Assalamualaikum ...
My anak buah 5 orang ini sangat excited
nak memulakan sekolah .
Makanya hampir setiap hari
bertanya kat mamanya bila nak shopping .
Macam biasa , mamanya suruh tunggu gaji masuk .
Orang gomen kan gaji cepat sikit sebab nak Krismas .
Oleh kerana tahun depan 5 orang masuk sekolah
dari usia 7 tahun hingga 15 tahun ,
maka mamanya kena buat penjelasan .
Gaji kali ni cuma boleh beli baju dan tudung
sehelai setiap orang
selain dari sepasang kasut , beg dan peralatan sekolah .
Yang extra , bila mamanya dapat bonus baru beli .
Bab bonus ni , agaknya dapat ke orang gomen
sebab banjir pun dah banyak guna duit kan !
Ada baiknya juga kalau brim beri je kat mangsa banjir
sebab mereka lebih memerlukan .
... ok , skip .
ini keje gomen bukan keje kita nak fikir ya dok ?
... heh heh heh .
Maka bermulalah perjalanan kami .
mak usunya mengekor lah sekali ... heh heh heh .
mulanya vee cadangkan pi kat Kajang
sebab ada blogger cadangkan tempat tu .
tapi driver lak dah buat keputusan nak gi
grand union seri kembangan .
sampai kat grand union , my anak buah mengusik bila mak usunya dah tak bergerak tengok kasut .
" mak usu, kasut , kasut ... hahahaaa "
ya , vee memang suka dengan kasut .
ada kasut yang vee tak pakai lagi aka dok dalam kotak .
ada juga yang baru pakai sekali masa raya
sebab macam kasut pengantin jer designnya .
sudahnya , kena makan semut !
sedih la juga sebab mahal dan ada jenama ...
bila sampai jer kat port stationeries ,
masing - masing ambil bakul .
ambil pen , pensil , segala jenis bagai sesuka hati .
my kakak lak sebuk sembang dengan nonya salesgirl
pasal baby dia .
mak usunya ini bila tengok my anak buah
pakai rembat jer sesedap rasa tak tengok harga ,
dah nak sakit jantung you !
zaman vee dulu , kalau dalam pencil box / case
ada sebatang pensil , pen , pemadam , pengorek , pembaris ,
dah cukup lengkaplah kiranya .
Tak ada jenama bagai ...
My anak buah , bila mak usunya cadangkan pencil ,
jawapnya ;
" nak pencil yang ada jenama ! "
melopong jap mak usunya .
maka berbisiklah kat my kakak .
" ma , pensil pun ada jenama ke ? "
my kakak cuma sengih jer .
si kecik ni memang suka mewarna .
dah umur pun 6 tahun kan .
Jadi mamanya dah tetapkan .
ambil satu jer dan kongsi guna sama - sama .
tiba masa memilih beg sekolah .
yang beg masih cantik lagi , tak yah beli .
jadinya cuma 3 orang jer yang sibuk memilih .
my anak buah tetapkan peraturan ,
beg tak boleh sama warna dan design .
maka masing - masing memunggah .
Si nabilah nak beg yang banyak zip dan warna pink .
dia ni memang girly tak amcam kakak - kakanya .
Nasib baik mak usunya sekali selak dah jumpa .
nak tunggu bebudak ni cari sendiri ,
kang habis berjam - jam kat situ jer kang .
Bulat mata my kakak bila tengok machine tu
kena RM 300++ untuk beg dan stationeries saja .
Pergi tingkat bawah , tengok kasut .
Macam biasa , si hanani yang akan buat keputusan .
" mama , kasut kat sini tak cantik . tak best ! "
memang cerewet anak dara seorang ni
okey , kita gi giant je lah .
sampai kat giant , dah jadi one stop center .
dari casing my smartphone kakak , rice cooker ,
sampailah kasut dan baju sekolah my anak buah .
mak usunya dah round satu giant dah cuma nak habiskan masa
dan buat survey barang yang dalam senarai nak beli .
tapi mereka 7 beranak masih tak selesai .
kat giant , habis RM800 ++
untuk kasut dan baju bebudak sahaja .
vee sempat gak merembat baju dan sandal .
ya sandal .
terpaksa beli sebab kaki dah sakit .
kasut yang vee pakai tu tapaknya keras .
lepas bayar , terus je pakai .
merembat kat guardian ,
dapat lagi voucher RM 5 .
6.45 kami bergegas pi surau untuk solat asar .
dalam kul tujuh dah selesai .
masing - masing dah kelaparan
sebab kami tak lunch pun sebelum kuar tadi .
tapi gundah gulana sama ada nak makan dulu
atau nak solat maghrib dulu .
akhirnya decide nak makan dulu sebab dah lapar.
keluar dari lif , tukar fikiran lak .
ambil oredr je dah boleh ambik masa 30 minit .
pastu nak tunggu bebudak 5 orang ni makan
belum tentu selesai cepat .
Patah balik ke suaru .
Dalam surau dah penuh orang solat .
Jadinya kami solat berganti - ganti .
selesai je vee solat , my anak buah cerita .
" mak usu , najwa tak ingat dia solat berapa rekaat . "
bila vee toleh , si najwa dah solat semula .
jadinya vee pandang je lah .
my kakak sempat cerita ,
dia dulu tak perasan solat 5 rakaat .
kawan kat belakang dia sempat mengira
rakaat dia ...
maka terpandang lak si Nabila
yang sembahyang tapi mata menjeling orang.
... hahahaaa
takut orang langgar dia lah tu .
vee beritahu lah kat my kakak .
sengih jer my kakak tengok .
selesai solat terus jer gi makan .
my anak buah order sendiri .
bukan main lagi order nak nasi portion besar .
sudahnya makan sikit pastu tinggal pi main .
ada playground kat situ .
maka si kakak berjemaah habiskan nasi goreng tu
tapi tetap tak habis .
mak usunya yang kaki menghabiskan pun
tak larat nak habiska mee sendiri .
dekat pukul 10 , kami pun keluar .
sampai kat keta , kami dok mengumpat keta sebelah .
my anak buah tanya ;
" nape tak ada nama iswara kat sini ? "
jawapan paling mudah dari mak usunya ;
" ntah . tengok , walaupun keta ni lama
tapi lambang mercedes tu . "
tak terfikir lak nak ambil gambar masa tu .
tetiba my kakak beritahu bateri keta jam .
kat meter langsung tak ada lampu .
... erkkkk .
" rasanya aku dah off kan semuanya tadi ( lampu ) . "
maka journey pun bermula
vee suruh dia call man in d house ,
tapi dia berat hati ...
call my anak buah yang dok dekat - dekat situ ,
tak dapat lak .
selepas setengah jam ...
" la ... lampu tak off rupanya ! "
my sengih - sengih beritahu .
yes , itulah jawapan yang paling tepat !
lepas tu baru call man in d house .
biasalah , banyaklah soalan yang keluar .
cuma , my kakak tak bagitau sebabnya tak tutup lampu .
... heh heh heh .
bajet takut kena marah tu .
korang rasa man in d house tak tahu ke ?
... cuma tak nak beri tekanan kat my kakak jer kan.
maka my anak buah pun cakap ;
" mama kalau bawak keta putih ni ke giant , mesti keta rosak .
ada hantu tak ma kat giant ni . "
ceh ! ni la kalau banyak sangat tengok citer hantu .
ada hantu tak ma kat giant ni . "
ceh ! ni la kalau banyak sangat tengok citer hantu .
" Ha ah , kan ! "
gajah merah masih dalam hospital ,
maka , redha je lah ye .
dengan sikit ilmu yang ada , ketuk - ketuk le bateri tu .
hidup lah sikit lampu bateri kat meter tu tapi masih lemah .
my anak buah sporting jer .
dok pergi main kejar - kejar adik beradik tu .
nasib baiklah orang masih ramai kat situ .
mungkin sebab nak krismas , giant tutup lewat .
dalam sejam , tetiba ada cina tegur ;
" nape keta ? rosak ka ? "
rupanya pemilik keta kat sebelah
yang kami dok umpat tadi .
bila tengok dia ...
" dia kan yang jual avanza kat dalam ( giant ) ? "
moralnya , jangan pandang luaran ye !
keta buruk tapi ...
" apa rosak ? "
dengan segeranya dia membantu .
terus cek enjin segala bagai .
sampai kami naik segan dengan dia .
" tak pa , saya tolong . "
mula - mula tolak keta .
panggil orang yang lalu lalang kat situ tolong .
last sekali , dia ambil bateri keta dia
dan letak kat atas bateri keta my kakak .
bila enjin dah hidup , dia biarkan dalam 5 minit .
pastu banyaklah tips - tips yang dia beri kat my kakak .
pertama kalinya vee rasa jumpa orang yang sangat perihatin .
terus bantu masa tu juga dengan penuh semangat ,
ramah bertanya itu ini walaupun tak kenal ,
temankan kami untuk beberapa ketika
sampai keta kami berlalu pergi
dan bagi tips penjagaan keta lagi .
dalam perjalanan balik my kakak berpesan ;
" jangan bagitu abah mama lupa tutup lampu keta tau . "
" ok mama ... hahahaaaa "
bila dah masuk jalan nak ke rumah ,
dari jauh dah nampak man in d house berdiri di tengah jalan .
my kakak , senyum - senyum kat hubbynya .
sampaikan pesan si cina tu
" orang tu kata tadi suruh siram air panas kat bateri . "
terus je punggah barang dan lepak depan tv ramai - ramai
layan citer hantu tanpa bercerita pasal kereta .
man in d house terus je cek keretanya dan panaskan air .
dah jadi long journey satu hari tuh .
masing - masing sakit kaki sebab tolong tolak keta .
kecuali mak usunya sebab pegang baby .
lagipun mak usunya kurus kedeking ,
mana ada tenaga nak tolak .
... heh heh heh .
hahaha tu lah dia kalau dah excited nak bershopping, bawak pulak satu angkatan tentera ikut sekali... lampu pun sampai lupa nak tutup... tapi bagus juga kan.. lepas ni mesti ambik ingat mende2 nih...
ReplyDeleteapa pun sempena tahun baru ni
SELAMAT TAHUN BARU 2015....
Semoga tahun mendatang ini memberi keberkatan dan kejayaan untuk kita semua
bershopping sakan di akhir tahun ya...biasalh mslh yg xterjngka akn timbul tnpa terduga tapi Allah mngirim penylesai mslhnya kan...syukur.
ReplyDeleteWah, dahsyatnyer shopping lebih 1k dalam sehari ^-^
ReplyDeleteaaa, rindunyaa nak smbung belajar. amek stationary sesuka hati je. haha
ReplyDeletesemoga berjaya
ReplyDeletebahagianya keluarga..dgn keletah anak2..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU 2015
Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....
Mak Usu ngelatlah! Nak task yang senang jerk :) Kira lama juga tu 'bertapa' kat Giant. Lengkap semua tasks dah :)
ReplyDeleteApa-apapun nasib baik takda masalah lagi besar. Akhirnya berjaya juga sampai ke rumah dengan selamat. Syukur dah tu.