Lontong Sambal Udang


Assalamualaikum ...

Sebelum my kakak pulang ke kampung halaman , macam biasa , memasak juadah raya bagai untuk punjungan orang di kampung . Hidangan wajib adalah nasi himpit , rendang , lodeh , sambal goreng dan sambal udang . Den lupo nak ambik semua gambor tu dah sebab sibuk memanjang je kan .


Lontong Sambal Udang


Masa my kakak dah nak berangkat pulang pada malam raya , den suruh je dia angkut semua sekali . Tinggalkan je sikit sambal udang sebab yang lain tu den dah jemu . Tapi dia tinggalkan juga sedikit rendang ayam , daging masak hitam , lodeh , sambal udang dan nasi himpit . Maka di pagi syawal lepas , den makan lontong lah .


Lontong Sambal Udang


Masa bulan puasa , setiap hari man in the house bawa balik daging kambing , daging dan ikan yang dimasak kurma , kari , rendang , sup , sambal , asam pedas . Jadinya den dah jemu dan selera nak menghadapnya . Kerana mereka jugalah den jadi cere bere . Makanya , masa bulan puasa , den lebih suka makan sup sayur je untuk sahur .

Sekarang ni den cuma berselera dengan tom yam je . Tom yam sayur , tom yam campur , soo hoon tom yam . Belasah je semuanya tom yam ko . 

Biskut raya lak , walaupun masa puasa bersemangat membuatnya , la ni tak de selera jga nak makan . Jadinya den membantau maruku campur kacang je . 

Tapi den rasa , walaupun tak berapa selera , berat badan den mungkin naik sebab asyik mengunyah jo . Asal tengok tv je , mengunyah . Kalau dah dari padi sampai malam mata melekat kat skrin tv tu , berpa banyak dah den makan kan ... heh heh heh .

Ni cuma beraya dalam rumah . Kalau beraya rumah orang ... korang dah tahu jawapannya kan !





18 Sila komen:

  1. Sedapnya...masa raya pertama hari tu, memang mengunyah tanpa henti.
    Kuih2 raya pulak..bila nak abih raya baru best makan.
    Selamat hari raya aidil fitri Vee.
    Taqobbal Allahu Minna WaMinkum

    ReplyDelete
  2. salam lebaran tak ikut kakak balik kampung qv ...mesti ada sensorang yg dinanti tu.

    ReplyDelete
  3. Peminat tom yam tegar la ni yer....

    Kuih raya ni lepas raya baru nak pulun makan...

    ReplyDelete
  4. Biasa la tu, bila di rumah sendiri kita tak ada segan2 dah... Zumal pun naik berat nie, sebab cuti lama sangat sejak sebelum raya. Dari buka puasa sampai sahur asyik makan jer...

    ReplyDelete
  5. Sambal udangnya tidak nguatin, bikin ngiler. Boleh atuh, mampir kerumah biar bisa makan sepuasnya.

    ReplyDelete
  6. lama gak tak makan tomyam ni..tetibe teringin..

    ReplyDelete
  7. bulan raya ni bulan tambah berat.. haha

    ReplyDelete
  8. Sedapnya sambal udang + lontong...beraya rumah mmng kena mkn, nanti kecik ati tuan rmh kalau kita tk mkn..

    ReplyDelete
  9. alamak sedapnyer weh... dapat makan tak ingat orang kemudianni...

    ReplyDelete
  10. godaaaaan apekah ini !!! dahla tahun ni CT tak dapat lontong.. sob osob..
    nak makan lontong !! nak makan lontong !!

    ReplyDelete
  11. Salam Aidilfitri, Sis Vee. Maaf zahir dan batin.
    Aduhaiii, tengok lontong sambal udang tu terus rasa lapar :)

    ReplyDelete
  12. tahun ni dpt juga makan lontong.. setahun sekali dpt makan. slmat hari raya sis !

    ReplyDelete
  13. Bunda suka lontong, Bunda suka sambal udang...sedappp..

    ReplyDelete
  14. Saya pulak bila tiba raya ni memang teringin nak bantai lodeh dan rendang daging aje. Berpuluh kali ulang pun masih terasa sedap. Tapi hari raya pertama ajelah. Lepas tu hilang dah ketaksubannya. Dah nak habis-habis raya ni baru terliur balik bila ingat juadah raya di kampung. Takkan nak suruh kakak masakkan lagikan, kenalah pandai-pandai nak hidup. Kalau rajin masak, kalau tak rajin telan air liur ajelah!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...