Lazatnya ... Nyum Nyum


Assalamualaikum ...

Hujung minggu lepas , sedang menikmati ' berkat " aka nasi bungkus kerja kahwin , tetiba dengar gelak tawa yang menjadi riuh rendah . Menjengoklah sekejap , nak tahu gak apa yang digelakkan sangat tu . Ini lah rupanya ...



Si pinky nose ni sedang mengunyah bola tangkis dengan lazatnya . Selamba jer makan kat pintu bilik QV . Agaknya dia saja nak bagi suruh untuk QV tengok dan ambil gambar .

Dah macam meratah daging gamaknya . Tak tahulah apa rasa dan bau bulu tangkis gamaknya . 
Nak ambik daripada mulut dia pun tak dapat . Tak bagi . Garang woo . 




Sudahnya , tak larat dah agaknya nak hancurkan . Sudahnya dibiarkan saja bulu tangkis ni . Bila offer balik kat si mieow tu , uhhh ... bo layan !
Anggap jer la gignya dah tak tajam atau gusinya dah sakit ...
... hahahaaa .

Ceritanya bermula bila anak buah usai main badminton , maka nak simpan bola tangkis dalam bekasnya . Terjatuh lak kat depan si pinky nose . Maka digigitnya dan bawa lari . 

Comel tau tengok dia makan .
... heh heh .




8 Sila komen:

  1. Bulu tangkis pun dia makan..? Jangan sampai sakit perut dah la.....

    ReplyDelete
  2. memang kelakar kan, masa memula kunyah tu, dia ingat burung kot..

    ReplyDelete
  3. Ada bulu-bulu tu dia ingat boleh makanlah sekali gigit tak boleh kunyah pulak - kesian dia..

    ReplyDelete
  4. tak dapat bayangkan...mesti lawak guling-guling

    ReplyDelete
  5. Kesiannya tak kenyang makan si pinky nose ni ek :) Kotnya dia geram tak tak dapat join beriadah main badminton nih...

    ReplyDelete
  6. Hehe kesian si pinky tu... Lapar kot :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...