Terminal Bersepadu Selatan ( TBS )


Assalamualaikum ...

Selasa lepas my kakak di kampung ada kursus di Bangi .
Habis kursus pada Khamis , lepak lah dia sekejap di sini .
Kami pun sebenarnya dah lama tak jumpa sejak Hari Raya lepas .

Terminal Bas Selatan



Bila dah jumpa , maka ada banyak lah cerita .
Antaranya kisah hantu di hotel 
juga di rumah my bunda di kampung .
Seriaulah korang kalau vee cerita bab ni .
Kan Vee pernah cerita kat sini 
yang kami juga ada ' seekers ' kami sendiri .
Ni cerita kemudian saja lah ya .



Pada Sabtu , kami pun hantarlah dia di TBS .
TBS ni kalau yang belum tahu adalah singkatan bagi
Terminal Bersepadu Selatan .


Pertama kali vee gi TBS ni .
Masa perjalanan pergi tu 
baru tau rupanya lokasinya dekat je .
Ingatkan nun di salak selatan sana .

Bila samai kat TBS , tanggapan pertama adalah suram .
Masih diluar bangunan sudah nampak tidak happening .
Bila masuk ke dalam , 
la , macam tu saja rupanya .


Terminal Bas Selatan

Suasana TBS ni nampak tenang dan teratur .
Walapun nampak bersistem , Vee rasa tak seronok .
Situasinya tak semeriah dulu semasa di Puduraya .
Mungkin dah terbiasa dengan suasana bising dan bingit 
di Puduraya .
Yang bestnya Puduraya ni , walaupun tak de aircond , 
dok tunggu bas kat platform je dah boleh nampak gerai jualan .

Vee sebenarnya membayangkan TBS ni macam KL Central .
Tapi rupanya hanya sekadar bangunan yang ada bas dan orang .
Tu yang tetiba jadi rindu dengan Puduraya .

Khabarnya Puduraya sudah ditutup . 
Betulkah ? 
Bagus juga kalau dibina bangunan lain .
Supaya mat bangla dan segala yang seumpamanya
yang selalu memenuhi tempat tu pergi ke tempat lain .


Terminal Bas Selatan


Vee tak dapat nak jelajah TBS ni .
Kat mana food court dan gerai - gerainya pun vee tak tahu .
Nak tangkap gambar pun susah sebab jaga baby Ainul .
Si kakak - kakak dok kat umah tak nak jaga .
ermmm , kenalah bawak baby ainul sekali .

My kakak lak temankan my kakak seorang lagi pi beli tiket .
Beli tiket terus je turun dan masuk bas .
Al kisahnya cuma penumpang je yang boleh turun .
Maka kami pun terus balik 
sebab nak ambil Nabilah balik tuition .

Bila keluar ke exit Putrajaya ,
baru vee tahu sebenarnya TBS ni 
masih dalam area Serdang lagi rupanya .
... adeh .
Pi mai pi mai tang tu juga .
Masih dalam kawasan kak long rupanya !

Inilah sebab kenapa minggu lepas 
blog ni sunyi je .
Tak kan ada tetamu masih nak hadap blog kan .

My kakak ni banyak mulut .
Ada saja cerita dan pertanyaan dia .
Agaknya sebab kerja dia sentiasa berucap di depan orang ramai .
Nak tunggu dia senyap , bila dia tidurlah .
Tu yang cerita pasal hantu pun keluar ...
... hahahaaa .


Salam Jumaat semua ...










11 Sila komen:

  1. TBS cuma ada bas dan orang je? Cer tengok keliling kot ada semut pon nak naik bas sekali... He He He...

    ReplyDelete
  2. oh..patut la sunyi..sibuk berjalan rupanya :)

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee skrg ni sy tiap2 minggu berendut kat sini. kih2

    ReplyDelete
  4. suka TBS ni, luas dan selesa..banyak facilities di sini..

    ReplyDelete
  5. TBS NI YG GANTIKAN PUDURAYA YA...HMM BARU TAU...TQ

    ReplyDelete
  6. Tak pernah sampai TBS lagi.. Dah lama tak ke KL..

    ReplyDelete
  7. betul tu..puduraya tmpat y sungguh nostalgia.. sgt meriah..smpai ke pagi buta pom meriah lg..

    ReplyDelete
  8. kena baca la pasal hantu tu. xpernah ke TBS lg. selalunya terus ke stesen bas putrajaya. lepas ni kalau ke kl kena naik train trun di KL sentral jawabnya.

    ReplyDelete
  9. TBS ni canggih sekarang..ada screen perlepasan dnan departure dh mcm epot

    ReplyDelete
  10. Saya tak pernah masuk pun ke TBS, setakat lalu di luar tu adalah juga. Boleh kira dengan sebelah tangan.

    Tak tahu pun Puduraya dah tutup. Tapi biasalah tempat-tempat lepak zaman belajar dulu semuanya dah kena take over by warga asing. Terasa macam kita pulak di negara orang :(

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...