Tragedi Ketam Namanya


Assalamualaikum ...

Kisah minggu lepas bila man in da house beli ketam . 
Bersorak gembiralah my anak buah .
My kakak sibuk dengan baby nya .
Maka dia turunkan arahan untuk my anak buah untuk memasak makan malam .

 Tragedi Ketam Namanya


Maka bunyi riuhlah si anak - anak dara berbincang ketam nak masak apa .
Lepas tu dengar bunyi gorengan .
Dah sah la mereka pi masak ketam goreng tepung .
Goreng tepung ni memang feveret my anak buah .
Tak kiralah ayam ke , cendawan tiram ke , ikan ke ,
kalau suruh mereka masak , 
memang bantai goreng tepung la jawabnya .

Tetiba si nani masuk bilik dengan dialog ;

" mak usu nak ? "

Kaki ketam yang besar ku rembat saja dari tangannya .
Buat BW sambil meratah kaki ketam you .
Tetiba si kecik masuk bilik dan bersuara ;

" nape bagi mak usu kaki ketam ? "

wahahahaaa ... si kecik sudah jeles gitu .
Nak ambik kaki ketam goreng takut si kakak marah .
Tetiba mak usu meratah lak ya ...

Sedang menunggu solat Isyak ,
tetiba dengar orang memasak di dapur .
Hati pun berkata ; ' apalah yang tak selesai lagi tuh .
Rasanya bebudak dah siap memasak sebelum maghrib ! '


 Tragedi Ketam Namanya


Sedang syok teramat dengan blog ni ,
tetiba rasa lapar lah pulak .
Masa tu dengar orang memasak lagi di dapur .
Sape pulak gerangannya ni .
Tengok jam dah masuk kul 10 malam .
Tinggalkan lappy pi keluar nak isi perut .
Sampai kat ruang tamu , 
nampak my kakak sedang meratah sup ketam .
Makan ketam macam orang mengidam !
Owh , dia lah yang memasak di dapur tadi .


 Tragedi Ketam Namanya


Pergi ke meja makan , pi selak tudung saji .
Nampak kuah lemak cili padi .
Confirm lepas maghrib tadi , 
man in the house masak ketam lemak cili padi !

Tengok ketam goreng tepung dalam pinggan ada baki lagi 4 ketul .
Ambil , bawak dok depan tv .
Sambil layan tv sambil ratah ketam .
Tetiba terfikir ...
Menu bebudak , ketam goreng bersalut tepung .
Man in the house lak nak makan ketam lemak cili padi .
Si mamanya mengidam sup ketam .
.... whahahaaa targedi ketam namanya .
Tu yang jadi memasing masak sendiri !
Nasib baik bebudak tak masak semua ketam - ketam itu .

Selesai makan , tengok sup ketam banyak lagi .
Buka peti sejuk , stok ketam ada lagi .
Esok , resepi ketam versi vee lak . 
Nak tahu ? Tunggu entry esok ya ...






3 Sila komen:

  1. Tragedi ketam dibulan oktober. Ketam buat kenduri ke? Huhuhu

    ReplyDelete
  2. banyak betul menu untuk ketam2 tu kan..macam2 versi dapat ratah..sedap tu ketam..

    ReplyDelete
  3. Kalau sayalah, biar tragedi ni berlaku berkali-kali saya tak heran pun. Dah saya peminat ketam. Masaklah berapa jenis masakan berasaskan ketam, semua pun mampu kutibai dengan jayanya. Gigit sepit ketam tu bestkan bunyinya. Krak kruk krak kruk je bunyinya. Nikmat. Nak cari ketamlah buat lunch tengahari ni. Bukan masak, beli jek Vee ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...