Renung Matahari Jadi Kurus


Renung Matahari Jadi Kurus | Sesiapa pun mahu dan ingin kurus . Yang dah kurus pula berusaha bertahan dengan segala macam diet . Korang cadanglah apa juga cara untuk kurus , mesti ramai yang nak cuba kurus kecuali yang dah sampai tahap menyerah sebab buat apa pun tak boleh kurus juga .


Renung Matahari Jadi Kurus




Kurus


Formula nak kurus ni ada banyak . Selalunya orang yang nak kurus ni melakukan diet selain bersenam . Asal ada duit , letaklah apa sahaja produk untuk kurus , kalau boleh semua nak dicuba . Bagi yang berada di tahap obes , usaha untuk kurus itu penting bukan sekadar nak cantik ramping tapi juga untuk elak dari pelbagai penykit yang boleh hinggap .

Renung Matahari Jadi Kurus


Boleh ke renung matahari jadi kurus ? Den bukan pakar untuk menjawapnya tetapi di Hong Kong , mereka mengamalkan merenung matahari untuk tempoh tertentu kerana percaya ianya berkesan . Bagaimana kaedah merenung matahari untuk kurus itu dirasakan berkesan ?

Bagaimana Proses Berjalan


Pada seawal pagi dan tengahari , sekumpulan wanita di Perkampungan Sam Ka akan membuka kasut mereka , mengenakan kaca mata hitam dan menetapkan masa sebelum merenung matahari sekurang - kurangnya 10 saat di tepi pantai . Selepas itu, mereka perlu menambah 10 saat lagi setiap hari sehingga sembilan bulan . Selepas sembilan bulan , mereka perlu merenung  matahari selama 44minit setiap hari

Kaedah merenung matahari untuk kurus itu dikatakan akan membantu tubuh mereka untuk menyerap tenaga solar bagi menggantikan kalori sebenar yang mereka boleh dapat dari makanan . Semakin lama mereka merenung matahari , maka selera makan mereka juga makin berkurangan .

Pengakuan


Salah seorang pengamal diet merenung matahari untuk kurus ini memberitahu bahawa amalan merenung matahari adalah sebagai pengganti makan . Ada diantara pengamal merenung matahari untuk kurus ini jadi kurang makan malah tidak makan langsung .

Amalan Kuno


Beribu tahun dahulu , dikatakan bahawa amalan merenung matahari untuk kurus telah dilakukan . Pada abad ke 20 , amalan merenung matahari untuk kurus telah dipopularkan semula oleh William Horatio Bates sebagai terapi alternatif untuk kurus tetapi amalan merenung matahari untuk mengurangkan selera makan adalah idea baru .

Betul Atau Dongeng


Sama ada betul ke dongeng , korang bolehlah cuba sendiri . Ala , setakat merenung matahari di halaman rumah , bukannya orang ambil tahu kan . Tapi , den memang takkan buat sebab wak jeragat mesti setia je lekat kat muka kang ... heh heh heh .







29 Sila komen:

  1. tengok gmbr awek korea tu dh memey kurus mak kann., heheh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggap je la dia dah berbulan tenung matahari wak ... keh keh keh

      Delete
  2. hehe..mcm2 cara dan petua ya nak kurus..wanita sanggup buat apa ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kan ... la ni mmg ramai yg ptgkan kekurusan ... heheheee

      Delete
  3. Replies
    1. blh je tapi buat lah sebelah pagi . klu tghari tu dah membakar kulit namanya ... heheheee

      Delete
  4. Tak sanggup deh nak merenung.. berpinar mata nanti walaupun dah pakai sunglass.. huhu.. Sis tal payah nak renung2 sangat bkan ke sis dah kurus?

    ReplyDelete
  5. tak rajin plak nk tengok matahari..hehee
    tapi sape yg nak kurus sgt boleh la akn cube ^ ^

    ReplyDelete
  6. xsalah memcuba taapi kena hati2 juga sbb sinar mentari kalau direnung tanpa pelindung membhyakan kesihatan mata...

    ReplyDelete
  7. Esok nak renung matahari lah...Sebelum tu, pakai sun block tebal2 dulu...:)

    ReplyDelete
  8. klu cuba tengahari jadi hitam lah pulak..heheheh

    ReplyDelete
  9. sun burn la nanti ... haishhh gemuk pun takpe lah kalau gini kekdah kurusnya :p

    ReplyDelete
  10. Alolo kalau lah tenung matahari boleh ting hilang lemak... kita yg 1st join. hehehehe tapi kalau ikut kesihatan berlama-lama di panas matahari boleh kena kanser kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu . tapi kan , minah salleh yg suka berjemur tu , ramai gak yg gemuk kan ...

      Delete
  11. ada juga diet mcm ni...terlebih 'tanned' pun susah jg..cahaya matahari pagi banyak vitamin D..

    ReplyDelete
  12. Kaedah alternatif yang lain dari yang lain... Tapi takut rosak kulit pula kan ^-^

    ReplyDelete
  13. done follow first ya..terbaik blog ini

    ReplyDelete
  14. Oh baru tau renung matahari boleh jadi kurus :-)

    ReplyDelete
  15. macam pelik je..baik 'renung TV'.biar tak ingat nak makan, memang kurus..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...