Assalamualaikum ...
Dah seminggu puas beraya ,
maka hari ini hari untuk bekerja pula .
Banyak udah blog citer pasal raya .
Raya QV simple jer .
Dalam pada plan beraya di KL ,
akhirnya dengan perancangan Allah ,
QV beraya di kampung juga .
Kisahnya panjang ...
Ringkasnya ... yeyyy , dapat beraya di kampung !
Melayan anak buah main mercun .
Hari raya ke 3 kami berkumpul .
Anak - anak buah pun ramai .
Maka bapak - bapak budak ni pun pi la beli mercun kat pekan .
Penjual mercun kat pekan tu sangat tegar .
Tegar sungguh bila jual mercun depan balai polis .
... polis pun main marcun ma ... heh heh .
Seronok sungguh QV bila tengok orkid kampung ini berbunga dengan meriahnya .
Kebetulan berbunga dekat nak raya .
Maka jadilah hiasan hari raya ...
Bila nampak belimbng ni , suka sungguh .
Selain nak buat jeruk , nak juga try sambal hitam .
Tak sampai lak hajat bila man in da house dah buang masa dia kemas dapur semalam
... banyak yang busuk rasannya .
Pokok kurma kesayangan kami yang semakin membesar .
Ada orang kata pokok kurma perlu pasangan .
Kalau tidak , tak mahunya dia berbuah .
Apa pun , tunggu sahaja hingga dia membesar ...
Selamat Hari Raya ...
saya pun tengah tanam pohon belimbing
ReplyDeleteSALAM LEBARAN 2014
ReplyDeleteSeronok kalau beraya kat kampung. hehehe. lain rasanya kalau di bandar.
ReplyDeletesusah nk cari buah belimbing buluh skarang
ReplyDeletesalam aidilfitri
maaf zahir n batin
raya kt kg juga bestkan QVee?
ReplyDeleteseronok kan dapat balik kampung..tengok belimbing buluh tu terus teringat sambal hitam pahang..
ReplyDeletesalam lebaran qv...pokok kurma ya...ingatkan salak...
ReplyDeleteIni pertama kali dengar pokok kurma pun perlu pasangan, rupanya pokok kurma pun ada jantan betinanya. Masa belajar bio kat sekolah dulu cikgu terlupa ajar pula tentang itu, hehehehe...
ReplyDeleteApa pun semoga Syawal membawa keberkatan dan jangan lupa berpuasa enam....
seronoknya balik kampung kan..meriah ngan bunyi mercun =)
ReplyDeletep/s: klik2 Sony Xperia =)
Vee, sampai lupa nak ucap terima kasih atas kad raya tempoh hari. Balik raya tak dan nak buat entri khas untuk kawan-kawan yang hantar kad. Sorry ya Vee, my mistake. Teralpa sampai lupa nak ucap terima kasih. Kalau nak balasan memang kena tunggu tahun depanlah :)
ReplyDelete