Assalamualaikum ...
Ini kisah hari guru 16 May hari tu .
Al kisah cikgu si kecik suruh bawa makanan ke sekolah sempena hari guru .
Malam tu dalam pukul 7 ,
si kecik dah merengek nak bawa makanan .
Si mamanya lak tak membeli apa -apa pun .
" Mama buat kek jer la . Bukan susah pun .
Kalau tak buat nanti , confirm si kecik ni tak nak pergi sekolah . "
My kakak cuma sengih jer bila dengar cadangan QV .
Si kecik lak dah senyum - senyum gumbira !
Selepas solat Maghrib ,
si kecik dah berlegar - legar di depan pintu bilik mak usunya .
Bukan saja - saja tau ,
dengan gaya manja menggoda dan senyum mesranya .
" Apasal senyum - senyum ? "
Selamba jer mak usunya tanya .
Padahal dah tau dah apa yang dia nak .
Maka direct jer mak usunya kata ;
" Bukan mama ke yang nak buat kek . "
QV tengok jam dah hampir 8.30 malam .
Tak sampai hati punya pasal aka melt dah hati ni tengok senyumannya ,
maka QV terus jer ke dapur ambil segala benda yang berkenaan .
Tiba - tiba jer dah penuh anak buah ada kat keliling .
Amboi ! perasan jer korang yer .
Dah macam ada magnet lak ... terus jer melekat .
Apa lagi , QV dok jadi lady bos lah .
Turunkan arahan !
Selepas beberapa minit dok dalam oven ,
keluarlah baunya yang harum .
Bila berbunyi jer alert oven tu ,
masing - masing dah tak sabar .
" Ambil bau saja . Satu biji ni Yaya nak bawa gi sekolah .
No potong - potong yerrrr . "
Maka dengan muka tak puas hati , terpaksa rela lah .
heh heh heh ...
macam kejam lah pulak kan !
Ingatkan dah settle dah .
Rupanya esok petangnya masih ada lagu sendu tak puas hati ...
Terliurnya si kakak dan abang dengan kek tu tak sudah lagi .
Nasib baik mak usunya masih ada kerajinan nak membake .
Cuma ada satu sebab jer kenapa mereka nak sangat merasa kek tu .
Sebab QV masukkan jus buah - buahan tropika untuk bagi masam sikit !
Tu yang mereka nak merasa sangat tu .
Maka terhasillah kek kat atas nih yang dah kurang hangusnya berbanding satu lagi .
Yang hangus tu sebab kes salah adjust timer .
Tu ler kalau dah lama tak membake ... heh heh .
Inilah hasilnya bila dipotong .
Tak lah gebus macam korang buat .
QV kalau buat kek guna sukatan cawan jer .
Tak de nak timbang bagai sebab memang tak ada penimbang !
QV cuma guna formula asas yang ada kat otak .
Bahan tambahan tu suka - suka jer adjust sendiri beb !
... heh heh .
Kalau korang nak tahu ,
sos yang berwarna kuning tu adalah kaya dicampur sedikit limau .
Sos merah tu lak , itulah jus buah - buahan tropika .
Tak yah la resepi .
Nanti ada pakar yang senyum sumbing lak membacanya .
... heheheee ... QV ok jer ( pinjam ayat mak jilap ) .
Kalau ada permintaan , insha Allah ...
Ilmu kan untuk dikongsi ...
alololooo..comel je dia..hehee
ReplyDeletesiannya tak dapat rasa mula2 si kakak ngan abang.hehee..
sedapnya nampak! ^_^
bab kek ni akak lemah, tak suka sbb nak kena timbang2, samala takde penimbang..
ReplyDeletewahh..kek campur jus buah2an tropika..belum pernah rasa lagi ni..nampak sedapp..
ReplyDeleteBunda pun nak jugak....
ReplyDeleteCantiknya blog orang sini... sejuk jer mata memandang... Cantik..
waaa, nampak sedap lha kek tuu. ^_^
ReplyDeletepandainya qv buat kek...boleh tempah raya nanti ni...
ReplyDeleteok la tu kan..untuk anak buah..hehe..untuk makan sendiri...kepuasan sendiri..
ReplyDeleteAmboi untungnya ada mak sedara cam ni. Buat-buat muka comel je terus dapat hajat di hati. Kalau dengan budak-budak ni, senang sangat rasa tak sampai hatikan. Tak tengok buku resepi pun nampak sedap je keknya tu, Vee.
ReplyDelete