Bubur Nasi Bersama Labu


Assalamualaikum ...

Musim hujan dan bila hujan ,
lazimnya yang ada difikiran
bila cuti dan hujan tanpa aktiviti ...
... MAKAN lah yang paling best 
bersama orang tersayang sambil tonton tv ...



Bubur nasi . 
Feveret saya bila hujan .
Sekejap jer masak bubur nasi ni .
Masak satu cawan , 
dah lebih daripada cukup untuk makan 3 orang .



Sebab ada labu ni ler ,
saya masak bubur nasi .
Nak rasa kesedapannya bila bersatu dalam mulut .
Saya tak letak sebarang perasa aka tawar jer .



Masukkan ke dalam mangkuk .
Sementara tu leh la saya masak gandingannya .
Maka perlu buka peti , 
tengok apa bahan yang saya boleh masak .


Sorry , hambo terlupa nak snap photo masa menumis daging .
Tumiskan bawang putih yang ditumbuk ,
bila agak kekuningan ,
masukkan hirisan bawang besar .
Bila dah agak layu , 
masukkan sos tiram , sos lada hitam dan sos ikan .
Bila dah mesra ,
masukkan hirisan daging yang sudah direbus ,
hirisan tauhu yang sudah digoreng ,
hirisan tempe yang sudah digoreng ,
gaul sebati .
Bila dah mesra , tutup api .



Letakkan daging tumis sos tadi di atas bubur nasi .
Taburkan daun bawang dan hirisan cili padi .
Pssst ... saya suka sangat dengan kepedasan !

Jom makan !





9 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...