Assalamualaikum ...
Syok lak Pemanggang BBQ Elektrik Ni | My anak buah memang suka sangat bila bab - bab memanggang guna pemanggang BBQ elektrik ni . Maklumlah kerja mudah . Kalau boleh sayur pun mereka nak panggang juga . Kalau lada benggala denagn tomato tu ok lagi tapi boleh ke sayur berdaun . Dah tok sah nak fikir . memang ke lautlah sayur tu gamaknya .
Bila satu hari tu man in d house balik dengan kepak ayam hasil tangkapan kat pasar , maka my kakak yang memang dah sibuk dan penat dengan baby ainul ni , arahkan sajalah my anak buah pi perap kepak ayam tu .
Bahan perap yang digunakan mudah jer .
- kicap manis
- sos tiram
- sos cili
- garam
- lada sulah
Syok lak Pemanggang BBQ Elektrik Ni
Lepas maghrib , on jer pemanggang BBQ elektrik tu dan letakkan kepak - kepak ayam , set suhu dan timer dah boleh tinggal layan bola Malaysia lawan Singapore Suzuki Cup . Nak senang keje kan . Sedang syok snap sana , snap sini , tetiba my kakak berkata ;
" alang - alang masukkan kat blog tu , tolonglah promote sekali . "
" erkkk ... wah , dah jadi iklan berbayar tu . Ada sales kena bagi komisen la . "
" komisen ? ... boleh je . "
Leka layan bola , memanglah leka kalau dah penjaga gol tinggalkan gawang gol kan ( awak kat mana , awak kat mana ... hahahaaa ) , tetiba bau ayam hangus . Maka berlarilah nak cek ayam tu hangus ke idak . Tak le hangus , cuma garing jer sikit . Kalau korang tengok gambar atas ni , lepas dah susun kepak ayam tu , kena lah tangkupkan bahagian atas supaya menutup kepak - kepak ayam tu supaya garing atas dan bawah . Boleh juga kalau nak letak jer tanpa katupkan bahagian atas tu tapi kenalah tunggu .
Inilah hasilnya . My anak buah dah tak sabar nak makan nya tau . Maunya idak kalau masa memanggang jer baunya dah penuh satu umah . Maka laju saja mereka sembahyang maghrib . Selamba jer mak usunya ambil seketul makan sambil tengok bola . My anak buah perhati dengan sengih - sengih jer . Dia orang ni mana beran nak marah mak usunya .
" Nape , tak habis lah . Banyak lagi kepak ayam kat atas meja tu . "
Tetiba lak si Hanani tanya :
" mak usu , tak boleh makan panggang banyak - banyak kan . Boleh kena kanser . "
" Kalau setiap hari makan BBQ memanglah kebarangkalian kena kanser tu tinggi . Kalau sekali sekala ok jer . "
Macam pandai jer mak usunya menerangkan . Padahal kanser ni , kalau dah nak kena , kena juga cuma gas kasinogen dalam asap tu memang penyebab kanser berdasarkan kajian lah .
Sebelum ni vee dah up entry pasal pemanggang BBQ elektrik ni kat SINI . Masa tu man in d house buat BBQ satay dan sotong . Pakat ss jer awal bunyi kan . baru perasan ... heh heh . Ada juga kami buat BBQ ikan bakar dan pais ikan .
PEMANGGANG AJAIB Noxxa NutriGrille
Atas permintaan my kakak , maka kat sini vee promote sekalilah pemanggang BBQ elektrik ni . Pemanggang BBQ ni jenama "Noxxa NutriGrille" dan dijual di bawah label Amway . Alah , senang citer product Amway lah ya . My kakak adalah agennya . Moh kita tengok kelebihan Pemanggang BBQ "Noxxa NutriGrille" ni .
Kelebihan Pemanggang BBQ Noxxa NutriGille :
i) Untuk masakan rendah lemak lagi menyihatkan untuk daging, sayur-sayuran, makanan laut dan banyak lagi
ii) Pemanas atas dan bawah
iii) Plat tidak melekat yang boleh ditanggalkan
iv) Pemegang keluli bergilap yang kalis haba
v) Tombol pemasa dan suhu (240oC) boleh dilaraskan
vi) Bukaan penutup fleksibel sehingga 180 darjah
vii) Engsel terapung dengan 5 tahap ketinggian yang boleh dilaraskan
viii) Didatangkan dengan dulang titis penyalir minyak
Ciri - Ciri Serta Faedah / Panduan Pemasaran
Jaminan Pemanggang BBQ Noxxa NutriGille
Kegunaan Pemanggang BBQ Noxxa NutriGille
Pemanggang BBQ Noxxa NutriGille boleh gunakan di rumah bukan saja untuk santai bersama ahli keluarga bila anda malas hendak memasak , tetapi juga boleh anda gunakan untuk parti juga rumah terbuka . Pemanggang BBQ Noxxa NutriGille ini dapat membantu tetamu anda melakukan sendiri BBQ dengan mudah tanpa perlu pengawasan dari anda .
Sekiranya anda melakukan aktiviti di luar rumah seperti hari keluarga , berpiknik dichalet , Pemanggang BBQ Noxxa NutriGille dapat memudahkan kerja anda . Bukan sahaja mudah digunaka malah mudah juga untuk membersihkannya .
Sekiranya anda berminat dan mahukan keterangan lanjut bolehlah hubungi nombor watssup 016 - 3221344 my kakak seperti yang tertera di bawah . Keutamaan diberikan untuk kawasan Selangor dan Kuala Lumpur . Untuk pengetahuan anda , bayaran boleh dibuat sebanyak 3 kali atau mungkin juga lebih berdasarkan persetujuan perbincangan .
Salam kasih dari ...
Nampak macam sonang nak gune..
ReplyDeletebestnya kalau dpt sebuah ni...memudahkn kerja...la ni semua kan nk cepat jer...
ReplyDeletecepat & mudah..:)
ReplyDeleteMenarik pemanggang elektrik nie... Teringin gak nak beli. Hehe ^-^
ReplyDeletewow noxxa ni da ade bbq plak..
ReplyDeletemak CT ade yang pressure cooker aja..
masak rendang and sup tulang pantas i looike hehe
eh2 bestnye menda ni..tapi tang harga..emm
ReplyDeletewahh..best mcm ni..takyah guna arang, takde lah smoke gets in our eyes..
ReplyDeletemenggodanya ayam panggang tu.. :)
ReplyDeleteMemang menariklah pemanggang ni..
ReplyDeletewahh macam best je ... kalau anak besar syok sangat buat BBQ ni. tapi kalau anak kecik,leceh la ramai pengacau dari tukang tolong :p
ReplyDeletesedap bebenor kepak ayam tu, meleleh air liuq
ReplyDeleteSaya dah tak nampak kehebatan pemanggang Noxxa ni bila nampak kepak ayam. Aduhai, lapar serta-merta. Banyak kali baca tentang Noxxa ni. Ingatkan ada periuk nasi aje rupanya macam-macam ada gak ya!
ReplyDeletepergh bestnyaaa
ReplyDelete