Roti Pelangi


Assalamualaikum ...

Pagi ni my kakak temankan si nabila gi tuition .
Maknanya , setiap hari sabtu seterusnya juga begitu .
Maka , mak usu ini akan menjadi teman kepada bebudak ni 
di setiap hari sabtu .

Pagi ni bila my kakak pergi je ,
otak dok fikir nak buat sarapan apa .
Kalau biarkan my anak buah buat ,
memanjang lah makan nasi goreng je .
Tetiba dapat idea ... ting !

Roti Pelangi


Minggu lepas my kakak buat roti kaler hijau .
Tak berapa kembang sebab guna pembakar serbaguna Philips .
Dengan kata lain roti tu sendat dan padat 
tak ada ruang nak mengembang 
sebab portionnya terlebih pulak .
Doh my kakak tak sabar .
Nak cepat masak , maka disemuakan doh yang ado .

Jadinya , kali ini mak usunya 
nak lawan kegebuan roti mamanya lah .
Nak buat kalerful aka roti pelangi .


Roti Pelangi

Cara Membuat Roti Pelangi 


Nak buat roti pelangi ni , vee 
 kepada 3 bahagian lah .
Senang sikit kalau korang nak try buat .



Roti Pelangi


Bahagian A ;

Setengah ( 1/2 ) paket mauripan aka yis kering 
1 cawan susu pekat manis 
1/2 cawan air suam .
Semua bahan campur dan kacau hingga sebati .
Biarkan sehingga yis kering ini berbuih satu kali ganda .


Bahagian B ;

I biji telur 
1 cawan minyak masak 
1 sudu kecil / teh garam
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati .

Bahagian C ;

1 kg tepung gandum
1 sudu besar shortening
1 sudu besar 
Gaul dan ramas semua bahan sehingga sebati .

Campurkan bahagian A , B dan C .
uli hingga menjadi doh .
Bahagikan kepada 3 bahagian .
Letak warna berbeza mengikut kesukaan anda .

Letakkan doh berlapis mengikut warna di dalam loyang .
Biarkan hingga naik sekali ganda .
Selepas itu barulah dikukus dalam masa sejam .


Roti Pelangi


Vee pilih memasak cara kukus sebab nakkan roti yang lembut .
Bila dah masak , macam apam pulak doh .
Lantaklah kalau korang kata apam ye .
den tak kisah pun ...
... heh heh heh .

Mesti korang terkejut 
bila vee taip 1 kg tepung gandum ya .
My anak buah ni ,
kalau nak masak memang kena portion yang besar .
Bukan cuma kuat makan ,
my anak buah juga suka ulang makan .
selagi ada makanan atas meja aka dalam saji ,
mereka akan ulang , ulang dan ulang makan sampai habis .

Apalagi , cubalah kepada yang sudi dan teruja nak cuba ya .
Selamat berhujung minggu semua ....











6 Sila komen:

  1. Nampak sedap, colourful lagi, cantik, macam sayang pula nak kunyah...

    ReplyDelete
  2. sedap n cantik rotinya..bila dikukus rasanya pun mcm apam kan...ok juga.

    ReplyDelete
  3. kalau rumah dekat, dah datang bawak tupperware nih..hehe

    ReplyDelete
  4. waaa.menariknya..roti pelangi.. 1st time tahu ni

    ReplyDelete
  5. Comelnya roti pelangi..rajin awak kan.. Sedap tu cicah susu..nyum2

    ReplyDelete
  6. seronok kan kalau masak then ada org mkn dan tolong habiskan rasa puas hati

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...