Kisah Jeruk


Assalamualaikum ...

Oleh kerana ada yang bertanya pasal jeruk , jadi hari ini QV nak cerita pasal jeruk .
QV ni suka sangat buat jeruk .
Tapi jeruk QV cuma tabur gula dan garam jer .
Tak de lah makhluk cuka tu .

alt image tag


Kalau balik kampung , selalunya QV buat jeruk cermai dan belimbing besi .
My kakak yang lain tukang habiskan .
Kat sini lak , my kakak selalu lah bawa balik pelam muda .
Kadang tu dia beli . 
Ada juga my biras sampaikan buah tangan dari kampung .


alt image tag

Mangga kecik ni , dah beberapa hari baru rajin nak buat jeruk .
Bila potong , dah masak lah pulak tapi masam .
Maka QV taburlah dengan gula dan garam .
Bila dah makan habis , 
baru terfikur kenapa tak buat jer sambal pelam .
... adehhh .

Satu hari my kakak balik dari pasar beli cuka .
" Nak wat apa beli cuka ni ? "
" Saja . "
Pelik lah juga sebab my kakak ni tak rajin nak menjeruk .
QV lak dah biasa menjeruk tabur gula dan garam jer .

Jangan tanya gambar cuka ... malas nak snap !


alt image tag


Seminggu lepas tu , 
abang ipar balik daripada kampung bawa banyak mangga muda .
Perghhh ... rahmat . 
Menjeruk la QV jadinya .
Jom follow cara QV buat jeruk ...


alt image tag

Selepas dipotong dan dicuci , 
QV rendam dalam air kapur lebih kurang sejam .
Kapur sireh ni letak jer dalam satu sudu kecil .
Tujuannya untuk kekalkan kekenyalannya .
Kalau tak faham ... maintain keras macam baru dikupas lah .


alt image tag

Selepas 1 jam , tapis dan cuci .
Tak tau lak kenapa pelam ni nampak pucat .
QV tak de petua untuk segarkannya .
Jangan gatal nak menanya pulak ya ...
... heh heh .


alt image tag

Tabur gula dan garam , 
masuk dalam balang dan simpan dalam peti sejuk .
Selepas satu hari dah boleh makan .
Saja tak nak letak cuka .
Konon macam tak best jer .
Maklumlah dah biasa guna gula dan garam .
Esoknya , masuk juga makhluk cuka tu ke dalam balang .
Owh ! Lagi sedap rupanya yer .
... kwang kwang kwang .


alt image tag

Gambar atas ni jeruk sengkuang .
Abang ipar suka beli sengkuang .
Bila hidangkan atas meja , 
cuma QV dan my kakak jer yang suka meratah .
Dah tak laku dok atas meja tu ,
QV tuang cuka jer lah .
QV juga yang dok menghabiskan ...

Cuka ni sebenarnya elok untuk proses pencernaan .
Sifatnya yang berasid membantu membersihkan sisa makanan berminyak yang melekat  di dinding usus .
... ayat skema tuh ... heh heh .
Rasulullah juga sukakan makan cuka .
Tapi nak telan cuka cam Petak Bunga , memang tak larat .
Gigi dah nipis lah ... heh heh .




8 Sila komen:

  1. saya selalu letak garam, gula dan cuka....betulkah...kapur baru dengar...nak cuba kapur pulak.

    ReplyDelete
  2. Cuka memang bagus, malangnya utk orang yg ada kes gastrik macam saya cuka tak boleh diamalkan selalu jika hendak kekal sihat...

    ReplyDelete
  3. alamak..drolling tgk jeruk..sedapnya..

    ReplyDelete
  4. saya kalo buat jeruk pon letak gula + garam..cuka tak penah ada kat umah..tp kalo ada, letak gak sikit..

    ReplyDelete
  5. Rajinnya Vee menjeruk... Seingat saya the last time saya tolong buat jeruk ni, masa tu baru belasan tahun. Sekarang dah anak dua dah, tak pernah pun buat jeruk sendiri, Vee. Dah tua ni, kureng sikit nak makan-makan jeruk ni...

    ReplyDelete
  6. adussssssssssssss..kecur air liur tengok jeruk ni

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...