Assalamualaikum ...
Ricycle makanan dah jadi habit vee .
Korang yang dah lama follow memang tau lah kan .
Kali ini rendang lak yang jadi perencahnya .
Man in da house tapau rendang ayam .
Ayam licin , pes rendangnya saja yang tinggal .
Nak dibuang sayang .
Kalau ada beras pulut ,
memang udah licin rendang ni vee kerjakan .
Pes Rendang
Kalau masak sendiri memang kurang rajin
sebab masa nak masak tu lama sikit .
Jadinya vee panaskan dan tambah gula .
Kalau bab rendang , vee suka manis sikit .
Kerabu Rendang .
Bahan - bahannya :
Pes rendang
Kobis merah ( sapukan garam dan peram 15 minit ).
Lobak Merah
Bawang besar .
Sedikit cuka .
Cara membuatnya :
1- Ambil pes rendang , masukkan cuka dan gaul sebati .
2- Cuci kobis merah .
3- Masukkan kobis merah , lobak merah dan bawang besar .
4- Gaul sebati .
( kalau nak puas hati guna tangan macam orang Korea ya )
Inilah hasilnya .
Kerabu rendang yang sangat berselera untuk dimakan .
Vee la ... korang tak tau le .
Vee lebih suka makan ratah jer aka tanpa nasi .
Malam tak boleh makan nasi , diet beb !
Diet nak kempiskan perut !
... weeeeeeee
Anak buah kata sedap tapi pedas .
Memanglah sedap sebab kedai yang buat .
Pedas ?
Macam nekad jer mak usunya nak memerut ni .
Sedia je lah kalau masuk bilik termenung lagi ya .
... heh heh heh .
wah..sajian kreatif gitu..sedap ni..
ReplyDeletepertama kali tengok kerabu rendang sayur tu..hehee..
ReplyDeleteWah sedapnya. Perhh, terer betul sis upgrade mkanan supaya nmpak lebih sedap + fresh :)
ReplyDeleteSinggah sambil menabung kat RHB :)
Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com
Saya juga dah 2 tahun tak makan nasi waktu malam bukan kerana nak diet tapi kerana perubahan usia, perlu jaga kesihatan sikit...
ReplyDeleteMAKANAN RECYCLE NI MMG SEDAP TAPI KENA SEDIA BERULANG KE BILIK KECIL KALAU PERUT MERAGAM...
ReplyDeletekalau ada bawang banyak2 ni mesti sedap sebab saya penggemar bawang mentah. pelik kan? hoho.. memang cari penyakit makan pedas. baru je sembuh kang memang kena masuk bilik termenung lagi.. :P
ReplyDeletemakan saja dengan nasi panas pun sedap ni.
ReplyDeleteSalam. Hee sy suka mamam nasi ayam penyet yg pedas juga. ;)
ReplyDeleteBoleh try nie ^_^
ReplyDeleteWahh,kreatif Vee ni. Baru pertama kali tahu menu rendang kerabu.Teringin juga nak cuba nanti.
ReplyDelete1st time tahu menu ni
ReplyDeletePandai betul Vee ni. Tengok rendang dah ohsem sangat tapi bila tengok gambar sayur-sayuran di bawahnya yang akan dicampur sebati, hilang terus terliur Vee. Maklumlah saya ni pencinta daging jek!
ReplyDelete