Bila Rumah Diserbu


Assalamualaikum ...

Hujung minggu lepas adalah hari yang sangat meletihkan .
Bayangkan kalau yang datang tu satu family seramai 10 orang !
Nasib baik kami dah bersedia awal .
Yang kelakarnya , lain yang ditunggu , lain lak yang datang .
Sudahnya , kena masak lagi untuk trip ke - dua lah .

Gembira , bila rumah dikunjungi sanak saudara .
Bermakna silaturrahim tu erat terjalin .
Mengenalkan anak - anak buah kepada saudara mara supaya lebih erat hubungan .
Hidup merantau ni , kita memang memerlukan saudara mara kat sisi .


Ni bukan tetamu kami . 
Dah tak terfikir lah nak snap gambar bila dah kelam kabut layan tetamu .
Imej kat atas tu , 
imej family day yang dijalankan pada syawal ke-3 .
Merupakan acara wajib setiap tahun .


Dalam keadaan keletihan sebab buat persiapan ,
tetamu lak masih selesa bersembang walaupaun jam dah tunjuk kul 12 .am ...
Huhuhuuu ... allah jer la yang tahu ...
Waktu siangnya lak ada lagi tetamu ...
Pastu , giliran kami lak pi beraya ...
Dan berterusan sehingga ahad malam kul 1.am !

Maka pada hari Isnin , jadilah kami burung belatuk dan kaki yang bagai tiada tulang ...
Tak cukup tidur , penat dan segala bagai ...
Tu yang tak dapat wat entry selama 4 hari ...
heheheeee ...

Hujung minggu ni pastinya ada lagi ...
Mungkin anak murid kakak dan juga rakan - rakannya ...
cuti umum kan !
Jadi , kakak akan sediakan stok mee bebanyak .
Harap - harap , yang nak bertandang ker atau jemputan open house tu alert lebih awal ...
Senang sikit nak adjust masa  dan budget ...
heh heh heh ...

Maka saya faham dan dapat rasakan keadaan rakan blogger yang kena serbu rumahnya tanpa henti .
Dah adat raya , tentu ada orang bertandang .
Tetamu datang bawa rezeki ...
Kita perlu juga gembirakan mereka .
Layan mereka supaya mereka rasa selesa ...



11 Sila komen:

  1. Mmg letih...tpi seronok....tiap thun, rya dikampung begitu la...xputus putus tetamunye...

    ReplyDelete
  2. ingatkan ada kenduri kahwin, ramainyer...tak per lebih sedara daripada musuh, betul tak?

    ReplyDelete
  3. ramai yg datang tu Vee..seronok kan saudara mara datang bertandang..bertambah erat silaturrahim

    ReplyDelete
  4. Psss....xla....bdk bdk tu anak staff library...maknye minta tlg rietta ajarkan sebab rietta selalu lepak library...

    ReplyDelete
  5. Selagi masih syawal macam inilah apa lagi kena hujung minggu boleh longlai jadinya ye hihi... tapi betullah tetamu itulah yg membawa rezeki dlm rumah terima dgn senang hati..

    ReplyDelete
  6. Ramainya dtg bertandang.. penat sikit tak pe jnji semua tetamu yg dtg bertandang berpuas hati dgn layanan kita...;)

    ReplyDelete
  7. ..tetamu dtg bw berkat..

    kalau yg bgtau awal nk dtg, blh la prepare msk2..kalau x, kuih kering je la hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...