga yang dah dihancurkan .


Masukkan buah naga yang dah hancur sikit demi sedikit selang selikan dengan baki 1 cawan tepung .


Masukkan 1/2 @ 3/4 minyak jagung .
Sukatan minyak tuh ikut suka teman lah .
Masukkan juga 1 sudu kecil essen vanilla .
Gaul sebati .


Masukkan kat loyang dan bakar .


Taraaaa ... inilah hasilnya .
Jangan tanya hambo naper kaler merah tuh dah jadi natural yer.
Hambo memang tak de jawapan .
Kalau hambo masukkan pewarna merah , kek tu maintain merah bila dah masak kan !





4 Sila komen:

  1. ha ah tak berwarna..mcm butter cake aje..rasa dia ada rasa buah naga tu tak?..unik ni

    ReplyDelete
  2. Oh...sungguh tak pernah kakak merasa dah melihatnya. Baru tahu juga selepas bakar warna maroon dia hilang. Mungkin sebab natural coloured kan Vee.

    ReplyDelete
  3. Knor > rasanya ada unik sikit . yg pasti bila makan tu akan gigit biji - biji buah naga lah . tu yg anak sedara suka dan suruh buat lagi ... saya pun baru first time cuba , alhamdulillah trus jadi ...

    ReplyDelete
  4. Kita suka makan buah naga ni..especilly yang merah purple tu..manis..and pelik jugak ya..keke tu dah hilang warna merah dia..agaknya sebab original bukan coloring so tak jadilah warna merah macam biasa...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...