Assalamualaikum ...
Banyak cara nak turunkan berat badan .
Yang paling mudah dan cepat adalah bersenam .
Tapi sebab sebok dengan kerja ,
balik rumah pun dah letih ,
pilihan yang ada hanyalah jaga pemakanan .
Petua Untuk Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat
1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa . Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4. Jangan makan lewat malam . Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang .
6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih daripada yang sepatutnya. Anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan 2 kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari . Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat perut yang cantik berketul-ketul .
Bagi Vee , untuk menurunkan berat badan dengan cepat
lebih baik amalkan senaman juga .
lebih baik amalkan senaman juga .
Dapat buat hujung minggu pun dah ok .
Peluh perlu dikeluarkan untuk keluarkan toksin .
Malah lemak juga perlu dibakar .
Bukan susah pun .
Ajak jer anak / suami / isteri berjogging
kat taman permainan ke , taman perumahan ke .
Sebab kesihatan memang perlu dijaga .
Vee amalkan senaman no.11 tu
untuk kempiskan perut .
Kesannya , hampir setiap hari nak membuang isi perut .
Tu yang perut boleh kempes ... heh heh
untuk kempiskan perut .
Kesannya , hampir setiap hari nak membuang isi perut .
Tu yang perut boleh kempes ... heh heh
Salam kasih dari ...
Petua no 7 tu dulu wana selalu buat tapi bila dah kurus sampai underweight ni..fiance suruh makan lagi banyak..huhu..
ReplyDeleteSit up tu memang sangat membantu..:)
Memang banyak cara nak kurus, pelbagai dah tips tips yang dikongsikan. nak tahu berjaya atau tak untuk kurus adalah bergantung pada diri sendiri. Bukan salah tips semua tu. kalau diri sendiri tak displin macam nak nak capai target kan. heheheheh.. saya pun sekrang tengah diet. Sep 2014 hari tu berat saya 50 kg. sekarang dah turun sampai 46 kg. Alhamdullilah. ni pun sebab saya amalkan set diet yang memang terbaik. =D
ReplyDeleteselalu makan 3 kali sehari, sarapan,tgahri dan malam..diet takdok..hahaa..bersenam ye
ReplyDeleteBILA BADAN SLIM CANTIK N SIHAT YA...
ReplyDeleteamalkan minum air kosong sebelum makan n jangan skip meal..hehe.saya memang amalkan petua nombor 7 tu.
ReplyDelete