Assalamualaikum ...
Pokok ni QV panggil terung pipit .
Satu hari tu ter nampak satu anak pokok terung .
Molek jer hidup kat tepi longkang .
Anggap jer la burung yang jatuhkan biji benih tu .
Sajer biarkan besar .
Nak tahu pokok terung apa .
... alhamdulillah , terung pipit rupanya .
Suka lah sangat sebab memang feveret kami .
Antara Khasiatnya :
1. Meredakan sakit perut yang berterusan.
caranya : minum rebusan air buah terung pipit .
2. Mengubati sakit kepala
3. Mengubati sengal-sengal badan
4. Taun dan cirit-birit
5. Mengurangkan demam panas
6. Merawat buasir
3. Mengubati sengal-sengal badan
4. Taun dan cirit-birit
5. Mengurangkan demam panas
6. Merawat buasir
caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion
7. Merawat tumit kaki yang pecah
caranya: akarnya ditumbuk
dan ditempelkan pada bahagian yangberkenaan.
8. Menurunkan tekanan darah tinggi
9. Cuci darah
caranya : minum air rebusan akar
10. Penawar racun ular dan serangga
caranya : minum air rebusan akarnya
Ada orang suka makan mentah jer aka ulam .
Bila makan tu rasa la kerangupannya .
Tapi yang muda ya . Jangan makan yang tua lak .
Boleh juga di masak .
Suka hatilah nak masak goreng ker ,
nak cebur kat santan ker atau pun kari .
QV lebih suka masak goreng cam kat bawah ni .
Terung Pipit Goreng Belacan .
Tumbuk kasar
Bawang merah , bawang putih , cilipadi .
Panaskan kualigoreng belacan dan kacau hingga berderai .Toskan minyak dan angkat .Panaskan minyaktumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan .Masukkan belacan goreng .Gaul hingga mesra .Masukkan terung pipit dan bahan perasa .Masak hingga layu .
Terung Pipit Goreng Ikan Bilis
Tumbuk kasar
bawang merah , bawang putih , cilipadi dan ikan bilis .Panaskan minyak ,masukkan bahan tumbuk .Tumis hingga garing .Masukkan terung pipit dan bahan perasa .Angkat bila terung pipit dah kecut .
Kalau pokok yang tumbuh ni bukan pokok terung pipit ,
dah sah QV cabut ... heeee
pernah makan gitu jerk...pahit
ReplyDeleteSelalu ne FIL cik bawe balik..tapi cik tak tahu makan..hihih
ReplyDeleteWah sedap ni...yg pasti dalam pertanian terung pipit antara anak benih yg tahan lasak
ReplyDeletepokok ni tumbuh melata kt umah sy
ReplyDeletesedap buah ini...saya suka
ReplyDeletetak pernah makna terung pipit ni. Penah guna untuk main lastik2 je dulu.
ReplyDeleteQV, masa kecik2 dulu selalu buat rantai ubat sakit beguk..
ReplyDeletekalau masak selalu campur dgn sambal tumis ikan bilis....
ni faveret saya sis.. kiranya smua pokok2 kmpg ni pling saya suka..tambah2 masak cabai x pun goreng mcm biasa..suka rasa pahit manis..
ReplyDeletemenabung8 share :P
Wah, ni first time saya dengar pasal terung pipit :D
ReplyDeletebanyak khasiat rupanya kan.. farah tak pernah makan.. sebab bukan pengemar sayur dan ulam sangat..=D
ReplyDeleteyo ni lagi satu,mencabar iman,dulu ada tanam,ee bukan burung tanam,lebat sgt...yg mknnya sorang je...bg kat jiran,sama merasa...
ReplyDelete