Assalamualaikum ...
Kecoh Biskut Raya | Ketika on the way nak shopping di Bangi Gateaway , my anak buah request nak buat biskut raya . Jadinya , my kakak suruh dia cari kat kat phone , biskut apa dia nak buat .
Petang pada hari yang sama , cari bahan biskut di Giant , bahan buat kek dan biskut dah banyak habis . Jadi my kakak kata , cari esok sajalah .
Pagi esoknya ( ahad ) , kami pergi ke kedai BAGUS . Kedai ni jual khusus bahan dan peralatan untuk buat kek , biskut , roti dan pastry . Sebelum pergi tu , my kakak dah suruh hanani listkan bahan apa yang nak dibeli .
Kesian tengok hanani terkial - kial menulis bahan apa yang nak dibeli , mak usunya pun tolonglah mudahkan .
Sampai kat kedai BAGUS , orang memanglah ramai . Tapi puas hati sebab segala barang yang dihajatkan ada di situ .
Si hanani ni taksub dengan warna purple . Jadinya dia nak buat biskut warna purple . Maka puaslah dia mencari warna purple tak jumpa . Jadi dia tanya my kakak . Mudah je my kakak jawab :
" Merah campur biru jadilah purple . "
Hahahaaa ... kena gelak ramai - ramai . Sedang den khusyuk menilik soda bicarbonat , si hanani tetiba je terjah den .
" mak usu , nestum kasar tak ada . "
Den pun tanyalah pekerja yang ada kat depan den . Pekerja tu pun tunjuk lah arah belakang den . Mak aiii ...
" hanani , ko cuba baca benda tu . "
" ye la , nestum . "
Besar dabak pun dia tak nampak . adeh ! Balik umah letak semua benda kat satu tempat . Senang nak cari .
Kecoh Biskut Raya
Tiba masa nak buat biskut , carilah bahan yang diperlukan . Dan KECOH BISKUT RAYA pun bermula .
resepi di SINI
Biskut Bubble Rice Madu
Dah siap semua bahan untuk buat biskut bubble rice madu , den pun tenggekkan kuali nak buat karamel . Cari mentega dalam peti sejuk tak ada .
Mentega
" hanani , mana mentega ? "
" nape tadi mak usu tak ambik kat BAGUS ? "
" bukan ke mama dah beli kat Giant semalam ? "
" semalam mama beli marjerin je kat Giant la mak usu . "
" tak sedap lah biskut bubble rice madu mak usu ni . "
Walaupun tanpa mentega , biskut bubble rice madu den siap juga . Beli bubble rice sepeket tu nampak macam sikit . Bila dah siap , mak ai , banyak sunggu tu ...
resepi di SINI
Biskut Kelapa Susu
Giliran biskut kelapa susu pula . Untuk bislut kelapa susu , kami decide nak letak coklat rice colorful . Cari punya cari tak jumpa .
Coklat rice colorful
" macam mana lak boleh tak ada . kan semalam beli 2 botol . "
Maka satu rumah mencarinya . Geledah semua tempat . Dari peti sejuk , kabinet dapur sampailah kat bawah meja di mana tempat asal barang itu diletakkan selepas punggah dari kereta .
" mak usu sms mamalah suruh beli . "
" mak usu , kena guna coklat putih untuk topping tapi coklat putih tak beli . "
" kat list nape tak tulis ? "
" suruh mama beli coklat putih sekali lah mak usu . "
nasib baiklah mama mereka ni ada di luar masa tu . sms je kalau nak apa - apa lagi kan . My kakak tak beli yang botol dah . dia beli yang peket besar punya . Dah macam perli pun ada ... hahahaaa
Gram
Sebelum memulakan projek buat biskut , den minta tengok resepi . Bila buka je resepi , ayat yang keluar dari mulut den :
" hanani , kat rumah ni ada timbang ke ?
Guna sukatan gram tu . nape tak cari resepi yang guna cawan ? "
Sengih je my anak buah . Jadinya sukatan gram tu den tukar dengan sukatan sudu ikut suka hati den . Yang penting boleh agak marjerin , gula ising dan tepung gandum banyak mana untuk dapatkan adunan yang sempurna .
Gula Ising
" mak usu , mula - mula masukkan marjerin dengan gula ising . "
" errr , mak usu gula ising tak ada . "
" rasanya mak usu nampak mama dah masukkan dalam bakul tadi . "
" tak ada lah mak usu . gula icing dah habis . kan aku dah tunjuk kat mak usu semalam . "
dusss ... sedas rasanya den terkena tetiba ... heh heh heh .
" ambil gula kastor blend guna blender kering . "
Alhamdulillah , biskut kelapa susu selesai dibuat dengan jayanya .
Malam tu , sedang den melayan lappy , pintu bilik di ketuk . Den pun keluar ke ruamg tamu dan bertanya :
" sapa ketuk pintu tadi . nak apa ? "
" coklat rise kalerful ada kat bilik mama . "
adeh , sabar je la ... den rasa si baby ainul ambil dan bawa naik bilik mamanya . Maknanya ada lagi sebotol yang tah celah mana baby tu pergi campak agaknya ... huhuhuuu
resepi di SINI
Biskut coklat cip
Malam esoknya , bebudak ajak buat biskut coklat cip pula . Sediakanlah semua bahan macam yang resepi biskut coklat cip nak .
Nestum
Tetiba hanani tanya :
" mak usu , nestum mana ? "
" kan ada kat situ . mak usu kumpul semua kat situ . "
" tak ada lah mak usu . "
" ko pandai baca ke tidak ? "
sambil den membebel sambil den membelek .
" ni bukan nestum ke ? "
" mak usu , itu potato flakes lah mak usu . "
maka den pun membesarkan mata membaca tag yang ada di situ . Erkk memang potato flakes le .
" mak usu ambik kat tempat nestum ni . "
dah sah salah ambik , den masih lagi nak cover kononnya tak salah ambik . ha, nampak tak ? ... hahahaaa ...
" tak pe lah mak usu , guna je lah . "
Alhamdulillah , selesai juga buat dalam pukul hampir 11.30 malam . Yang tak sabar nak makan tu , ada je biskut coklat cip yang patah , terus je cepat - cepat masuk mulut ... bhahahaa ...
Biskut Semprit Susu
Dari awal lagi si hanani ni nak sangat buat biskut semprit susu . Den dengan my kakak memang tak pernah buat . My kakak pun belilah cetak sbiskut semprit kat kedai Bagus .
Masa letak pewarna , den dah cakap kat hanani , campurkan warna merah dan biru kat satu bekas sampai dapat kaler purple yang cantik . Tapi sebab dia malas , sudahnya adunan biskut jadi warna biru dan coklat . Lantak lah nak oiii ...
Cetak Semprit
Cabaran bermula bila nak mencetak semprit . Ambil cetak yang dibeli , masukkan dalam plastik dan bocorkan sikit dibahagian hujung . Masukkan sikit adunan ke dalam plastik dan picit ... plastik lak pecah !
" panggil mama , tanya kat dia macam mana . "
My kakak yang sedang gigih menyiapkan jahitan baju raya , turun juga demi semprit . Den terus je masuk bilik layan lappy . Keluar bilik je , tengok my kakak guna cetak bunga .
Bila tengok my kakak memicit adunan tu macam susah je sampai kena guna sepenuh tenaga meneran , den pun cadangkan guna cetak yang panjang . Bila cuba cetak panjang , ok je tapi my kakak dah tak larat . Sudahnya si Najwa lak sambung tapi dia macam tak syok nak teruskan .
Si Hanani yang panjang akal ni , dia ambil tepung gandum campurkan kat adunan sampailah adunan boleh di terap . Pastu si Nabilah pula yang sambung menerap sampai habis menggunakan penerap bentuk love . Maka inilah hasilnya biskut semprit susu kami .
Kali Pertama
Tahun ini sebenarnya adalah kali pertama my anak buah bersungguh - sungguh buat biskut raya . Mereka siap mention lagi biskut tu nak bagi cikgu itu dan ini . Tapi , den yang pandulah berapa banyak nak letak bahan . Bila adunan dah siap , mereka adik beradik lah yang menyudahkannya . Mak usu cuma jaga oven je untuk elak biskut hangus .
Tengok je lah betapa excitednya si abang mengacau susu pekat manis bersama marjerin . Laju sungguh sampaikan sudipnya pun tak nampak . Den saja je ambil gambar ni sebab si abang sebenarnya tak perasan ada tepung kat pipinya . Sebenarnya , masa ni my anak buah berebut nak mengadun benda tu . Mak usunya jadi hakim . Ikut sistem giliran aka ganti - ganti barulh adil .
sedapnya ! mai sikit kuih raya. hehe
ReplyDeleteSalam lebaran
Kue-kuenya sungguh menggugah selera. Boleh pesan satu buat lebaran dirumahku ? :)
ReplyDeleteamboi, banyaknya sis buat kuih! saya buat tiga jenis je, tu pun dah nak pengsan.nak suruh anak-anak sedara tolong, semuanya kecik-kecik lagi..
ReplyDeletehihihi memang kecoh betul la buat kuih raya :)
ReplyDeletesalam aidilfitri
Wah, banyak gak liku2 sebelum siapnya kuih tu yer...
ReplyDeletehahaha banyak nya drama nak siapkan kuih =P
ReplyDeletetapi memang la xde drama kuih raya x best lah.. nanti yang ni jugak la
nak buat kita gelak2 bila kenang balik..
biskut kelapa sedap =)
Seronok baca meriah-kecoh Sis Vee dan anak buah buat kuih raya :)
ReplyDeletesemua nampak sedap biskut raya sis.. rajinnya anak2 buah menolong smpai comot.. hehe
ReplyDeletemak usu itu.. mak usu ini.. kihkihkih.. kenangan tu yang best sebenarnya..
ReplyDeleteMemang kecoh sungguh projek biskut raya you all sekeluarga ni, Vee! Tapi bila kecoh macam nilah baru meriahkan. Barulah terasa suasana nak menyambut raya!
ReplyDeleteNanti bila budak-budak ni dah besar panjang dan ada keluarga sendiri, tentu mereka tergelak bila teringat memori buat biskut raya yang kecoh bersama mak usunya!
Psstt... dah jumpa belum sebotol lagi chocolate rice tu?