Jeruk Bawang Prata


Assalamualaikum ...

Selalunya kalau beli murtabak daging , mesti ada penceah sekali .
Tak ada pencecah lain selain daripada benda alah ni ...


 Jeruk Bawang Prata

Tapi anak buah lebih suka makan mertabak daging tu cam tu jer .
Mungkin sebab pencecah ni berwarna merah dan masam .
Almaklumlah menggunakan cuka .


 Jeruk Bawang Prata

Daripada dilambung sana , dilambung sini ataupun
masuk terus ke bakul sampah sebab tak de orang makan 
maka QV pun mengkreatifkan lah pencecah ni .


 Jeruk Bawang Prata

Apa ada dalam balang ?
Jeng jeng jeng ...
Cili padi , bawang merah dan ...
... owh ! tersesat lak kedondong kat dalam ni .

Kedondong ni si mama preggy yang beli .
Oleh kerana masih muda maka bergetah lah .
Anak buah kata " buah banyak getah " .

Dah tak de yang sudi makan , 
apa kata terjun jer dalam balang tu join si cili dan bawang .
Yang herannya , kaler merah tu dah pudar lak 
tapi rasa cuka masih ada lah .
Tetiba terfikir lak nak masukkan timun ... haish .

Bila QV nak makan mee sama ada mee sup atau bergoreng ,
maka joinlah mereka ni bersama - sama .
Ala , macam makan mee letak jeruk lada tu ...

Cuka atau benda yang masam bila masuk ke dalam perut ,
ia akan memudahkan proses pencernaan .
Itu le yang QV tahu .

Ni lah kalau dah tak de keje nak dibuat .
Tapi sebenarnya lebih kepada tak nak membazir .
Selagi boleh recycle , taram jer ...
... hahahaaa


12 Sila komen:

  1. mm..pencicah murtabak manis2 masam ni memang tak berapa nak telan..kari jugak y masyuk

    ReplyDelete
  2. Jerok cili tu yg sedap.patah2kan masuk dlm cencalok.mkn dgn nasi panas2..

    ReplyDelete
  3. Ni dah boleh diiklan sebagai kempen anti membazir. Terima kasih atas idea.

    ReplyDelete
  4. ha ha..kreatif juga ye, elokla dari membazir kan?

    ReplyDelete
  5. sedap tu...makanan masam ni memecah selera...tp bila dh berusia rasa cuka yg masam bagai menghiris urat perut...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, sheila tak pandai nak makan kuah pink ni. hehee selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  7. Perut saya pula jenis yg agak sensitif dengan cuka. Kalau makan sikit2 boleh, tapi kalau terlebih makan, akibatnya menggelupurlah diserang gastrik yg teruk....Pernah bermalam 3 malam di wad hospital kerana terlebih makan makanan bercuka di rumah kenduri!!

    ReplyDelete
  8. Good idea. Lain kali kalau beli kakak nak ambillah sebab biasa kakak kalau beli murtabak memang tak ambil. Kalau ambil buang tak baik kan. Jadi selalu cakap tak mahu. Sama juga beli keropok lekor biasa kakak tak ambil pun sosnya anak kakak makan tak perlu cecah...

    ReplyDelete
  9. Wah kreatif nya hehe boleh jadi hiasan sekali :p

    ReplyDelete
  10. kalau kat sini dia bagi bawang ngan kari.. tapi akak pilih bawangjer... suka makan yang ni tapi dah tak masam cam dulu2...

    ReplyDelete
  11. kreatif la QV..rasa berliur pla hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...