Assalamualaikum ...
Ramai yang bertanya tentang Deodorant DIY .
Sebenarnya hambo dapatkan resepi tu kat google .
Hambo lum wat experimen pun .
Jadi , hari ni hambo nak kongsi maklumat
yang hambo dapat bila hambo google tentang
ARROWROOT POWDER .
Powder ni salah satu ramuan nak hasilkan deodarant .
Arrowroot Powder ni dibuat daripada ibu garut .
Sebenarnya ni kali pertama hambo dengar nama ni .
Bila hambo tengok gambar ubi garut ni ,
mak oiiii ...
ubi ni pernah hambo makan masa kecik dulu !
Selalunya bonda hambo rebus jer ubi tu .
Bila dah lembut , makan lah gitu jer .
Rasanya ada manis sikit macam carrot
tapi ubi garut ni sangat berkanji !
Kalau kat umah bonda hambo masih ado lagi pokok ni ,
hambo nak wat experimen untuk cipta resepi .
Mudah - mudahan menjadi .
Ni la pokok nya teman - teman .
Tingginya cam pokok kunyit jer .
Bila dah tinggi ni , cabut pasti ada ubinya .
Dinamakan arrowroot sebab orang Hindia Barat
gunakan serbuknya untuk keluarkan toksin
daripada luka sebab racun anak panah .
Juga boleh rawat luka ulser .
Boleh jadikan serbuk dengan cara
parut atau sagat ubi garut ,
perah guna kain maslin ,
hampasnya keringkan .
Bila dah kering ,
boleh lah dikisar menjadi serbuk juga tepung .
Tepung ubi garut boleh dijadikan
bedak , gam dan sabun
malah juga untuk pekatkan
sup , sos , puding , gula - gula , manisan juga ais skrim .
Kelebihan dalam merawat penyakit ;
Bertindak sebagai anti radang , anti diarea , demulsen ( ejen pelega yang melindungi membrane mukus dan melegakan iritasi ) dan penyejuk .Boleh dijadikan makanan berkhasiat tinggi untuk kanak - kanak dan orang tuayang berada dalam proses penyembuhan daripada penyakit serta mereka yang mengalami masalah gastroenteritis .
Dapat merawat masalah usus dan perut juga penyakit salur air kencing ,serta air kencing tak lawasdengan cara merebus dan diminum airnya.Malah airnya rebusannya juga boleh digunakan sebagai losyen pencuci mata .
Dimakan mentah
dapat merawat masalah pundidan saluran kencing .
Serbuk / tepung ubi garut dicampurkan air dan gula kemudian diminum dapat merawat penyakit disenteri ataujangkitan trek usus yang menyebabkan cirit birit teruk .
Tepung ubi garut dapat sembuhkanradang kulit sebab terdedah lama pada matahari ,bintik - bintik merah pada kulit yang timbul sebab demam,penyakit kulit dan sengatan tebuan .Anda hanya perlu sapukan pada tempat yang sakit .
Tumbuk akarnya lumat - lumatdan tampal pada luka , bekas sengatan dan patukan haiwan berbisa .Boleh juga jadikan minuman sebagai penawar bisa dalam makanan dan minuman .
Parut isi ubi garut dan perahkannya .Gunakan airnya untuk disapupada parut dan tempat yang terasa miang .
Amaran !
cecair atau isi daun dan batangnya boleh
sebabkan gatal - gatal atau tadang kulit
terutama pada kulit yang sensitif .
Ubi hebat, penyembuh pelbagai penyakit....
ReplyDeletethanks...
ReplyDeleteuk org mls cm sy..lg sng bli je deodoren kat kdai hahaha..
ReplyDeletetp bgs jgk dpt tau info2 mcm ni..
menarik ni. Mcm bedak hibka tu kot jadinya nanti.
ReplyDeletenice share.. banyak juga khasiat bnda ni yer..
ReplyDeletebaru tau harini, tak pernah lagi tengok rupanya alive
ReplyDelete