Terpaksa Sebelum Kena Warning !


Assalamualaikum ... 

Pokok jambu batu di belakang rumah sudah makin besar . 
Dah dua kali berbuah . Berisi merah .
Seronok lah bila hasil tuaian dah ada dan dapat merasa .
Hidup sendiri disebabkan habit anak buah suka melempar segala jenis biji .




Bila orang PBT asyik dok kat pokok tu jer ,
bimbang lah pulak tetiba datang surat amaran .
Walaupun pokok tu berada di dalam pagar , 
tapi hidup benar - benar di tepi longkang .

Maka terpaksa tebang . 
Sudah kali ke dua sebenarnya .
Ada yang beri petua suruh tabur perasa ajinomoto kat akarnya supaya cepat mati .
Tapi tak pasti berkesan ke tak 
sebab sekarang nih musim kemarau .
Bimbang lak bila hujan turun , tetiba muncul pucuk baru .

Ada sesapa boleh bantu QV cara nak bunuh pokok ni tak ?
Harap sangat bantuan daripada teman - teman nih .
janganlah segan - segan kongsi petua kat sini yer ...

Terima Kasih kepada yang sudi membantu .


11 Sila komen:

  1. orang kampung kak biasanya akan buang kulit sekeliling batang pokok dalam satu kaki n pokok tu akan mati sendiri pelan2..

    ReplyDelete
  2. Jika tak menyusah dan mengganggu orang, berilah peluang pokok tu hidup. Tapi jika menyusah dan mengganggu ketenteraman ramai elok ditebang saja...

    ReplyDelete
  3. Pergi aje ke kedai nursery. Abang ada beli racun pokok dlm bentuk serbuk. Tabur kat pangkal pokok nanti dia akan mati dgn sendirinya. Rumah kakak dah buat sebab bimbang akar pokok mangga pecahkan simen abang buat macam itulah...

    ReplyDelete
  4. Jambu batu tu. Sayang plak rasanya nak tebang kan.

    ReplyDelete
  5. errr tak dapat membantu

    tapi sangat sayang bila pokok yg berbuah elok kena buang huuuu

    ReplyDelete
  6. ala sygnye nk tebang...

    xde pengalaman la mati2 kn pokok ni..hehe

    ReplyDelete
  7. tangan menjadinyer yerk.. kalau jadi petanini boleh berjaya...
    takder pulak petua ... maalum tak ambik tau pasal pasal pokok2ni..

    ReplyDelete
  8. sayangnya.... kalau trim je bahagian yang terlebih pagar tu boleh? biarlah pokok tu hidup. huhu... sedihnya hati ni bila dengar ada pokok nak kena tebang. dia mengitarkan oksigen utk manusia...

    ReplyDelete
  9. laaa, sayangnya..takyah bagi mati, trim je la selalu bagi pendek.

    ReplyDelete
  10. Ayah akak kelar sekeliling batang pokok..insyaAllah pokok akan mati..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...